Anda di halaman 1dari 7

SIASAH SHAR’IYYAH

CDA 21103

NAMA PENSYARAH

DR FAUZI BIN YUSOH

FAKULTI

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN


ISM ANTROPOLOGI DAN DAKWAH

TAJUK TUGASAN

KEINDAHAN ISLAM

NAMA PELAJAR

UMMU FATHIYYAH BINTI MOHAMAD AZAM (055411)


KEINDAHAN ISLAM

1. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah

Keindahan Islam yang paling besar adalah menjadi satu-satunya agama yang diredhai
oleh Allah. Hal ini merupakan nikmat yang paling besar terhadap setiap individu muslim
kerana Allah SWT tidak menerima individu lain yang beragama selain Islam, bahkan jika
individu bukan muslim melakukan kebaikan, ganjaran yang diberikan kepadanya hanyalah
bersifat keduniaan, manakala individu muslim akan diberikan ganjaran dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman dalam surah ali Imran,

ٰ ْ ‫اْلس ََْل ِم ِد ْي ًنا َف َل ْن يُّ ْقبَ َل ِم ْن ُۚه َو ُۚه َو فِى‬


َ‫اْلخِ َرةِ مِنَ ا ْل ٰخس ِِريْن‬ ِ ْ ‫َو َم ْن يَّ ْبتَغ ِ َغ ْي َر‬

Dan barangsiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat
dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran:85)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa individu yang menuntut agama selain Islam tidak
diterima amal kebaikannya dan termasuk di kalangan orang yang rugi. Dalam melayari
kehidupan, setiap manusia perlu mengakui bahawa keredhaan Allah adalah penting bagi
memperoleh keberkataan , kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

2. Islam adalah agama fitrah

Secara literalnya, fitrah manusia memerlukan agama dalam hidup untuk dijadikan
panduan dan bimbingan dalam menghadapi proses-proses kehidupan. Individu yang tidak
mahu memiliki dan mengamalkan agama akan mengalami kekeliruan, keserabutan dan
seumpamanya yang membuatkan hidup mereka menjadi kacau-bilau. Dalam konteks ini,
manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya dengan melakukan ibadah serta
tujuan hidup perlu bersandarkan kepada-Nya. Maka, penciptaan manusia secara fitrahnya
adalah beragama Islam kerana hanya Islam yang menjadikan Allah sebagai tujuan. Rasulullah
SAW bersabda

“Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi
Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa secara fitrahnya, manusia adalah bersih dari dosa dan
tunduk kepada Allah, namun ia bergantung pula bagaimana didikan ibu bapa dan persekitaran
dalam membentuk peribadi serta jiwa mereka dalam mengenal Allah. Oleh itu, menjadi
kewajipan setiap muslim dalam menyebarkan dakwah supaya sampai ke sekalian makhluk-
Nya.

3. Islam membawa cahaya kepada manusia

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan Islam, manusia dipenuhi dengan


kejahilan seperti menyembah berhala, mengamalkan riba’, menipu timbangan dan sebagainya
yang menjerumuskan mereka ke arah kegelapan. Hidup yang tiada bimbingan menjadikan
kehidupan mereka terumbang-ambing mencari cahaya. Maka, Allah mengutus Rasulullah
SAW untuk menjadi rahmat dan membawa cahaya tauhid kepada seluruh alam iaitu dengan
mengamalkan Islam. Ini merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Jumuah, ayat 2 yang
berbunyi,

‫ضٰل ٍل ُّمب ِ ْي ٍن‬


َ ‫ي‬ َ ‫اْلم ِّٖينَ َرسُۚ ْو ًْل ِم ْنهُۚ ْم يَ ْت ُۚل ْوا عَ َل ْي ِه ْم ٰا ٰيت ِّٖه َويُۚزَ ِك ْي ِه ْم َويُۚع َ ِل ُۚمهُۚمُۚ ا ْلك ِٰت‬
ْ ‫ب َوا ْلحِ ْك َم َة َوا ِْن كَا ُۚن ْوا م ِْن َق ْب ُۚل َل ِف‬ ُۚ ْ ‫ث فِى‬ ْ ‫ُۚه َو ا َّل ِذ‬
َ َ ‫ي بَع‬

Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan
mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka
benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah:2)

4. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna

Indahnya Islam ini dapat dilihat melalui syariatnya yang menyeluruh dalam semua aspek
seperti ibadah, muamalat, keluarga, jenayah dan lain-lain. Kesemua syariat ini dijadikan
rujukan melalui Al-Quran dan As-sunnah sebagai peraturan dan undang-undang dalam
mencapai keharmonian hidup sama ada melibatkan individu, masyarakat dan institusi. Hatta
dalam menyembelih haiwan sekalipun, Islam menetapkan garis-garis tertentu supaya tidak
menyiksa haiwan tersebut. Allah menjelaskan dalam firmanNya,

َ‫يءٍ َّو ُۚهدًى َّو َر ْح َم ًة َّوبُۚ ْش ٰرى ِل ْل ُۚم ْس ِل ِميْن‬ َ ‫َون ََّز ْلنَا عَ َليْكَ ا ْلك ِٰت‬
ْ ‫ب تِ ْبيَا ًنا ِل ُۚك ِل َش‬

Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai
petunjuk, serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri (Muslim). ( An-
Nahl:89)
Dalam memahami syariat kehidupan, Al-Quran dan Hadis perlu dijadikan sebagai rujukan
dan panduan utama kerana kedua-duanya saling berkait rapat, namun ia perlulah dirujuk
kepada ahlinya seperti orang berilmu, ulama’ dan seumpamanya.

5. Islam adalah agama yang meninggikan martabat kaum wanita

Secara fitrahnya, wanita merupakan makhluk yang diciptakan dengan penuh kelembutan
dan kasih sayang serta diciptakan fizikalnya yang sedikit lemah berbanding lelaki. Justeru itu,
golongan wanita seringkali ditindas, dijadikan hamba dan objek lagi-lagi ketika zaman
jahiliyyah. Sebelum kedatangan Islam, kelahiran anak perempuan juga sudah dikira sebagai
aib dan memalukan. Bukan itu sahaja, anak perempuan juga akan ditanam hidup-hidup serta
wanita pula dijadikan sebagai barang dagangan. Dalam surah an-Nahl ada dijelaskan
mengenai gambaran anak perempuan dahulu. Firman Allah,

‫اْل ْن ٰثى َظ َّل َو ْجهُۚهٗ ُۚم ْس َودًّا َّو ُۚه َو َك ِظيْم‬


ُۚ ْ ِ ‫َو ِا َذا ب ُِۚش َر اَ َحدُۚ ُۚه ْم ب‬

Padahal apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan,
wajahnya menjadi hitam (merah padam), dan dia sangat marah. (An-Nahl:58)

Demikianlah keadaan kaum wanita di zaman jahiliyyah yang dipandang dengan penuh
kehinaan. Maka, kemunculan Islam telah berjaya mengangkat hak-hak wanita di samping
memuliakan mereka dengan menghormati dan diberi layanan yang baik.

6. Islam adalah agama yang mudah

Keindahan Islam yang lain adalah Islam merupakan agama yang mudah iaitu kesemua
syariatnya tidak memberatkan sama sekali malah memiliki maslahat atau kebaikan tertentu
untuk dunia dan akhirat. Jika kita lihat dari sudut ibadah, individu muslim yang menghadapi
masalah kesihatan sehingga tidak mampu melakukan ibadah seperti kebiasaan akan memiliki
tatacara tertentu yang lebih mudah dan mampu untuk mereka laksanakan. Bukan itu sahaja,
setiap syariat yang ditetapkan oleh Allah seperti solat, menutup aurat dan sebagainya akan
diberi ganjaran dalam dua bentuk iaitu duniawi dan ukhrawi misalnya ketenangan hati,
jaminan hidup, rezeki dan seumpamanya. Rasulullah SAW bersabda

"Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama
kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit)” (HR Bukhari)
Hadis di atas menerangkan bahawa Islam ini adalah agama yang mudah dan tidak
memberatkan penganutnya. ‘Mudah’ di sini bukanlah bermaksud ringan tetapi mengikut
kemampuan seseorang individu dalam mengerjakan sesuatu perkara.

7. Islam adalah agama yang dijaga oleh Allah

Keindahan Islam dapat dilihat melalui Al-Quran yang menjadi sumber panduan sekalian
manusia. Allah menjanjikan bahawa ayat Al-Quran akan dipelihara sehingga hari kiamat iaitu
melalui generasi-generasi ahlul quran yang akan sentiasa memperjuangkan kalimah Allah.
Sehingga kini, tidak ada satupun makhluk Allah yang mampu mengubah lafaz kalimah
termasuklah hadis Rasulullah yang sentiasa dipelihara daripada menyimpang atau disalah
tafsir. Hal ini jelas melalui firman Allah SWT dalam surah al-Hijr iaitu

ِ ‫اِنَّا نَ ْح ُۚن ن ََّز ْلنَا‬


ُۚ ‫الذ ْك َر َواِنَّا لَهٗ لَحٰ ِف‬
َ‫ظ ْون‬

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang
memeliharanya.( Al-Hijr:9)

Maka, beruntunglah golongan yang dipilih oleh Allah untuk menjaga agama-Nya serta
mereka yang menjaga kemurnian hadis daripada zaman sahabat, tabi’in dan generasi
seterusnya seperti Imam Syafie, Imam Malik, Al-Bukhari dan ribuan ulama’ yang lain.

8. Islam adalah agama yang menganjurkan kasih sayang dan kebajikan

Islam adalah agama yang menggalakkan perasaan kasih sayang sesama makhluk serta
mengelakkan pergaduhan, prasangka buruk dan sifat-sifat negatif yang lain. Dalam hal ini,
manusia juga diciptakan atas kasih sayang dan rahmat Allah. Rasulullah pula diutuskan untuk
menjadi tauladan kepada sekalian manusia kerana baginda dikurniakan kesempurnaan akhlak
dalam kesemua aspek terutama kasih sayang baginda terhadap sekalian makhluk. Firman
Allah,

‫َل َق ْد َج ۤاءَ ُۚك ْم َرسُۚ ْول ِم ْن اَ ْن ُۚف ِس ُۚك ْم عَ ِزيْز عَ َل ْي ِه َما عَنِ ُّت ْم َح ِريْص عَ َل ْي ُۚك ْم بِا ْل ُۚمؤْ ِمنِيْنَ َر ُۚء ْوف َّرحِ يْم‬

Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan)
bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. (At-Taubah:128)
Justifikasinya, kasih sayang merupakan tunjang kepada penyatuan ummah. Sifat berkasih
sayang sesama muslim bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, tetapi juga dapat
menyatukan hati.
Rujukan

1. Muhammad Rijal, A. I. (2013). Menyelami Samudra Keindahan Islam. Islam House,

1–32.

https://d1.islamhouse.com/data/id/ih_books/single/id_Menyelami_Samudra_Keindaha

n_Islam.pdf

Anda mungkin juga menyukai