Anda di halaman 1dari 2

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram

enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu


telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang
comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang
agak besar menetas dan anak itu itu berwarna
kelabu!
Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju
kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik
juga turut bersama. Kemudian ia membawa anakanaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di
ladang itu.
Semua binatang di ladang gembira berjumpa anakanak
iti
yang
comel
itu.
Tetapi
mereka
mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna
kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik
yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada
kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang
masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu
pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa
itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan
berkata, Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan
beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia
berasa lapar dan letih lalu meminta ayam
membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga
memberikannya makanan.
Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur?
Tidak, kata itik itu.
Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing.
Tidak, kata itik itu.
Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata
ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun
tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam
kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam
bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit
dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik
berterbangan di udara. Burung-burung berbulu
putih itu besar dan berleher panjang.

Alangkah bagusnya jika aku seperti burungburung itu, ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik
hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan
membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia
sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya,
anak
petani
itu
bermain
dengannya
dan
membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga
anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun
melarikan diri dari ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan
yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ.
Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar
semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia
terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi
putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan
akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya
di dalam air. Alangkah cantiknya burung itu,
fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang
berenang berhampiran.
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah !
awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang
dengan kami.
Apa? Aku seekor angsa?
Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burungburung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang
dilihatnya.
Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia
menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan
ia tidak lagi sunyi.

Anda mungkin juga menyukai