Anda di halaman 1dari 3

Akhlak Terpuji Nabi Muhammad Saw.

Salah satu contoh akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. yang mulia


yang ditunjukkan kepada umat Islam. Jika bercakap baginda akan bercakap benar.
Hal ini diakui oleh Abu Jahal. Pada suatu waktu Abu Jahal dikunjungi oleh
seorang Quraisy yang bertanya,"Ya Abal Hakam! Di sini tidak ada sesiapa selain
engkau dan aku dan tidak ada juga sesiapa yang dapat mendengar dialog kita selain
engkau dan aku. Mengapa kulihat banyak orang mempercayai Muhammad?
Katakanlah dengan benar pendapatmu tentang Muhammad itu, apakah dia benar
atau dusta?" Jawab Abu Jahal:"Demi Tuhan,sesungguhnya Muhammad itu orang
yang benar dan tidak pernah berdusta sama sekali!" Contoh Akhlak Terpuji Nabi
Muhammad Saw Walaupun sedang bergurau dan berjenaka, baginda tetap
bercakap benar, tidak berdusta. Sebelum menjadi Rasul, baginda telah digelar AL-
AMIN yang artinya orang yang dipercayai. Rasulullah S.A.W. adalah seorang
yang penyayang terhadap keluarga. Abu Hurairah R.A.ada meriwayatkan : "Aqra'
Bin Khabis pernah melihat Rasulullah S.A.W. mencium cucunya, Hassan." Sejalan
dengan itu, Prof.Dr.Hamka menyebutkan, sifat penyayang Rasulullah S.A.W.
adalah "Dia(Rasulullah S.A.W.) sayang kepada segenap kerabatnya serta lemah-
lembut sikapnya kepada anak-cucunya." Anas Bin Malik R.A.seorang sahabat
yang lama berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W. pernah berkata: "Tidak ada
kulihat orang yang lebih penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah
S.A.W." Aisyah R.A.pula ada meriwayatkan, "Jika Rasulullah tinggal di
rumahnya, baginda sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa."

Contoh baik sikap dan pendirian baginda dalam usaha baginda


berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan baginda menghadapi segala rintangan
dan penentangan. Baginda menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Taif agar
mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga
mengarahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki,
menyoraki dan melempari baginda dengan batu sehingga berdarah. Pada peristiwa
lain pula Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang
mengerjakan haji di Mekah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau disakiti.
Begitu pula saat baginda mendakwahkan Islam kepada masyarakat di Mekah, Abu
Lahab berteriak mengatakan Muhammad murtad dari agamanya dan seorang
pendusta. Baginda menghadapi semuanya dengan sabar dan tabah. Rasulullah
S.A.W. tidak pernah memukul seseorang dengan tangannya kecuali kerana fi
sabilillah. Baginda juga tidak pernah berdendam kepada seseorang kerana sesuatu
yang dilakukan ke atas dirinya. Tidak pernah seseorang yang datang kepada
baginda, tak perduli ia orang merdeka atau hamba sahaya yang mengadukan
keperluannya melainkan dipenuhi hajat mereka. Apabila baginda bertemu dengan
salah seorang sahabatnya, baginda akan menghulurkan tangan untuk berjabat
tangan. Begitu juga terhadap tamu yang datang, baginda hormati sehingga kadang-
kadang dihamparkan baju untuk tamu itu duduk di atasnya seperti kepada kaum
Nasrani dari Najran. Baginda sering memberikan bantal kepada orang yang datang
supaya dia dapat bersandar. Apabila dalam majelis yang ramai, baginda akan
menumpukan perhatian kepada semua orang hingga seolah-olah kesemua
majlisnya, pendengaran, percakapan, kehalusan budi pekerti dan perhatiannya
ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di majelis itu.

Baginda lebih suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama


gelaran masing-masing untuk menghormati dan memikat hati mereka. Yang tidak
memiliki gelar panggilan, baginda akan memberinya nama gelaran bukan saja
kepada sahabat lelaki tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak. Baginda tidak
berbicara jika tidak perlu. Baginda juga tidak pernah mengatakan sesuatu atau
marah kecuali yang benar. Rasulullah amat jarang marah dan apabila marah segera
reda.
Apabila mendengar orang berbicara yang kurang baik, baginda akan
memalingkan mukanya dari orang itu. Jika ada sesuatu yang harus disampaikan
tetapi baginda tidak menyukainya, maka baginda rasul menggunakan kata-kata
kiasan atau sindiran. Dalam semua perbicaraan baginda akan menggunakan kata-
kata yang baik dan nasihat-nasihat yang berguna. Baginda tidak membalas
kejahatan dengan kejahatan malah memaafkannya. Hal ini dapat dilihat dalam
peristiwa tentara musyrikin yang berdiri di kepala baginda dengan sebilah pedang
seraya berkata kepada baginda,"Siapakah yang dapat mempertahankan engkau
daripada pedangku ini?" Rasulullah S.A.W.menjawab dengan tegas :"Allah."
Dengan jawaban itu gementarlah tangan orang musyrikin itu dan pedang yang
dipegangnya itu jatuh dari tangannya. Pedang itu diambil oleh Rasulullah
S,A.W.tetapi baginda tidak membunuhnya malahan membebaskannya walaupun
baginda boleh membunuhnya.

Dalam peristiwa lain, seorang Arab dusun kencing di dalam masjid. Para sahabat
bertindak akan memukul orang itu tetapi dihalangi oleh baginda. Orang itu
dinasihati oleh baginda dengan kata-kata yang baik. Begitu juga saat baginda dan
orang-orang Islam berjaya menguasai Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah, baginda
tidak membalas dendam kepada orang-orang yang dahulunya sering menganggu
dan menyakiti orang-orang Islam. Hanya beberapa orang saja dibunuh. Yang lain
dimaafkan dan dibebaskan baginda. Walaupun baginda seorang nabi dan rasul,
akan tetapi baginda tetap melakukan hal-hal yang dikerjakan oleh para sahabat.
Pada suatu ketika dalam perjalanan, beberapa orang sahabat berencana untuk
menyembelih seekor kambing dan membagikan dagingnya di antara mereka.
Seorang bertugas menyembelih dan seorang lagi bertugas memasak daging.
Rasulullah bersabda bahawa baginda bersedia mengumpulkan kayu-kayu. Para
sahabat berkata,"Ya Rasulullah,itu pun kami akan lakukan di antara kami."
Rasulullah menjawab,"Daku tahu bahawa kamu semua akan melakukannya dengan
senang hati tetapi daku tidak mau menjadi orang yang paling terkemuka di
kalangan kumpulan ini dan Allah pun tidak menyukainya." Di rumah, baginda juga
membantu isteri-isterinya. Baginda membetulkan sendiri kasutnya, menjahit
pakaian dan memerah susu kambing. Banyak lagi contoh akhlak terpuji nabi
muhammad SAW yang patut dikaji, diteladani dan disebarkan. Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W.adalah contoh teladan yang paling baik. Barang siapa yang
mengikutinya akan diridhai Allah dan akan selamat di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai