Anda di halaman 1dari 18

2.0 AKIDAH ISLAM.

2.1 PENGERTIAN AKIDAH.

Akidah berasal daripada perkataan Arab “Aqada” yang bermaksud ikatan atau simpulan.
Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Walau
bagaimanapun, perkataan ini digunakan untuk sesuatu yang maknawi (sesuatu yang
difahami, bukan benda). Dari maksud ini lahirlah perkataan akidah, iaitu ikatan atau simpulan
maknawi khusus berkenaan kepercayaan. Akidah boleh difahami sebagai ikatan yang
tersimpul kuat di dalam hati terhadap sesuatu yang benar hingga tidak mungkin terurai.

2.1.1 UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AKIDAH.

Sarjana Islam berpendapat, unsur pembentukan akidah terdiri daripada:

1. Unsur akal atau pemikiran. Akal berperanan untuk memikirkan baik atau buruk.
2. Unsur iradah atau daya memilih. Akidah tidak akan terbentuk di dalam diri seseorang
hasil paksaan orang lain, sebaliknya ia hanya terbentuk dari kemahuan tuan punya
badan sendiri.
3. Unsur wujdan atau perasaan. Kemahuan itu adalah dengan sungguh-sungguh datang
dari sepenuh jiwa dan perasaannya.
4. Unsur hidayah. Pembentukan akidah di dalam diri seseorang adalah kurniaan
daripada Allah SWT, dan hidayah diberi kepada orang yang berusaha dan ikhlas
mendapatkannya.

2.1.2 CIRI-CIRI AKIDAH.

Akidah Islam mengandungi ciri-cirinya yang asas, iaitu dapat disimpulkan kepada empat:

1. Ma’rifatullah (mengenal Allah).


Ini adalah asas bagi segala-galanya di dalam kehidupan manusia.
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah SWT dari segi uluhiyyah,
rububiyyah dan al-asma’ wal-sifat (nama-nama Allah yang mulia serta sifat-sifat yang
suci dari segala kekurangan). Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap
Allah SWT ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

30
2. Ma’rifat ar-Risalah (mengenali kerasulan).
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima
wahyu dan menyampaikan syariatNya serta menjadi pembimbing dan pemimpin
seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu
agama Islam.

3. Ma’rifat al-Ghaibiyyat (mengenali perkara ghaib).


Mengenali dan mempercayai tentang perkara-perkara ghaib, walaupun ia tidak boleh
dilihat dengan mata kasar, tetapi wajib beriman dengan adanya makhluk ini. Wajib
mempercayai adanya malaikat, jin, syaitan dan lainnya. Mereka juga adalah makhluk
yang mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT.

4. Ma’rifat al-Ba’ath (mengenali hari kebangkitan).


Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia
dibangkitkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan
dihisab segala amalan sama ada baik atau buruk untuk diberikan segala balasan
pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka.

2.1.3 PERANAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

Akidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorak dan
mewarnakan amalan dan perbuatan muslim.

Kesan akidah ialah:


1. Melahirkan peribadi yang unggul. Perkataan dan perbuatannya adalah yang baik-baik.
Dia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT dan menumpukan sepenuhnya
harapan kepada Allah SWT. Dengan ini dia sentiasa berhati-hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Dia merasa takut untuk melakukan larangan Allah atau
meninggalkan suruhanNya.
2. Berani Mempertahankan Kebenaran. Orang yang berakidah sanggup
mempertahankan keimanan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana kuasa manusia.
Sejarah membuktikan Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir dan Sumayyah berani
mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy yang berkuasa pada
masa itu.
3. Bersifat adil Dalam Pemerintahan.
Pemimpin yang punya akidah yang teguh sentiasa tunduk kepada perintah Allah SWT.
Mereka menyedari kekuasaan yang ada padanya adalah amanah dan bukannya

31
jawatan yang hendak dibangga-banggakan. Dengan ciri-ciri yang mulia ini, tegaklah
kerajaan yang mementingkan hidayah, amal soleh, benar, ikhlas dan memancarkan
keadilan Allah SWT melalui syariatNya dan menegakkan keadilan untuk semua.
Contoh pemimpin yang mempunyai akidah yang mantap ialah Khulafa’ Ar Rasyidin.

4. Melahirkan sifat persaudaraan. Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan
satu bentuk persaudaraan yang sukar dirosakkan oleh mana-mana anasir yang tidak
sihat. Persaudaraan yang dibina melampaui batasan sejarah, geografi, darah,
keturunan dan sebagainya. Sejarah membuktikan bahawa Salman Al Farisi, Suhaib
ar Rumi telah menjadi saudara kepada orang Islam walaupun berlainan bangsa.
Begitu juga dengan persaudaraan yang terikat di antara golongan Ansar dan
Muhajirin.

5. Membebaskan manusia daripada kepercayaan khurafat. Akidah membebaskan jiwa


manusia dari tunduk dan merendahkan diri kepada selain Allah SWT. Manusia yang
berakidah Islam hanya menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan pengabdian
dan meminta pertolongan. Mereka menentang segala bentuk syirik di dalam setiap
urusan hidup.

6. Menenangkan jiwa seseorang. Dengan memiliki akidah, jiwa seseorang itu dipenuhi
dengan keamanan dan ketenangan, ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur luar.
Akidah telah menutup pintu ketakutan dan kebimbangan tentang rezeki, ajal dan lain-
lain.

7. Melahirkan jiwa besar. Akidah memberikan kekuatan jiwa kepada seseorang kerana
orang itu jiwanya dipenuhi dengan sifat raja’ (mengharap kepada Allah), percaya,
tawakal, redha dengan qadarnya, sabar dan tidak mengharap kepada makhluk, maka
dia akan menjadi kuat dan kukuh laksana gunung yang tidak dapat digoncangkan.
Tempat pergantungannya hanyalah Allah SWT.

8. Asas kebahagiaan. Akidah mendorong seseorang untuk beriman dan beramal soleh.
Allah SWT memberikan hati yang bahagia kepada orang yang beriman dan beramal
soleh. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 97:

32
ُ َ َ ٗ ٗ ََ ۡ ُ َٰ َ ُ ۡ َ َ َ َ َ َ
‫ِن فل ُن ۡحيِيَ َّن ُهۥ َح َي َٰوة َطي ِ َبة ۖٗ َوَلَ ۡج ِز َي َّن ُه ۡم أ ۡج َرهم‬ٞ ‫نَث َوه َو ُمؤم‬ ‫َم ۡن ع ِمل صَٰل ِٗحا مِن ذك ٍر أو أ‬

َ ََُۡ ْ ُ َ َ َ ۡ َ
٩٧ ‫بِأحس ِن ما َكنوا يعملون‬

“Sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik sama ada lelaki atau perempuan, sedang
dia beriman, nescaya akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik.”

2.1.4 KEISTIMEWAAN AKIDAH ISLAM.

1. Akidah Rabbaniyyah. Kepercayaan bersumberkan wahyu daripada tuhan yang


terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah dan bukan rekaan mana-mana manusia.

2. Sesuai Dengan Fitrah Manusia. Aqidah Islam selaras dengan fitrah semulajadi
manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ar Rum ayat 30:
َ َٰ َ َّ ۡ َ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ َّ َ َ َ َّ َّ َ َ ۡ ٗ َ َ َ ۡ َ ۡ ََ
‫ِين حن ِيفا ۚ ف ِطرت ٱَّلل ِ ٱل ِِت فطر ٱَلاس عليها ۚ َل تبدِيل ِِلل ِق ٱَّللِۚ ذل ِك‬
ِ ‫فأق ِم وجهك ل ِل‬
َ َ َ ََ‫ك‬ۡ َ َّ َٰ َ َ ُ َ ۡ ُ
٣٠ ‫اس َل َي ۡعل ُمون‬
ِ َّ‫َث ٱَل‬ ‫كن أ‬
ِ ‫ٱلِين ٱلقيِم ول‬

“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-
pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah
terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan
bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui”.
3. Akidah Yang Sentiasa Menerima Bukti. Kebenaran akidah Islam dapat diterima oleh
akal yang waras dan tidak dapat ditolak dengan hujah kerana ia mempunyai bukti yang
jelas dan padat. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 111:
ۡ ُ َ َٰ َ ۡ ُ ْ ُ َ ۡ ُ ۡ ُ ُّ َ َ َ ۡ َٰ َ َٰ َ َ ۡ َ ً ُ َ َ َ َّ َ َّ َ ۡ َ ُ ۡ َ َ ْ ُ َ َ
‫وقالوا لن يدخل ٱۡلنة إَِل من َكن هودا أو نصرىٰۗ ت ِلك أمان ِيهمٰۗ قل هاتوا برهنكم إِن‬

ُ ‫ُك‬
َ ‫نت ۡم َص َٰ ِدق‬
١١١ ‫ِني‬

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga
melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu
hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah

33
kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu
katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

4. Akidah Yang Jelas Dan Terang. Tidak ada kesamaran dan kekaburan untuk
memahaminya. Akidahnya tepat dan tetap tanpa menerima apa-apa perubahan,
penambahan, pengurangan dan penyesuaian sejak diturunkan kepada rasul pertama
iaitu Nabi Adam hingga kepada nabi Muhammad ‫ﷺ‬, akidahnya tetap sama iaitu ajaran
yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Firman
Allah SWT dalam Surah Al Anbiya’ ayat 25:
ُ ُ ۡ َ ۠ َ َ ٓ َّ َ َٰ َ ٓ َ ُ َّ َ ۡ َ ٓ ُ َّ ُ َّ َ ۡ َ َ ۡ َ َۡ ََٓ
٢٥ ‫ون‬
ِ ‫وِح إَِلهِ أنهۥ َل إِله إَِل أنا فٱعبد‬ ِ ‫ول إَِل ن‬
ٍ ‫وما أرسلنا مِن قبل ِك مِن رس‬
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

5. Akidah Sebagai Pembentuk Peribadi. Akidah Islam telah dapat membentuk insan yang
mantap dan teguh jiwanya. Kekuatan akidah inilah yang mencetuskan kegemilangan
pencapaian umat Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Lihatlah kecemerlangan
sahaabat-sahabat Nabi ‫ﷺ‬, individu-individu yang meninggalkan banyak jasa dan
sumbangan kepada manusia dari kalngan umat Islam di sepanjang zaman.
Dialog Jaafar bijn Abi Talib berhijrah ke Habsyah dengan Najasyi (Raja Habsyah)
Ja’far berkata, “Wahai paduka Raja, dulu kami adalah masyarakat yang hidup dalam
kebodohan, kami menyembah patung dan memakan bangkai, melakukan perzinaan,
memutuskan hubungan silaturahim, mengganggu tetangga, yang kuat di antara kami
memeras yang lemah. Kondisi ini terjadi atas kami hingga Allah mengutus kepada
kami seorang Rasul yang kami kenal dari nasab keturunan, kejujuran, amanah, hingga
kesuciannya. Dia mengajak kami untuk menyembah Allah, tidak mempersekutukan-
Nya dengan meninggalkan apa yang telah nenek moyang kami lakukan, seperti
menyembah berhala dan batu ….”

2.2 KONSEP SYAHADAH

Syahadah adalah ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah SWT dan
bernabikan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

34
Lafaz ikrar itu ialah:
Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
ِ ‫ول‬
‫هللا‬ َّ ‫أَ ْش َه ُد أَن الَ إِلَ َه إِالَّ هللاُ َوأَ ْش َه ُد أ‬
ُ ‫َن ُُمَ َّم ًدا َر ُس‬
Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Syahadah adalah rukun yang pertama dalam rukun Islam, rukun-rukun yang lain tidak akan
tertegak tanpa syahadah. Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia tidak ada
ertinya jika dia tidak bersyahadah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat 23:


ُ َّ ٗ ٓ َ َ ُ َٰ َ ۡ َ َ َ َ َ ۡ ْ ُ َ َ َٰ َ ٓ َ ۡ َ َ
ً ‫نث‬
٢٣ ‫ورا‬ ‫وقدِمنا إَِل ما ع ِملوا مِن عم ٖل فجعلنه هباء م‬

“Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang
mereka pandang baik), lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan”.

2.2.1 PENGERTIAN KALIMAH SYAHADAH.

Syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang
berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu atau keyakinan akan kewujudan dan keesaan Allah
SWT dan tentang kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan benarnya segala yang disampaikan
baginda.

Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian tentang pengakuan dan keyakinan apa
yang diakui di dalam hati. Sekiranya akuan di lidah bertentangan dengan apa yang diakui oleh
hatinya, maka pengakuan yang demikian adalah pengakuan yang dusta kepada Allah SWT
dan pelakunya adalah munafik. Firman Allah SWT dalam surah Al-Munafiqun ayat 1:
َ ‫ٱَّلل ي َ ۡش َه ُد إ َّن ٱل ۡ ُم َنَٰفق‬
‫ني‬ ُ َّ ‫وُلۥ َو‬ َ َّ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ َّ ُ َ ۡ َ ْ ُ َ َ ُ َٰ َ ُ ۡ َ َ ٓ َ َ
ُ ُ ‫ك ل َ َر ُس‬ ‫إِذا جاءك ٱلمن ِفقون قالوا نشهد إِنك لرسول ٱَّللِٰۗ وٱَّلل يعلم إِن‬
ِِ ِ
َ َ َ
١ ‫لكَٰذِبُون‬

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami
mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah
sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa
sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta”.

35
2.2.1.1 Maka bahagian pertama mengucapkan kalimah syahadah ini bererti: “Sesungguhnya
saya beritahu, saya jelaskan, saya iktiraf, saya beriktikad dan saya berikrar melaui lidah saya
dan segala gerak geri anggota saya bahawa yang berhak dipatuhi, disayangi dan
diperhambakan diri ialah Allah SWT semata-mata.

Lafaz la ilaha illallah mesti mengandungi dua unsur:


1. Ithbat: menyatakan Allah SWT itu wujud
2. Nafi: Menafikan ada tuhan selain Allah

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 256:


ٌ ‫ٱَّلل َس ِم‬
‫يع‬ َ ‫َق ََل ٱنف َص‬
ُ َّ ‫ام ل َ َهاٰۗ َو‬ ۡ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َّ
َٰ َ ‫ك بِٱل ُع ۡر َوة ِ ٱل ُو ۡث‬ ۡ
‫وت َو ُيؤ ِم ۢن بِٱَّلل ِ فق ِد ٱستمس‬
ُ َٰ َّ ۡ ُ ۡ َ َ َ
ِ ِ ‫ٱلطغ‬ ِ ‫…… فمن يكفر ب‬

ٌ ‫َعل‬
٢٥٦ ‫ِيم‬

“ …. Sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah SWT, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus, dan
ingatlah Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.”

PENGERTIAN TUHAN.

Yang dimaksudkan dengan tuhan ialah yang disembah. Tiap-tiap suatu yang disembah oleh
manusia sama ada berhak disembah atau tidak, merupakan tuhan kepada orang itu.

Di dalam sejarah manusia, penyembahan dilakukan kepada bermacam-macam benda. Ada


orang yang menyembah patung dengan sesuatu kepercayaan di sebalik patung itu. Ada yang
menyembah pangkat, harta, keturunan dan hawa nafsu. Ada orang yang menyembah Allah
SWT. Allah SWT menggambarkan kedudukan ini dengan firman-Nya dalam surah Al Jathiyah
ayat 23:
َ َ َ َ َّ َ ۡ‫أَفَ َر َءي‬
٢٣ …..‫ت َم ِن ٱَّتذ إِل َٰ َه ُهۥ ه َوى َٰ ُه‬

“Tidakkah engkau melihat ada orang yang menjadikan nafsunya itu sebagai Tuhan…….”.

36
Tuhan yang sebenar adalah Allah SWT. Firman Allah SWT dalm Surah Muhammad ayat 19:
ُ َ َّ َ َ ُ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ ِ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ُ َّ َّ َ َٰ َ ٓ َ ُ َّ َ ۡ َ ۡ َ
ۡ‫كم‬ ‫ت وٱَّلل يعلم متقلب‬ ِۗ ِ ‫فٱعلم أنهۥ َل إِله إَِل ٱَّلل وٱستغ ِفر ِِلۢنبِك ول ِلمؤمن ِني وٱلمؤمِن‬
ُ ۡ
١٩ ‫َو َمث َوىَٰك ۡم‬

“Maka ketahuilah bahawa tidak ada tuhan yang patut disembah selain Allah dan mohonlah
keampunan ke atas dosamu dan ke atas dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan.
Dan Allah mengetahui tempat berniaga dan tempat tinggalmu”.

Huraian pengertian tuhan yang sebenar:


1. Tuhan sebagai tumpuan pengabdian. Pengabdian hanya kepada allah dan tidak
kepada selain Allah SWT. Seluruh hidup manusia mestilah diabdikan kepada Allah
SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am ayat 162:
َ ‫اي َو َم َماِت ِ ََّّلل ِ َرب ۡٱل َعَٰلَم‬
١٦٢ ‫ني‬
َۡ َ
َ ‫َم َي‬ ‫و‬ ‫ِك‬ ُ ُ ‫قُ ۡل إ َّن َص ََلِت َون‬
‫س‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,


hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

2. Tuhan sebagai tempat mendapatkan perlindungan. Jika manusia meminta


perlindungan daripada selain Allah maka perlindungan itu adalah perlindungan yang
lemah. Firman Allah SWT dalam Surah Al Maidah ayat 76:
ُ َ ۡ ُ َّ َ ُ ُ َّ َ ٗ ۡ َ َ َ ٗ َ ۡ ُ َ ُ ۡ َ َ َ َّ ُ َ ََُُۡ ُۡ
٧٦ ‫ون ٱَّللِ ما َل يمل ِك لكم ضا وَل نفعا ۚ وٱَّلل هو ٱلس ِميع ٱلعل ِيم‬
ِ ‫قل أتعبدون مِن د‬
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari
Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa
memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

3. Tuhan sebagai tumpuan kecintaan. Siapa yang cinta kepada Allah, Allah akan cinta
kepadanya dan siapa yang bencikan Allah, Allah akan membalas dengan balasan
yang setimpal. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 165:
َّ ٗ ُ ُّ َ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َ َّ ُ َ ۡ ُ َ ُّ ُ ٗ َ َ َّ ُ ُ َّ َ َ
ِٰۗ‫ب ٱَّللِۖٗ وٱِلِين ءامنوا أشد حبا َِّلل‬
ِ ‫ح‬ ‫ك‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ون‬ ‫ِب‬ ‫ُي‬ ‫ا‬‫اد‬‫ند‬ ‫أ‬ ِ ‫ٱَّلل‬ ‫ون‬
ِ ‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ذ‬ ‫خ‬ ِ َّ‫َوم َِن ٱَل‬
ِ ‫اس من يت‬
َ َ ۡ ُ َ َ َّ َّ َ َ ٗ َ َّ َ َّ ُ ۡ َّ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َ َ ۡ َ َ
١٦٥ ‫اب‬
ِ ‫ولو يرى ٱِلِين ظلموا إِذ يرون ٱلعذاب أن ٱلقوة َِّلل ِ َجِيعا وأن ٱَّلل شدِيد ٱلع‬
‫ذ‬

37
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan
kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak,
bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah,
dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu)”.

4. Tuhan sebagai pemberi rezeki. Semua rezeki yang diperolehi manusia adalah datang
daripada Allah SWT. Manusia hanya pemegang amanah atas rezeki itu dan mestilah
menggunakannya pada jalan kebaikan. Firman Allah SWT dalam Surah Surah Al
Fathir ayat 3:
ٓ َ َّ َ ُ ُ ُ ۡ َ َّ ُ ۡ َ َٰ َ ۡ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َ َّ َ َ ۡ ْ ُ ُ ۡ ُ َّ َ ُّ َ َٰٓ َ
‫يأيها ٱَلاس ٱذكروا ن ِعمت ٱَّللِ عليك ۚم هل مِن خل ٍِق غۡي ٱَّللِ يرزقكم مِن ٱلسما ِء‬

َ ُ َ ۡ ُ َٰ َّ َ َ َ ُ َّ َ َٰ َ ٓ َ َۡ
٣ ‫َّن تؤفكون‬ ِِۚ ‫َوٱۡل‬
‫ۡرض َل إِله إَِل هو ۖٗ فأ‬

“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada
kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka
mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?”.

Firman Allah SWT lagi dalam Surah Surah Al Mulk ayat 30:
ُ َۡ َ َ ٗ ۡ َ ۡ ُ ُٓ َ َ َ ۡ َ ۡ ۡ َُۡ ََ ُۡ
َّ ‫ِيكم ب َمآء‬
٣٠ ‫ني‬ ‫ع‬‫م‬
ِۢ ِ ٖ ِ ‫قل أرءيتم إِن أصبح ماؤكم غورا فمن يأت‬

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan
bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang
sentiasa terpancar mengalir?".

5. Tuhan sebagai sumber perundangan. Wajib mengetahui bahawa segala peraturan


daripada Allah SWT. Semuanya wajib patuh, tidak boleh mencipta hukum yang lain
daripada Allah SWT. Kuasa menentukan hukum hanyalah Allah. Firman Allah SWT
dalam Surah Al Maidah ayat 50:
َ ُ ُ ۡ َ ٗ ۡ ُ َّ َ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ َ ُ ۡ َ َّ َٰ َ ۡ َ ۡ ُ َ َ
٥٠ ‫ون ومن أحسن مِن ٱَّلل ِ حكما ل ِقو ٖم يوق ِنون‬
ۚ ‫أفحكم ٱلج ِهل ِيةِ يبغ‬

38
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh
membuat hukum yang lebih pada daripada Allah”.

6. Tuhan sebagai tumpuan ketaatan. Ketaatan kepada tuhan adalah mutlak, sementara
ketaatan kepada selain tuhan adalah bersyarat iaitu selagi tidak bercanggah dengan
ketaatan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taghabun ayat 16:
ۡ َ َّ ُ َ ُ َ َ ۡ ُ ُ َ ٗ ۡ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ َ َ َّ ْ ُ َّ َ
‫سهِۦ‬
ِ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫ح‬ ‫ش‬ ‫وق‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ٰۗ‫م‬ ‫ك‬ ‫س‬
ِ ‫فٱتقوا ٱَّلل ما ٱستطعتم وٱسمعوا وأطِيعوا وأن ِفقوا خۡيا ِۡل‬
‫نف‬

َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ َ َٰٓ َ ْ ُ َ
١٦ ‫فأولئِك هم ٱلمفل ِحون‬

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan
pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan
belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah),
sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat
bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”.

2.2.1.2 Bahagian kedua daripada syahadah ialah penyaksian ke atas Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Seseorang dikira membuat pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sekiranya:
1. Menerima ajaran baginda ‫ﷺ‬. Firman Allah SWT dalam Surah Al Hasyr ayat 7:
َ َ ۡ َ َٰ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ُ َّ َ ٓ َ َ ٓ َّ
‫ِني‬
‫ك‬ َٰ
‫س‬ ‫م‬ ‫ٱل‬‫و‬ ‫َم‬ ‫ت‬ ‫ٱَل‬‫و‬ ‫َب‬ ‫ر‬ ‫ق‬ ‫ٱل‬ ‫ِي‬
‫ِل‬ِ ‫و‬ َّ ‫ى فَل َِّلهِ َول‬
َ ‫ِلر ُسول‬ َٰ َ ‫وُل ِۦ م ِۡن أ ۡهل ۡٱل ُق‬
‫ر‬ ِ ُ ‫لَع َر‬
‫س‬ َٰ ‫ما أفاء ٱَّلل‬
ِ ِ ِ
ُ َ ُ ُ َّ ُ ُ َٰ َ َ ٓ َ َ ۡ ُ
َ‫خ ُذوهُ َوما‬ َٓ ۡ َ ۡ َ َۡ َ ُ َ ُ َ َ ۡ َ َّ ۡ َ
‫يل َك َل يكون دولَۢة بني ٱۡلغن ِياءِ مِنك ۚم وما ءاتىكم ٱلرسول ف‬
ِ ِ ‫وٱب ِن ٱلسب‬
َ ۡ ُ َ َ َّ َّ َ َّ ْ ُ َّ َ ْ ُ َ َ ُ ۡ َ ۡ ُ َٰ َ َ
ِ ‫نهىكم عنه فٱنته ۚوا وٱتقوا ٱَّللۖٗ إِن ٱَّلل شدِيد ٱل ِع‬
٧ ‫اب‬ ‫ق‬

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa
jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta
amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat
azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”.

39
2. Kasih kepada baginda ‫ﷺ‬. Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Tidak sempurna iman
seseorang itu sehingga aku lebih dikasihinya daripada keluarganya, hartanya dan
manusia seluruhnya”.
3. Tidak menghinanya. Menjauhkan diri daripada apa-apa sahaja percakapan atau
perbuatan yang boleh mneyakiti Nabi ‫ﷺ‬.
4. Menerima kerasulannya untuk seluruh umat. Firman Allah SWT dalam Surah Saba’ ayat
28:
َ َ َ ََ‫ك‬ۡ َ َّ َٰ َ َ ٗ َ َ ٗ َ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ َ
َّ ‫ك إ ََّل ََك ٓ َّف ٗة ل‬
٢٨ ‫اس َل َي ۡعل ُمون‬
ِ َّ‫َث ٱَل‬ ‫كن أ‬
ِ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ِير‬
‫ذ‬ ‫ن‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ۡي‬ ِ‫ش‬ ‫ب‬ ِ
‫اس‬ ‫ِلن‬ ِ ‫وما أرسلن‬
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman),
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”.

2.2.2 TUNTUTAN SYAHADAH.


Orang yang bersyahadah perlu melaksanakan perkara-perkara berikut:
1. Membenarkan segala apa yang datang daripada Allah SWT dan RasulNya.
Seseorang yang bershahadah dengan kerelaannya wajib percaya tanpa ragu dan
syak kepada apa yang datang daripada Allah dan RasulNya iaitu Al Quran dan Hadis
sebagai perkara yang benar.

2. Taat kepada Allah dan rasul secara mutlak. Firman allah SWT dalam Surah An Nisa’
ayat 80:
ٗ َ َ َ ۡ َ ٓ َ َّ َ َ َ َ ۡ َ َ َ ُ َّ
َ َّ ‫اع‬
٨٠ ‫ٱَّللۖٗ َو َمن ت َو ََّٰل ف َما أ ۡر َسل َنَٰك عل ۡي ِه ۡم َح ِفيظا‬ ‫َّمن يُ ِطعِ ٱلرسول فقد أط‬

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang
memelihara mereka dari melakukan kesalahan)”.

3. Memberi kepercayaan kepada orang mukmin berbanding orang kafir. Firman Allah
SWT dalam Surah Al Maidah ayat 55-56:
َ ُ َ َ َّ َ ُ ۡ ُ َ َ َٰ َ َّ َ ُ ُ َ َّ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُ ُ ُ َ َ ُ َّ ُ ُ ُّ َ َ َّ
‫ٱلزك َٰوة َوه ۡم َرَٰك ُِعون‬ ‫إِنما و َِلكم ٱَّلل ورسوُلۥ وٱِلِين ءامنوا ٱِلِين يقِيمون ٱلصلوة ويؤتون‬

َ َ ۡ ُ َّ َّ َ ْ َ ‫وُلۥ َو َّٱِل‬
٥٦ ‫ِين َء َام ُنوا فإِن ح ِۡز َب ٱَّلل ِ ه ُم ٱلغَٰل ُِبون‬ ُ َ ‫ٱَّلل َو َر ُس‬
َ َّ ‫ َو َمن َي َت َو َّل‬٥٥

40
“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang
yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka
rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah) [55] Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan
rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia),
kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang
tetap menang [56].”

4. Menjalankan Amar Ma’ruf dan Nahi mungkar. Orang yang bersyahadah mengaku
bahawa perkara yang makruf perlu diseur sementara perkara yang munkar perlu
dicegah. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110:
َّ َ ُ ۡ ُ َ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ
ۡ‫ٱَّللِٰۗ َولَو‬ ُ ۡ َ ۡ َ ُ َُۡ َّ ۡ َ ۡ ُ َّ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ
ِ ‫وف وتنهون ع ِن ٱلمنك ِر وتؤمِنون ب‬
ِ ‫اس تأمرون بِٱلمعر‬ِ ‫كنتم خۡي أم ٍة أخ ِرجت ل ِلن‬

َ ُ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ َ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ۡ ُ َّ ٗ ۡ َ َ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ
١١٠ ‫َثه ُم ٱلفَٰسِقون‬ ‫ب لَكن خۡيا له ِۚم مِنهم ٱلمؤمِنون وأك‬
ِ ‫ءامن أهل ٱلكِت‬
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka: orang-orang yang fasik”.

5. Menegakkan Syariat Allah. Tuntutan syahadah yang sepenuhnya hanya dapat


disempurnakan apabila syariat Allah ditegakkan. Firman Allah SWT dalam Surah an
Nisa’ ayat 65:
َّ‫سه ۡم َح َر ٗجا ِمما‬ ُ َ ٓ ْ ُ َ َ َّ ُ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ُ َ ُ َٰ َّ َ َ ُ ۡ ُ َ َ َ َ َ َ
ِ ِ ‫َيدوا ِِف أنف‬
ِ ‫فَل وربِك َل يؤمِنون حِت ُيكِموك فِيما شجر بينهم ثم َل‬

ٗ ‫ت َوي ُ َسل ُِموا ْ ت َ ۡسل‬


٦٥ ‫ِيما‬ َ ‫قَ َض ۡي‬

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga
mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di
antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan
dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya”.

41
Nabi ‫ ﷺ‬menolak tawaran menjadi Raja Mekah kerana itu menyebabkan baginda
terpaksa mengikut arahan golongan musyrikin dan sebaliknya sanggup bersusah
payah berhijrah ke Madinah adalah kerana mahu mendapatkan kuasa penuh agar
dapat melaksanakan syariat Allah SWT.

2.3 BIMBINGAN WAHYU KEPADA AKAL

Antara anugerah agung terhadap manusia adalah diciptakan sebagai makhluk yang berakal.
Disebabkan keistimewaan akal yang dimiliki oleh manusia ini, Islam meletakkan ‘hifz al-
Aql’ iaitu memelihara akal sebagai salah satu maqasid syariah (objektif syarak). Apa sahaja
perkara yang boleh merosakkan fungsi akal seperti meminum minuman yang memabukkan
adalah haram.
Melalui wasilah akal yang dimilikinya, manusia mampu terbang tinggi di udara, mahupun
menyelam jauh ke dasar lautan, bahkan berupaya menundukkan haiwan liar di hutan
belantara. Disebabkan anugerah akal ini, manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah
untuk memakmurkan bumi. Walau sehebat mana pun akal yang dianugerahkan, manusia
seharusnya sedar bahawa akal bukan segala-galanya. Dalam ertikata lain, keterbatasan akal
manusia harus diakui.

Justeru, kekurangan akal ditampung oleh kesempurnaan wahyu.

2.3.1 Perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia dan ditampung oleh wahyu

1. Akal fikiran manusia berbeza di antara satu sama lain, tidak sama dalam menentukan
nilai hidup, baik atau jahat. Mungkin satu nilai dipandang baik oleh satu masyarakat
tetapi dipandang tidak baik oleh masyarakat yang lain.
2. Akal fikiran manusia terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu, perkauman,
semangat kenegerian dan semangat mementingkan diri sendiri. Keadaan ini tidak
akan mampu menegakkan keadilan mutlak yang dihajatkan oleh seluruh manusia.
Banyak undang-undang dan peraturan yang digubal berdasarkan akal fikiran manusia
semata-mata akhirnya berubah, dibatal atau ditokok tambah kerana mengikut hawa
nafsu manusia.
3. Akal fikiran manusia memang terbatas dan bergantung kepada maklumat yang
diterima oleh pancainderanya sahaja. Akal tidak mampu membuat ramalan yang tepat
atau menentukan peristiwa yang akan berlaku, akal juga tidak dapat menjangkau
perkara-perkara yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia. Banyak

42
peristiwa berlaku di luar dugaan manusia. Maka yang maha mengetahui ialah pencipta
manusia iaitu Allah SWT.
4. Tabiat manusia di dalam dunia ini tidak begitu menghormati undang-undang sendiri
walaupun undang-undang itu munasabah kerana undang-undang itu tidak
menghubungkaitkan dengan pembalasan di akhirat. Undang-undang ciptaan manusia
hanya ditumpukan kepada dunia semata-mata tetapi undang-undang berdasarkan
wahyu adalah berkaitan dengan dunia dan akhirat. Oleh itu tabiat manusia lebih
menghormati dan lebih takut kepada balasan Allah di akhirat.

2.3.2. Ciri-ciri wahyu

1. Datang daripada Allah. Maka apa sahaja yang menjadi wahyu adalah sempurna dan
selamat daripada sebarang kekurangan dan kecacatan.
2. Kekal tiada perubahan hingga kehari kiamat. Wahyu yang disampaikan kepada nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬adalah yang terakhir kerana baginda adalah penutup segala nabi.
Maka sifatnya kekal dan tidak akan berubah hinggalah ke hari kiamat.
3. Kebenarannya mutlak. Apa sahaja yang datang daripada Allah adalah benar tanpa
perlu ditokok tambah.
4. Hanya disampaikan kepada nabi dan rasul. Wahyu tidak disampaikan kepada
sebarang orang, hanya disampaikan kepada nabi dan rasul sahaja. Orang yang
terakhir menerima wahyu ialah Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Selepas itu tiada lagi penurunan
wahyu. Oleh itu jika ada lagi orang yang mendakwa bahawa dia mendapat wahyu
daripada Allah, maka jelaslah bahawa dia berbohong.

2.4 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Kedudukan Akidah dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting. Akidah yang benar
merupakan asas tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Allah berfirman dalam surah
al-Kahfi ayat 110:
َ َ َ َ َ َ ۡ ُۡ ََ ٗ َ َٗ َ َۡ ََۡۡ َ ‫…… َف َمن ََك َن يَ ۡر ُجوا ْ ل َِقا ٓ َء‬
ۢ
١١٠ ‫ۡشك بِعِبادة ِ ربِهِۦٓ أحدا‬ ‫ي‬ ‫َل‬ ‫و‬ ‫ا‬‫ِح‬ ‫ل‬َٰ ‫ص‬ ‫َل‬ ‫م‬‫ع‬ ‫ل‬ ‫م‬‫ع‬‫ي‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ِۦ‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫ر‬
ِ ِ
“Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia
beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah
kepada-Nya.”

43
Al-Quran menggariskan dua peranan yang seimbang dalam menangani persoalan akidah
tauhid:
1. Membina akidah yang sahih di dalam hati manusia secara mudah, dapat menjinakkan akal
dan memuaskan jiwa. Al-Quran menggunakan gaya ungkapan dan dalil yang pelbagai lagi
bersesuaian dengan fitrah yang sejahtera. Al-Quran menjelaskan segala perkara yang
wajib diiktikadkan berhubung keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari Akhirat
dan Qada’ Qadar.
2. Meruntuhkan iktikad-iktikad palsu yang bertebaran di kalangan musyrikin dan ahli kitab,
sekaligus membidas para penyembah berhala dan bintang serta membatalkan dakwaan
pendukung “trinity” (konsep satu Tuhan dalam tiga entiti), termasuklah dakwaan Yahudi
bahawa Uzair adalah anak Tuhan. Allah berfirman dalam surah al-Zumar ayat 65:
َ ُ َ َ ُ َ َ َ َۡ َۡ ۡ َ َ َۡ َ ‫ِإَوَل َّٱِل‬
َ َ َ َ ِ ُ ۡ َََ
‫ت ََل ۡح َب َط َّن ع َملك َو ََلكون َّن م َِن‬ ‫ِين مِن قبل ِك لئِن أۡشك‬ ‫وِح إ ِ َۡلك‬‫ولقد أ‬

َ ۡ
َ ‫خَٰ ِِس‬
٦٥ ‫ين‬ ِ ‫ٱل‬

“Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu: Sungguh,


apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar
akan termasuk golongan orang-orang yang merugi.”

Ayat-ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa amalan tidak akan diterima apabila bercampur
dengan kemusyrikan. Oleh sebab itulah para Rasul sangat memperhatikan perbaikan akidah
sebagai prioriti utama dakwah mereka. Inilah dakwah pertama yang diserukan oleh para
Rasul kepada kaum mereka; menyembah kepada Allah sahaja dan meninggalkan
penyembahan kepada selain-Nya.

Hal ini telah diterangkan Allah di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 36:
َ ُ َٰ َّ ْ ُ َ ۡ َ َ َّ ْ ُ ُ ۡ َ ً ُ َّ َّ ُ ُ َ ‫َولَ َق ۡد َب َع ۡث‬
٣٦ ………… ٗۖ‫ك أمةٖ رسوَل أ ِن ٱعبدوا ٱَّلل وٱجتنِبوا ٱلطغوت‬ِ ‫ِف‬
ِ ‫ا‬‫ن‬

“Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan
‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah)…..”.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan sebahagian besar urnat Islam di
dunia. Di Malaysia, Islam diisytiharkan sebagai agama Pesekutuan dan akidah Ahli Sunnah
dterirna sebagai pegangan seluruh umat Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam
di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal

44
Jamaah dari pada segi akidah, syariah dan akhlak. Ketetapan tersebut juga telah membentuk
pandangan semesta (world view) masyarakat Islam yang juga mempengaruhi perkembangan
tamadun di Malaysia.
Akidah adalah asas tegaknya bangunan agama. Para daie yang menyerukan kebaikan telah
menempuh jalan sebagaimana jalannya para nabi dan Rasul dari zaman ke zaman. Dalam
masyarakat kita sekarang, masih banyak penyimpangan akidah yang benar. Kerena sebuah
masyarakat yang tidak dibangun di atas fondasi akidah yang benar akan mudah terkena
dengan berbagai pemikiran materialisme, liberalisme dan isme-isme yang lainnya.

Perkara-perkara yang merosakkan akidah:


Boleh berlaku melaui iktikad, pebuatan dan perkataan. Antaranya:
1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2. Beriktikad makhluk boleh mempunyai kuasa dan memberikan pertolongan.
3. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada
berhala dan memakai salib dan sebagainya.
4. Menghina al-Quran.
5. Menghina Rasulullah ‫ ﷺ‬dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan
martabat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
6. Beriktikad syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
7. Beriktikad undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
8. Beriktikad bahawa kebenaran Islam adalah sesuatu yang diragukan
9. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui
umum.

Di antara sebab-sebab penyelewengan akidah dalam masyarakat yang boleh disenaraikan di


sini ialah;
1. Jahil terhadap prinsip-prinsip asas akidah yang benar. Hal ini terjadi karena sikap tidak
mahu mempelajarinya, atau karena begitu sedikitnya perhatian yang dicurahkan untuk ilmu
agama. Ini mengakibatkan datanganya generasi yang tidak memahami akidah yang benar
dan tidak mengerti perkara-perkara yang bertentangan dengannya, sehingga yang benar
dianggap batil dan yang batil pun dianggap benar.
2. Ta’assub (fanatik) kepada ajaran nenek moyang. Hal ini berlaku dengan tetap
mempertahankan tradisi nenek moyang meskipun hal itu termasuk kebatilan, dan
meninggalkan semua ajaran yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang walaupun
hal itu termasuk kebenaran.
3. Taklid membuta tuli (mengikuti tanpa landasan dalil). Hal ini terjadi dengan mengambil
pendapat-pendapat orang dalam permasalahan akidah tanpa mengetahui landasan dalil

45
dan kebenarannya. Inilah realiti yang menimpa banyak kelompok-kelompok serpihan
seperti kaum Jahmiyah, Mu’tazilah, Syiah dan lain sebagainya.
4. Lalai dari merenungkan ayat-ayat Allah, baik ayat Kauniyah (sunnah kejadian) maupun
Qauliyah (al-Quran). Hal ini terjadi karena terlalu mengagumi perkembangan kebudayaan
materialistik yang dibesarkan budaya Barat. Sehinggakan masyarakat mengira bahwa
kemajuan itu diukur dengan sejauh mana kita dapat meniru gaya hidup mereka. Mereka
menyangka kecanggihan dan kekayaan material adalah ukuran kehebatan, kagum atas
kecerdasan akal mereka. Mereka lupa akan kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang telah
menciptakan mereka dan memudahkan berbagai perkara untuk mencapai
kemajuan semacam itu.
5. Kerana kurangnya bimbingan agama yang benar dalam keluarga muslim. Peranan orang
tua dalam membina anak-anak sangatlah besar. Kita dapatkan anak-anak telah besar di
bawah asuhan sebuah mesin bernama televisyen, hand phone atau gadget lainnya.
Mereka akan meniru busana artis idola mereka, meskipun busana tersebut terlalu ketat,
tipis dan menampakkan aurat serta bertentangan dengan syariat Islam.
6. Media dan informasi lebih bersifat melalaikan. Sebagian besar siaran dan acara yang
mereka tampilkan tidak memperhatikan aturan agama. Hal ini akan menimbulkan
perubahan dalam masyarakat sert menjadi sarana perosak dan penghancur generasi umat
Islam masa akan datang.
Berpegang dengan aqidah yang benar adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku
dirinya beragama Islam. Ia sebagaimana yang terangkum dalam sebuah hadis;
َِ ‫ت فَاست ِعن ِِب‬ َ ‫اسأ َِل‬
‫ َوا ْعلَ ْم‬،‫ّلل‬ ْ ‫ َوإِ َذا‬،َ‫اّلل‬
ْ َ ْ َ ‫استَ َع ْن‬ َ ‫ إِ َذا َسأَل‬،‫ك‬
ْ َ‫ْت ف‬ َ َ‫اّللَ ََِت ْده َت‬
َ ‫اه‬ َ ‫اح َف ْظ‬
ْ ،‫ْك‬ َ ‫ظ‬
َ ‫اّللَ ََْي َفظ‬ ْ ‫اح َف‬
ْ

ْ ‫ َولَ ِو‬،‫ك‬
‫اجتَ َمعوا‬ َ َ‫اّلل ل‬ َ ِ‫وك إَِّل ب‬
َ ‫ش ْيء قَ ْد َكتَ بَه‬ َ ِ‫وك ب‬
َ ‫ش ْيء َلْ يَ ْن َفع‬ َ ‫ت َعلَى أَ ْن يَ ْن َفع‬ ْ ‫أَ َن ْاْل َم َة لَ ِو‬
ْ ‫اجتَ َم َع‬

‫الصحف‬
ُّ ‫ت‬ ِ ‫ رِفع‬،‫ك‬
ِ ‫ت ْاْلَق ََْلم وج َف‬ َ ِ‫وك إَِّل ب‬
َ ‫ش ْيء قَ ْد َكتَ بَه‬ َ ِ‫وك ب‬
َ ‫َعلَى أَ ْن يَض ُّر‬
ََ َ َ ‫اّلل َعلَْي‬ َ ‫ش ْيء َلْ يَض ُّر‬
“Peliharalah urusan-urusan Allah, nescaya Dia akan memeliharamu, Peliharalah urusan
Allah nescaya Dia akan selalu bersamamu (susah mahupun senang). Jika kamu meminta,
mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada
Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat ini berkumpul untuk mendatangkan
manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun
kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk
mencelakakanmu atas sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu
kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah
kering.”

46
Kalimah “Islam Way of Life”, “Islam The Solution of Humanity” - ‫ اإلسالم هو الحل‬- iaitu Islam
sebagai penyelesaian. Ia adalah tema yang seharusnya kita yakini. Setiap Muslim mesti
percaya bahawa Islam satu-satunya manhaj yang menyelesaikan permasalahan di muka
bumi ini, dari sudut ekonomi, politik, pendidikan, jenayah dan segalanya itu ia mestilah
diselesaikan dengan merujuk sumber-sumber Islam.
Orang yang beriman mestilah yakin bahawa Allah adalah pemilik segala-galanya di muka
bumi ini. Allah bukan sahaja memberikan kita nikmat penghidupan, tetapi juga nikmat iman.
Nikmat iman ini, tidak seharusnya sekadar kita mewarisi daripada ibu ayah kita dan kemudian
kita wariskan pula kepada anak-anak kita (‫)مسلم بالوراثة‬. Atau dalam makna lain, Islam sebab
kad pengenalan.

47

Anda mungkin juga menyukai