Anda di halaman 1dari 26

Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan


Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera ..."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk


mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam
hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang
dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman
Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan
dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah,


seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid
dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas
wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di
situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki
kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa
mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman
seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh
Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan


tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik
tentera" dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi


di Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau bagaimanapun,
sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun
sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di
dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad AlFateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama


30 tahun (1451 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung
dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen
ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada
ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam


bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali
dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam
ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,
memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan


ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu
pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan
mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik
baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.
Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah
musuh.

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli


Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan
pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar,
tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai
permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota


Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti


meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5
batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang
paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di
tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim
dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat
Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan


perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja
menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan
dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat
150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan
laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan


kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja
Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19
April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam
selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding
tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang


lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan
tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut
setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi


dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang
dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah.
Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan


dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk
Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapalkapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan
Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan
(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat
sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan
belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam


Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda
mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat
kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah
SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam


kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.
Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid.
Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam
diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan


telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera
Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan
semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di
jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda


mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk
ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka
kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh.
Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi
barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda


menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar
St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.
Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang
bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya
membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan


siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara
kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak
seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga
kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian
daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh


hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad
Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat
sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta


berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan
ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan
langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah
berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Istanbul atau dulu dikenal sebagai constantinople,adalah salah satu


bandar termasyhur di dunia.Bandar ini tercatat dalam sejarah Islam
khususnya pada masa Kesultanan Usmaniyah ketika meluaskan wilayah
sekaligus melebarkan pengaruh Islam di banyak negara.Bandar ini
didirikan tahun 330M oleh Maharaja Bizantium yaitu Costantine I.
Kedudukannya yang strategik,membuatkan ia tempat yg strategik di
masa Kekaisaran Bizantium.Rasulullah SAW juga telah beberapa kali
memberikan khabar gembira tentang penguasaan kota ini ke tangan
umat Islam seperti dinyatakan oleh Rasulullah saw pada perang
Khandak.

Sultan Muhammad Al - Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di


Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau bagaimanapun,sejarah
hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum
kelahirannya kerana telah disebut sebagai sebaik-baik raja di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fatih
kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Para khalifah dan pemimpin Islam sebelum itu telah berusaha untuk
menakluk Kostantinopel.Usaha pertama dilancarkan tahun 44 H di
zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi,usaha itu gagal.Usaha
yang sama juga dilakukan pada zaman Khalifah Umaiyah.Di zaman
pemerintahan Abbasiyyah,beberapa usaha diteruskan tetapi masih
menemui kegagalan termasuk di zaman Khalifah Harun al-Rasyid tahun
190H.Setelah kejatuhan Baghdad tahun 656H,usaha menawan
Kostantinopel diteruskan oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur
(Anatolia) terutama Kerajaan Seljuk.Pemimpinnya,Alp Arslan (455-465
H/1063-1072 M) berhasil mengalahkan Kaisar Roma,Dimonos,tahun 463
H/1070 M. Akibatnya sebagian besar wilayah Kekaisaran Roma takluk di
bawah pengaruh Islam Seljuk.

Awal kurun ke-8 hijrah,Daulah Usmaniyah mengadakan kesepakatan


bersama Seljuk.Kerjasama ini memberi nafas baru kepada usaha umat
Islam untuk menguasai Konstantinopel.Usaha pertama dibuat di zaman
Sultan Yildrim Beyazid saat dia mengepung bandar itu tahun 796
H/1393 M.Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk
memaksa Kaisar Bizantium menyerahkan Konstantinople secara aman
kepada umat Islam.Akan tetapi,usahanya menemui kegagalan karena
datangnya bantuan dari Eropah dan serbuan bangsa Mongol di bawah
pimpinan Timur Leng.

Selepas Daulah Usmaniyyah mencapai perkembangan yang lebih maju


dan terarah,semangat jihad hidup kembali dengan nafas baru.Hasrat
dan kesungguhan itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863 H/14211451 M) untuk meneruskan usaha menaklukkan Kostantinopel.Beberapa
usaha berhasil dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa
yang sama terjadi pengkhianatan di pihak umat Islam.Kaisar Bizantium
menabur benih fitnah dan mengucar-kacirkan barisan tentara
Islam.Usaha Sultan Murad II tidak berhasil sampai pada zaman anak
beliau,Sultan Muhammad Al-Fatih,sultan ke-7 Daulah Usmaniyah.

Semenjak kecil,Sultan Muhammad Al-Fatih telah mencermati usaha


ayahnya menaklukkan Kostantinopel.Bahkan beliau mengkaji usahausaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu,sehingga
menimbulkan keinginan yang kuat baginya meneruskan cita-cita umat
Islam.Ketika naik tahta pada tahun 855 H/1451 M,dia telah mulai
berpikir dan menyusun strategi untuk menawan kota bandar
tadi.Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih terletak pada ketinggian
pribadinya.

Sejak kecil,dia dididik secara intensif oleh para ulama terulung di


zamannya.Di zaman ayahnya,yaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh
Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad
(Al-Fatih). Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulama
untuk mengajar anaknya sebelum itu,tetapi tidak diterima oleh Amir
Muhammad.Lalu,dia menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan
kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika membantah
perintah gurunya.

Waktu bertemu Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang


diberikan oleh Sultan,Amir Muhammad tertawa.Dia lalu dipukul oleh
Asy-Syeikh Al-Kurani. Peristiwa ini amat berkesan pada diri Amir
Muhammad lantas setelah itu dia terus menghafal Alquran dalam waktu
yang singkat.Di samping itu,Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin)
merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki.Dia
mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu agama seperti Alquran,hadis,fikih,
bahasa (Arab, Parsi dan Turki), matematika,falak,sejarah,ilmu
peperangan dan sebagainya.

Syeikh Semsettin lantas meyakinkan Amir Muhammad bahwa dia adalah


orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis
pembukaan Kostantinopel.Ketika naik takhta,Sultan Muhammad segera
menemui Syeikh Semsettin untuk menyiapkan bala tentara untuk

penaklukan Konstantinopel.Peperangan itu memakan waktu selama 54


hari. Persiapan pun dilakukan.Sultan berhasil menghimpun sebanyak
250 ribu tentara.Para mujahid lantas diberikan latihan intensif dan
selalu diingatkan akan pesan Rasulullah SAW terkait pentingnya
Konstantinopel bagi kejayaan Islam.

PENDIDIKAN - Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan


bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh
Shamsuddin Al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik
peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima
tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan


ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang
Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan
tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah
melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan
Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu
helah musuh.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu dan rendah diri . Semasa membina


Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya,
mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja.Baginda seorang yang sentiasa tenang,
pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia
pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang
dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE - Selama 2 tahun


selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople
setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti


meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5

batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang


paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di
tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim
dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat
Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan


perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja
menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan
dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat
150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan
laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE - Setelah proses


persiapan yang teliti,akhirnya pasukan Sultan Muhammad Al-Fatih tiba
di kota Konstantinopel pada hari Kamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6
April 1453 M. Di hadapan tentaranya,Sultan Al-Fatih lebih dahulu
berkhutbah mengingatkan tentang kelebihan jihad,kepentingan
memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT. Dia
juga membacakan ayat-ayat Al-quran mengenainya serta hadis Nabi
SAW tentang pembukaan kota Konstantinopel.

Ini semua memberikan semangat yang tinggi pada bala tentera dan
lantas mereka menyambutnya dengan zikir,pujian dan doa kepada Allah
SWT. Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau
menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung.
Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru
meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding
tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak - Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan


menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan
memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan
menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu
mereka. Pope vatican di Rome telah menghantar bantuan 5 buah
armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk
Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan
armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan


dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk
Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapalkapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan
Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan
(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat
sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan
belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar
kerana bedilan meriam Usmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil


kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada
tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw
dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. Keesokan paginya tentera
Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin
menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya
berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan


telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera
Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan
semangat tenteranya: Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di
jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!

Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi


barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu
Akbar.Sultan Muhammad Al-Fatih pun melancarkan serangan besarbesaran ke benteng Bizantium di sana.Takbir "Allahu Akbar, Allahu
Akbar!" terus membahana di angkasa Konstantinopel.Pada 27 Mei 1453,
Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyak
solat,doa,dan zikir.

Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 H atau
bertepatan dengan tanggal 29 Mei 1453,serangan utama
dilancarkan.Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara
takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.Tentera Usmaniyah
akhirnya berhasil menembus kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne
dan mereka mengibarkan bendera Daulah Usmaniyah di puncak
kota.Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera

Al-Fatih,akhirnya berjaya mencapai cita-cita mereka menaklik


constantinople..

Penawanan Constantinople - Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople


jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol
(Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya
Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya
lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi
gelaran Al Fatih iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA - Pada kali pertama solat


Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi
imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya
bangun lantas bertanya, Siapa di antara kita sejak baligh hingga
sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga
kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!. Sebahagian
daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, Siapa di antara kamu sejak baligh


hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan
Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat
fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia
anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW
barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama
Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng
Konstantinopel.Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi
sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh
Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah
kepada Muhammad al-Fateh):

Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota


konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu, sambil menunjuk
Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama


30 tahun (1451 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung
dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen
peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada
ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan


salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia.
Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor
Constantine pada tahun 330M.

Constantinople begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan,


perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan
Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821)
mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka
Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.

Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun


diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit
Khandaq
Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan


Rasulullah s.a.w?

Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumbalumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi
mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt
sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah
mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar
daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua
kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah
sebanyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman

Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan


Uthmaniyyah.

(Foto Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki)

Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah


pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu
Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah
dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila
ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al
Ansari menjawab, Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki
kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera
semasa mereka membebaskan Constantinople. Begitulah hebatnya
keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.

Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen


pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar
Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.

Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah


hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh,
Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira
265,000 orang tenteranya.

Siapakah Muhammad al Fateh?

Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin
Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di
Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana
kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila
menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah
empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun
14511481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan
seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25
kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481
(855H) ketika berumur 49 tahun.

Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?

Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada


ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani
hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa
para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh
secara intensif dan bersepadu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk
mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah
diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan.
Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad
II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka
untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad
al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh
Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat
daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh


Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh
Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.

Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran,


Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak,
Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan
ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan


Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai
pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II
pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah
mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui
Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan
Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.

Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh?

Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia


pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat
mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang
permasalahan negara.

Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya


Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya

(Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya)

Baginda sentiasa bersifat tawadhu dan rendah diri. Semasa membina


Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda

mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri


pun terpaksa ikut sama bekerja.

Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh


mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad AlFatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa
pembukaan Constantinople, Sesungguhnya kamu semua melihat aku
gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana
kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya
Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh
Shamsuddin al Wali

Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?

Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha


yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga
sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji
pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal
pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya


yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah
menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para
mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400
buah untuk tujuan ini.
Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang
termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat
300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8
km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota
Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan
Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal
yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian
damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan
Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi
ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik
sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda
mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah
disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira
265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka
dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?

Dari suduk geografinya, Kota Costantinople mempunyai


keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan
dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore dan Teluk Golden
Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan
adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada
masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh


telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota
Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota
Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April
1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya
yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa
selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota
tersebut.

Menara Bergerak

Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan


menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota
Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera
Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah
ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan dari Vatican.

Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar


oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi
tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn
disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut
mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi
pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa
agar Constantinople selamat.

Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan


pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya
kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya
Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.

Bagaimanakah Constantinople ditawan?

a- Membawa kapal melalui gunung

Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople


tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72

kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk


Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan
satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah
membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum
meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Ini adalah satu
keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di
dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya
habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem
pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.

b-Suntikan semangat jihad

Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi


kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad
kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang
hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama
bermunajat kepada Allah s.w.t.

c-Memanjat kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di


dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya
dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera
Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak
Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha.
Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya
berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

d-Karisma Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan


berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan
menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam.
Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato

bagi menaikkan semangat tenteranya, Wahai tenteraku, aku bersedia


untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!.

Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda


yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan
kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat
masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di
situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan
pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah
dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam
menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil
melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi
ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan
psikologi kepada pihak musuh.

e-Terowong

Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh


telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk
memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa
gerun dan takut yang teramat sangat.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya


menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan
kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar
namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan
sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya
Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya
dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih
bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada
Istanbul.

Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?

Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul


pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk
dirinya bangun lantas bertanya, Siapa di antara kita yang pernah
meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun
sekali, sila duduk!. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak
seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, Siapakah di antara kita yang sejak baligh


hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!.
Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, Siapa di antara kita sejak baligh


hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan
Muhammad Al-Fateh sendiri.

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib


dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja
yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.

Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine?

Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah


kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana
pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya
yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah
Uthmaniyyah ketika itu.
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu
dengan menyatakan, Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku
kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana
Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah
kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di
zamannya.

Apakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?

Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople


pada 29hb Mei 1453M sebagai tarikh kepada sejarah moden. Ketika
memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah
mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden
telah datang.

1- Keadilan beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah
ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama
Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan
mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja
berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka.
Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata
bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin
(Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks.
Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan
atau diapa-apakan.

2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam


menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran
dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah
pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai
Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan
sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa
2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya
adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di
Andalus daripada cengkaman Kristian.

3-Perkembangan Tamadun

Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut


kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda
amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga
telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika
sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat
mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui
perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai
seorang Yahudi.
Wahai anak muda ! Mari bersama kita teladani ikon kita.Sultan
Muhammad al-Fateh !

Salam perjuangan Dr Z

Rujukan dan Penghargaan


Dr Eaman Mohammad Abbas Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan
Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007

Sheikh Muhhammad Said Mursi Tokoh=tokoh Besar Islam


Sepanjang Sejarah. Pustaka al Kauthar Jakarta 2007
Dr Ali Muhammad as Salabi Biography of Muhammad al-Fateh.
Maktaba as Sahaba
Mohd Fauzi Asmuni Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan
Constantinople. satuperkongsian.wordpress.com
Hasrizal Abdul jamil Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan
Istanbul 2007. komuniti.iluvislam.com

Anda mungkin juga menyukai