Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH


Prinsip Umum Mentaksir Kebolehan Murid (Assessing Student Ability)
Kenal pasti apa yang hendak ditaksir dengan jelas.
Tulis tugasan yang menjemput murid mempamerkan pengetahuan, kemahiran atau sikap yang
hendak ditaksir dengan jelas.
Tentukan apakah bentuk respons murid yang boleh dijadikan evidens penguasaan kebolehan
yang ditaksir.
Mentaksir Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Persembahan item dalam bentuk yang mencabar minda murid berfikir, biasanya dinyatakan
oleh stimulus yang relevan dengan permasalahan yang diberi.
Gunakan situasi yang baharu (serta berkaitan dengan kehidupan seharian), tidak pernah ditemui
oleh murid di bilik darjah atau buku teks.
Kenal pasti aras kesukaran.
Kategori Item HOTS
Transfer
Critical Thinking
Problem Solving
Ciri-ciri Item HOTS
Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan
kritikal.
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberikan impak yang lebih
besar.
Menggunakan situasi baharu di luar bilik darjah. Menggalakkan murid berfikir lebih mendalam
dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah.
Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan
pembelajaran daripada pelbagai disiplin.
Item berbeza setiap tahun. Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja,
buku latihan dan lain-lain.

9 Point System
Tidak menjejaskan prinsip asal 9 point system
Murid perlu dibekalkan maklumat secukupnya sekiranya ia tiada dalam SP, HSP atau buku teks.

Kata Tugas
Tidak terikat dengan kata tugas tertentu.
Contoh kata tugas: Jelaskan, Terangkan, Nyatakan, Pilih, Huraikan, Rumuskan, Pendapat,
Komen dll.

Respon Murid
Holistik / Kualitatif
Analitik / Kuantitatif
Holistik: 1 isi dan huraian lengkap.
Analitik: Beberapa isi dan huraian ringkas.
Definisi huraian lengkap:
1. Isi
2. Huraian
3. Hujah: dalil nas, pendapat ulamak, pendapat pakar dsb
4. Rumusan
Panduan Pemarkahan
Rubrik > Holistik / Kualitatif
Analitik > Kuantitatif / Menyatakan bilangan isi

Contoh Item

Rubrik Penskoran
(i)
Skor

Keterangan

Dapat menyatakan konsep tauhid.

Dapat menyatakan konsep tauhid dan maksudnya


dengan lengkap.

(ii)
Skor

Keterangan

Dapat menyatakan isi.

Dapat menyatakan isi dan huraian ringkas

Dapat menyatakan isi dan huraian lengkap

Dapat menyatakan isi, huraian lengkap dan


rumusan.

Antara sebab berlakunya perceraian dalam kalangan umat Islam di negara


ini ialah kerana faktor gaji yang rendah si suami. Kesannya si isteri dan
anak-anak tidak memperolehi keperluan kehidupan sebagaimana yang
mereka harapkan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan ulasan anda terhadap tindakan segelintir isteri yang
memohon perceraian kerana sebab di atas.
(4 Markah)

Rubrik penskoran.
SKOR

PERNYATAAN

Dapat menyatakan satu pendirian.

Dapat menyatakan satu pendirian dan huraian ringkas.

Dapat menyatakan satu pendirian dan huraian yang


mantap.

Dapat menyatakan satu pendirian berserta huraian yang


mantap serta membuat kesimpulan.

Contoh jawapan:
Tindakan seseorang isteri yang memohon perceraian disebabkan gaji suaminya kecil
adalah satu tindakan yang tidak wajar (1m) sekiranya suami masih mampu memberi
keperluan asas yang minimum (1m) seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal
walaupun segala keperluan ini tidak mewah sebagaimana yang dijelaskan dalam alQuran dalam surah at-Talaq ayat 7 (1m). Oleh yang demikian, seseorang isteri mestilah
redha dengan pemberian suami selagi mana ia masih dalam kadar yang sepatutnya
menurut perkiraan adat (1m).

Anda mungkin juga menyukai