Anda di halaman 1dari 5

Contoh soalan esei. Nabi Muhammad s.a.

w merupakan seorang pedagang yang berjaya dan pemimpin yang bijaksana serta dihormati penduduk Quraisy Makkah. a. Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perniagaan. (MS 104-105) [ 6 markah ] b. Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tokoh pemimpin yang unggul sebelum dilantik menjadi rasul. (MS 105-106) [ 8 markah ] c. Nyatakan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. (MS 107-108) [ 6 markah ]

Soalan 5 (a)

Skema Soalan Esei (Bahagian B) Butiran Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perniagaan. (MS 104-105) Baginda pernah menjalankan perniagaan semasa berusia 20 tahun Baginda giat berdagang.secara perseorangan dan berkongsi dengan teman Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan Bersama bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam. Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur dan tutur kata yang baik Kepandaian baginda mengambil hati semasa berurusniaga Memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan. Seorang pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat Mana-mana 6 isi x 1 m

Markah

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9

1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak.6 M]

5 (b)

Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda sebagai tokoh pemimpin unggul sebelum dilantik menjadi rasul. (MS 105-106) Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraisy Peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya Hajar Aswad terjatuh semasa banjir melanda Kota Makkah Ketua keluarga yang patut dicontohi Sifat pengasih dan timbangrasanya Contoh membantu isteri memasak / menampal pakaian koyak / melayan anak / membersihkan rumah Anak-anak diberi pendidikan agama secukupnya Menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak Mengamalkan cara hidup yang sederhana Sentiasa merendah diri Pergaulan dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak Menunjukkan sifat pemaaf semasa pembukaan semula kota Makkah Contoh orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan Bijaksana dalam menyelesaikan masaalah Semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah 628 M dengan orang Arab Quraisy Makkah Sentiasa memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

F1 Hla Hlb F2 H2a C2a H2b H2c H2d F3 H3a H3b H3c C3a H3d H3e

F4

H4a C4a H4b

Mencari cara untuk mengubah kehidupan masyarakat disekelilingnya Contoh tidak bermoral / taksub dengan amalan jahiliah Mengasingkan diri daripada masyarakatnya dengan cara bertahannuth di Gua Hirak. Mana-mana 8 isi x 1 m

1 1 1 [Mak.8 M]

5 (c)

Jelaskan peristiwa yang membawa kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (MS 107-108) Menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibrail pada 6 Ogos 610M atau 17 Ramadhan Wahyu pertama yang diturunkan ialah surah Al-Alaq ayat 1-5 Memerintahkan manususia membaca Titik-tolak perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat dan menambah ilmu Islam menggalakkan kajian yerhadap sesuatu perkara Dengan pembacaan dan membuat kajian sesuatu bangsa itu akan berilmu Dengan ilmu bangsa akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang Ilmu dapat meningkatkan tamadun Dalam Islam ilmu ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat Wahyu kedua surah Al-Muddasir ayat 1-7 Perisytiharan baginda sebagai rasul atau pesuruh Allah Baginda diwajibkan menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia Mana-mana 6 isi x 1 m 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak.6 M]

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13

Contoh jawapan: (a) Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perniagaan. (MS 104-105) Baginda pernah menjalankan perniagaan semasa berusia 20 tahun. Baginda giat berdagang secara perseorangan dan berkongsi dengan teman. Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bersama bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam. Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur dan tutur kata yang baik. Baginda juga pandai mengambil hati semasa berurusniaga. Baginda memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan. Baginda merupakan seorang pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat. (b) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda sebagai tokoh pemimpin unggul sebelum dilantik menjadi rasul. (MS 105-106)

Baginda telah menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraisy. Ini dapat dilihat melalui peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya. Hajar Aswad terjatuh semasa banjir melanda Kota Makkah Baginda juga merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana mempunyai sifat pengasih dan bertimbangrasa. Baginda tidak kekok membantu isteri memasak / menampal pakaian koyak / melayan anak / membersihkan rumah. Anak-anak diberi pendidikan agama secukupnya. Ini menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak. Di samping itu, baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Baginda seorang yang sentiasa merendah diri. Baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin. Baginda juga merupakan seorang yang penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. Selain itu, baginda juga seorang yang bersifat sifat pemaaf, ini dapat dilihat semasa pembukaan semula kota Makkah. Contoh orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan. Baginda juga bijaksana dalam menyelesaikan masaalah. Semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah 628 M dengan orang Arab Quraisy Makkah Baginda juga sentiasa memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Baginda mencari cara untuk mengubah kehidupan masyarakat disekelilingnya. Contoh tidak bermoral / taksub dengan amalan jahiliah. Mengasingkan diri daripada masyarakatnya dengan cara bertahannuth di Gua Hirak.

(c)

Jelaskan peristiwa yang membawa kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (MS 107-108) Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibrail pada 6 Ogos 610M

atau 17 Ramadhan. Wahyu pertama yang diturunkan ialah surah Al-Alaq ayat 1-5. Wahyu tersebut memerintahkan manusia membaca. Ia merupakan titik-tolak perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam.

Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat dan menambah ilmu. Islam menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara. Dengan pembacaan dan membuat kajian sesuatu bangsa itu akan berilmu. Dengan ilmu bangsa akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Ilmu juga dapat meningkatkan tamadun. Dalam Islam ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.

Wahyu kedua yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah surah Al-Muddasir ayat 17. Ia merupakan perisytiharan baginda sebagai rasul atau pesuruh Allah. Baginda diwajibkan

menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.