Anda di halaman 1dari 4

Anak itik yang hodoh

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur.
Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah
anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang
agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat
ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia
membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di
ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang


comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan
berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang
hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada
tempat tinggal.

1
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur
nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila
hampir senja, beberapa itik liar dating ke tempat itu tertawakannya
dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia
sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu
meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga
memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.

“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca
bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air
dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan
melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di
udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang.

2
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata
di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik
itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir
bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak
petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia
terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun
melarikan diri dari ladang.

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput


panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga
matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila
melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya
boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “
Alangkah cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang
berhampiran.

3
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor
angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit
dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi
sunyi.

Anda mungkin juga menyukai