Anda di halaman 1dari 3

kasih suci

HomePosts RSSCommentsEdit
KITA SAMA SAHAJA.. BEZANYA CUMA AMALAN KITA..
ANAK ITIK YANG HODOH

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama
kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta
berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna
kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan
anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-
binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi
mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan
dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan
dan tidak ada tempat tinggal.

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan
keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating
ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada
sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal
di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.

“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar
menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar
menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat
cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher
panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam
hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas
tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada
disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke
perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun
melarikan diri dari ladang.

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa
selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya
sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia
terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah
cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan.
Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.
Posted By Unknown
Wednesday, 27 June 2012
Labels: Cerita Dongeng Kanak-Kanak
at 01:14
9 Comments:
Unknown said...
boleh saya tahu penerbit buku cerita ini..sy nak isi buku nilam

4 JULY 2018 AT 20:13


Unknown said...
boleh sy tahu penerbit buku cerita ini...sy nak isi buku nilam

4 JULY 2018 AT 20:13


Unknown said...
Tq ats cerita ini

23 OCTOBER 2018 AT 11:47


Unknown said...
Betul tu ank sya pn nk tulis dlm bku nilam

31 OCTOBER 2018 AT 21:20


Unknown said...
saya pon nak isi dekat buku nilam anak saya ni

16 JULY 2019 AT 02:15


Unknown said...
Boleh saya tahu penerbit buuku cerita ini...saya nak isi bukunilam

31 JULY 2019 AT 06:02


Unknown said...
Done

22 APRIL 2020 AT 01:58


Unknown said...
too long

15 AUGUST 2020 AT 00:12


Unknown said...
Sangat panjang

22 APRIL 2021 AT 04:16


Post A Comment

Newer PostOlder PostHome

SELAMAT DATANG

Search

TAQWIM
Powered by Calendar Labs
Labels
Cerita Dongeng Kanak-Kanak (6)
Kisah dan Tauladan (51)
Kisah-kisah Nabi (12)
Video (2)
Archive
► 2015 (1)
► 2013 (4)
▼ 2012 (68)
► December (2)
► November (2)
► September (7)
► August (10)
► July (26)
▼ June (21)
DENGKI AKAN MEMBUNUH DIRI SENDIRI
KISAH DALAM BULAN REJAB
SI COMEL BERHUD MERAH
KISAH TEMPAT TINGGAL RUH
ANAK ITIK YANG HODOH
KISAH NABI HUD A.S.
KISAH KECELAKAAN YANG TIMBUL AKIBAT DARI SIFAT SUK...
KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI
JACK DENGAN POKOK KACANG AJAIB
PUTERI SALJI PUTIH BERSAMA 7 ORANG KERDIL
KISAH NABI ADAM A.S
AHLI TAAT DAN AHLI MAKSIAT
KISAH NABI NUH A.S.
KISAH ASAL USUL HAJARUL ASWAD
KISAH NABI IDRIS as.
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
KUBUR BERKATA-KATA
KISAH 3 PEMUDA TERPERANGKAP DI DALAM GUA
KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA
TUKANG SIKAT RAMBUT PUTERI FIRAUN
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Powered by Blogger.
Followers

Arissa
Photobucket

About Me
UNKNOWN
VIEW MY COMPLETE PROFILE
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section.
Edit " About "

kasih suci | Designed by: Shop Like a Woman of Womens Fashion Style | Supplied by
Wordpress Themes Preview | Wu Yi Tea , TNB

Anda mungkin juga menyukai