Anda di halaman 1dari 4

ADAB HARI JUMAAT

PETIKAN KITAB HIDAYAT AS SALIKIN


• Bersedia memasuki hari Jumaat mulai hari
Khamis, dengan membasuh pakaian,
membanyakkan bertasbih dan istighfar
• Sunat mandi antara terbit fajar hingga waktu
keluar mengerjakan sembahyang Jumaat.
• Sunat memakai pakaian berwarna putih.
• Sunat memakai bau-bauan seperti kasturi.
• Membersihkan badan daripada kotoran, daki dan
bau busuk, mencukur bulu ari-ari, mengandam
misai, mengerat kuku, bersugi dan mencabut
bulu ketiak.
• Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan berjalan kaki. Sambil melangkah, datangkan ingatan
kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat.
• Apabila masuk ke masjid, dapatkan tempat di saf yang pertama.
• Jangan melangkah bahu orang ketika masuk ke masjid.
• Jangan lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang.
• Jangan duduk di dalam masjid sebelum mendirikan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat.
Jika khatib sedang membaca khutbah, niatkan sembahyang dua rakaat sebelum Jumaat
• Melazimi membaca surah al-Kahfi, Yasin, ad-Dukhan, al-Mulk, as-Sajadah dan al-Ikhlas pada malam
Jumaat atau pada harinya
• Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW pada hari Jumaat dan malamnya melebihi hari-hari lain
• pabila imam telah naik ke atas mimbar, makruh bercakap-cakap dan sunat memberi tumpuan
mendengarkan khutbah
• Apabila selesai sembahyang Jumaat, sunat membaca al-Fatihah tujuh kali, al-Ikhlas tujuh kali, al-
Falaq tujuh kali dan an-Nas tujuh kali. Baca surah-surah ini sebelum bercakap-cakap; mudah-
mudahan terpelihara daripada segala kejahatan
• Sunat beriktikaf di masjid selepas sembahyang Jumaat hingga Maghrib atau hingga Asar serta
bersungguh-sungguh berdoa dengan khusyuk dan tawaduk
• Bersungguh-sungguh memberi sedekah.
‫َم ْس ِج د الَو اِثُق ِباهلل ُتَو انُك و ِم ْيَز انِ زْيَن الَعاِبِد ْين‬

Anda mungkin juga menyukai