Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH BATIK

Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui.
Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia. Pemakaian batik dalam busana
tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua
golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang
praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-
hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan
persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih
terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta
yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga
dalam Fenomena (M.Nasir 1996).

Perkembangan dalam seni batik

Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan
luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan
kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di
pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun
dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa
berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak
Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari
Indonesia.

Cabaran dalam industri
Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada
trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan
mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga
menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi,
saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.

Masa depan batik
Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup
melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian,
keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.


SEJARAH SONGKET



Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas
atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau
menenun menggunakan benang emas dan perak.
Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.
Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan
tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesiasejak abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si
pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah songket

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul
perkataan songket dikatakan berasal daripada menyungkit kerana dalam bahasa Siam kek membawa erti
menyungkit selain songkok (China) membawa maksud yang sama.
Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil
daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur
Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Corak dan motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa
budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak
yang digunakan:

Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak
Motif yang digunakan pula adalah seperti:
Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih


Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu
menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang
dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat
butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di
keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.


Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan
bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah
helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua
urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat
turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan
menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai
proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah
benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap
ini dipotong mengikut saiz.

Songket kini

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih
meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai
dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan
peredaran masa.
Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya
berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana
majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.
Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit
sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

Pejuang songket

Usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan antarabangsa dicetuskan
oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.
Perjuangan Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program bagi
mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik
yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.









ARTIKEL : KAIN SONGKET

Sejarah
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama
dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan
songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah
berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.
Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut
dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu
mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di
antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia
tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus
daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
Motif
Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket adalah motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam / benda,
motif kuih dan sebagainya.
Corak
Corak kain songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh, susunan bunga
terabur, dan susunan bercorak.
Proses Pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik
menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di
permukaan alat tenun yang dipanggil ?kek tenun?. Proses menyungkit dilakukan setelah
benang ?karat butang? disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka
corak atau sulaman benang emas.
Mencelup Benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat
benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai Benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng Benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz
panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan
loseng.
Menyapuk Benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Menggarak Benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan
ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket Benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi
dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat
dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan
kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah
menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Penggunaan
Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar
istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat
tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket
digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-
barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk
mempelbagaikannya.
Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket
mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah
diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.













Perkataan batik bermaksud pakaian yang bertitik. Batik
merupakan sejenis tekstil atau pakaian yang dihasilkan melalui
proses menerap lilin cair dan mencelup warna.Ia merupakan kraf
tradisionalyang terkenal di kelantan dan Trengganu.
Kain Batik merupakan kain serba guna pada masa dahulu. Kain Batik
Tradisional mempunyai pelbagai gaya dan bentuk.Fungsinya adalah
seperti berikut :
(A) Pakaian harian
(B) Pakaian untuk kemajlis keramaian
(C) Pakaian basahan
(D) Buaian untuk bayi
(E) Kain untuk mengendung anak kecil
(F) Kelubung pengikat kepala
(G) Tempat membawa bekal
(H) Kain penutup mayat dan penutup keranda.

Batik Skrin
Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan
masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses
penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses
batik blok dan batik canting. Disebabkan proses menghasilkan batik skrin
tidak menggunakan lilin, hasilnyakelihatan kurang hidup dan tidak
mempunyai kesan lilin. Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen.
semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama.
Batik Canting
Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak
kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses
penghasilannyaadalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik
blok dan batik canting.Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak
menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai
kesan lilin.Batik skrin tidak dianggapsebagai batik tulen kerana semua batik
yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama adalah serupa.Teknik
membatik sama seperti teknik cetakan skrin ( cetakan sutera saring)
Batik Blok
Batik blok juga dikenali sebagai batik trap atau batik capBlok kayu
yangmempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas
kain.Kain batik blok mempunyai kesan retak (retak seribu) disebabkan
kesanwarna akibat proses merenyuk kain untuk mengeuarkan lilin
Kelebihanproses cetakan ini ialah ia dapat menghasilkan banyak batik
denganmenggunakan blok yang sama.Setiap hasil batik blok dianggap batik
tulin kerana setiap kali terapan dibuat, kesan garisan lilin yang dihasilkan
adalah berbeza.
Batik Pelangi
Dikenali sebagai batik ikat dan celup. Dihasilkan dengan cara mencelup kain
yang telah diikat ke dalam pewarna cair. Warna yang cerah dicelup dahulu
diikuti dengan warna yang gelap. Hasil corak batik jenis ini biasanya
berbentuk bulatan-bulatan yang berwarna-warni. Proses penghasilan batik
ini tidak menggunakan bahan lilin.









Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah
menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan
ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat
moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang
perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk
motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik
berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang selang
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin
pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan
kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan
direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain
batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat
dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok


Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada
kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah
selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain
tersebut.






Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja
melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat,
dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses
mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih
sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah
melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang
diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan
dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa
kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin
untuk satu warna sahaja.

Penggunaan


Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain
sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada
batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik
juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan
lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-
pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa
pulang ke negara masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai