Anda di halaman 1dari 8

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU


TAMAN BUKIT PANTAI,
59100 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU
PERINGKAT 4 FASA 5
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
TARIKH:
12 FEBRUARI 2015
TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

Kandungan

Muka surat

1. Pengenalan Bina Insan Guru

2. Rasional Bina Insan Guru

3. Objektif

4. Matlamat

5. Tarikh

6. Tempat

7. Peserta Kursus ( LAMPIRAN 1)

8. Ahli Jawatankuasa PPG Kohort 2 ( LAMPIRAN 2)

9. Anggaran perbelanjaan ( LAMPIRAN 3 )

10. Tentatif program ( LAMPIRAN 4 )

11. Penutup

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

1.

Pengenalan
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk
memenuhi syarat

Program Pensiswazahan Guru

bagi memperoleh

Ijazah Sarjana

Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru
(ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan
dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang
menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan
tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat
membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh
kepada masyarakat.
Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan sesebuah bengkel
di sekolah. Guru perlu diberi peluang untuk menjayakan program seperti ini bagi melatih
mereka menguruskan program dan boleh dipraktikan kepada murid-murid

nanti.

Penekanan kepada aspek-aspek begini amat penting sebagai hasil pemahaman insan
guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.
Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang
lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru
adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,
penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia
menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam
mengharungi cabaran di era globalisasi.
2.

Rasional
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan
efektif bertepatan dengan dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-

2025 ). Bengkel Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan ini merupakan batu


asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen
Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly
Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus


kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
Pelajar-pelajar Program Pensiswazahan guru dapat menambahkan keyakinan diri
dalam menghadapi cabaran, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk
jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk
peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti
wawasan negara.
3.

Matlamat
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru PPG Kohort 2 diharapkan dapat :
3.1. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di
antara satu sama lain.
3.2. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.
3.3. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.
3.4. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi
dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4.

Objektif
Sasaran kepada Pelajar PPG selepas mengikuti menjalani bengkel agar dapat:
4.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.
4.2 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan
4.3 Menilai ciri-ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran
positif terhadap kerjaya keguruan.
4.4 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah

5.

Tarikh
Program Bina Insan Guru Program Pensiswazahan Guru diadakan pada 12.2.2015

6.

Tempat
Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3. Penceramah adalah
Tuan Haji Isnu bin Sururi.

7.

Peserta Kursus
Seramai

24

orang

Pelajar PPG menyertai Lawatan Penanda Aras

LAMPIRAN senarai nama peserta.

ini. Sila rujuk

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

8.

Ahli Jawatankuasa LADAP PPG Kohort 2


Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PPG ( lampiran 2 )

9.

Anggaran kewangan
Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program
seperti lampiran 3

10.

Tentatif program
Program PPG Kohort 2 ini akan mengambil masa

dua hari yang melibatkan aktiviti

berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam
Tentatif program adalah seperti di lampiran 4
11.

Penutup
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat
dapat menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan dengan sempurna. Hasil
daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan
yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap
keperluan

infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang

tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi
keperluan modal insan negara.
Disediakan oleh
.............................................................
(

SITI MERIAM BINTI MOHAMAD

Setiausaha,
Program Bina Insan Guru Semester 7
Program Pensiswazahan Guru Kohort 2 ,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu,
59100 kuala Lumpur.

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

Anda mungkin juga menyukai