Anda di halaman 1dari 3

Contoh Akhlak Terpuji Nabi Muhammad Saw

Banyak contoh akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. yang mulia yang ditunjukkan kepada
umat Islam. Jika bercakap baginda akan bercakap benar. Hal ini diakui oleh Abu Jahal.
Pada suatu waktu Abu Jahal dikunjungi oleh seorang Quraisy yang bertanya,Ya Abal
Hakam! Di sini tidak ada sesiapa selain engkau dan aku dan tidak ada juga sesiapa
yang dapat mendengar dialog kita selain engkau dan aku. Mengapa kulihat banyak
orang mempercayai Muhammad? Katakanlah dengan benar pendapatmu tentang
Muhammad itu, apakah dia benar atau dusta? Jawab Abu Jahal: Demi Tuhan,
sesungguhnya Muhammad itu orang yang benar dan tidak pernah berdusta sama
sekali!

Walaupun sedang bergurau dan berjenaka, baginda tetap bercakap benar, tidak
berdusta. Sebelum menjadi Rasul, baginda telah digelar AL-AMIN yang artinya orang
yang dipercayai.

Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang penyayang terhadap keluarga. Abu Hurairah
R.A.ada meriwayatkan : Aqra Bin Khabis pernah melihat Rasulullah S.A.W. mencium
cucunya, Hassan. Sejalan dengan itu, Prof.Dr.Hamka menyebutkan, sifat penyayang
Rasulullah S.A.W. adalah Dia (Rasulullah S.A.W.) sayang kepada segenap kerabatnya
serta lemah-lembut sikapnya kepada anak-cucunya. Anas Bin Malik R.A.seorang
sahabat yang lama berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W. pernah berkata: Tidak ada
kulihat orang yang lebih penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah S.A.W.
Aisyah R.A.pula ada meriwayatkan, Jika Rasulullah tinggal di rumahnya, baginda
sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa.

Contoh baik sikap dan pendirian baginda dalam usaha baginda berdakwah ialah
kesabaran dan ketabahan baginda menghadapi segala rintangan dan penentangan.

Baginda menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Taif agar mentauhidkan Allah.
Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga mengarahkan pemuda-
pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki, menyoraki dan melempari baginda
dengan batu sehingga berdarah.

Pada peristiwa lain pula Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada orang
ramai yang mengerjakan haji di Mekah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau
disakiti. Begitu pula saat baginda mendakwahkan Islam kepada masyarakat di Mekah,
Abu Lahab berteriak mengatakan Muhammad murtad dari agamanya dan seorang
pendusta. Baginda menghadapi semuanya dengan sabar dan tabah.
Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul seseorang dengan tangannya kecuali kerana fi
sabilillah. Baginda juga tidak pernah berdendam kepada seseorang kerana sesuatu
yang dilakukan ke atas dirinya. Tidak pernah seseorang yang datang kepada baginda,
tak perduli ia orang merdeka atau hamba sahaya yang mengadukan keperluannya
melainkan dipenuhi hajat mereka. Apabila baginda bertemu dengan salah seorang
sahabatnya, baginda akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Begitu juga
terhadap tamu yang datang, baginda hormati sehingga kadang-kadang dihamparkan
baju untuk tamu itu duduk di atasnya seperti kepada kaum Nasrani dari Najran. Baginda
sering memberikan bantal kepada orang yang datang supaya dia dapat bersandar.
Apabila dalam majelis yang ramai, baginda akan menumpukan perhatian kepada semua
orang hingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengaran, percakapan, kehalusan
budi pekerti dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya
di majelis itu.

Baginda lebih suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama gelaran masing-


masing untuk menghormati dan memikat hati mereka. Yang tidak memiliki gelar
panggilan, baginda akan memberinya nama gelaran bukan saja kepada sahabat lelaki
tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak. Baginda tidak berbicara jika tidak perlu.
Baginda juga tidak pernah mengatakan sesuatu atau marah kecuali yang benar.
Rasulullah amat jarang marah dan apabila marah segera reda.

Apabila mendengar orang berbicara yang kurang baik, baginda akan memalingkan
mukanya dari orang itu. Jika ada sesuatu yang harus disampaikan tetapi baginda tidak
menyukainya, maka baginda rasul menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran. Dalam
semua perbicaraan baginda akan menggunakan kata-kata yang baik dan nasihat-
nasihat yang berguna. Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah
memaafkannya. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa tentara musyrikin yang berdiri di
kepala baginda dengan sebilah pedang seraya berkata kepada baginda,Siapakah yang
dapat mempertahankan engkau daripada pedangku ini? Rasulullah S.A.W.menjawab
dengan tegas :Allah. Dengan jawaban itu gemetarlah tangan orang musyrikin itu dan
pedang yang dipegangnya itu jatuh dari tangannya. Pedang itu diambil oleh Rasulullah
S,A.W.tetapi baginda tidak membunuhnya malahan membebaskannya walaupun
baginda boleh membunuhnya.

Dalam peristiwa lain, seorang Arab dusun kencing di dalam masjid. Para sahabat
bertindak akan memukul orang itu tetapi dihalangi oleh baginda. Orang itu dinasihati
oleh baginda dengan kata-kata yang baik. Begitu juga saat baginda dan orang-orang
Islam berjaya menguasai Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah, baginda tidak membalas
dendam kepada orang-orang yang dahulunya sering menganggu dan menyakiti orang-
orang Islam. Hanya beberapa orang saja dibunuh. Yang lain dimaafkan dan dibebaskan
baginda. Walaupun baginda seorang nabi dan rasul, akan tetapi baginda tetap
melakukan hal-hal yang dikerjakan oleh para sahabat. Pada suatu ketika dalam
perjalanan, beberapa orang sahabat berencana untuk menyembelih seekor kambing
dan membagikan dagingnya di antara mereka. Seorang bertugas menyembelih dan
seorang lagi bertugas memasak daging. Rasulullah bersabda bahawa baginda bersedia
mengumpulkan kayu-kayu. Para sahabat berkata,Ya Rasulullah, itu pun kami akan
lakukan di antara kami. Rasulullah menjawab, Daku tahu bahawa kamu semua akan
melakukannya dengan senang hati tetapi daku tidak mau menjadi orang yang paling
terkemuka di kalangan kumpulan ini dan Allah pun tidak menyukainya.

Di rumah, baginda juga membantu isteri-isterinya. Baginda membetulkan sendiri


sepatunya, menjahit pakaian dan memerah susu kambing. Banyak lagi contoh akhlak
terpuji nabi muhammad SAW yang patut dikaji, diteladani dan disebarkan.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.adalah contoh teladan yang paling baik. Barang siapa
yang mengikutinya akan diridhai Allah dan akan selamat di dunia dan akhirat.

====

Anda mungkin juga menyukai