Anda di halaman 1dari 2

Soalan-soalan temuduga

Dasar KPM

1. Dasar PPPM
2. TIMS dan PISA
3. KSSR dan KSSM
4. Pendekatan Modular
5. PdP Abad ke 21

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari
2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah
antara lain ialah;
 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

 Memantapkan kepimpinan sekolah


 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan
pengajaran
 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal
insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

Kepimpinan

1. PGB sebagai peneraju/Pembimbing/Pendorong


2. Perubahan yang akan dilakukan sebagai PGB

Anda mungkin juga menyukai