Anda di halaman 1dari 3

FUNGSI DAN PERANAN INSTITUSI Galeri Teluk Berantai Teluk berantai merupakan motif unggul dalam tenunan songket

Melayu. Dari sekuntum bunga-bunga yang bertabur, motif ini menjadi satu rekacorak yang harmoni apabila disambungkan dengan tenunan seperti petak-petak yang merantaikan di antara sekuntum bunga dengan bunga yang lain. Teluk berantai merupakan lambang keakraban dan penyatuan rumpun Melayu dalam penghasilan seni warisan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Galeri Teluk Berantai mempamerkan kekayaan, kehalusan dan keindahan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain limar songket tenggarung, kain telepuk, kain berayat dan pelbagai jenis busana. Galeri Teluk Berantai di Muzium Tekstil Negara mempamerkan pelbagai khazanah warisan Melayu. Antaranya ialah kain songket. Secara umumnya, songket digelar sebagai ratu kain dalam tenunan Melayu. Dalam konteks ini, ia berkait rapat dengan keluarga kain broked dan kain tenunan yang menggunakan barang kemas. Songket mendapat nama daripada teknik yang digunakan untuk menghasilkannya yakni benang emas ditenun ke dalam kain menggunakan teknik benang pakan tambahan untuk mencipta corak-corak tambahan ke atas latar kain sutera. Secara kebiasaannya, songket ditenun dengan menggunakan peralatan tenun tradisional Melayu yang dikenali sebagai kek. Pada zaman dahulu, songket hanya dipakai oleh kaum kerabat diraja dan para pembesar sahaja. Dalam konteks ini, pemakaian songket akan memperlihatkan darjat kebesaran dan kekayaan si pemakai. Secara amnya, ragam hias songket terdiri daripada unsur geometri dan setiap corak yang dihasilkan berkaitan dengan alam semulajadi seperti corak awan darat, pucuk rebung, tampuk manggis dan sebagainya. Kain songket lazimnya dihasilkan di Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Sementelahan itu, di Galeri Teluk Berantai juga turut memperlihatkan tentang keunikan kain limar. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Kain Limar lazimnya menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati terdapat beberapa ciri khusus dari wilayah asalnya. Limar yang berasal dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenali sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai aceh rosak, limar cuai dan cindai kembang di Palembang. Secara umumnya, bagi kain limar songket, terdapat dua jenis iaitu kain lepas dan kain sarung. Lazimnya, kain ini berwarna merah dan ditenun dengan menggunkankan corak dengan motif bunga-bungaan yang berbaris. Selain itu, terdapat juga kain limar songket yang ditenun dengan menggunakan corak ular sawa. Di samping itu terdapat warisan Melayu yang lain iaitu tekatan. Tekatan merupakan satu tekstil Melayu yang unik dan indah. Ianya amat popular di Semenanjung Malaysia khususnya di Perak. Dalam seni tekatan, lazimnya benang emas di sulam timbul di atas kain baldu untuk menghasilkan ragam hias yang cantik dan menarik. Secara kebiasaannya, kebanyakan ragam hias tekatan adalah berunsurkan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, unggas serta geometri. Antara bahan-bahan tradisi orang Melayu yang dihiasi dengan seni tekat ini adalah tikar, perhiasan katil dan tepak sireh. Menurut sejarah, dikatakan bahawa asal usul tekatan berasal dari negara China dan India yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai warisan Melayu yang unik dan indah di Muzium Tekstil Negara. Segala khazanah yang dipamerkan di Galeri Teluk Berantai adalah bertujuan untuk menonjolkan kekayaan serta kehalusan terhadap segala koleksi yang terdapat di dalamnya.

GALERI RATNA SARI Ratna ialah pelbagai jenis intan, cempaka dan mutu manikam. Sari pula merujuk pati dan isi bahagian yang amat penting lazimnya disebut sebagai saripati. Ratna Sari ialah gelaran sesuai yang diberikan kepada sebuah koleksi terpilih barang kemas dari kreativiti seniman pada zaman silam. Kepakaran tukang-tukang Melayu, Cina dan India, kreativiti kaum Orang Asli serta masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak telah menghasilkan barangan kemas yang dipakai dan diwarisi sejak zaman berzaman oleh semua bangsa di negara ini. Galeri Ratna Sari memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia daripada bahan emas, perak, tembaga, manik dan tumbuh-tumbuhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Di antaranya ialah mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping, gelang kaki dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai