Anda di halaman 1dari 3

Apakah itu VUCA?

VUCA terdiri daripada Volatility,


Uncertainty, Complexity dan Ambiguity.
Volatility atau Volatile adalah satu keadaan di mana perubahan berlaku
dengan sangat pentas. Kita mempelajari sesuatu yang kita fikir ia baru
dan terkini. Belum sempat kita mengaplikasikannya atau ketika kita
sedang mencubanya, apa yang kita belajar itu sudah
berubah. Outdated. Kita sehingga tidak mampu mengejar perubahan yang
terlalu pantas ini.
Contohnya handphone, komputer atau teknologi lain. Trending dunia,
perubahan harga komoditi global, semua berubah terlalu cepat tanpa
dijangka.

Sewaktu zaman ketenangan pada sekitar tahun 1970-an – 1980-an,


sesuatu keadaan itu stabil dalam tempoh yang lama.

Jadi kita dapat membuat ramalan atau jangkaan mengenai apa yang akan
berlaku seterusnya.

VISION
Bagi menghadapi  volatility, pemimpin perlu mempelajari skil
mengenai Vision. Mereka perlu mempunyai kemahiran meramal apa akan
berlaku pada masa akan datang berdasarkan keadaan semasa. Mereka
perlu pandai forecast dan memastikan diri mereka sentiasa mengikuti
perkembangan semasa dan terkini. Anticipate!
UNCERTAINTY
Uncertainty pula adalah satu keadaan yang tidak pasti. Ketidak-tentuan.
Dalam zaman ini, tidak ada satu perkara pun yang benar-benar pasti. Cara
menghadapinya ialah dengan memahami sesuatu perkara
itu. Understand!
Kita tidak boleh lagi banyak bercakap dan hanya memahami sesuatu
daripada sudut pandang kita saja. Tidak boleh lagi sepenuhnya menguasai
mesyuarat atau apa saja perbincangan.

Sebaliknya, pemimpin perlu lebih banyak mendengar supaya lebih


memahami apa yang sedang berlaku. Melalui cara ini mereka akan dapat
lebih melihat dan menilai sesuatu perkara daripada setiap sudut dan
pendapat.

Kemahiran mendengar pula melibatkan beberapa teknik yang perlu


pemimpin tahu.

Kita tidak boleh menggunakan bahasa-bahasa yang terlalu tinggi atau


istilah-istilah bombastik yang tidak difahami oleh orang lain. Apabila mahu
menerangkan sesuatu, ia perlu disampaikan dengan jelas. Gunakan
bahasa yang difahami oleh semua orang.
Dalam dunia VUCA, ia sangat membuang masa apabila kita mengambil
masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara.

Libatkan mereka dalam setiap perbincangan mengenai visi syarikat.


Dengar pendapat mereka. Jangan buatkan orang bawahan kita perlu
mengambil masa untuk memahami sesuatu.

COMPLEXITY
Complexity adalah keserabutan dunia dan ekonomi sekarang. Dunia kini
sangat kompleks. Kita langsung tidak dapat mengagak harga komoditi
dunia akan jatuh teruk. Namun pada bila-bila masa ia naik di luar
jangkaan kita. Ia melibatkan satu proses yang kompleks.
Mentafsirkan data di zaman VUCA tidak sama dengan mentafsirkan data
di zaman sebelum ini. Zaman ini terlalu kompleks. Banyak perkara
berkaitan yang tidak jelas.

Bagi menghadapi complexity, kita perlu menggunakan kaedah  Clarity.


Perlu ada KPI yang jelas, sasaran, balance score card dan sebagainya.
Skop kerja perlu jelas. Tidak ada arahan bertindih.
Elakkan memberi ayat, “Awak fikir sendiri bagaimana menguruskan
bahagian ini.” Itu dulu.

Dalam zaman VUCA kita tidak boleh lagi menganggap setiap orang jelas
dengan halatuju syarikat. Beri arahan yang jelas. Satu persatu. Apa yang
boleh, dan apa yang tidak boleh. Berikan objektif dan apa hasil yang kita
mahu.

AMBIGUITY
Ambiguity pula kejerebuan ekonomi. Masa depan semakin samar-samar.
Kabur. Ibaratnya dulu, kita masih boleh memandu dalam keadaan
berjerebu dengan jarak penglihatan sejauhu 1 km atau 500 m. Sekarang,
30 m saja.

Dalam keadaan Ambiguity, kita tidak boleh asyik merungut atau komplen.


Kita tidak boleh marah-marah apabila arahan majikan bertukar. Mereka
sendiri tidak mahu memberikan arahan yang berbeza, malahan, mereka
sendiri mahukan kepastian dan kestabilan.
Namun, dalam dunia VUCA, semuanya samar-samar. Keadaan berubah
terlalu laju. Pasaran sentiasa dalam keadaan tidak menentu. Dan setiap
keputusan melibatkan proses yang kompleks. Mereka sendiri tidak dapat
membuat ramalan yang tepat atau hampir tepat.

Penawar Ambiguity ialah agility. Kekuatan. Ketahanan minda. Tidak perlu


cepat mengeluh dan putus asa, jalan ters. Hati dan minda perlu kuat.
Dunia VUCA adalah dunia penuh cabaran. Jangan komplen. Jangan
gopoh. Jangan cepat panik.
Dunia sudah cukup VUCA. Jangan ditambahkan lagi.
Pada zaman ini, kita seperti berjalan dalam keadaan teraba-raba. Namun,
kita kena tetap perlu menetapkan sasaran kita dan yakin akan sampai
kepada sasaran itu.

Guna instrument. Segera tukar kaedah jika perlu. Gunakan calculation.


Jalan terus. Berhenti merungut.

We will arrive.
Dalam dunia VUCA, daya ketahanan adalah perkara paling penting yang
kita perlu ada. Dulu, hampir semuanya boleh diramal. Kita boleh nampak
coraknya.

Sekarang tidak lagi.

Data 10 tahun lepas, belum tentu boleh digunakan lagi sekarang. Jika
melihat graf berdasarkan analisis data 10 tahun dulu, peratus kenaikan
atau penurunan mungkin hampir sama. Kitaran pun hampir sama.

Sekarang, mungkin tidak stabil lagi.

Kita perlu forecast berdasarkan keadaan semasa. Perlu pantas ambil


peluang dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Selamat datang ke Dunia VUCA.

Anda mungkin juga menyukai