Anda di halaman 1dari 16

Slaid 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Warga pendidik Pahang yang dikasihi sekalian. Syukur Allah memberi kita
peluang melangkah ke tahun 2020 dengan merakamkan pelbagai kejayaan
dan kecemerlangan yang telah kita rai, juga episod-episod yang mengesan
di hati untuk kita ambil iktibar dan berusaha memperbaiki.

1
Slaid 2

Muhasabah diri dan buat refleksi, di mana kita berada dan adakah kita
berasa puas hati dengan kedudukan kita?
Mari kita renung maksud sebahagian dari pada ayat 11, surah ar-Ra’d.
Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka (sendiri-sendiri).
Dalam tafsir Fi Zilalil Quran Asy-Syahid Sayid Qutb Rahimullah
berkata semua ikhtiar, perubahan dan usaha-usaha yang kita lakukan
adalah bersesuaian dengan fitrah dan kehendak Allah SWT.
Setiap usaha yang kita buat, jika intervensi yang diambil bertepatan
dengan masalahnya, pasti akan membuahkan kejayaan. Setiap daripada
kita ini mempunyai tanggung jawab untuk merungkaikan isu/masalah
berpandukan data serta menemukan punca isu/masalah yang sebenarnya
supaya tindakan pembetulan/penambahbaikan paling berdaya maju dapat
dilaksanakan.

2
Slaid 3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan satu


perancangan yang dihasilkan dalam Makmal Program Transformasi
Kerajaan 2.0 – Government Transformation Program 2.0 (GTP2.0).

Kita telah melalui Gelombang Pertama dari tahun 2013-2015 yang


memberi fokus kepada Mengubah sistem dan memberi sokongan
kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Dalam
tempoh tersebut kita melaksanakan Dialog Prestasi, melantik SISC+ dan
SIP+, melaksanakan PdPc PAK21, melaksanakan Profesional Learning
Community dan kita melihat perubahan peranan PPD sebagai pembantu
kepada sekolah dan menyediakan penyelesaian masalah secara setempat.

3
Dalam Gelombang kedua kita memacu peningkatan sistem dengan
memberi fokus kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian
murid. Pada gelombang kedua ini:

1. KSSR semakan semula dan KSSM dijalankan.


2. Usaha menarik minat dan kesedaran masyarakat kepada bidang
STEM dijalankan.
3. Program untuk meningkatkan pendedahan kepada Bahasa Inggeris
dan mengukuhkan penyediaan kepada bahasa tambahan
dilaksanakan.
4. Program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli,
Pribumi, murid pintar cerdas dan murid berkeperluan khas diberi
fokus.
5. Bimbingan dan sokongan kepada guru bagi meningkatkan
penyampaian pengetahuan, kemahiran dan nilai dijayakan.
6. Kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi ditingkatkan.
7. Bahagian utama kementerian diperkukuhkan dan peranan
kementerian, JPN dan PPD distrukturkan semula.
8. Pelaksanaan pendidikan vokasional diperluaskan.
9. Pendidikan Bahasa Melayu dimartabatkan.

Pada tahun akhir Gelombang kedua ini, marilah kita memperkemas dan
melancarkan segenap aspek dalam bidang pendidikan supaya sistem
menjadi terpacu (accelerated). Ini bermaksud, memberi tumpuan untuk
menyelesaikan isu-isu atau merungkaikan masalah-masalah yang
berkemungkinan memperlahankan atau merencatkan peningkatan ke arah
kecemerlangan Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti.

4
Slaid 4

Jabatan Pendidikan Pahang sedang berada dalam proses transformasi yang


disokong oleh 4 tonggak:
i. Kepimpinan
ii. Staf
iii. Hubungan luar
iv. Iklim

Empat tonggak ini dilengkapkan oleh 4 nilai asas:


i. Kepantasan bertindak dan membuat keputusan
ii. Kreativiti dan inovasi
iii. Nilai untuk wang
iv. Integriti

5
Slaid 5

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kepimpinan Strategik memberi


perhatian kepada beberapa perkara ini atas sifatnya yang berpotensi
membangunkan Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti.

Bahasa Sekolah

Komunikasi yang berlaku di antara JPN/PPD dan sekolah (guru) lebih


bermakna jika menggunakan “bahasa sekolah”, yakni bahasa yang mudah
dan kurang mengandungi perkataan, akronim, singkatan dan istilah-istilah
yang sukar difahami oleh guru-guru. Bahasa Sekolah juga memberi
pengertian bagaimana cara sesuatu dilakukan di sekolah.

Rangkai kata “Saya yang menjalankan amanah” telah menggantikan


“Saya yang menurut perintah”. Dalam menjalankan amanah, seseorang
tidak perlu menunggu arahan/perintah. Menjalankan amanah membawa
pengertian lebih mendalam yakni mengusahakan seupaya tugasan yang
diberi disempurnakan sebaik mungkin.

6
Bottom - up

Istilah “Bottom up” kini menggantikan arahan “Top down”. Ini bermakna
keputusan dalam menentukan KPI hendaklah didasarkan kepada
keupayaan sebenar sekolah. Adalah lebih baik mendapat pandangan
daripada individu yang akan mengendalikan kerja sebelum melancarkan
sesuatu program. Bottom up juga memberi konotasi ‘syura’ atau mesyuarat.

Program strategik.

Program strategik atau perancangan strategik merupakan satu kaedah


melaksanakan gerak kerja yang berasaskan data, mempunyai garis masa
yang menandakan terlaksananya sesuatu hasil, juga mempunyai kaedah
mengumpul serta menganalisis data untuk menentukan perkembangan
program seterusnya. Akhirnya perancangan strategik mempunyai pelan
kontigensi yang akan menjadi alternatif kepada perancangan asal.

Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang (5P)

Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang (5P) merupakan


salah satu bentuk perancangan strategik untuk menangani kemerosotan
dalam setiap bidang. Dalam menjayakan 5P, pemimpin sekolah perlu
memperhalusi Root Cause Analysis & Intervention (RCA & Intervention),
merencana garis masa yang menggambarkan proses Plan, Do, Check, Act
(PDCA) dan melaksanakan Dialog Prestasi bagi membincangkan prestasi
murid-murid.

7
Dialog Prestasi

Dialog prestasi merupakan platform terbaik untuk menilai kemajuan dalam


segenap aspek dalam pendidikan. Membudayakan Dialog Prestasi akan
melahirkan sekolah yang peka dengan perubahan dan mengambil tindakan
dengan progresif. Yang penting bagi Dialog Prestasi bukanlah hasil
perbincangan dialog tetapi outcome daripada tindak susul dialog.

TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan


modal insan unggul melalui:

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

Menjelang tahun 2025, semua sekolah di negara ini akan melalui program
TS25. Matlamat TS25 tidak lain dan tidak bukan ialah Kemenjadian Murid
dan Sekolah Berkualiti.

8
Profesional Learning Community (PLC)

Dalam tempoh 3 tahun sejak 2017 hingga 2019 Pahang telah menunjukkan
pertambahan bilangan sesi PLC yang bersifat exponential. (Tahun 2017-133
sesi, Tahun 2018-1603 sesi dan Tahun 2019-16,745 sesi). Adalah
diharapkan sesi-sesi PLC yang dilaksanakan benar-benar membawa natijah
yang baik terhadap profesionalisme guru dan bukan sekadar aktiviti untuk
mengisi masa demi keperluan pendokumentasian. Ruang dan masa perlu
diberikan untuk PLC dirancang dan dilaksanakan berdasarkan keperluan
sebenar bagi mendatangkan hasil yang efektif kepada guru sebagai
pendidik berwibawa profesional.

SKPMg2

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) adalah asas


dalam menentukan Kemenjadian Murid dan Sekolah berkualiti.
Kemenjadian murid berteraskan kepada tiga elemen iaitu dokumen
kurikulum standard, pedagogi dan pentaksiran. Ketiga-tiga elemen
digabungkan dalam bentuk usaha untuk menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada murid dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat
pendidikan. SKPMg2 merupakan piawai pengukuran kepada standard
kepimpinan, standard pengurusan organisasi, standard pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, standard pembelajaran dan
pemudahcaraan serta standard kemenjadian murid.
Untuk menjadikan SKPMg2 relevan dan ampuh dalam menjamin
kemenjadian dalam bidang pendidikan, maka pengisian Skor Penilaian
Kendiri dan Skor Penilaian Akhir mestilah bersifat telus dan ikhlas.

9
Sikap meletakkan skor yang rendah pada awal tahun (Januari - April)
dan meletakkan skor yang lebih tinggi pada akhir tahun (Ogos - November)
semata-mata untuk memperlihatkan peningkatan hendaklah dikikis.
Pentadbir Sekolah diseru menjaga kredibiliti dengan memastikan bahawa
skor SKPMg2 yang dikunci masuk adalah benar dan disahkan.
Secara empirikal purata skor SKPMg2 Standard 4 sekolah-sekolah
tidak menunjukkan korelasi positif dengan pencapaian murid dalam
peperiksaan awam. Oleh yang demikian, sekiranya skor SKPMg2 yang
dikunci masuk tidak benar dan kurang telus maka ia tidak dapat
mencerminkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah dengan tepat.
Tanggung jawab memantau skor dan perkembangan profesionalisme
guru menggunakan SKPMg2 yang diserahkan kepada Pengetua dan Guru
Besar akan lebih bermakna sekiranya skor elemen-elemen SKPMg2
dianalisis bagi tujuan pemugaran dan peningkatan kemahiran guru.
Justeru, berpandukan SKPMg2, sewajarnya tindakan susulan diambil
bagi membolehkan guru melaksanakan mana-mana platform yang sesuai
dalam Profesional Learning Commmunity (PLC) untuk membangunkan
profesionalisme masing-masing. PLC merupakan platform yang sangat
berkesan untuk membangunkan kemahiran keguruan menggunakan
kepakaran dari dalam institusi sekolah atau memanfaatkan kepakaran guru-
guru daripada sekolah sekitar.

10
Slaid 6

Mengungkap kata Professor Yoshinori Tabata “ The quality of education


depends upon the quality of teachers”, kita patut menginsafi bahawa
terdapat banyak ruang untuk mempertingkatkan profesionalisme guru-guru
di 541 sekolah rendah dan 199 sekolah menengah kita. Kaedah yang
praktikal adalah melalui PLC. PLC adalah program yang membina kekuatan
dari dalam sekolah menggunakan gabungan kemahiran guru-guru sendiri.
Menghadapi zaman Artificial Intelligence (AI) dan Industrial Revolution 4.0
(IR4.0), guru-guru perlu menggunakan ikhtiar sendiri untuk terus relevan
dengan kepantasan perubahan masa.

Sering kali guru akan mendapati ada murid yang lebih advance
daripadanya. Preskripsi yang baik bagi menghadapi suasana ini ialah Guru
menjadi Pembelajar Sepanjang Hayat.

11
Slaid 7

Warga Pendidik Pahang yang dikasihi,

Kita perlu mengambil iktibar daripada kajian Mc Kinsey and Co. mengenai
kualiti guru dan prestasi pelajar. Mc Kinsey and Co. menggariskan tiga
perkara:

1. Kualiti sistem pendidikan tidak dapat mengatasi kualiti guru.


2. Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah
pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan
pencapaian pelajar.
3. Kualiti guru merupakan penentu utama mengatasi faktor-faktor lain,
termasuk saiz kelas. Kajian perkembangan selama 3 tahun ke atas
satu kumpulan murid dari ketika berumur 8 tahun hingga mereka
berumur 11 tahun mendapati bahawa markah purata murid-murid yang
diajar oleh guru berprestasi rendah adalah 37 %, manakala murid-

12
murid yang belajar daripada guru berprestasi tinggi mencatat purata
markah 90 %. Jelas, data menunjukkan perbezaan sebanyak 53%.
Perbezaan ini terletak pada kualiti guru!

Slaid 8

Bilik darjah merupakan unit operasi paling kecil dalam sistem pendidikan.
Bilik darjah adalah pusat, bahagian terpenting dalam sistem pendidikan yang
merupakan medan bagi perkembangan dan pertumbuhan murid.

Bilik darjah boleh memberi cerminan kepada empat dimensi asas.


Dimensi-dimensi ini saling berkait dan mempengaruhi. Dimensi-dimensi
tersebut adalah kepimpinan, guru, murid dan iklim.

13
i. Kepimpinan
a. Murid – keterampilan murid mencerminkan asuhan dan didikan
ibu bapa dan guru-guru.
b. Guru – Profesionalisme guru mencerminkan tadbir urus
Pengetua/Guru Besar yang cakna dan profesional
c. Iklim – kelas yang kondusif adalah aspirasi guru yang
mempunyai dorongan dari kepimpinan yang cakna.

ii. Murid
a. Kekemasan diri dan keterampilan murid menggambarkan
kecaknaan guru dan sikap pemimpin sekolah terhadap
pembudayaan nilai dan disiplin dalam kalangan murid.
b. Guru yang disukai murid menunjukkan keakraban dan murid
seronok belajar bersamanya. Hasil kerja murid yang disemak
dengan segera menunjukkan kegigihan guru. PdPc guru
dicerminkan oleh hasil kerja murid yang dipamerkan di dalam
kelas.
c. Iklim pembelajaran yang merangsang murid belajar
menunjukkan guru yang berdedikasi merancang dan
melaksanakan PdPc yang memudahkan murid faham serta
menyeronokkan. Iklim kelas juga memberi gambaran terhadap
keprihatinan pentadbir untuk mentadbir urus sekolah supaya
menjadi tempat yang disukai dan sentiasa dirindukan murid.

14
iii. Guru
a. Pemimpin yang dinamik dapat dilihat dari sikap profesional guru-
guru yang banyak melaksanakan inovasi dalam pendidikan.
b. Murid dapat memberi “ranking” guru yang baik dan yang
sebaliknya
c. Guru yang tidak mementingkan iklim pembelajaran yang
kondusif, kurang mempunyai wawasan dan kurang menaruh
harapan kepada murid-muridnya.

iv. Iklim
a. Iklim sekolah yang kondusif boleh mencerminkan tadbir urus
sekolah yang baik dalam kalangan pemimpin sekolah.
b. Murid yang menunjukkan sikap ingin/serius belajar menunjukkan
bahawa guru-guru memberi keyakinan kepada mereka dan
mempunyai harapan bahawa murid-murid akan cemerlang /
berjaya.
c. Sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang kondusif
mempunyai lebih ramai guru yang dedikasi dan komited
terhadap kerja.

15
Slaid 9

Penutup

Ahirnya, satu perkara yang tidak dapat dipertikaikan:

Pengurusan Berkualiti akan menjulang sekolah ke martabat Sekolah


Berprestasi Tinggi. Agak jarang mendapati sesebuah sekolah yang baik
diketuai oleh pemimpin yang tidak berkebolehan dan sebaliknya, agak
jarang ditemui sesebuah sekolah yang lemah diketuai oleh pemimpin yang
hebat.

Kerja sepasukan, kerja bersama-sama dalam keadaan saling terhubung


(connected) adalah kaedah kerja yang akan membawa manfaat kepada kita
sebagai sebahagian daripada Kementerian yang besar (KPM). Semoga kita
berjaya menghadapi tahun 2020 dengan jayanya.

Sekian, selamat maju jaya dalam memastikan Pemacuan Peningkatan


Sistem tercapai.

16

Anda mungkin juga menyukai