Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH

ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

ILMU HADITH RIWAYAT [ ] DAN HADITH DIRAYAH [ ]

1. HADITH RIWAYAT Kata terbitan [‫ ]مصدر‬daripada perkataan [‫]ر َوى‬ َ – [‫]يَروى‬


Juga dikenali sebagai: Bahasa: yang bererti memindahkan suatu berita, hikayah dan
1- ‫السنة‬ kisah.
2- ‫األثر‬ Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib [‫ ]محمد عجاح الخطيب‬r.h: seorang
3- ‫الخبر‬ sarjana hadith kontemporari – mendefinasikan ilmu
hadith riwayat sebagai ilmu yang mengkaji tentang
Istilah:
periwayatan yang disandarkan kepada Nabi SAW
secara khusus samada perkataan, perbuatan, taqrir,
sifat dan akhlak dengan cara yang teliti dan terperinci.
2. HADITH DIRAYAH Kata terbitan [‫ ]مصدر‬daripada perkataan [‫]درى‬-[‫]يدري‬
Bahasa:
Juga dikenali sebagai: yang bererti mengetahui sesuatu.
1- ‫مصطلح حديث‬ Ibnu Hajar al-‘Asqalani [‫( ]ابن حجر العسقالني‬wafat 852H): ilmu
2- ‫اصول الحديث‬ untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari
Istilah:
3- ‫علوم الحديث‬ sudut diterima atau ditolak yang berhubung kait
dengannya.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADITH RIWAYAT/ RIWAYAH [‫]حديث رواية‬

ZAMAN RASULULLAH SAW


a) Hadith Rasulullah SAW adalah segala PERKATAAN, PERBUATAN, TAQRIR dan SIFAT
BAGINDA SAW. Ia merupakan sumber agama kepada para sahabat selain daripada
al-Quraan.
َّ َّ َّ ۡ َّ َّ َّ ُ َّ
َّ َّ ‫اع ٱ‬ َّ
‫له‬ ‫من يُ ِطعِ ٱلرسول فقد أط‬
80. Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW, maka sesungguhnya ia taat
kepada Allah Taala.
b) Majaoriti para sahabat Rasulullah SAW menerima hadith baginda SAW secara Lisan
dan Menghafaznya. Mereka menghafal kerana kebanyakan mereka Buta Huruf
tetapi mempunyai INGATAN yang kuat.
c) Disamping itu ada larangan/ tegahan Rasulullah SAW untuk menulis Hadith:
 

Janganlah kamu semua menulis daripadaku [hadith], sesiapa yang menulis


daripadaku selain al-Quraan, maka hendaklah dia padamkan ….
Sebab larangan menulis HADITH:
1- Dibimbangi al-Quraan dan Hadith bercampur.
2- Kemungkinan al-Quraan dan al-Hadith ditulis dalam satu lembaran.
3- Larangan tersebut khusus untuk para sahabat yang mempunyai daya ingatan
yang kuat.
d) Ada sebilangan sahabat yang Baginda izinkan untuk menulis hadith. Peristiwa
Rasulullah ketika berpidato, seorang lelaki berasal daripada Yaman meminta
Rasulullah SAW menulis hadith untuknya, Baginda bersabda :

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

  


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: tatkala Allah Taala memberi kemenangan kepada
Rasulnya SAW dengan pembukaan Kota Mekah, maka baginda SAW berdiri
dihadapan manusia sambil memuji Allah Taala … Maka Abu Shah seorang lelaki dari
Negara Yaman telah berdiri dan berkata: Tuliskanlah [hadith] kepadaku Wahai
Rasulullah SAW, Jawab Baginda SAW: Tulislah kamu [sahabat] untuk Abi Shah.

Syarat-syarat penulisan hadith:


i. Penulisan al-Hadith dilakukan ketika al-Quraan tidak turun.
ii. Kebenaran diberikan kepada sahabat yang mudah lupa.
iii. Penulisan hadith hendaklah dalam lembaran yang berasingan supaya tidak
bercampur aduk dengan al-Quraan.

ZAMAN SAHABAT r.a


a) Selepas kewafatan Nabi SAW para sahabat masih belum melaksanakan penulisan
dan pembukuan hadith secara formal.
b) Terdapat para sahabat yang pandai menulis antaranya; Abu Bakar r.a, Muaz bin
Jabal r.a, Umar al-Khattab r.a, Muawiyah bin Abu Sufyan r.a, Abdullah bin al-Zubir r.a,
dan Jabir bin Samrah r.a.
c) Kegiatan penulisan hadith berlaku denagn cara; MENGAJAR, MEMPELAJARI,
MERIWAYAT, MENGUMPUL dan MENCATAT hadith-hadith.
d) Hadith belum lagi dibuku dan dikumpulkan secara KHUSUS.

ZAMAN TABIEN r.a.


a) Zaman ini muncul hadith-hadith palsu disebabkan penyelewengan oleh pengikut-
pengikut mazhab seperti Syiah, Khawarij dan Mu’tazliah.
b) Situasi bertambah buruk apabila para sahabat berpindah ke negari lain atau mati di
medan jihad.
c) Menyedari hal ini, inisiatif para ulamak hadith untuk menyelidiki kebenaran sesuatu
hadith.
d) Pembukuan hadith bermula dengan arahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz [wafat
101H] mengarahkan Abu Bakar bin Muhammad bin Hizam r.h [ ]-
seorang Gabenor Madinah untuk mengumpul dan mencatat hadith-hadith
[wafat 117]
daripada para Huffaz.
e) Usaha ini diteruskan oleh Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri r.h [
]-[wafat 124H], dengan mengumpul dan edarkan ke seluruh pelusuk negara
Islam.
f) Pada zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaafar al-Mansur r.h [ ], telah
mengarahkan Imam Malik bin Anas [wafat 179H] untuk membukukan hadith dan
terhasil kitab al-Muwatta’ [ ]
g) Kitab-kitab hadith yang dihasilkan ialah:
a. Sohih al-Bukhari oleh Imam al-Bukhari.

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

b. Sohih Muslim oleh Imam Muslim


c. Sunan al-Tirmizi oleh Imam al-Tirmizi.
d. Sunan Abi Daud oleh Imam Abi Daud.
e. Sunan al-Nasaie oleh Imam al-Nasaie.
f. Sunan Ibnu Majah oleh Imam Ibnu Majah.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADITH DIRAYAH [ ]

ZAMAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT R.ANHUM.


1. Semasa hayat Baginda SAW, ilmu Hadith Dirayah diterima secara langsung daripada
Baginda SAW.
2. Apabila Rasulullah wafat, sahabat menyampaikan/ meriwayatkan apa yang mereka
dengar dan hafaz dengan penuh teliti.
3. Penggunaan ilmu ini bermula pada zaman para sahabat r.a. seiring dengan
perkembangan hadith Riwayat dan ia berlaku secara tidak formal.
4. Ilmu hadith Dirayah belum lagi disusun dan ditulis dalam bentuk kitab, tetapi para
sahabat mempraktikkan beberapa kaedah dan dasar tertentu dalam meriwayatkan
hadith-hadith Rasulullah SAW.
5. Para sahabat menyelidiki keadaan perawi dan periwayatan mengikut disiplin ilmu
hadith Dirayah.

ZAMAN TABIEN.
1. Juga mengamalkan kaedah yang sama dalam menrima dan meriwayatkan Hadith
Rasulullah SAW walaupun ilmu Mustolah Hadith belum dibukukan pada zaman ini.

ZAMAN TABI’ TABIEN.


1. Bermula zaman ini, mula ditulis dan dibukukan namun penulisannya masih berselerak
dalam kitab-kitab lain.
2. Kerana keperluan mendesak akibat fitnah daripada golongan Syiah dan al-Sabiyyah
[ ] yang cuba memalsukan hadith Rasulullah SAW.
3. Ulamak hadith telah membukukan hadith dengan menggunakan prinsip-prinsip,
kaedah-kaedah dan istilah ilmu hadith untuk membendung masalah tersebut.
4. Sumbangan ulamak dan perkembangan penulisan ilmu Hadith:
ULAMAK HADITH SUMBANGAN
Pengarang pertama yang menulis sebahagian ilmu
Al-Imam al-Syafie [wafat usul al-Hadith dalam kitab: al-Risalah [ ] dan al-
204H]
Umm [ ] pada kurun ke-3 hijrah.
1. Ulamak yang mula mengarang kitab secara
khusus yang membahaskan ilmu hadith dirayah.
2. Ulamak pertama yang menulis bidang ini secara
berasingan.
063

3
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

ULAMAK HADITH SUMBANGAN


1- Sekumpulan ulamak yang membahaskan
perkara yg telah menjadi subjek penulisan dalam
534 kitab Ulumul Hadith seperti; Ghoribul Hadith [

503 ], Musykal al-Hadith [ ], Hadith

560 al-Nasakh dan al-Mansukh [ ],

656 ‘Ilal al-Hadith [ ] dan Ma’rifah al-Ruwah

[ ].

BIDANG PERBAHASAN ILMU HADITH DIRAYAH.


DARI SEGI SANAD DAN RAWI.
BIL PERKARA KETERANGAN
Ilmu yang mengkaji para perawi hadith dari aspek
1 keadilan dan kekuatan hafazan mereka, dll.
Menentukan kedudukan hadith yang diriwayatkan.
Ilmu yang mengkaji sekumpulan perawi yang
menerima, memelihara dan menyampaikan hadith
2
yang hidup dalam satu masa dan periwayatan atau
sanad yang sama.
Ilmu yang mengkaji tentang perawi hadith dari
pelbagai aspek bertujuan untuk mendedahkan
3
latarbelakang samada diterima atau ditolak hadith
yang diriwayatkan.
Ilmu yg mengkaji tarikh kelahiran dan kematian perawi
4
dan punca pengambilan hadith.

DARI SEGI MATAN.


BIL PERKARA KETERANGAN
Ilmu yang berkaitan dengan penjelasan maksud
1 perkataan dalam matan hadith yang rumit serta sukar
untuk difahami.
Ilmu yang mengkaji hadith yang datang kemudian
sebagai penghapus [ ] terhadap ketentuan hukum
2
yang bertentangan dengan kandungan yang datang
terlebih dahulu [ ]
Ilmu yang membincangkan perkara yang menjadi latar
3 belakang, sebab dan pendorong sesuatu hadith
berlaku.
Ilmu yang membincangkan percanggahan antara dua
4
hadith pada maknanya yang zahir, satu daripadanya

4
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

BIL PERKARA KETERANGAN


menetapkan sesuatu hukum manakala yang satu lagi
menafikannya.

DARI SEGI SANAD DAN MATAN


BIL PERKARA KETERANGAN
Ilmu yang mengkaji sebab kecacatan yang
1 tersembunyi yang menggugat kesahihan sesuatu
hadith.
Ilmu yang mengkaji sumber asal dan status sesuatu
2
ahdith melalui cara tertentu.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU HADITH RIWAYAH DAN DIRAYAH.


HADITH RIWAYAH HADITH DIRAYAH
1 Pemeliharaan syariat Islam dan 1 Umat Islam selamat daripada
penetapan hukum halal/haram penyelewengan dan kesalahan
dapat dilaksanakan dengan baik. apabila menerima dan menyebarkan
hadith.
2 Ulamak meriwayatkan hadith dengan 2 Membezakan antara hadith sohih
periwayatan yang tepat secara teliti, dengan maudhu’ [ ] daripada
amanah dan berhati-hati seperti
mana yang didengari. sumber pengambilannya.
3 Ulamak hadith merekod semula apa 3 Hadith terpelihara daripada sebarang
yang disalin tanpa penambahan dan campur aduk unsur asing.
pengurangan perkataan atau ayat.
4 Setiap hukuman dan undang-
undang syariat yang disampaikan
lebih praktikal dan mengikut sunnah
Rasulullah SAW dengan betul dan
tepat.

TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU HADITH RIWAYAT DAN DIRAYAH SEBAGAI


PANDUAN DALAM KEHIDUPAN.
BIL PERKARA KETERANGAN
Setiap muslim hendaklah membaca dan mempelajari
kitab-kitab hadith seperti Sunan al-Sittah [ ] drpd
1 INDIVIDU guru yang mu’tabar [ ].
Murid hendaklah mendalami ilmu ini sebagai asas dan
acuan terbaik untuk memahami agama.
Setiap lapisan masyarakat hendaklah mengikuti
2 MASYARAKAT pengajian hadith di masjid dan surau untuk mendalami
ajaran agama.

5
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 20

BIL PERKARA KETERANGAN


Anggota masyarakat perlu bertanya dan merujuk kepada
orang yang pakar dalam bidang hadith supaya tidak
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.
Badan-badan kerajaan perlu bergerak aktif
menterjemahkan karya berbahasa Arab ke bahasa
Melayu untuk memudahkan umat Islam membuat
3 KERAJAAN rujukan.
Pihak kerajaan melalui institusi agama Islam perlu
mengadakan ceramah, seminar dan persidangan hadith
kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai