Anda di halaman 1dari 5

15 Akhlak Rasulullah Sebagai Teladan Perlu Kita Ikuti

Nabi Muhammad SAW dilahirkan dengan memenuhi kemuliaan akhlak serta menjadi contoh
teladan kepada seluruh umat manusia. Baginda SAW mempunyai peribadi yang sangat luar
biasa. Malah Allah SWT telah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang
berbudi pekerti luhur serta Baginda mempunyai akhlak sebaik-baik manusia.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

#1 Jujur dan amanah


Rasulullah SAW sorang yang sangat jujur dari usianya kanak-kanak lagi sehinggalah ke akhir
hayat Baginda, sehinggakan Baginda digelar sebagai ‘al-amin’ yang bermaksud ‘dapat
dipercayai’.
Antara buktinya, semasa menjalani perniagaan, Baginda terkenal sebagai seorang peniaga
yang jujur dan amanah yang disukai oleh ramai orang.

#2 Pemaaf
Sikap pemaaf Baginda selain tidak berdendam sangat ketara. Terutamanya dalam usaha
dakwah Baginda terhadap masyarakat Mekah, Bgainda banyak menerima hentaman
makian dan cacian serta menyumpah seranah Baginda. Selain itu pelbagai ugutan untuk
mencederakan dan membunuh Baginda namun baginda tetap tidak menyimpan marah
serta dendam kepada pelaku tersebut.
Semasa berdakwah di Taif, Nabi Muhammad SAW mengalami cedera akibat dituju batu oleh
penduduknya, tetapi tidak terdetik pun ke atas hati Baginda untuk membalas balik
perbuatan itu walau ditawarkan oleh malaikat untuk menjatuhkan gunung atas
penduduknya. Namun Baginda menolak bahkan mendoakan kesejahteraan kepada mereka
pula.

#3 Tawaduk
Rasulullah SAW mempunyai sikap tawadduk yang tinggi dalam setiap aspek termasuklah
dalam percakapan, tingkah laku, perbuatan serta keseluruhan kehidupan Baginda.
Abu Sa’id al-Khudri mengatakan:
“Rasulullah SAW memberi makan dan memandikan unta, menyapu rumah, memerah susu
kambing, menjahit sepatu, menampal baju, makan bersama pelayan, menggiling biji-bijian,
membeli sesuatu dari pasar kemudian dibawa sendiri ke rumahnya. Menyalami tangan
orang yang kaya, miskin, besar dan kecil. Mengucapkan salam pertama kali kepada orang
yang dilihatnya, baik tua atau pun muda, hitam ataupun putih, budak atau merdeka.”

#4 Pemurah
Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah pernah menolak apa-apa permintaan daripada
sesiapapun yang meminta dari Baginda, termasuklah jika Bagninda tidak mempunyai apa-
apapun. Jika Baginda mempunyai sedikit atau banyak wang mahupun harta semuanya
diagihkan kepada sesiapa yang layak.

#5 Berani
Dalam aspek keberanian Rasulullah SAW memang tidak boleh disangkal lagi. Baginda adalah
sebagai ketua panglima dalam mengetuai peperangan menentang musuh Islam. Baginda
juga akan berada di barisan paling hadapan dan hampir dengan musuh di setiap kali
peperangan dan muncul sebagai pemberani melebihi sesiapa pun.
Saidina Ali r.a. berkata;
“Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi
SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu
di antara manusia yang sangat perkasa.”

#6 Melakukan Amal Ma’ruf Nahi Munkar


Amar makruf nahi mungkar adalah perintah untuk menegakkan perkara yang benar dan
melarang perbuatan yang salah. Sesungguh Rasulullah SAW diutuskan bagi membetulkan
kesalahan manusia dan mengajak melakukan kebaikan.

#7 Menjaga Pandangan
Nabi Muhamamd SAW seorang yang sangat menjaga pandangan, bahkan akan mengelakaan
diri daripada perkara yang dimurkai Allah SAW. Bahkan akhlak Baginda sendiri seorang yang
mulia dah jauh dari pandangan-pandangan yang buruk dan hina.
Rasulullah SAW menjamin golongan yang menjaga pandangan mereka akan memasuki
syurga.
Abu Umamah berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Berilah jaminan padaku enam perkara, maka
aku jamin bagi kalian syurga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta,
dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya,
dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang
lain), dan jagalah kemaluan kalian.”

#8 Bersabar dan Tabah


Dari Baginda kecil lagi, Allah SWT telah mendidik Nabi Muhammad SAW dengan sifat tabah
dan sabar. Baginda telah kehilangan ibu bapa serta datuknya pada usia kecil yang
menuntutnya untuk menjadi seorang yang kuat semangat.
Sehinggalah apabila Baginda dewasa dan diangkat menjadi Rasul, semakin banyak dugaan
yang Baginda hadapi dan diharungi dengan ketabahan yang tinggi. Dapat dilihat dalam
usaha dakwahnya bagaimana Baginda menghadapi cabaran, dihina, dicaci dan difitnah
termasuklah dilukai serta pelbagai lagi.

#9 Zuhud
Walaupun Baginda sebenarnya boleh meminta apa-apa sahaja daripada Allah SWT,
termasuklah kekakayaan atau harta benda yang banyak tetapi Baginda lebih suka hidup
dalam sederhana atau dengan apa-apa yang ada sahaja.
Begitu juga selepas Baginda dilantik menjadi rasul, atau pemimpin besar umat Islam ketika
itu Baginda tetap menahan lapar serta menjalani kehidupan yang seadanya. Bahkan
Rasulullah SAW tak pernah merungut atau meminta-minta kepada sesiapa dari kalangann
sahabatnya yang kaya-raya.

#10 Melayani Setiap Orang Dengan Baik


Rasulullah SAW tidak memilih kedudukan dalam melayani sesiapapun, setiap orang dilayan
dengan baik walaupun dari golongan hamba sahaya. Disebabkan itu Baginda sangat
disayangi oleh golongan miskin dan kaya.

#11 Layanan Baik Terhadap Isteri


Rasulullah SAW juga seorang yang sangat romantis serta pandai memujuk isteri-isterinya.
Selain bersikap adil, Baginda juga sering menunjukkan kasih syaang terhadapa mereka.
Baginda bijak menghiburkan mereka jika terdapat isterinya yang mencemburui satu sama
lain. Sehinggalah mereka berasa lapang dan tenang.
Aisyah r.a berkata,
“Aku belum pernah melihat orang membuat makanan seperti yang dibuat oleh Shafiyah.
Ketika ia sedang berada di rumahku, dia membuat makanan untuk Rasulullah SAW. Tiba-
tiba badanku bergetar, sehingga menggigil kerana dibakar rasa cemburu. Mangkuk Shafiyah
aku pecahkan, tetapi kemudian aku merasa menyesal. Segera aku katakan kepada
Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, apakah kafarah perbuatanku tadi?” Baginda
menjawab, “Mangkuk sama dengan mangkuk, makanan sama dengan makanan.”
(Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

#12 Adil

Sikap adil Rasulullah SAW sangat jelas terutamanya ketika Baginda menjadi pemimpin umat
Islam. Baginda tidak berat pada mana-mana pihak walau dari kalangan kaumnya sendiri.
Begitu juga dalam pembahagian harta perang dan sebagainya,
Begitu juga keadilan terhadap para isterinya. Baginda SAW tidak pernah lalai dalam
membahagikan giliran bermalam antara isteri-isteri Baginda.

#13 Berkelakuan Baik Dalam Bersahabat


Dalam bersahabat, Baginda SAW sentiasa berbicara dengan lemah lembut, tidak pernah
berkasar. Baginda akan tersenyum jika sahabatnya tersenyum. Baginda selalu menanyakan
keadaan sahabat-sahabatnya dan memuji sesuatu yang baik dan membenci sesuatu yang
buruk. Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira), baik budi pekerti, sentiasa ramah-tamah,
tidak bengis terhadap seseorang.
Selain itu, Baginda juga tidak suka berteriak-teriak, tidak suka perbuatan yang keji, tidak
suka mencaci, dan tidak suka berolok-olok dan selalu melupakan perkara yang tidak
disukainya, dan tidak pernah menolak permintaan seseorang yang meminta.
Baginda Nabi SAW juga tidak pernah mencela, mencari kesalahan orang lain, serta tidak
akan bercakap sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Baginda tidak pernah memotong
pembicaraan orang lain sehinggalah orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri
meninggalkannya.

#14 Menghormati Jiran


Rasulullah SAW sangat menghormati jiran tetangganya walaupun ada dalam kalangan
mereka bukan beragama Islam, bahkan ada yang menentang dakwah Baginda sehingga
bersikap kasar terhadap Baginda, namun Baginda SAW membalas dengan kebaikan dan
melayani mereka seperti saudara maranya sendiri.
#15 Gemar Memberi dan Menjawab Salam
Mengucapkan salam hukumnnya adalah sunnah dan menjawab salam wajib hukumnya.
Baginda Rasulullah SAW sangat gemar memulakan memberi salam tidak kiralah kepada
sesiapa yang ditemui Baginda.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidak dikatakan beriman
sebelum kalian saling mencintai. Salah satu bentuk kecintaan adalah menebar salam antara
sesama muslim.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Penutup: Akhlak Nabi Muhammad SAW mestilah diteladani oleh umat Baginda.

Akhlak mulia Baginda SAW sangat indah dalam setiap aspek kehidupan Baginda, sebagai
seorang suami, bapa, sahabat, pemimpin dan sebagainya. Bahkan kerana akhlak bagindalah,
ramai yang menjadi senang dan tenang walaupun ketika marah.
Saad Ibnu Hisyam r.a meriwayatkan beliau pernah bertanya Saidatina Aisyah r.a mengenai
akhlak Rasulullah SAW. Ummul Mukminin itu menjawab:
“Akhlaknya adalah al-Quran.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tidaklah hal yang mudah untuk mengikuti akhlak Rasulullah SAW sepenuhnya, namun
adalah sangat baik untuk mencontohi perlakuan Nabi sedaya yang kita mampu. Malah
meninggalkan kelakuan buruk juga sudah memadai.

Hakikatnya, mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan usaha untuk mendapat
kedudukan mulia di mata masyarakat dan di sisi Allah SWT. Bahkan usaha untuk
meninggakan perbuatan jahat juga merupakan satu mujahadah yang disukai Allah SWT yang
diberikan ganjaran yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai