Anda di halaman 1dari 2

VUCA : KETIDAKPASTIAN DALAM PENDIDIKAN

Oleh:
Dr. Mohd Azuri bin Shaari
Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Pahang
Susunan semula Oleh:
Mohd Rizal bin Atan
Pengetua SMK Keratong

Dunia sekarang ialah dunia VUCA serta istilah popular terkini ialah The New Norm dan
ditafsirkan sebagai The future is here and now. Adakah kita sudah bersedia dan melengkapi hidup ini
dengan praktik dan amalan terkini selari dengan VUCA. Tiada apa yang pasti dalam dunia VUCA.

Apakah itu VUCA? VUCA ialah satu suasana ketidaktentuan yang ketara. Dalam situasi
ketidaktentuan ini menyebabkan kita sukar untuk membuat ramalan atau jangkaan seperti dulu.
Bidang Pendidikan juga tidak terlepas dalam menghadapi dunia VUCA ini. Oleh sebab itulah,
kepimpinan pendidikan pada waktu ini seharusnya mempunyai elemen yang dapat menyediakan
diri untuk menghadapi dunia VUCA.

Berdasarkan satu kajian yang telah dimuatkan dalam Journal of Education and Development; Vol. 3,
No. 2; August, 2019 merumuskan bahawa VUCA ialah kepelbagaian yang tidak jelas dan merujuk
kepada akronim Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity.

Volatility, merupakan satu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas sehingga kita
tidak sedar dan tidak mampu mengejar perubahan yang sedang berlaku kini seterusnya out of date.
Sehubungan itu, Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
mantap dalam memastikan keberadaan organisasi mereka selari dengan perkembangan semasa
dunia.

Uncertainty , pula ialah satu keadaan yang tidak pasti atau ketidaktentuan di mana-mana sahaja dan
satu sahaja cara untuk kita menguasai keadaan adalah dengan mempelajari dan memahami sesuatu
perkara itu dengan pantas, tepat dan terkini. Pemimpin Pendidikan tidak boleh lagi banyak bercakap
dan hanya memahami sesuatu dari sudut pandang mereka sahaja sebaliknya Pemimpin Pendidikan
perlu lebih banyak mendengar supaya lebih memahami kehendak anggota organisasi agar dapat
lebih memahami dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sudut. Pemimpin Pendidikan
sepatutnya menguasai kemahiran mendengar dan menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat
supaya anggota dalam organisasi memahami dan mampu bertindak sewajarnya.

Complexity pula ialah berkaitan keserabutan dunia dan sistem ekonomi yang begitu kompleks dan
sudah tentu akan terkait langsung dengan sistem pendidikan di mana-mana negara dalam dunia.
Kita langsung tidak dapat mengagak apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat dan Pemimpin
Pendidikan pada era VUCA harus peka dan responsif terhadap perubahan terkini dalam pelbagai
perkara berkaitan pendidikan. Bagi menghadapi keserabutan ini, kita perlu menggunakan kaedah
kejelasan dalam setiap perkara. Anggota dalam organisasi perlu mempunyai KPI yang jelas, skop
kerja berfokus dan tiada arahan bertindih agar setiap anggota mampu berfungsi dan bergerak secara
betul dan tepat serta menguntungkan organisasi.

Ambiguity pula ialah ketidaktentuan ekonomi akibat daripada perubahan pelbagai polisi dalam
pentadbiran negara di seluruh dunia, masa depan semakin samar dan kabur, begitu juga dengan
sistem pendidikan di dunia kini yang juga telah berubah 360 °. Kalau dahulu sistem pendidikan
banyak bersemuka namun kini semuanya dilaksanakan secara dalam talian baik perkara berkaitan
PdP mahupun pengurusan. Hal ini kerana ketidaktentuan global akibat ancaman pandemik COVID
19. Pemimpin Pendidikan tidak boleh merungut, cepat panik dan gopoh malah perlu sentiasa peka
dan bersedia dengan setiap perubahan arahan oleh pihak pembuat dasar. Pemimpin Pendidikan
harus sedar bahawa dunia VUCA merupakan dunia yang samar dan sentiasa berlaku perubahan
dengan pantas. Justeru itu, Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai kekuatan dan ketahanan minda
agar tidak cepat mengeluh dan putus asa kerana dunia VUCA ialah dunia yang penuh cabaran.

Rumusannya, kita perlu bangun dan sedar bahawa dunia kini bukan seperti dulu. Ketidaktentuan di
mana-mana sahaja dan kita perlu bergerak dan berfikir pantas serta mengadaptasi situasi ini agar
mampu hidup dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar dan kompleks. Siapa leka akan
ketinggalan dan hanyut dalam ketidakpastian, inilah dunia VUCA , dunia tanpa kepastian.

Rujukan:

1. Breen, J. M. (2017). “Leadership resilience in a VUCA world”. In Elkington, R., Steege, M. V. D.,
Glick-Smith, J., & Breen, J. M. (Eds.) Visionary leadership in a turbulent world: Thriving in the new
VUCA context. (pp. 39-58). Bingley, UK: Emerald Publishing Limited.

Anda mungkin juga menyukai