Anda di halaman 1dari 25

Budaya & Warisan - Songket

Di kirim oleh : Anak Orang

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan
benang emas atau perak. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri Terengganu. Bunga atau hiasan di
kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil
masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40
meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket
di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan
imaginasi yang tinggi lagi unik.

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja
yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan
persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg
tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk
mempelbagaikannya.setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket

mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan
corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran
dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi
menarik.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan


tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negerinegeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan
kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera
halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan
memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg,
bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alatalat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan
keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Perkembangan Songket
Songket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal abad ke-15 dan
berkembang dengan pesat di negeri-negeri pantai timur terutamanya di negeri Terengganu
dan Kelantan. Pada zaman dulu sering mengaitkan songket sebagai salah satu pilihan
pakaian diraja yang tidak dijadikan pakaian oleh orang-orang kebanyakan . Di Terengganu,
songket diusahakan secara individu dan ada juga secara berkelompok. Songket Terengganu
dikatakan mempunyai kualiti dan identitinya tersendiri yang membezakannya dengan
songket buatan negeri-negeri lain terutamanya dari segi teknik tenunan dan juga dari
aspek proses pembuatannya.

Kedatangan kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal
usul perkataan songket dikatakan berasal daripada menyungkit kerana dalam
bahasa Siam kek membawa erti menyungkit selain songkok (China) membawa
maksud yang sama. Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu
mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang
memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi,
Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya
penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara
keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara
benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini
menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Mela
Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan
bangsawan Melayu. Songket juga lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang
diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui
pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan
pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan
tenunan tempatan.
Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri
Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada zaman silam, motif
dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan
seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera
halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan
Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh
golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk
mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada
pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen
dan sebagainya.
Ikuti liku perkembangan songket terengganu dalam menghadapi cabaran arus
masa. Cabaran besar songket terengganu adalah lambakan songket dari India
yang dijual di negeri ini. Terdapat segelintir peniaga songket di negeri ini yang
tidak memikir kesan jangka panjang tindakan mereka menipu pelanggan apabila
menawarkan songket India yang didakwa mereka sebagai songket asli buatan
Terengganu. Tindakan peniaga terbabit bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi
songket Terengganu yang sudah terkenal di serata dunia, malah mengakibatkan
warisan nenek-moyang itu gagal dipertahankan.
Bekas Menteri Besar Terengganu Dato Seri Haji Ahmad Said turut menjelaskan
Jika Terengganu mahu kekal sebagai negeri pengeluar utama songket negara
yang dikagumi dengan harga yang berpatutan, sepatutnya peniaga songket tidak
membeli dan menawarkan kepada pelanggan songket dari India,

Habibah ubah trend songket tradisional

KEHADIRAN Habibah Zikri ke Terengganu pada tahun 1982 telah mengubah salah
satu warisan konvensional negeri tersebut. Selepas mengutip pengalaman selama
sedekad sebagai pereka bahagian tekstil bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Habibah yakin untuk memilih haluannya sendiri.
Kampung Rhu Renggeh, Marang menjadi permulaan kepada kerjaya solo Habibah.
Kecintaannya terhadap songket Terengganu mendorong ibu kepada tiga anak itu
untuk membangunkan sebuah bengkel menenun songket. Habibah mahu membawa
pembaharuan dalam industri songket negara.
Menukar songket tradisional kepada konsep lebih moden mungkin kedengaran gila
pada ketika itu. Sebagai orang luar, Habibah dibentak kerana cuba merosakkan
tradisi zaman-berzaman milik Terengganu.
Songket Terengganu tradisional lebih banyak memaparkan motif pucuk rebung.
Habibah pula memperkenalkan songket dengan corak baharu berteraskan flora dan
geometri.
Gabungan motif klasik dan moden dalam setiap helaian songket Habibah dikaji
terperinci berdasarkan kesesuaian warna, jalinan dan nilai eksklusif.
"Memang pada awal penubuhan, saya lalui pelbagai dugaan. Namun itu semua cerita
lama. Pahit untuk dikenang," begitu pendirian Habibah, 66, individu di sebalik

Bibah Songket yang menerima bantuan daripada Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)
bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Tahun-tahun pertama Bibah Songket, kediaman peribadi usahawan dari Sungai
Petani, Kedah itu dijadikan bengkel menenun. Hasrat mahu mengubah trend
konvensional songket Terengganu dimulakan Habibah dengan memberi penekanan
kepada perubahan motif.
Bakat melukis miliknya banyak mengilhamkan karya songket di luar imaginasi.
Corak bunga menjadi eksperimen awal Habibah. Tumpuan terhadap songket berciri
eksklusif meletakkan Bibah Songket dalam kelas yang tersendiri.
Tidak seperti kebanyakan songket tradisional, Habibah mengutamakan kehalusan
perincian dan berani mengambil risiko dengan mencipta songket bermotif rumit.
Inovasi berterusan bagi mengenal pasti trend semasa yang mengambil kira cita rasa
masyarakat terhadap warna dan corak membolehkan Bibah Songket sering tampil
bersama rekaan moden.

KERUMITAN corak dan kehalusan kerja Bibah Songket menjadikan ia item


eksklusif yang tinggi nilai seni.
Idea Habibah
Sedekad Habibah mempertahankan songket Terengganu rekaannya. Dalam tempoh
itu juga, keterbukaan masyarakat terhadap pembaharuan yang dibawanya menginjak
positif secara berperingkat.
Kini, kita dapat melihat secara meluas, sama ada mahal atau murah, songket
Terengganu dengan cantuman motif flora dan tradisional dijual kebanyakan peniaga.
Siapa sangka, idealisme Habibah yang diperlekeh segelintir pihak sebelum ini diguna

pakai majoriti pengusaha songket tempatan.


Gabungan ciri tradisional dan moden dalam karya Bibah Songket menjadikan ia
lebih praktikal dan segar. Peralihan cita rasa masyarakat terhadap songket berciri
sebegitu juga secara tidak langsung mengubah konsep konvensional songket
Terengganu.
Bibah Songket mula diberi perhatian dan dipandang serius oleh pencinta songket
Terengganu. Pelanggan Bibah Songket juga bukan calang-calang. Malah, songket
pertama keluaran Bibah Songket dibeli oleh bekas Perdana Menteri Malaysia
keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Memandangkan Bibah Songket satu-satunya pengusaha songket tempatan yang
mampu menghasilkan songket tradisional dengan campuran warna dan rekaan
moden, karyanya menjadi buruan individu berpengaruh.
"Kalau tengok warna, teknik dan perincian, orang boleh tahu yang ia merupakan
keluaran Bibah Songket.
"Kos penghasilan songket eksklusif ini memang tinggi. Namun saya tidak berkira
sangat sebab niat asal saya adalah untuk memajukan warisan negara ini," ujar
Habibah yang juga menghasilkan songket untuk dijadikan hiasan dalaman rumah,
cenderamata korporat, hotel dan lawatan orang kenamaan.
Bagi mengekalkan standard eksklusif Bibah Songket, setiap bulan, pihaknya pasti
akan tampil dengan rekaan baharu. Pemilihan motif dan warna banyak diputuskan
menerusi penggunaan paling terkini rumah-rumah fesyen antarabangsa.
Biarpun moden dari segi rekaan, Bibah Songket masih mengekalkan proses
penghasilan asli. Lapan peringkat asas pembuatan songket dilakukan secara tertib
dan terperinci agar hasilnya nanti menepati lakaran awal.

PROSES penghasilan songket Bibah masih menggunakan cara tradisional.


Benang emas
Lapan proses itu merangkumi mewarna dan menerai benang, menganing,
menggulung, menyapuk, menggarat, menyongket, menekat dan menenun.
Anak kedua Habibah, Sabrena Shamsul Baharin, 34, yang juga memegang posisi
dalam bahagian pemasaran strategik bagi Bibah Songket menjelaskan, prosedur

lengkap untuk menghasilkan songket asas memakan masa hampir dua bulan.
"Setiap songket mempunyai jangka masa yang berbeza-beza, bergantung kepada
tahap kesukaran rekaan," ujar Sabrena.
Penggunaan alat menenun yang dipanggil kek atau kei dalam kalangan masyarakat
Kelantan juga memastikan pemeliharaan mutu songket Terengganu ciptaan Bibah
Songket. Begitupun, jika songket itu menggunakan kain broked, ia perlu dihasilkan
dengan mesin.
Benang-benang yang diwarna juga disesuaikan mengikut reka corak dan permintaan
pelanggan. Selain benang metalik, bagi menambah nilai eksklusif, songket akan
dihasilkan menggunakan benang emas atau sutera yang diimport dari China.
Penetapan harganya pula satu perkara yang subjektif. Ramai tertanya-tanya
mengapakah songket Terengganu asli boleh dijual mencecah ribuan ringgit?
Menurut Sabrena, setiap songket mempunyai harga berbeza, bergantung kepada
kepayahan penghasilan dan tempoh yang diambil bagi menyiapkannya.
Difahamkan, songket yang halus buatannya boleh memakan masa hampir lima bulan
untuk disiapkan. Justeru, harganya juga mahal, setimpal dengan kos keseluruhan
yang mengambil kira kerumitan motif, material, kos pekerja dan masa. Anggaran
harga bagi songket eksklusif biasanya antara RM5,000 hingga RM10,000 sehelai.
Tambah Sabrena, Bibah Songket pernah cuba mengeluarkan songket berkos rendah.
Bagaimanapun ia kurang mendapat sambutan memandangkan terlalu banyak
songket 'mampu milik' dijual di pasaran.
Justeru, Bibah Songket lebih selesa memfokuskan perusahaan mereka terhadap
songket eksklusif. Biarpun harganya agak mahal, ia masih menerima tempahan
memberangsangkan khususnya daripada individu yang tahu nilai sebenar sehelai
songket.
Selepas berjaya membina tapak dengan menjadikan rumahnya sebagai bengkel,
Habibah kemudiannya mewujudkan ruangan khusus di luar rumahnya menjadi
bengkel kedua Bibah Songket.

HABIBAH (kanan) dan Sabrena melakukan proses lakaran rekaan songket


baharu setiap bulan.
Curah kepakaran
Perusahaannya berkembang dan dengan sokongan Kraftangan Malaysia, Habibah
berhasil membangunkan sebuah bengkel menenun. Ia dilengkapi peralatan
menenun dan kini mempunyai kira-kira 20 pekerja.
Seorang pekerja Bibah Songket, Nurul Syahirah Abdullah, 19, berkongsi pengalaman
dua tahun menjadi penenun songket. Wanita dari Marang itu mula berkhidmat di
bengkel Habibah selepas tamat sekolah menengah.
Minat terhadap warisan negerinya itu membuatkan dia gembira mencurahkan
kepakaran yang ada. Tanpa sebarang pengetahuan asas terhadap penghasilan
songket, Nurul Syahirah memberitahu, dia mengambil masa setahun untuk
menguasai keseluruhan proses.
Sambil tangannya cekap menyusun lidi melalui celahan benang loseng, mulutnya
lancar bercerita tentang bidang tugas seorang penenun songket.
"Kain songket yang kami hasilkan adalah sepanjang dua meter setengah. Dalam
sehari boleh siapkan 0.08 hingga 0.1 meter. Kalau silap ikut corak yang ditetapkan,
terpaksalah buka semula dan betulkan," tutur Nurul Syahirah yang menambah
bahawa proses menyongket hanya dilakukan seorang manakala menenun
memerlukan tiga orang.
kosmo

Songket Terengganu berasal dari Palembang?


KUALA TERENGGANU 28 Jun - Benarkah songket warisan agung Terengganu
berasal dari Palembang?
Persoalan ini diutarakan kerana berdasarkan konsep dan reka corak songket
Terengganu tradisional ia dikatakan mempunyai persamaan dengan songket dari
kawasan terbabit.
Kenyataan itu mungkin ada kebenarannya kerana dari segi sejarah, Terengganu dan
Kelantan adalah sebahagian jajahan kerajaan Sriwijaya yang bertapak di Palembang.
Bermula pada abad kesembilan kerajaan ini telah merebak ke Langkasuka (kerajaan
terawal di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang).
Berdasarkan kenyataan beberapa pengkaji di Palembang, bentuk-bentuk tenunan
yang dihasilkan mempunyai kesan pengaruh dari China iaitu dengan menggunakan
bahan asas dari sutera dan labuci (untuk tekat).
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, tenunan di
negeri ini berasal dari beberapa kawasan termasuk Lampung atau Palembang,
Indonesia.
Katanya, ini disebabkan perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan
dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang-pedagang.
Katanya, pendatang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah
mengenalkan beberapa jenis kain tenunan.
"Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya
diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut.
"Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan
corak Palembang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Hasil tinjauan rambang Utusan Malaysia mendapati songket di Terengganu
diusahakan di beberapa kawasan khususnya sekitar Kuala Terengganu.
Kawasan yang terlibat terutamanya di Mukim Losong, iaitu Kampung Losong,

Panglima Perang, Kampung Losong Datuk Amar, Kampung Losong Sekolah dan
Kampung Losong Masjid.
Terdapat juga di Mukim Cabang Tiga iaitu Kampung Hilir, Kampung Tok Nasek dan
Kampung Pasir Panjang.
Perusahaan tenunan juga terdapat di kawasan berhampiran pantai misalnya di
Kampung Banggol, Kuala Ibai dan Cendering.
Seterusnya, beberapa perusahaan ini terdapat di beberapa kampung yang
berhampiran jalan menuju ke Kota Bharu misalnya Kampung Pulau Rusa dan
Kampung Paloh.
Terdapat juga pengusaha tenunan di beberapa daerah di negeri selatan Semenanjung
iaitu Johor (Johor Baharu, Muar dan Kulai) dan utara seperti Perlis dan Kedah.
Di samping itu terdapat juga tenunan yang dihasilkan oleh beberapa istana misalnya
di Klang (Istana Selangor dan Pekan Istana Pahang).
Mengenai bahan asas dan proses pembuatan songket, Mohd. Yusof berkata, benang
ialah bahan asas yang digunakan untuk membuat tenunan iaitu benang kapas,
sutera, benang emas dan benang perak.
Katanya, benang emas dan perak ialah bahan asli yang tidak perlu dicelup warna.
"Ia mengandungi warna asal iaitu warna kuning dari benang emas dan warna putih
kilat dari benang perak. Benang kapas dan sutera mentah berwarna putih
kekuningan.
"Pada awalnya, kain songket hanya ditenun daripada benang sutera halus dan
benang emas.
"Apabila ia mula dipakai oleh rakyat biasa, maka ditenun pula songket kapas agar
mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat," katanya.
Selain warna asli, benang-benang mentah untuk tenunan perlu diwarnakan.
Bagaimanapun terdapat juga benang-benang yang telah dicelup biru, merah dan
hitam.
Penenun-penenun lebih menggemari mencelup sendiri dengan warna-warna
kesukaan Melayu iaitu merah buah kesumba dan biji celagi (asam jawa).
Warna lain ialah merah tua cerah dari getah pohon mala yang dicampuri dengan
kapur dan kunyit; merah telur dari batang sepang campur kapur.
Bahan-bahan tersebut merupakan bahan pencelup yang digunakan sebelum
pencelup luar dari China dan Jepun dibawa masuk.
Bahan pencelup yang dibawa dari luar berbentuk serbuk dan hablur, dengan tiga
warna asas iaitu kuning, biru dan merah.

Hablur atau serbuk pencelup dihancurkan dengan air panas.


Sukatan serbuk pencelup umum ialah satu cawan (serbuk) dihancurkan dengan satu
gantang air. Satu campuran dapat mencelup benang yang boleh menghasilkan 80
helai.
Gumpalan benang dicelup dan direndam selama setengah jam untuk warna-warna
sederhana dan satu hari untuk warna-warna tua atau pekat.
Kemudian benang dijemur hingga kering sekurang-kurangnya selama dua hingga
tiga jam kalau cuaca panas.
Sukatan hablur atau serbuk pencelup serta lamanya ia direndam dapat menentukan
cerah atau gelapnya warna.
Penenun-penenun juga menggunakan garam atau asam jawa atau kepingan asam
gelugur sebagai asid untuk mengelakkan benang dari luntur.
Campuran dari dua warna akan menerbitkan warna-warna tertentu.
Terdapat ciri-ciri penting warna yang menjadi kegemaran penenun dan masyarakat
Melayu iaitu dengan membuat atau meniru warna-warna alam.
Benang-benang yang dicelup dibahagi kepada dua 'hue' atau cahaya iaitu cahaya tua
dan cahaya muda.
Mengenai motif songket, Mohd. Yusof berkata, bentuknya dibuat dengan
menggunakan benang emas yang diisikan ke dalam cuban.
Katanya, proses pelancaran cuban disebut sebagai menyulam atau menekat benang
emas.
Setelah songketan lidi dibuat, benang-benang songketan diikat dan lidi-lidi ini
kemudiannya dikeluarkan dari celah-celah benang.
Mengenai motif dan corak songket Terengganu, Mohd. Yusof berkata, ia dihasilkan
bergantung kesesuaian dan jenis songket.
Katanya, ia merupakan kombinasi perhiasan di bahagian tengah atau badan songket
tradisional dan kebanyakan corak-corak ini dipengaruhi oleh suasana atau keadaan
sekeliling di mana penenun-penenun bekerja.
Kesemua bentuk motif dilahirkan dalam bentuk geometri disebabkan oleh cara
menenun itu sendiri.
Tumbuhan dan binatang merupakan unsur alam yang penting.
Benda-benda yang digunakan seharian juga dijadikan ilham tukang-tukang Melayu
yang dikenali sebagai alam benda.

Di samping itu digunakan juga bentuk dari motif geometri asli.


Motif tumbuhan yang dimaksudkan sebagai motif penting songket meliputi bentukbentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk.
utusan online

Warisan songket Terengganu


Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
TERENGGANU memang terkenal dengan kehalusan pelbagai seni budaya sama ada
kraftangan, makanan dan pakaian tradisi seperti songket.
Kiambang, Awang Larat, Air Muleh, Bunga China, Tampuk Manggis dan Pucuk
Rebung antara corak songket buatan Terengganu yang paling popular dan menjadi
pilihan ramai peminat songket di seluruh negara.
Sambutan menggalakkan peminat songket memaksa pengusaha songket tempatan
lebih kreatif mempelbagaikan produk berasaskan songket termasuk beg, sarung
kusyen, alas meja, selendang bahu serta barangan hiasan.
Walaupun industri songket tempatan kini dihimpit masalah lambakan songket India
dan Pakistan, kehalusan serta kepelbagaian corak yang beridentiti Melayu tetap
menjadi pilihan.
Di Terengganu, songket bukan saja dibeli di butik songket ternama seperti Manang
Songket, Bibah Songket atau Atikah Songket, malah dijual di Pasar Besar Kedai
Payang.
Pengusaha songket Terengganu, Wan Manang Wan Awang berkata, songket
Terengganu terdiri daripada dua jenis iaitu berasaskan benang kapas dan sutera.
Songket berasaskan benang sutera paling bernilai dan mahal berbanding songket
menggunakan benang kapas.

Songket sutera lebih ringan serta lembut, malah coraknya berkonsep kontemporari
dengan pelbagai warna moden seperti merah jambu dan perak serta metalik.
Songket itu mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk disiapkan,
malah motif abstrak menjadi pilihan selain corak bunga, katanya.
Menurutnya, ramai pengusaha songket di negeri ini tidak bergantung kepada produk
kain songket dan kain sarung semata-mata, sebaliknya mempelbagaikan produk
mereka.
Dengan kepelbagaian produk berasaskan songket ini, kita mampu mempromosikan
produk buatan Terengganu ke seluruh negara termasuk ke Nusantara dan Eropah.
Malah, ia mewujudkan peluang pekerjaan selain menambah pendapatan penenun
tempatan berikutan keperluan penggunaan songket meningkat, katanya.
Katanya, selain dipasarkan ke pasaran tempatan, songket Terengganu mempunyai
permintaan tinggi di Indonesia dan Brunei.
Songket mempunyai tiga ciri penting bagi menjamin kualiti terbaik iaitu kepala
kain, tubuh kain dan tepi kain. Jika salah satu daripadanya tidak sempurna, ia tidak
dikategorikan songket bermutu tinggi.
Songket yang berkualiti tinggi boleh dijual sehingga melebihi RM10,000 dan paling
murah RM100 bergantung kepada corak songket itu, katanya.
Penenun songket, Afifah Aziz, 21, dari Pulau Pinang berkata, dia melanjutkan
pelajaran dalam Diploma Penenunan Songket di Institut Kraf Negara (IKN) Rawang,
Selangor kerana yakin dengan potensi songket meraih pulangan lumayan.
Saya merantau ke Terengganu untuk mencari pengalaman dan mengasah
kemahiran dalam bidang tenunan kerana songket yang dihasilkan penenun negeri
ini bermutu tinggi.
Difahamkan terdapat lebih 80 penenun songket yang masih aktif di Kampung Gong
Tok Nasek, Pasir Panjang, Tebakang dan Losong yang meraih pendapatan lumayan,
katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengusaha dan
peniaga songket di negeri ini berperanan memartabatkan songket buatan tempatan
yang terkenal dengan kualiti dan cara pembuatannya yang halus.
Sejak dulu songket tenunan Terengganu mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Pengiktirafan itu perlu dihargai dengan mengekalkan kualiti selain tidak mengambil
tindakan yang boleh menjatuhkan reputasi songket Terengganu, katanya.
MyMetro

Ancaman songket import


NORHAFIZA MUSA
15 Mac 2013

Mazita (kiri) melayani pengunjung semasa mengadakan pameran dan jualan di


Pusat Dagangan Terengganu (TCC). Mazita (kiri) melayani pengunjung semasa
mengadakan pameran dan jualan di Pusat Dagangan Terengganu (TCC).

KUALA TERENGGANU Kain tenunan songket merupakan salah satu seni fabrik
yang tidak asing lagi di negeri ini, namun lambakan songket tenunan import yang
seakan-akan songket Terengganu yang dijual, dibimbangi mencalarkan produk yang
menjadi kebanggaan ini.
Perkembangan teknologi juga menyebabkan terdapat banyak songket di pasaran
yang dihasilkan menggunakan mesin.
Jika dibandingkan daripada segi corak dan reka bentuk, ia hampir menyerupai batik
tempatan, cuma yang membezakan adalah daripada segi harga iaitu songket
tempatan dijual antara RM300 hingga RM1,000 sehelai, manakala songket import

pula hanya RM100 hingga RM150 sahaja.


Pengusaha songket, Mazita Mat Din, 50, dari Kampung Belukar Jambu berkata,
songket luar walaupun nampak cantik, tetapi daripada segi kualiti dan mutu tidak
dapat menandingi songket tempatan.
Corak dan motif songket kita mungkin ada persamaan dengan songket luar. Namun
bagi yang telah biasa dengan produk tempatan, pasti dapat membezakan mana satu
yang asli.
Sebab songket import ternyata lebih keras berbanding tempatan yang lebih lembut
dan halus. Kita juga bimbang sekiranya di kalangan penjual sendiri yang cuba
mengelirukan pembeli kerana ingin mendapat keuntungan cepat, katanya kepada
Sinar Harian.
Menurutnya, kebanyakan songket ini diusahakan secara individu dan ada juga yang
diusahakan secara berkelompok.
Katanya, songket Terengganu ditenun dari benang sutera dan kapas yang digabung
bersama benang emas atau perak, dengan menghasilkan corak-corak tertentu seperti
bunga tabur, bunga penuh, bunga bercorak dan pelbagai lagi.
Mazita berkata, songket Terengganu mempunyai kualiti dan identiti tersendiri
mengikut motif-motif tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga raya, bunga teratai,
tapak manggis dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan.
Tidak dinafikan, harga sehelai songket tenun adalah mahal, kerana bukan sahaja
mengambil masa yang panjang untuk disiapkan tetapi proses membuatnya adalah
rumit.
Ia perlu melalui proses seperti mencelup benang, menerai atau melerai benang,
menganing, menggulung, menyampak, mengarat, menyongket dan seterusnya
menenun, katanya.
Dia juga turut berkongsi tips untuk mengenal pasti perbezaan antara asli dan import
adalah merujuk pada kekemasan di hujung kain songket tersebut.
Songket tenun biasanya akan meninggalkan juraian benang dan songket mesin pula
tidak mempunyai juraian benang dan kelihatan lebih kemas.
Ibu empat anak ini berkata, dia mempelajari cara menenun songket daripada
keluarga suaminya, Mohd Ghani Awang, 52, yang berasal dari Kampung Pasir
Panjang yang merupakan antara perkampungan penenun.
sinar harian

Terengganu angkat martabat songket


Oleh FAUZI MOHD.
16 Mc 2013

SULTANAH Nur Zahirah (tengah) berkenan meninjau kerja-kerja menenun


songket di Kompleks Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU 15 Mac - Songket, sejenis fabrik yang menjadi warisan
unggul Terengganu terus diangkat martabatnya dengan wujudnya Kompleks Tuanku
Nur Zahirah (KTNZ) di Tanjung Bunut, Manir dekat sini yang telah beroperasi sejak
Mei 2011.
Kompleks dua tingkat yang dibangunkan dengan kos RM4.6 juta itu menjadi salah
satu bukti betapa seriusnya kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat dan citacita yang terpendam sejak sekian lama.
Kompleks yang dibangunkan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu
itu akan menjadi pusat utama rujukan, pameran, demonstrasi, bimbingan rekaan
dan penyelidikan pembangunan fabrik songket.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata, kewujudannya akan memberi

nafas baru dalam perkembangan perusahaan warisan itu sekali gus meletakkannya
ke tahap terbaik dan berprestij.
Menurutnya, KTNZ bertindak sebagai pusat inovasi yang berasaskan tradisi selari
dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan industri songket agar ia boleh
menembusi industri zon fesyen eksklusif.
"Sebuah galeri yang diuruskan oleh anak syarikat YPU iaitu Terengganu Institute of
Design Excellence (TIDE) juga akan bertindak sebagai inkubator untuk membimbing
tenaga muda dengan khidmat nasihat dalam aspek corak, reka bentuk dan fesyen
songket," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima keberangkatan Sultanah Terengganu,
Sultanah Nur Zahirah ke kompleks itu, baru-baru ini.
Mengiringi baginda, isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk
Mohamed Awang Tera dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan
Ismail.
Tambah Azmi, kompleks yang dibina berasaskan seni bina rumah tradisional Melayu
Terengganu itu terletak di tepi sungai dan bakal menjadi 'penyambut tetamu' kepada
kuala Sungai Nerus kerana ia akan turut menjadi tarikan pelancong.
"Sebuah pelantar terapung berharga RM500,000 sedang dibina di jeti kompleks ini
bagi memudahkan aktiviti keluar masuk bot serta bakal menjadi produk terbaru di
Sungai Terengganu," katanya.
KTNZ yang dibuka kepada pengunjung dari Ahad hingga Khamis itu meliputi galeri
pameran songket kelolaan TIDE dan 17 penenun serta pelatih dari Yayasan Tuanku
Nur Zahirah.

DUA pelatih Yayasan Tuanku Nur Zahirah menyiapkan proses menyusun benang
untuk menenun songket di Kompleks Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu,
baru-baru ini.
Katanya, TIDE sentiasa melakukan penyelidikan seperti penggunaan benang,

pewarna, mesin tenun dan kaedah penghasilan supaya para pengusaha songket di
negeri ini dapat beralih dari industri desa kepada industri yang lebih kompetitif.
"Peranan yang dimainkan di kompleks ini dapat memberi alternatif kepada
pengusaha untuk menghasilkan produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan
masyarakat ke arah membudayakan songket dan ia tidak menjadikan simbol status
semata-mata," jelasnya.
Beliau tidak menafikan masih ada penenun yang mewarisi seni ini di bawah rumah
dengan teknik penghasilan terdahulu tetapi dengan kewujudan kompleks itu, ia
mampu memberi khidmat nasihat, latihan, kursus untuk tempoh tertentu kepada
golongan terbabit.
Sementara itu, Azmi berkata, YPU dengan kerjasama Yayasan Tuanku Nur Zahirah
akan merealisasikan kewujudan Institut Kemahiran Sultanah Nur Zahirah yang akan
dilaksanakan di kompleks itu.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan seramai 30 hingga 40 pelatih akan mengikuti
kursus di institut itu pada setiap sesi yang mengambil masa selama satu setengah
tahun dan mereka akan diberi elaun sebanyak RM450 sebulan.
"Institut tersebut bukan saja berfungsi sebagai pusat latihan tenunan songket malah
akan turut mengenal pasti bidang-bidang baru yang boleh diteroka dalam industri
songket.
"Penubuhan institut ini setanding dengan Institut Kraftangan dan sijilnya juga
diiktiraf Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan," jelasnya sambil merujuk kepada
kejayaan Yayasan Tuanku Nur Zahirah melahirkan lebih 40 penenun songket mahir
di pusat latihannya di Chendering, dekat sini sejak tahun 2010.
Beliau berkata, kompleks itu turut berfungsi sebagai pusat informasi berkaitan
songket Terengganu melalui pengwujudan galeri, perpustakaan, direktori dan arkib.
"Apa yang penting, ia akan menggalakkan generasi pelapis mendampingi serta
menghayati seni tenunan songket melalui program latihan dan bimbingan," ujarnya.
utusan online

ongket merupakan sejenis kain yang ditenun dengan tangan, dan mempunyai corak yang rumit biasanya
mempergunakan bahan dari benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau
menarik benang diantara kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Dari segi sejarah, Songket hanya dipakai golongan bangsawan keluarga kerabat raja dan pembesar suatu
negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan
kedudukan seseorang. Songket telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi sebagai bahan tenunan warisan budaya nan agung. Selain
mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.
Sejarah Songket
Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun asal usul perkataan
songket berasal dari pada kata menyungkit kerana dalam bahasa Siam kek membawa arti menyungkit selain
songkok (China) membawa maksud yang sama.
Menurut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada
orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan
Moghul (India) telah memperkuat lagi hasil penemuannya.
Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di
Malaysia melalui perkawinan antara keluarga raja, yang merupakan strategi penyatuan antara keluarga
kerajaan sekitar abad ke-15.
Songket menggunakan teknik tenunan, dimana benang emas ditenun diantara benang sutera pada kain latar.
Proses pembuatan kain songket nan rumit yang mewah dan mahal ini menggambarkan secara nyata struktur
sosial dikalangan bangsawan Melayu itu sendiri.
Corak dan Motif
Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identitas orang Melayu dan sekaligus mencerminkan cita rasa
budaya bangsa yang tinggi dalam satu keutuhan yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Adapun corak yang
digunakan pada kain songket antara lain :

Susunan bunga penuh

Susunan bunga bertabur

Susunan bercorak
Motif yang digunakan pula adalah seperti:

Motif Tumbuh-tumbuhan

Motif Binatang

Motif Alam/Benda

Motif Kuih
Proses Pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit yaitu menggunakan
lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang disebut kek tenun.
Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk
membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Songket Kini
Saat ini, pemakaian kain songket lebih menyeluruh, tidak hanya dikenakan oleh kerabat raja saja. Cara
pemakaiannya juga lebih meluas, telah disesuaikan dengan kebutuhan begitu juga corak dan motifnya yang

semakin kontemporer, sesuai dengan perubahan dan kemajuan di dunia fashion. Suasana yang melatari songket
saat kini turut berubah selaras dengan perkembangan kemajuan teknologi.
Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih terus ditingkatkan untuk mencapai tahap
yang memuaskan sehingga songket semakin populer digunakan sebagai busana adat perkawinan, hantaran
perkawinan, cenderamata dan hiasan dinding.
Meningkatnya industri penghasil benang sutera, benang emas dan perak serta perubahan fashiondan tren
sedikit banyak mempengaruhi industri songket pada pertengahan abad ke-20.|wikipedia|

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran
dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi
menarik.
Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan
tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negerinegeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan
kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera
halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan
memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg,
bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alatalat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan
keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Sejarah Songket
12DEC
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa sejak abad ke-16 lagi, songket telah
dihasilkan di rantau ini dan merupakan pakaian golongan bangsawan Melayu. Sejarah juga
menunjukkan bahawa tenunan songket diusahakan oleh mereka yang tinggal di kawasan
pesisir dan mereka yang terdedah kepada pengaruh luar berbanding dengan tenunan ikat
tunggal yang diusahakan oleh suku kain seperti Iban, Batak dan Toraja yang tinggal di
kawasan pedalaman.
Penghasilan kain songket dipercayai diilhamkan oleh kain patola yang menggunakan
teknik ikat yang rumit. Kain patola diperkenalkan di rantau ini oleh pedagang India. Antara
jenis kain yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat ialah kain cindai di Indonesia
dan kain limar di negeri-negeri di pantai timur Malaysia. Apabila benang emas diperkenalkan
oleh pedagang dari India, Arab dan Cina kepada penduduk tempatan, maka bahan tersebut
mula digunakan sebagai benang tambahan untuk membuat kain limar. Kain limar yang
sebahagiannya diperbuat dengan benang emas disebut sebagai kain limar bersongket.
songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan biasanya untuk membuat
songket perlu menggunakan benang emas atau perak. penghasilan songket agak rumit kerana
untuk menghasilkan songket yang bermutu memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi.
Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun
menggunakan benang emas dan perak.
Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan keluarga kerabat diraja dan orang besar
negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat
dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di malaysia dan juga indonesia sejak
abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si
pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Biasanya songket
di pakai oleh golongan tertentu dalam satu majlis atau sesuatu perayaan.
Kain yang dihasilkan melalui proses ini dikenali sebagai kain songket. Di Sumbawa,
kain songket disebut sebagai sarung subi kumbuja kerana pada kain ini terdapat hiasan
yang banyak. Kain ini berbeza daripada sarung subi sabe, iaitu kain tenun sutera yang
tidak mempunyai apa-apa hiasan. Dalam masyarakat Melayu, terdapat beberapa istilah
tempatan seperti kain sulam benang emas, kain jong sarat dan kain teluk berantai yang
merujuk kepada kain songket yang dihias penuh dengan benang emas. Kain songket yang
dihias begini disebut sebagai kain songket bunga penuh atau songket cuban.

SONGKET
Satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh ataupun bilah nibung melalui benang loseng (warp) di
permukaan alat tenun atau kei. Songketmerupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai
corak yang rumit dan diperbuat daripada benang emas atau perak. Perkataan songket juga bermaksud
membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Proses ini dilakukan selepas menyediakan benang karat butang bertujuan untuk membuat reka corak ataupun
sulaman benang emas, perak ataupun terekam.
Pembuatan kain songket ini dipercayai diilhamkan daripada proses pembuatan kain-kain oleh pedagangpedagang India yang menggunakan teknik ikat. Teknik ini amat sukar dan memerlukan kepakaran serta
ketekunan yang tinggi. Mereka ini telah membawa masuk bahan mentah seperti benang emas, perak serta
sutera di samping kain-kain yang telah siap ditenun.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai,
motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai