Anda di halaman 1dari 2

AKHLAK RASULULLAH

Nabi Muhammad (saw) merupakan contoh ikutan yang baik kepada kita semua. Akhlak yang
ditunjukkan elok saya perhalusi agar dijadikan teladan. Antara sikap/amalan dan perbuatan
Baginda ialah:

 Seorang pemaaf. Kaum kafir Quraisy yang banyak melakukan perkara buruk
(mencerca, membaling najis, menyiksa orang Islam ) dimaafkan oleh Baginda semasa
pembukaan kota Mekah.
 Berani. Ketikan perang Uhud, Baginda dengan beraninya bertempur di celah musuh.
 Sabar. Walaupun penduduk Taif melayan buruk kepada Baginda, Baginda bersabar
dan mendoakan mereka akan masuk Islam pada masa depan. Walaupun dicaci seorang
perempuan Yahudi, baginda tetap sabar, malah mengunjunginya yang sakit. Walaupun
dijerut dengan tali perut unta, baginda tatap bersabar.
 Penyayang. Amat menyayangi umatnya. Ketika di hujung nyawa, Baginda masih
menyebut `Ummati..”
 Gigih. Baginda sama-sama bekerja untuk membuat parit sebelum perang Khandaq.
Baginda bukan jadi tuan yang mengarahkan itu ini. Bagi baginda, bekerjalah bersama
saya..
 Tegas. Baginda tegas menolak tawaran harta, pangkat dan wanita daripada pemimpin
Quraisy agar tidak meneruskan dakwah Islam.
 Tidak membezakan layanan. Baginda tidak membezakan layanan antara orang kaya
dengan miskin, orang cacat atau tidak, dan orang Arab atau bukan Arab. Semuanya
dilayan dengan adil. Baginda tiada kroni.
 Tekun beribadah. Walaupun Baginda seorang Nabi, Baginda tetap tekun beribadah,
berpuasa dan berjaga malam kerana mencari keredhaan Ilahi.
 Rajin membantu keluarga. Baginda turut membantu isteri memasak atau menjahit
pakaian yang koyak. Baginda tidak canggung melakukan kerja rumah.
 Pengasih. Kasih akan isteri-isterinya. Kematian Siti Khadijah amat dirasakan.
Baginda mengasihi anak-anaknya serta cucunya Hasan dan Husin. Tuntasnya kasih
semua orang.
 Boleh bergurau. Baginda memberitahu seorang tua, bahawa orang tua tidak masuk
syurga. Orang tua itu sedih. Rupanya Nabi bergurau kerana semua orang akan menjadi
muda di syurga.
 Bijaksana. Lihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Rupanya perjanjian itu
menguntungkan orang Islam untuk jangka panjang, walaupun tidak diperseutujui
sebahagian orang Islam. juga episod peletakan Batu Hajaral Aswad pada usia 35
tahun. Juga peristiwa menyuruh Ali tidur di tempat pembaringan baginda untuk keluar
daripada pengepungan pemuda-pemuda Quraisy sebelum baginda berhijrah ke
Madinah.
 Cekap berniaga. Kecekapan berniaga menyebabkan Baginda untung besar ketika
memperniagakan harta Siti Khadijah. Pembantu Khadijah, Maisarah, kagum sekali.
Kemudian Khadijah meminang Nabi.
 Gagah. Baginda berjaya mengalahkan jaguh gusti Quraisy dalam perlawanan. Malu
besar jaguh gusti itu.
 Tidak bangga diri. Walaupun Baginda seorang Nabi dan boleh hidup lebih mewah,
Baginda tetap hidup ala kadar, tidak mempamerkan kekayaan atau berlebih-lebihan.
Makan, pakai dan tempat tinggal ala kadar. Segalanya serba sederhana. Tidak perlu
istana besar. Tidak perlu pakaian mahal, malah pakaian baginda bertampung. Baginda
pernah tidak makan beberapa hari, tetapi tetap tenang.
 Hormat kepada orang lain. Lihat sikapnya kepada Halimatussa’diah, kepada Bilal
bin Rabah (Habsyi kulit hitam) dan Usamah bin Zaid (anak angkat Baginda). Orang
buta dan cacat dapat layanan yang baik drp Baginda.
 Berkata benar/tidak berbohong. Baginda digelar al-amin kerana boleh dipercayai
dan tidak berbohong.
 Pendidik yang baik. Tarbiahnya penuh diplomasi dan bijaksana. Ada soal jawab dan
soalan disambut dengan penjelasan. Anakandanya Fatimah banyak dididik mengikut
akhlak baginda. Baginda kaya ilmu  psikologi dan memberi contoh teladan untuk
diikuti umat Islam. Baginda benar-benar dapat dijadikan uswatun hasanah

Pendeknya, sungguh banyak contoh teladan N.abi Muhammad (saw). Selayaknya Baginda
menjadi idola atau ikutan kita. 

Jadikan akhlak Baginda sebagai ikutan

Jadikan sirah Baginda sebagai teladan

Jadikan segalanya itu untuk peningkatan iman.

 Salawat dan salam untuk Baginda Rasulullah, khataman-nabiyyin.

-SMKPS

Anda mungkin juga menyukai