Anda di halaman 1dari 3

SENI TEKAT

Pengenalan
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.
Sejarah dan Perkembangan
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan
pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan
penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba
Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak
sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat
yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas,
tekat gubah dan tekat perada.

Fungsi tekat
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan
seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan
asasnya merupakan bahan mewah. 
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan
penjagaan yang rapi apabila digunakan.
Peranan Institusi dan Istana

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai
pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana
memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan
keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana.
Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan
program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual
hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi
yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu
untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung,
kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut
kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar. 
Jenis-jenis Tekat.
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur
ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas
akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.
Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah
adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih,
kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu,
pakaian diraja dan sebagainya.
Proses Menekat
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar
dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan
kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan
bentuk sulaman timbul. 
* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai
kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini
dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5
sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif
tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak
banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus
dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada
warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu
pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung
kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan
dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi
tegang. Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan
kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang
mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-
benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari
atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.* Tekatan dibuat sehingga
seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun
pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.
Tekat Bunga Cempaka

Tekat Bunga Cengkih Tekat Bunga Kemboja

Tekat Bunga Kekwa

Anda mungkin juga menyukai