Anda di halaman 1dari 2

Hadith :

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan
sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan
tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka
hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

(Muslim)

Huraian
Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu.
Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan
yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya
sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat).
Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada
Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya.
Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa
tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah
memerintahkan kita agar memuliakan mereka. Pernah diriwayatkan
bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana
pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda
tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak
perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda
memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya.
‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi
Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap
seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s
menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu,
mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ? Jawab nabi
Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril
bertanya:"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!"
Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan
malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!" "Siapakah yang
menciptakan orang kafir itu?" "Allah!"
"Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah?
Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?" Nabi Sulaiman a.s
terdiam dan terus bersujud.
"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini."
Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi
Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan
Allah tergantung daripada kemaafannya.". Bergegaslah Nabi
Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari
dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan
meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar
tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih
termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara, tunggu...!" Tetamu
tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?"
"Saudara... sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana
saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam. Dalam
hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu,
kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi
Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh
baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?"
"Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku."
"Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan,
Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi,
dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia.
Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya."
"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah
tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang
Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-
Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?"
"Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku,
walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu bertanya penuh
taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah
tergantung dengan kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.
"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta
Rasulullah!" Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun
memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai