Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

FOLIO SENI TEKAT

NAMA:NUR SYAFIQAH BINTI YUSOF


KELAS:2 KAA
NAMA CIKGU:PUAN QAMARIAH BINTI MOHD SOOD

TAJUK

MUKA SURAT

PENGENALAN SEJARAH

MOTIF DAN JENIS-JENIS

PROSES PEMBUATAN

DIMENSI BARU TEKAT

TOKOH TEKAT DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN SEJARAH

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan
benang emas untuk membentuk bunga tekat
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni
tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan
Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat
Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk
pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan
merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang
emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat.
Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

MOTIF TEKAT

MOTIF BURUNG/UNGGAS

MOTIF AWAN LARAT

MOTIF TUMBUHAN/FLORA

MOTIF GEOMETRI (BERSUDUT)

JENIS-JENIS TEKAT
1)Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.
Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif.
Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
2) Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang
hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil
benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik.
Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah
menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar,
peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

PROSES PEMBUATAN
Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan
kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan
sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan
mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa
helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya
bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas
dibuat antara 0.5 cm dan 0.25 cm. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada
mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau
catur.
Seterusnya kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu
halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu
digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua
dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa
kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada rekabentuk yang diingini. Baldu yang
ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke
bingkai pemidang. Oleh itu baldu akan menjadi tegang.
Selepas itu benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam
dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap
kalimerentasbenang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang
mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur
dan kemas.

Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada
bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup
dengan kertas emas atau labuci
.

DIMENSI BARU TEKAT

Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumahseperti
hiasan dinding, alas meja atau bingkai foto. Terdapat juga aksesori sepertibekas
serba guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg tangan, loketdan
sebagainya. Bahan tambahan seperti logam, kayu, kulit, rantai dan lainlaindigabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa
semasa.Teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga digunakan dalam seni
tekatdimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif
hiasan klasik pula diubahsuai oleh pandai tukang untuk memenuhi keperluan fungsi
dan trendsemasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.

TOKOH

AHDIJAH BT. HASIM


Ahdijah bt. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya
bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan
Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

Anda mungkin juga menyukai