Anda di halaman 1dari 13

Songket

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan


mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud
membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun
menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat


diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak
songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang
pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-15 yang
lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain
mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket
melambangkan kedudukan seseorang.
Sejarah songket

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan
tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada
‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain
‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik


songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan
logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul
(India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Corak dan motif
Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali
gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran
yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:

 Susunan bunga penuh


 Susunan bunga bertabur

Motif yang digunakan pula adalah seperti:

 Motif Tumbuh-tumbuhan
 Motif Binatang
 Motif Alam/Benda
 Motif Kuih
Proses pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan
teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang
loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses
menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat
butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

1
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam
pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di
keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

2
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil
digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat
pemutar rahat.

Menganeng benang

3
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat
penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai
kain yang akan ditenun.
Menggulung

4
Benang-benang yang diregang di alat menganeng
(ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau

5
sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat
benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi
jentera.

Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung.

6
Benang loseng berangka genap dan ganjil akan
diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu
menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan
menggunakan alat yang di panggil lidi dengan

7
menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima
lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses
ikat butang.

Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau

8
benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-
celah benang loseng mengikut corak yang telah
ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain
yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Songket kini
Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara
pemakaiannya juga lebih meluas,
bersesuaian dengan majlis begitu
juga corak dan motifnya yang
semakin kontemporari, sesuai
dengan perubahan dan peredaran
masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan
peredaran masa.

Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan


dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga
songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan,
hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.

Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan
fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal
pertengahan abad ke-20.
Contoh Songket Bunga Tabur
Contoh Songket Bunga Penuh

Contoh Songket Limar ( Songket Berkualiti Tinggi )


Contoh Songket Palembang
Contoh Songket Yang Dijadikan Aksesori
Fesyen Songket

Anda mungkin juga menyukai