Hidup bermasyarakat amat dituntut didalam Islam. Sikap hormat-menghormati dan saling tolong
menolong harus ada bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Namun, ramai
dikalangan kita kadang-kala sering memperlekehkan adab-adab dan tatasusila yang seharusnya
dimainkan oleh setiap muslim sebagai seorang jiran atau tetamu mahupun tuan rumah.
Hadith dari Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa beriman
kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan kebaikan ataupun diam, Dan
barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya, Dan
barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, makan hendaklah ia memuliakan tetamunya “
Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadith jelas menunujukkan bahawa Islam cukup menjaga peradaban sesama manusia. Jika kita lihat,
mengapa ayat “barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian” menjadi syarat?? Ini
membuktikan bahawa salah satu penyempurnaan keimanan kita adalah dengan berkata baik,
menghormati jiran dan tetamu.
Betapa besarnya perhatian yang Nabi berikan kepada perkara ini sehingga meletakkan status iman
didalamnya. Jelaslah bahawa Islam bukan sekadar Ibadah semata iaitu hubungan antara Pencipta dan
hamba tetapi Islam juga meliputi antara hubungan hamba sesame hamba-Nya.
Firman Allah :
36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat
baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga
yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,
Jiran ialah :
Haq-haq Jiran :
1) Bukan Muslim : Hanya mempunyai haq sebagai jiran – antaranya mebantunya ketika susah, memberi
makanan, menenangkan hati ketika ditimpa musibah atau masalah .
2) Orang Islam : Mempunyai haq sebagai Muslim dan jiran
3) Kaum kerabat : Mempunyai haq sebagai Muslim, jiran dan kekeluargaan
Rujukan :
1) Kitab Al-Wafi fi Syarah Al-Arbain An-Nawawi oleh Dr Mustafa Bugho dan Mahyudin Mistu, terbitan
Darul Fikir, m/s 103 -109
2) Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahanya)oleh Mustafa ‘Abdul Rahman, terbitan Dewan Pustaka Fajar,
m/s 206 -212
http://alhanin-kembaramusafir.blogspot.com/2009/03/memuliakan-tetamu-dan-jiran.html