Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 24

IMAN SEBAGAI FITRAH MANUSIA.

Fitrah manusia ialah beragama. Manusia telah beriman kepada Allah sejak dari alam
RUH lagi.
ٓ َ َ َ َ ْ ُّ َ ُّ َ ُّ َ َ ُّ َ َ َ ُّ َ َ َ َ ُّ َ َ ُّ ُّ َ َ ٓ َ ۢ ِ َ ُّ َ َ َ َ
ۡ ۡۖ‫ۡعل ٓيۡأنفسِ ِهمۡألستۡبِربِكم‬
‫ۡقالواۡبليۡش ِهدنۡا‬ ‫ۡءاد َمۡمِنۡظ ُّهورِهِمۡذرِيتهمۡوأشهدهم‬‫ِإَوذۡۡأخذۡربكۡمنۡبن ِي‬
Dan ingatlah [wahai Nabi Muhammad SAW], ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak adam dari
tulang belakang mereka, DIA menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri [sambil DIA bertanya
dengan firmanNya:]Bukankah AKU tuhan kamu? Mereka semua menjawab : Benar! [Engkaulah Tuhan kami]

PENGERTIAN IMAN.
a. Berasal daripada perkataan Arab [ ] bererti aman atau tenteram.
b. Iman bererti Tasdiq [ ] iaitu membenarkan dengan HATI
c. Kepercayaan semata-mata, mengakui dan membenarkan sesuatu
1 BAHASA tanpa mendustakannya.
َ َ ُّ َ َ َ َ
َ ‫اۡص ِدق‬
٧١ۡ‫ِين‬ َ َ‫َو َمآۡأ‬
‫نتۡب ِ ُّمؤم ِٖنۡلناۡولوۡكن‬
17. …pasti dikau [ayah] tidak akan percaya kepada ucapan kami ini, sekalipun kami
ialah orang-orang yang benar.
a. Perkara yang menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka
jahannam dan memasukkannya ke syurga dalam keadaan kekal
selama-lamanya walaupun di azab dalam neraka untuk beberapa
waktu.
b. Iman ialah membenarkan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
2 ISTILAH
dan mengetahui melalui agama dengan terang dan jelas seperti Hadith
Nabi SAW. [sila rujuk hadith di bawah]
c. Membenarkan dengan HATI, mengikarkannya dengan LIDAH, dan
mengamalkan ajaran-ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW dengan ANGGOTA BADAN.

Dalil Istilah no 2:

  

Daripada Abu Huraurah r.a dia berkata; seorang lelaki dating lalu duduk di hadapan kedua-dua lutut baginda
nabi SAW, lelaki itu bertanya Wahai Rasulullah SAW; apakah itu Islam? Baginda SAW menjawab: Islam ialah kamu
tidak menyengutukan Allah Taala dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, membayar zakat, dan berpuasa
Ramadhan. Dia berkata Kamu Benar! Lalu dia bertanya lagi; wahai Rasulullah SAW apalkah itu Iman? Baginda
menjawab: kamu beriman dengan Allah Taala, MalaikatNya, KitabNya, beriman kepada kejadian pertemuan
denganNya, beriman kepada para RasulNya dan kamu beriman kepada Hari kebangkitan serta beriman
kepada takdir semuanya.
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 24

TAHAP KEIMANAN SESEORANG MUSLIM.


Ulamak telah menggariskan tahap keimanan kepada empat martabat mengikut
kadar ketaqwaan, ketaatan, keikhlasan dan kecintaan seseorang kepada Allah
Taala.

1. IMAN PARA NABI DAN RASUL.


1. Iman para Nabi dan Rasul adalah iman yang paling tinggi dan sempurna
daripada iman-iman yang lainnya kerana:
a. Orang yang amat Kasih kepada Allah Taala, Taat, Tetap Pendirian dan
Maksum daripada dosa.
b. Iman mereka berdsarkan Hujjah dan Dalil serta mereka diberikan
Mukjizat.
c. Mereka dihantar ke dunia bagi menyampaikan berita gembira [nikmat
syurga] dan berita yang menakutkan [azab neraka]
ٞ َ َ َ َ َ َ ُّ ٗ ََ ٗ َ َ َ َ َ ََٓ
٤٢ۡ‫قۡبشِ يراۡونذِيراِۡإَونۡمِنۡأم ٍةۡإِلاۡخلاۡفِيهاۡنذِير‬
ِۡ ‫إِنۡاۡأرسلنكۡۡب ِٱلح‬
24. sesungguhnya kami mengutuskan dengan benar, sebagai pembawa berita
gembira dan pemberi amaran dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada
dalam kalangannya dahulu seseorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
2. IMAN ULAMAK
1. Keimanan dan Makrifat mereka kepada Allah Taala dengan ‫ نظر‬dan ‫ استدالل‬iaitu
memikirkan alam dan mengemukakan dalil tentang kejadian alam ini samada
Dalil Naqli atau Aqli.
2. Mereka beriman dengan sifat-sifatNya yang Maha Agong.
َ َ َ َ َ َ ْ ٓ ُّ َ َ َ ُّ َ َ ُّ َ ُّ َ َ َ َ َ ُّ َ َ َ ‫ۡس َم َوت‬ َ ‫للۡٱلَذِيۡ َخلَ َق‬
َ ‫ۡسب َع‬ َ
ۡ‫علي‬ۡ ۡ‫لل‬
ۡ ‫ۡرضۡمِثلهنۖۡۡيتنزلۡٱلأم ۡرۡبينهنۡل ِتعلمواۡأنۡٱ‬ ۡ ِ ‫ۡوم َِنۡٱلأ‬ ٖ ُّۡ ‫ٱ‬
َ ُّ
٧٤ۡ‫اطۡبِك ِلۡشي ٍءۡعِل َمۢا‬َ ‫للۡقَدۡأَ َح‬َ َ ََ ٞ َ
َۡ ‫ۡوأنۡٱ‬
َ ُّ
‫ك ِلۡشيءٖۡقدِير‬
12. Allah Taala yang menciptakan tujuh petala langit dan bumiseperti itu. Perintah
Allah Taala berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. Supaya kamu
mengetahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu dan
sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi setiap sesuatu.
3. IMAN ORANG YANG MENJALANKAN SYARIAT ALLAH TAALA
1. Iman mereka tinggi berasaskan Bukti, Hujjah dan Dalil daripada al-Quraan dan
al-Sunnah.
2. Mereka ialah golongan yang cinta kepada Allah Taala, taat dan takut untuk
melanggar perintahnya, mereka ini GOLONGAN BERILMU yang benar-benar
menjalankan hukum Allah Taala.
َ ٌ َ َ َ َ ْ ُّ َٓ َ ُّ
ٌ ‫ۡغ ُّف‬ َ َ َ
٤٢ۡ‫ور‬ ‫للۡع ِزيز‬ َۡ ‫إِن َماۡيَخشيۡٱ‬
ۡ ‫للۡمِنۡع َِبادِه ِۡٱلعلمؤۡاۡإِنۡٱ‬
28. sebenarnya yang takut kepada Allah dalam kalangan hambaNya hanyalah orang
yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

4. IMAN ORANG-ORANG YANG BERTAKLID


1. Iman mereka hanya dengan mendengar perkhabaran yang Masyhur atau
mengikut perkataan orang ramai tentang kewujudan Allah Taala tanpa
mengetahui dalil kewujudanNya.
2. Martabat iman golongan ini adalah PALING LEMAH dan sedikit ketaqwaan,
kecintaan dan ketaatan kepada Allah Taala.
3. Mereka ialah dalam kalangan ORANG AWAM.
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
AQIDAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 PELAJARAN 24

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN.


BIL PERKARA KETERANGAN
Perkataan ialah apa yang diucapkan oleh seseorang.
Seseorang Muslim wajib menjaga perkataan dan
ucapannya agar tidak terjebak dalam kategori terbatal
1. PERKATAAN iman.
Contohnya mengatakan: undang-undang Islam kejam,
Allah tidak adil kepada hambanya, Rasul manusia biasa
yang berdosa.
Seseorang Muslim wajib menjaga amalan dan
perbuatannya agar tidak terjebak dalam kategori terbatal
PERBUATAN & iman.
2.
AMALAN Contohnya : meminta bantuan daripada Jin/ Syaitan/
makhluk halus untuk menolak bencana, meminta nombor
ramalan dan memuja kubur.
Iktikad adalah kepercayaan dalam hati seseorang.
Seseorang Muslim wajib menjaga iktikadnya agar tidak
terjebak dalam kategori terbatal iman.
3. IKTIKAD [Hati]
Contohnya: muslim yang beriktikad bahawa agama lain
lebih baik dari Islam, beriktikad bahawa ajaran agama
Islam sudah lapuk dan tidak sesuai diamalkan sekarang.

KEPENTINGAN IMAN KEPADA MANUSIA.


1. Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat serta terlepas daripada seksaan api
neraka.
2. Melahirkan rasa syukur sabar dan redha dalam melaksanakan ibadat dan
menjalankan kehidupan seharian.
3. Memperoleh hidayah dan taufik daripada Allah Taala.
4. Mencintai perkara-perkara makruf dan menjauhi perkara munkar.

USAHA-USAHA UNTUK MEMLIHARA DAN MENINGKATKAN KEIMANAN DALAM KEHIDUPAN.

INDIVIDU.
1. Mendalami ilmu agama melalui pengajian bersama para ulamak.
2. Meningkatkan amalan soleh dan menjauhi / meninggalkan kemungkaran.
3. Senantiasa berzikir dan mengingati Allah dalam apa jua keadaan.

MASYARAKAT.
1. Memperbanyakkan program keagamaan di masjid dan surau.
2. Menubuhkan pasukan amar makruf nahi munkar yang akan menjaga Biah Solehah.
3. Mengajak jiran tetangga untuk mengimarahkan masjid/ surau.

NEGARA.
1. Memperbanyakkan program pengajian ilmu bersama ulamak di media massa.
2. Membendung segala fahaman sesat supaya masyarakat dapat memelihara dan
meningkatkan keimanan mereka.
3. Menguatkuasakan undang-undang syariah dan pusat-pusat pemantapan akidah.

Anda mungkin juga menyukai