Anda di halaman 1dari 3

PENGALAMAN MENYERTAI AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Rangka Karangan

1. Pengenalan - Bila –siapa – apa – di mana


2. Isi – a. Tujuan- permulaan majlis/ suasana / berkumpul – agihan kumpulan dan tugas
b. Persekitaran sekolah – kutip sampah – tebas semak samun di pagar
c. Cuci tandas – longkang
d. Rehat – makan minum – menonton tayangan video kepentingan menjaga kebersihan

3. Penutup – Bersurai – Pendapat / Perasaan

PENGALAMAN MENYERTAI AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti
ini diadakan di persekitaran Sekolah Kebangsaan Jitra 11. Aktiviti gotong-royong ini melibatkan
semua murid tahun enam , guru-guru dan para waris sekolah ini.

Gotong-royong yang diadakan ini bertujuan un tuk menjaga kebersihan serta keceriaan
sekolah di samping mengeratkan hubungan sesama peserta. Seawal jam 8.00 pagi, semua peserta
berkumpul di tapak perhimpunan. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru
Besar, kami diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing.

Kumpulan saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Kami


mengutip sampah dan dimasukkan ke dalam plastik sampah yang disediakan. Waris lelaki pula
menebas dan membersihkan kawasan pagar sekolah. Semua peserta menjalankan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh.

Ada kumpulan yang ditugaskan mencuci tandas. Walaupun tugas ini agak mencabar, namun
mereka melakukan kerja-kerja itu dengan begitu bersemangat. Setelah tandas bersih, mereka
menghiasnya dengan meletakkan pasu bunga . Dengan ini , tandas sekolah kami kelihatan lebih
bersih dan ceria.

Dua jam kemudian kami berhenti rehat. Kami dihidangkan dengan minuman sejuk dan nasi
lemak serta kuih-muih. Ketika menjamu selera , kami dipertontonkan tayangan video tentang
kepentingan menjaga kebersihan. Tayangan video itu begitu menarik hati dan berfaedah untuk kami.

Aktiviti pada hari itu tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Walaupun terasa agak penat,
namun saya tetap gembira kerana sekolah saya menjadi semakin bersih, cantik dan ceria.
Soalan.

Pada minggu yang lalu, kamu telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu semasa
menyertai aktiviti ini.

Tulis surat itu selengkapnya.

Rangka surat:

- Alamat pengirim
- Tarikh
- Kata mengadap surat
- Kata panggilan
- Bertanya khabar
- Tujuan menulis surat – Cerita sertai gotong royong – Bila, siapa, di mana, kenapa
- Aktiviti 1
- Aktiviti 2
- Aktiviti 3
- Penutup surat – Akhiri surat, mohon maaf terkasar bahasa, ucap salam mesra
- Sekian , terima kasih.
- Pengakuan penulis – Tanda tangan

Soalan

Pada cuti penggal yang lalu, kamu dan keluarga kamu telah melawat ke sebuah tempat yang
menarik. Kamu berbual-bual tentang lawatan kamu itu dengan kawan kamu.

Tulis perbualan kamu dan kawan kamu itu selengkapnya.

Rangka karangan.

1. Situasi awal. Ucap salam


2. Bertanya apa yang sedang dilakukan - Lihat keindahan alam
3. Cerita tempat yang dilawati – Bila – Di mana – Siapa – Bagaimana – Kenapa
– Contoh Persekitaran Alor Star
4. Tempat / Aktiviti 1 – Nama tempat – Apa yang dilihat – Contoh Muzium Padi
5. Tempat / Aktiviti 2 – Nama tempat – Apa yang dilihat / Terjadi – Contoh Pusat sains
6. Tempat / Aktiviti 3 – Nama tempat – Contoh Pekan Rabu – Makan minum – Beli-belah
7. Tempat / Aktiviti 4 – Sembahyang Zohor – Berehat - di Masjid Zahir
– Keadaan masjid – Kedudukan
8. Akhiri perbualan - Berpisah

Anda mungkin juga menyukai