Anda di halaman 1dari 3

Akhlak Rasulullah sebagai role model

Maksudnya:Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu(iaitu)bagi orang yang mengharap (rahmat)Allah dan (kedatangan)hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah.Surah Al-Ahzab ayat 21)
Rasulullah s.a.w memiliki akhlak dan keperibadian agung yang mendahului
zamannya.Kemuliaan peribadi ini turut diiktiraf oleh pengkaji sejarah bukan sahaja
dari Timur malah pengkaji-pengkaji Barat.
Paling indah,Rasulullah bukan sekadar menyeru dan menganjur umatnya agar
berakhlak mulia,bahkan seruan dan anjuran itu sebenarnya lahir dari amalan dan
praktis baginda s.a.w sedari lahir lagi.Setiap tingkah jua tutur Baginda pasti memikat
hati-hati jiwa yang cintakan pekerti mulia.Malah bukan sekali dua kelakuan dan
kalimah Baginda mencairkan hati-hati musuh,lantas menuntun jiwa mereka
menerima Islam.Sebagai contohnya,setiap kali Baginda ingin pergi menunaikan
ibadah,baginda akan dilemparkan dengan najis dan jalannya dipenuhi duri yang
dilakukan oleh seorang perempuan tua yang amat membenci Baginda.Tiba-tiba pada
suatu hari,Baginda berasa hairan kerana perempuan tua itu tidak kelihatan.setelah
beberapa hari lalu baginda bertanya kepada penduduk setempat dan mendapat tahu
bahawa perempuan tua itu sakit.Lantas baginda segera menziarahinya.Malihat
kedatangan Rasulullah mengalir air matanya lantas mengucap dua kalimah
syahadah.
Sebagai pengiktirafan masyarakat setempat,Baginda sewaktu mudanya menerima
jolokan Al-Amin dan As-Sadiq yang bermaksud orang yang amanah dan orang yang
benar.Masakan tidak,yang mendidik jiwa Baginda bukanlah orang lain melainkan
Allah Azza Wajalla sendiri.
Rasulullah seorang insan mulia yang amat penyayang,bersopan-santun dan begitu
menghormati orang lain.Baginda gemar mengusap rambut kanak-kanak dan
Abdullah bin Masud yang didoakan dengan kefahaman dalam urusan agama.Sabda
Baginda bermaksud:Sesiapa yang tidakmegsihi tidak akan dikasihi.
Baginda gemar menziarahi si sakit dan menghulurkan bantuan kepada yang
memerlukan walaupun ketika Baginda sendiri dalam kesempitan.Baginda amat
menghormati tetamu juga tuan rumah.Justeru Baginda tidak pernah kelihatan
berlunjur walaupun dirumahnya sendiri malahan tidak pernah ketawa dengan kuat.
Rasulullah merupakan seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka
menggembirakan orang lain.Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan
disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui para sahabat.Abdullah bin
Harits menyebut:Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum
melebihi Rasulullah.
senyum kepada semua,
senyumanmu amatlah berharga,
senyum seperti Rasulullah,
senyumannya bagaikan permata,

senyum membahagiakan,
dengan senyuman terjalinlah ikatan..
Dalam sebuah riwayat lain menceritakan,ketika Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba
datang seorang lelaki lalu merentap baju Baginda dengan kasar sehingga
meninggalkan kesan koyak.Lelaki tersebut memohon kepada Rasulullah untuk
diberikan padanya sedikit pemberian.Rasulullah sambil tersenyum terus memaafkan
lelaki itu.Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf walaupun kepada
musuh-musuh Baginda.
Dari segi kebersihan,Baginda amat teliti sekali.Walaupun tidak punya pakaian yang
banyak dan baru,namun Baginda sentiasa memastikan dirinya bersih,kemas dan
wangi.Baginda diriwayatkan amat suka kepada wangi-wangian.
Antara perangainya yang mulia ialah tidak memungkiri janji.Pernah pada suatu
ketika Abdullah bin Abil berjanji dengan Rasulullah untuk berjumpa di suatu
tempat,malangnya beliau terlupa hinggalah hari yang ketiga lalu beliau bergegas ke
tempat yang dijanjikan.Setibanya di sana dia sungguh terperanjat kerana Nabi masih
menunggunya.
Di sebalik itu,Baginda amatlah tegas dalam urusan agama dan tidak akan
berkompromi dengan kehendak Allah.Ketegasan ini zahir dalam sabdanya yang
masyur berbunyi:Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati
mencuri,nescaya aku akn potong tangannya.
Demikianlah indahnya pekerti Baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana dijelaskan di
dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qalam ayat 4:
Maksudnya:Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangatsangat mulia.Sememangnya Rasulullah merupakan contoh yang sesuai untuk
dijadikan sebagai ikutan kepada umatnya.
Secara kesimpulannya diantara pengajaran yang boleh kita dapati dari cerita diatas
ialah :
1)Kita hendaklah sentiasa bercakap benar walaupun untuk menyatakan suatu
kesalahan yang telah dibuat,sebagaimana sabda Rasulullah:
Maksudnya:Berkatalah benar walaupun ianya pahit.
2)Kita mestilah sentiasa bersedia memberi kemaafan dan memohon maaf kepada
sesiapa sahaja walaupun kita tidak bersalah.
3)Kita haruslah bersikap jujur dan amanah dalam menjalani kehiupan seharian.
4)Kita juga hendaklah sentiasa menepai janji kerana memungkiri janji adalah salah
satu cirri orang yang munafik.
5)Kita juga haruslah menyayangi dan bersopan-santun kerana tingkah laku
seseorang melambangkan peribadinya.

Anda mungkin juga menyukai