Anda di halaman 1dari 1

AMALAN MALAM & HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu.
Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi
mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.
Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala
hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada
Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan
terpelihara daripada fitnah kubur bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau
malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin.
Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat. Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan
membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah alInsan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan,
bersegera ke masjid, memotong kuku dan misai, berjalan kaki ke masjid dan
memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar
Khutbah Jumaat. Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat adalah waktu yang
mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah
melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.