Anda di halaman 1dari 2

Saturday, May 23, 2009

Di antara sifat-sifat muslim itu memuliakan tetamu.

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Dengan kesibukan menelaah kitab-kitab kuliah untuk


berhadapan dengan imtihan ni teringin plak saya nak menulis di dalam blog ni. Sudah agak lama saya
tidak memperbaharui penulisan saya di dalam blog ni. Tak seronok plak bila dibiarkan ia terlalu lama
tanpa diisi dengan tajuk yang baru. Teringat pesanan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, para
blogger perlu mengambil manfaat daripada blog yang mereka ada dengan menyampaikan maklumat
yang berguna kepada pembaca. Jangan dibiarkan terlalu lama tidak di "update".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Rumah orang islam itu ia bersifat dengan sifat-sifat yang cukup berbeza. Sifat-sifat tersebut lahir
daripada pembentukan peribadi penghuninya yang cukup berpegang kepada ajaran Islam yang
mengajarnya erti kemurahan sesama manusia serta berakhlak dengan akhlak yang mulia. Oleh itu di
antara sifat-sifat rumah orang islam itu, penghuninya sangat memuliakan tetamu.

Memuliakan tetamu merupakan sifat bagi orang islam, ini kerana mereka menganggap tetamu itu
adalah kurniaan rezeki daripada Allah. Seorang muslim itu dia mempercayai bahawa Allah telah
mencurahkan sebanyak kebaikan kepadanya yang perlu direbut dengan memuliakan tetamunya. Nabi
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam berfirman dalam sabda baginda:

(( ‫)) من كان يؤمن باهلل واليوم اآلخر فليكرمه ضبفه‬


‫أو كما قال رسول هللا صلى هللا عليه وسّلم‬

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya"
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Fasal : Adab, Bab : Memuliakan tetamu dan perkhidmatan
terhadapnya.

Al-quran telah menceritakan kepada kita tentang satu kisah yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim
'Alaihis Salam (AS) bersama tetamunya. Allah Subhana Wa Ta'ala telah berfirman dalam Surah Adz-
Dzaariyaat ayat ke 24 hinga 26:

‫هل أتاك حديث ضيف إبراهيم المكرمين ( ) إذ دخلوا عليه فقالوا سالما قال سالم قوم منكرون‬
‫فراغ إلى أهله فجآ ء بعجل سمين ( ) صدق هللا العظيم‬

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? *
Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera
kepadamu!" lalu Ibrahim menjawab :"Salam sejahtera kepadamu!" sambil berkata di dalam hati: Mereka
ini orang-orang yang tidak dikenali.* Kemudian ia(para tetamu) masuk mendapatkan ahli rumahnya
serta dibawanya keluar (hidangan) seekor anak lembu gemuk( yang dipanggang).*

Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Maka tatkala Allah S.W.T telah mengutuskan malaikat ke atas kaum Lut untuk mengazab mereka,
malaikat tersebut telah menemui Nabi Ibrahim dalam keadaan mereka berupa seorang lelaki. Dengan
hati yang dirundung persoalan daripada mana lelaki yang tidak dikenali ini hadir, Nabi Ibrahim tanpa
berlengah mengalu-alukan kehadiran tetamu tersebut dengan layanan yang baik. Sebagaimana yang
telah tercatat di dalam al-Quran ayat yang ke 26 di atas, nabi Ibrahim telah menyembelih seekor anak
lembu yang gemuk untuk dihidangkan kepada tetamunya yang istimewa itu.

Ketika mana Nabi Ibrahim menghidangkan lembu panggang itu kepada mereka lantas mereka tidak
mendekati hidangan tersebut. Nabi Ibrahim mula merasakan mereka ini berniat jahat ke atasnya. Ini
kerana persepsi orang arab sesiapa yang tidak memakan makanan yang telah dihidangkan kepadanya
bahawasanya dia telah berniat jahat terhadap orang telah menghidangkan makanan tersebut.

Dengan perasaan yang takut, Nabi Ibrahim menyuruh tetamunya makan hidangan tersebut
sebagaimana dalam ayat ke 27 ( ‫ ) أال تأكلون‬dalam surah yang sama. Setelah itu Nabi Ibrahim ditenangkan
oleh tetamunya dengan memaklumkan kepadanya bahawa mereka itu adalah malikat. Manakala pada
ayat yang ke 28 ( ‫ ) وبّش روه بغآلم عليم‬malaikat tersebut juga memaklumkan berita gembira kepada kepada
Nabi Ibrahim dan isteri bahawa mereka akan dikurniakan seorang anak yang sangat alim iaitu Nabi Ishak
AS.

Alangkah terkejutnya isteri Ibrahim AS saat mendengar beriita yang pelik itu sedangkan beliau adalah
perempuan tua yang telah mandul.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Dengan sebab kebaikan dan kemuliaan yang diberikan Nabi Ibrahim kepada tetamunya walaupun
baginda tidak mengenali mereka, Allah SWT telah membalas kebaikan dan kemuliaan itu dengan
kurniaan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Oleh kerana itulah Islam meletakkan beberapa hak kewajipan yang mesti kita penuhi terhadap mereka
yang bergelar tetamu. Maka antara hak-hak kewajipan itu adalah:

1. Hak-hak yang perlu dipenuhi selama 3 hari dari tempoh ketibaannya.


2. Menjamu mereka dengan makanan dan minuman yang
sebaiknya,mengikut kemampuan yang ada.
3.Menyediakan tempat tidur bagi memudahkan mereka untuk
berehat mengikut kemampuan yang ada.

Selepas daripada 3 hari yang ditetapkan, maka tidaklah berdosa jika tetamu tersebut dijamu dengan
makanan yang sama dimakan oleh tuan rumah dan keluarga seperti hari-hari biasa.

Anda mungkin juga menyukai