Anda di halaman 1dari 3

Tulis sebuah karangan tentang Cara-cara Menghormati Ibu bapa.

Pendahuluan
-sebagai anak-menghormati ibu bapa-membesarkan-mencari rezeki-bersusah payah
Idea-idea
1. cara-cara-membantu-kerja rumah-menyapu sampah, mengelap tingkap, membasuh
pinggan-meringankan beban-penat bekerja-pagi-petang
2. bercakap-sopan-jangan meninggikan suara-gunakan bahasa yang baik-lemah
lembut-menyakitkan hati-menyinggung perasaan
3. mendengar nasihat-jangan membantah-patuhi arahan-berbuat kebaikan-jadi anakbaik-hormat ibu bapa
4. belajar bersungguh-sungguh-mencapai kejayaan-peperiksaan-menggembirakanberasa banggaPenutup
-ibu bapa-dihormati-banyak jasa-memelihara-kecil-besar-jadi anak-membalas jasa

Aku menerima jemputan untuk menghadiri majlis hari jadi rakanku. Setelah sampai di
rumahnya... Lengkapkan cerita di atas. Mulakan karangan kamu dengan Setelah
sampai di rumahnya...
Pendahuluan
- kelihatan ramai tetamu rakan lain - hadir masuk - rumah bersalaman Ikram
menghulurkan hadiah berterima kasih sudi hadir
Idea-idea
1. melihat rumah - dihias cantik - tergantung belon dan reben - warna warni menjemput duduk - ruang tamu berbual-bual menunggu majlis bermula emak
ayah Ikram - sibuk melayan tetamu muka Ikram berseri-seri menyambut hari
lahir
2. - pelbagai jenis makanan dihidangkan atas meja sebuah kek coklat Secret
Recepi tertera Selamat Hari Jadi ke-12 di atas kek - Ikram memakai baju baharu
meraikan hari jadi - kelihatan ramai rakan - datang - membawa pelbagai hadiah.
3. - tidak lama - majlis bermula - tetamu - mengelilingi meja - menyanyikan lagu
Selamat Hari Jadi - bertepuk tangan Ikram - meniup api lilin di atas kek hari jadi
ayah Ikram merakam gambar - kenang-kenangan - memotong kek hari jadi.
4.- menikmati makanan dihidangkan - atas meja sungguh lazat nasi ayam mi
goreng kuih-muih Ikram - mengagihkan kek tetamu - menerima hadiah - ayah
dan ibu - sebuah telefon bimbit.
Penutup
- hari beransur petang - minta diri pulang - berterima kasih - sudi hadir - gembirasuasana- meriah- bangga memenuhi jemputan rakan mengeratkan tali
persahabatan

Tulis karangan tentangKepentingan Perpustakaan kepada Murid-murid.


Pendahuluan
-perpustakaan-gedung ilmu-terkumpul banyak bahan bacaan-boleh membacamajalah, surat khabar, buku,ilmiah, buku cerita-percuma-memberi kebaikan-muridmurid
Idea-idea
- a) Menambahkan ilmu pengetahuan mengetahui peristiwa semasa dalam luar
negara gempa bumi, kemalangan, banjir, peperangan
- b) Mengisi masa lapang melakukan perkara yang berfaedah mengelakkan
membuang masa secara sia-sia menghindar diri terjebak gejala negatif
melepak
- c) Dapat membentuk disiplin pelajar mematuhi peraturan senyap
memulangkan buku dalam tempohnya menjaga kebersihan perpustakaan tidak
mendisiplinkan diri didenda
- d) Menambah perbendaharaan kata membantu menulis karangan- lebih baik
kosa kata bertambah mengamalkan sikap suka membaca
Penutup
- Perpustakaan banyak kebaikan tanamkan sikap suka membaca dan mengunjungi
perpustakaan gedung ilmu banyak kebaikan banyak ilmu diperoleh
Kamu sedang bermain di padang sekolah. Tiba-tiba seorang rakan kamu telah jatuh
dan cedera. Tulis tindakan kamu untuk membantu rakan kamu itu.
Pendahuluan
- sedang bermain bola- padang bersama rakan Aiman terjatuh cedera
menangis kesakitan perasaan cemas, panik, takut
Idea-idea
1. memberi pertolongan cemas mengelap darah sehelai tuala kecil mengambil
peti pertolongan cemas di bilik rawatan - merawat menyapu ubat membalut luka
masih gagal darah masih mengalir
2.- berlari ke bilik guru menceritakan apa yang berlaku meminta guru membantu
merawat - guru bergegas- padang memapah tepi padang luka membengkak
mengerang kesakitan menenangkan rakan
3. membawa rakan ke klinik berhampiran sekolah - menaiki kereta guru Aiman
diberi rawatan doktor bertugas mencuci membalut luka memberi ubat cuti
sakit dua hari
4. menelefon ibu bapa Aiman memaklumkan kejadian berlaku segera datang
ke klinik bersyukur Aiman tidak cedera parah
Penutup
- ibu bapa mengucapkan terima kasih cepat memberi bantuan berdoa agar
tidak berulang lagi pengajaran berhati-hati di mana sahaja berada berbangga
menyelamatkan rakan -kesusahan

Kamu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah
Cara-cara Mematuhi Peraturan Sekolah. Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya
Pendahuluan - kata alu-aluan Tuan Pengerusi Majlis barisan panel hakim - guruguru besar guru-guru rakan-rakan perkenalkan tajuk syarahan
Idea-idea
- sebagai murid- perlu mematuhi peraturan sekolah jangan melanggar disiplin
sekolah
- memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
- datang awal sebelum loceng berbunyi
- menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru
- menghormati guru mengucapkan selamat berjumpa guru guru masuk ke dalam
kelas
- menjaga kebersihan sekolah - membuang sampah ke dalam tong sampah
- jangan berlari semasa menaiki tangga
- beratur semasa membeli makanan di kantin jangan berebut-rebut
- tidak berbual-bual semasa guru besar/guru berucap di tapak perhimpunan
- menghormati pengawas jangan bercakap kasar / melawan
- bercakap dengan sopan dengan guru / rakan
Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.
Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat. Antaranya ialah membolehkan kita
menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika
menggunakan kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan sebagainya. Dengan cara ini, wang
itu boleh kita simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan.
Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan
teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian mereka
itu berbaloi dengan wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak cermat boleh
menyebabkan kita terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan.
Di samping itu, berjimat-cermat juga dapat mengelakkan seseorang daripada terjebak
dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang
untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin.
Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah jadual
harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang kaji pelajaran
dan sebagainya.
Akhir sekali, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.
Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti sentiasa
menutup kembali suis kipas dan lampu selepas digunakan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimat-cermat
sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa kebaikan
kepada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai