Anda di halaman 1dari 16

BIDANG 1 : AYAT HUKUM B1 20m - Target 22 > Fokus F4 . Sudah keluar SPM 2021 tajuk > T5 1.

1 Menjauhi Riba : Surah Al Baqarah (ayat 278-


280)

Surah An Nur (ayat 58-59)


Dalam Rumah
T4 1.1 Adab Pergaulan
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Ayat menerangkan tentang adab serta bermua'malah sesama ahli keluarga ketika di dalam rumah iaitu tentang adab meminta izin hendak memasuki bilik ibu
bapa.
* Dijelaskan waktu tertentu yang dilarang masuk kebilik mereka bagi hamba dan kanak2 yang belum baligh.
* Menjelaskan tuntutan yang perlu diikuti sebelum memasuki bilik ibu bapa.
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* Ayat ini berkaitan dengan seorang perempuan bernama Asma' Bt. Masad dengan seorang hambanya yang telah baligh.
* Hamba tersebut tiba-tiba memasuki bilik pada waktu yang tidak sesuai dan tidak disukainya
* Beliau memaklumkan dan memberitahu Rasulullah S.A.W tentang peristiwa tersebut.
* Maka,turunlah ayat ini.

❖ Ayat ini berkaitan dengan Rasulullah S.A.W yang telah mengutuskan seorang hamba berketurunan Ansar yang bernama Mudlij bin Amru
❖ Untuk pergi bertemu dengan Umar bin Al-Khatab r.a pada waktu tengahari.
❖ Hamba tersebut mengetuk pintu rumah Umar r.a dan terus masuk, sehingga Umar r.a terjaga daripada tidurnya dan duduk tetapi sebahagian auratnya terselak
dan dilihat oleh hamba tersebut.
❖ Umar pun berkata “Kalau boleh aku ingin Allah melarang bapa, anak dan hamba kami masuk ke bilik kami pada waktu begini kecuali setelah mendapat keizinan”
❖ Kemudian beliau dan hamba tersebut bersama-sama pergi menemui Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan penjelasan akan perkara itu. Rasulullah memberitahu
bahawa ayat ini telah diturunkan.
❖ Lalu Umar r.a terus bersujud sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum meminta izin masuk bilik.. 4m

* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan ( Feel mudhari’ ) yang disertakan dengan ( lam amar ) yang menunjukan perintah.
* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib.
* Oleh itu, hukum meminta izin memasuki bilik ibu bapa pada tiga waktu tersebut bagi hamba dan kanak-kanak yang belum baligh adalah wajib.
4. Jelaskan 2 golongan yg wajib meminta izin mengikuti situasi . 4m
* Golongan yg wajib dlm meminta izin dlm 3 waktu : Golongan hamba dan kanak2 yg blm baligh
* Golongan yg wajib dlm meminta izin sepanjang waktu : Golongan kanak2 yg telah baligh dan orang dewasa

5. Jelaskan waktu yang dilarang masuk bilik tanpa izin . 4m


* Sebelum Subuh. Waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Mungkin ketika itu aurat mereka terdedah sangat tinggi dan anak-anak dilarang mengganggu
ibubapa.
* Sebelum Zuhur. Waktu ‘Qailulah’ iaitu antara waktu yg disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat berhias, menukar
pakaian atau sedang tidur
* Selepas Isyak. Waktu dimana biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur dan berhias.
6. Jelaskan 2 kepentingan / hikmah melaksanakan tuntutan wajib meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa . 4m
* Menjaga aib dan kehormatan ibu bapa serta ahli keluarga supaya kemulian mereka sentiasa terpelihara.
* Mewujudkan integriti dalam memelihara rahasia ibu bapa dan ahli keluarga agar tetap terpelihara daripada fitnah.
* Menjadikan diri lebih berdisplin dan berahlak baik seperti yang dikehendaki dalam Islam.

7. Jelaskan 4 adab memasuki bilik ibu bapa. 4m


* Memastikan waktu yg dipilih sesuai dan tidak menganggu ibu bapa * Meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa
* Memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk kebilik ibu bapa * Menunggu kebenaran untuk masuk kebilik

8. Menjaga adab perlakuan sesama keluarga boleh menjauhi aib dan kehormatan mereka drpd tersebar. Terangkan 2 hujah
anda menyokong keyataan ini.. 4m
* Bila ahli keluarga saling menghormati dan menjaga adab mengelakkan perlakuan yg tidak senonoh berlaku dlm keluarga.
* Apabila setiap ahli keluarga meminta izin untuk memasuki bilik ahli keluarga yg lain, ia boleh mengelakkan tersebarnya aurat dan aib.

9. " Kes sumbang mahram". Terangkan 2 pandangan anda punca gegala tersebut dlm masyarakat . 4m
* Keimanan yang lemah akan menyebabkan gagal mengawal hawa nafsu.
* Kurang kawalan ibu bapa keana terlalu sebuk bekerja menyebabkan tidak tahu perlakuan anak di rumah.
Surah Al Baqarah (ayat 172-173)
Pemakanan Yang Halal & Baik
T4 1.2 Kewajipan Mengamalkan
1. Nyatakan tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Wajib makan makanan yang halal dan baik.
* Haram makan makanan yang kotor , bangkai, darah, daging khinzir, binatang yang disembelih bukandengan nama Allah.
* Harus makandaripada makanan haram ketika darurat tanpa melampaui batas.
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* nil
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum kewajipan memakan pemakanan yang halal dan baik.. 4m
* Berdasarkan lafaz “‫طيبت‬ ٰ ‫”كلوا من‬
* Lafaz ini merupakan, Feel amar ( ‫ ) فعل المر‬yang menunjukkan perintah
* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib
* Oleh itu, hukum memilih makanan yang halal dan berkhasiat dalam kehidupan seharian adalah wajib.

4. " Terangkan perbezaan antara kriteria pemakanan yang halal dengan haram . 4m
Kriteria Pemakanan yang Halal Kriteria Pemakanan yang Haram
1. Tiada dalil mengharamkannya seperti memakan daging 1. Ada dalil yang mengharamkannya seperti memakan binatang yang tidak
rusa, landak dan sebagainya disembelih mengikut syariah Islam.
2. Makanan yang tidak beracun seperti buah tin dan kurma. 2. Makanan beracun dan memberi kemudaratan pada tubuh badan seperti
3. Sumber yang suci dan bersih seperti hati dan limpa. memakan ikan buntal.
3. Sumber makanan yang kotor seperti darah dan najis sama ada daripada
4. Binatang disembelih mengikut syariat Islam dengan manusia atau haiwan.
menyebut nama Allah serta memutuskan urat merih dan halkum. 4. Haiwan yang menjadi bangkai disebabkan sembelihan yang dilakukan tidak
5. mempunyai zat dan vitamin memutuskan urat merih dan halkum atau mati akibat dilanggar kenderaan.
5. Tiada zat dan vitamin

5. Jelaskan 2 kepentingan menjaga pemakanan dalam pembentukan shasiah . 4m


* Amal ibadah seseorang akan diterima untuk mendapat keredhaan Allah.
* Meningkatkan tahap antibodi terhadap penyakit supaya dapat melawan penyakit yang berbahaya.
* Membentuk akal fikiran yang sihat dan cerdas agar dapat menunaikan ibadah Allah dengan sempurna.
* Menjamin akhlak yang baik kefana menjauhi makanan haram.
* Mengelakkan penyakit kronik seperti diabetis, strok, darah tinggi dan sebagainya.
6. "Penyalahan Pengunaan Logo Halal Jakim" . Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Islam jika masalah ini tidak dibanteras oleh pihak
berwajib. 6m
Perkara yang akan berlaku jika masalah ini tidak dibanteras oleh pihak berwajib:
(I) Masyarakat akan tertipu dengan logo halal yang dipamerkan.
(H1) Keadaan ini menyebabkan mereka terbeli barangan tidak halal dan memakannya.
(H2) Seterusnya akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri dan masyarakat Islam.
(D) Hal ini bertentangan dengan firman Allah:
(R1) Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam membeli barangan dengan memastikan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
(R2) Pihak berwajib perlulah membuat pemantauan dan mengenakan hukuman terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.

7. Apakah harus dilakukan oleh pengguna muslim ketika ingin membeli produk makanan luar negara. 6m
(I) Memastikan makanan tersebut mempunyai logo halal
(H1) Logo halal yang di iktiraf oleh bandan yg dilantik oleh kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(H2) Ianya bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat, bersih dan di yakini halal selain bersumberkan bahan yang bersih dan suci.
(D) Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud makanlah sesuatu yang baik dan halal.
(R1) Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah berhati2 dalam segala tindakan yang dilakukan terutama soal makanan.
(R2) Supya amal ibadah diterima oleh Allah, sekaligus hidup dirahmati Allah.
8. " Situasi Restoran Cina, was2". Pada pendangan anda, adakah wajar atau tidak makan direstoran tersebut? 6m
(I) Pada pandangan saya Ahmad tidak wajar makan di restoran tersebut
(H1) Kerana ragu-ragu/bimbang tentang status halal restoran tersebut
(D1) Sebagaimana mafhum hadis nabi “sesiapa yang menghindari perkara syubhah,dia telah membersihkan agama dan kehormatannya
(D2) Hadis ini menyarankan umat Islam menjauhkan diri dari perkara syubhah iaitu sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram
(R1) Olehitu, kita mestilah berhati-hati dalam memilih makanan yang halal dan menjauhi sesuatu yang syubhah
R2) Supaya dapat menghindarkan diri dari dosa yang boleh membawa kepada kemukaan Allah.
9. " Pemakanan yg halal dan baik akan melahirkan insan berahlak mulia". Terangkan 2 hujah anda bagi menyokong penyataan ini. 4m
- Pemakanan yg halal dan baik akan menjadikan seseorang itu mudah menerima petunjuk/hidayah/pedoman dari Allah seterusnya dpt membentuk akhlak yg mulia.
- Makan makanan yang halal akan membentuk darah daging yang baik yang akan melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
Surah Al Hujirat (ayat 6-7)
Berita Yang Diterima
T4 1.3 Kewajipan Menyelidik
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Pada ayat 6 merupakan ingatan daripada Allah Umat Islam wajib peka terhadap sebarang mesej yang disampaikan.
* Penkajian yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu sebelum memberi tindakbalas kepada berita
tersebut.
* Pada ayat 7 pula, Allah memberi Penegasan kepada manusia supaya tidak melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada
mereka yang lebih mengetahui.
* Allah memerintahkan agar manusia memilih keiman dan ketaatan serta meninggalkan kekufuran, perbuatan fasiq dan kemaksiatan.
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* Ayat ini berkaitan dengan peristiwa Al-Walid Bin Uqbah yang telah dilantik menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat drpd Bani
Mustolaq

* Al-Walid mempunyai sejarah permusuhan dengan Bani Mustolaq pada zaman jahiliah.
* Ketika al-Walid tiba diperkampungan Bani Mustolaq, beliau disambut secara beramai-ramai. Beliau menyangka bahawa mereka ingin menyerangnya. Maka, AL-
Walid melarikan diri, sedangkan tujuan mereka untuk menyerahkan zakat.
* Setibanya di Madinah, AL-Walid terus memberitahu Rasulullah mengenai hal tersebut. Lalu Rasulullah marah dan mengirim pasukan tentera.
* Lalu tampillah utusan (wakil) daripada Bani Mustolaq memberikan penjelasan perkara yang sebenarnya. Maka turunlah ayat ini.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum menyelidiki berita yang diterima.. 4m

* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan, Feel amar ( ‫ ) فعل المر‬yang menunjukkan perintah


* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib
* Oleh itu, hukum bagi seseorang itu untuk menyelidiki berita yang diterima sebelum menyebarkannya adalah wajib.

4. Apakah maksud "Tabayun" . 2m


* Tabayun ialah menilai, menyelidik dan memilih suatu berita, tidak secara tergesa2 dalam memutuskan sesuatu perkara.

5. Terangkan 2 kepentingan "Tabayun" bagi berita atau perkara yang diterima . 4m


* Tabayun dapat menjaga kepentingan agama kerana boleh memelihara kewarasan akal dan maruah.
* Tabayun mendidik umat Islam lebih berwaspada dengan info2 palsu yang disebarkan.
* Kerahsiaan negara akan berada dalam keselamatan akan dapat dilindungi daripada unsur2 luar
* Tabayun dapat menjamin suasana masyarakat Islam yang berintergriti, bertanggungjawab dan amanah.
6. Huraikan langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan utk mengatasi penyibaran berita palsu. 6m
Langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi penyibaran berita palsu.
(I) Pihak kerajaan perlu mewujudkan satu akta khas
(H1) untuk menyekat penyebaran berita palsu sebagai usaha mencegah kemungkaran melalui kuasa yang ada oleh pihak kerajaan.
(D1) Bertepatan dengan hadis Rasullulah saw yang bermaksud "siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan"
(D2) Maksud mencegah dengan tangan ialah mencegah dengan kuasa yang ada pada pihak kerajaan seperti mengenakan tindakan hukuman kepada penyebar
berita palsu. menangani
(R1) Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi perhatian yang lebih terhadap masalah ini dan menandatangani nya dengan tegas.
(R2) supaya ia tidak berluasa dalam masyarakat yang boleh menjatuhkan imej masyarakat dan negara.

7. Apakah pengertian fasik dan orang fasik. 4m


* Fasik bermaksud melakukan kemaksiatan, meningggalkan perintah Allah, dan menyimpang daripada jalan yang benar.
* Orang fasiq bermaksud orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan tidak melaksanakan tuntutannya.

8. Jelaskan 2 ciri orang fasik . 4m


* Pemimpin yang tidak mahu melaksanakan hukum2 Allah sedangkan dia memiliki keupayaan dan mampu mengaplikasikan dalam pimpinannya.
* Sering melakukan perbuatan dosa besar, kemungkaran, kemaksiatan dan melakukan kerosakan diatas muka bumi.
* Suka mengambil harta orang lain dengan cara yang haram oleh Allah.
* Berterusan dan berkekalan melakukan perbuatan dosa2 kecil dan dosa besar secara sedar.

9. Huraikan perbezaan antara orang fasik dan orang munafik. 4m


* Orang Fasik > i. mengambil harta orang lain dengan cara yang diharamkan ii. Berterusan dan berkekalan melakukan perbuatan dosa2 kecil dan dosa2 besar
secara sedar
* Orang Munafik > i. ingkar dalam hati, tidak beriman ii. berpura2 menyatakan dirinya mukmin
Surah An Nur (ayat 30-31)
Memelihara Maruah Diri
Pandangan Mata Dan
T4 1.4 Menjaga
1. Nyatakan tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Wajib memelihara kehormatan diri dan menutup daripada pandangan bukan mahram.
* Mukmin diperintahkan supaya mengelakkan daripada melihat perkara yang mungkar untuk menjaga kewarasan akal dan hawa nafsu.
* Para mukminat diingatkan sentiasa menjaga diri dengan tidak mendedahkan perhiasan diri kecuali mengikut batasan yang dibenarkan..

1b. Perlaksanaan tuntutan ayat. 2m


* Menutup aurat untuk memlihara maruah diri dan keluarga samada lelaki atau perempuan.
* Memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara2 mungkar dan maksiat seperti pergaulan bebasdan memdedahkan aurat.
* Tidak melihat perkara2 yang diharamkan yang boleh merosakkan pemikiran dan menyebabkan seseorang lebih terasa untuk melakukan maksiat.

2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m


* Menurut riwayat Mardaweh daripada Ali Bin Abi Talib, ayat ini merujuk kepada kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di Kota Madinah.
* Seorang lelaki saling bertentang mata dengan seorang wanita membuatkan masing-masing terpikat.
* Ketika dalam perjalanan, lelaki itu terlanggar tembok sehingga berdarah. Namun dia tidak mengesat darah yang mengalir.
* Apabila sampai di rumah Rasulullah, dia mengadu akan hal ini. Maka turunlah ayat 30 Surah An-Nur menjelaskan hal tersebut.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri.. 4m

* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan jawab amar kepada lafaz ‫قل‬ yang menunjukan perintah.
* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib.
* Oleh itu, hukum menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri adalah wajib.
4. Jelaskan 2 kepentingan menjaga kehormatan diri dalam kehidupan. 4m
* Mentaati perintah Allah SWT, menjauhi larangan-Nya akan menjamin kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT dan mendapat pahala.
* Membendung daripada berlakunya masalah-masalah sosial yang boleh mencemarkan imej masyarakat Islam.
* Memelihara maqasid syariah terutamanya dalam perkara menjaga nasab keturunan dan maruah diri.
* Melahirkan umat Islam yang tahu batasan@ dalam pergaulan sesama jantina atau berlainan jantina.
5. Terangkan 2 tindakan yang sesuai untuk memlihara pandangan mata dan menjaga maruah diri dalam kehidupan . 4m
* Sentiasa menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dalam apa jua situasi.
* Melengkapkan diri dengan ilmu agama yang sempurna agar kehidupan sentiasa berlandaskan syarak.
* Istiqamah dalam ibadah bagi mengelakkan perbuatan mungkar.
* Memberi perhatian yang serius dalam aspek pemilihan pakaian agar tidak berlebih2an dalam berhias dan berfesyen.
* Tidak memandang perkara yang diharamkan seperti memandang aurat yang bukan mahram.

6. Jelaskan batas aurat. 2m


* Lelaki > Dari pusat hingga ke lutut.
* Perempuan Muslim > Dari pusat hingga ke lutut.
* Dari pusat hingga ke lutut.erempuan bersam lelaki anjabi dan perempuan bukan Islam > Keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

7. "Muslimah berpakaian ketat " Apakah hukum berpakaian sedemikian? . Berikan hujah dan alasan anda. 6m
(I) Hukum berpakaian sedemikian adalah haram
(H1) Kerana mereka berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna
(H2) Sebagai contoh, berpakaian ketat, singkat, nipis dan menampakkan anggota-anggota yang diharamkan seperti kaki, dada dan lengan.
(D) Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud, “... janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka
menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka.”
(R1) Berdasarkan mafhum ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita supaya tidak menampakkan aurat kecuali yang biasa dilihat seperti muka dan tangan.
(R2) Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah berpakaian bertepatan dengan syariat Islam.

8. " Menutup aurat dat mengurangkan gegala sosial dalam masyarakat". Terangkan 2 hujah anda bagi menyokong penyataan ini.. 4m
Dua hujah menyokong menutup aurat mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat:
- Mengelakkan berlakunya masalah penzinaan dalam kalangan remaja yang bercinta. (2m)
- Mengurangkan peningkatan kes rogol terhadap kanak-kanak dan juga remaja. (2m)
- Mengelak berlakunya kes sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga di dalam rumah. (2m)
- Mengelak peningkatan penyakit seperti AIDS. (2m)
T5 1.1 Menjauhi Riba : Surah Al Baqarah (ayat 278-280) sudah keluar SPM 2021

Surah AL Nisa' (ayat 5-6)


anak yatim
Pengurusan harta
T5 1.2
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Larangan keras untuk menyerahkan harta kepada anak yatim yang belum mampu menguruskan harta sehingga mereka cerdik dan mampu menguruskan harta
mereka sendiri. - Perintah untuk menghadirkan saksi ketika penyerahan harta anak yatim.
* Perintah membelanjakan harta anak yatim untuk keperluan mereka dengan baik dan memberi layanan yang baik kepada mereka.
* Perintah menguji anak yatim apabila telah sampai umr serta menyerahkan harta mereka apabila mereka telah cerdik dan pandai mengurus harta.
* Larangan memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya dan harus bagi penjaga yang miskin secara berpatutan.
* Perintah untuk menhadirkan saksi ketika penyerahan harta anak yatim.
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* Ayat ini diturunkan daripada kisah Thabit bin Rifa’ah
* yang dijaga oleh bapa saudaranya selepas bapanya meninggal dunia
* Bapa saudaranya berjumpa Rasulullah SAW tentang masa yang sesuai untuk penyerahan harta tersebut kepada orang yang berhak, iaitu anak saudaranya
* Maka turunlah ayat ini mengenai pengurusan harta anak yatim.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum menguruskan harta anak yatim (menyerahkan harta anak yatim dan menjaga harta anak yatim).
4m
* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan ( Feel mudhari’ ) yang didahului dengan (lam nahiyah) yang menunjukkan larangan pasti.
* Setiap larangan pasti membawa hukum haram.
* Oleh itu, hukum menyerahkan harta anak yatim sehingga dipastikan kecerdikan mereka dalam menguruskan harta adalah haram
*3b.
Ini bermakna
Jelaskanhukum
cara menjaga harta anak yatim sebelum
ulama mengistinbatkan hukumdewasa adalah wajib
mengadakan saksi ketika penyerahan harta anak yatim. 4m
* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan, Feel amar ( ‫ ) فعل المر‬yang menunjukkan perintah


* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib
* Oleh itu, hukum mengadakan saksi ketika penyerahan harta adalah wajib.

4. Nyatakan maksud as-sufaha . 2m


segi bahasa : ringan dan goyang
segi Istilah : Orang2 yang membazirkan harta atau membelanjakan hartanya untuk sesuatu yang bukan pada tempatnya serta tidak mampu untuk menfaatkannya.

Golongan yang termasuk dalam as sufaha :


* Anak2 yatim yang belum baligh * Orang gila * Orang kelainan upaya yang perlu dibantu * Perempuan yang tidak pandai menguruskan harta
5. Jelaskan langkah / cara yang perlu dilakukan dalam pengurusan anak yatim . 4m
* Memberi perbelanjaan yang cukup dan layanan yang baik kepada anak yatim.
* Menguji anak yatim untuk melihat kecerdikan mereka menguruskan harta
* Menyerahkan harta anak yatim setelah terbukti kecerdikan mereka menguruskan harta.
* Menghadirkan saksi semasa penyerahan harta anak yatim.

6. Jelaskan larangan dalam pengurusan harta anak yatim. 4m


* Memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya, tetapi jika miskin boleh makan secara yang berpatutan.
* Membelanjakan harta anak yatim dengan boros semasa dalam jagaan mereka.
* Menyerahkan harta anak yatim sebelum diujikan kecerdikannya..

7. Jelaskan 3 cadangan untuk menggalakkan pengurusan harta anak yatim.


* Wujudkn akaun khas untuk anak yatim supaya tidak bercampur dgn harta penjaga yg boleh menimbulkan mslh pada masa hadapan jika penjaga meninggal dunia.
* Jika diuruskan oleh perbadanan atau organisasi, akaun rasmi dn peribadi mereka hendaklah diaudit bagi mengelakkan berlaku pecah amanah dan penyelewengan.
* Semua sumbangan orang ramai yang ditujukan kpd anakyatim hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun mereka.
* Pemantauan drpd pihak berkuasa untuk melihat perjalanan dan perkembangan anak2 yatim dari semasa ke semasa.
8. Jelaskan 2 hikmah / kesan pengurusan harta anak yatim yang betul . 4m
* Kehidupan anak yatim akan terjamin untuk mereka meneruskan kehidupan dimasa hadapan seperti orang lain yang mempunyai keluarga yang sempurna.
* Mengelakkan sebarang penyalahan gunakan harta yang boleh menyebabkan harta tersebut digunakan secara tidak sah.
* Mengelakkan pergaduhan yang boleh meyebabkan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat.
* Memberikan kegembiraan kepada anak yatim supaya mereka dapat merasai kehidupan berkeluarga seperti orang lain.

9. " Harta anak yatim hendaklah diserahkan dihadapan saksi". Berikan 2 hujah anda untuk menyokong penyataan ini . 4m
* Harta dapat diserahkan dengan cara yang sah kerana telah memenuhi syarat. (2m)
* Agar setiap orang mendapat hak sebagaimana yang sepatutnya. (2m)
* Mengelak berlakunya penyelewangan yg mungkin akan berlaku sama ada drpd pihak anak yatim atau pun pihak yang menjaga harta anak yatim. (2m)
Surah Al Haj (ayat 39-41)
agama dan negara
Mempertahankan
T5 1.3
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Keizinan untuk berperang dengan kaum musrikin jika orang Islam dizalimi
* Kemenangan bagi orang yang apabila diberi kedudukan di bumi, mereka akan melaksanakan kewajipan solat kepada seluruh ahlinya.
* Orang yang diberi kemenangan juga akan menunaikan zakat sebagai salah satu cabang ekonomi Islam.
* Bumi akan dimakmurkan dengan mengamal amar mahruf nahi mungkar supaya dapat memelihara keharmornian dalam masyarakat.
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* Ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan untuk memberikeizinan berperang kepada umat Islam yang ditindas oleh kaum Musyrikin.
* Sebelum itu mereka pernah mengadu kepada Rasulullah.
* Tetapi Rasulullah meminta bersabar kerana Baginda belum mendapat perintah untuk berperang
* Apabila Rasulullah dan para sahabat berhijrah ke Madinah, maka turunlah ayat ini.
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum berdasarkan ayat di atas. 4m

* Berdasarkan lafaz
* Lafaz ini merupakan Feel madhi lil majhul memberi maksud diizinkan berperang
* Keizinan daripada Allah menunjukkan hukumnya harus.
* Oleh itu,hukum berperang dengan orang kafir jika umat islam dizalimi oleh mereka adalah harus (dibenarkan)
4. Ayat menjelaskan tentang keizinan berperang. Terangkan 2 sebab / tujuan keizinan berperang. 2m
* Memelihara agama daripada dihapuskan oleh musuh Islam.
* Diusir dari tempat tanpa alasan
* Menjamin kebebasan beragama dan keselamatan tempat ibadah
* Mempertahankan diri daripada diserang musuh luar

5. Latihan fizikal, mental dan rohani sangat penting dalam usaha mempertahankan negara. Jelaskan 2 hujah membuktikan kebenaran. 4m
* Latihan fizikal membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan daripada sebarang unsur penyakit yang boleh melemahkan pertahanan negara
* Latihan mental positif dengan keyakinan yang tinggi terhadap setiap tindakan membolehkan kita bertindak mengikut kesesuaian dan tempat.
* Kekuatan jiwa membantu pertahanan negara sanggup melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan berterusan daripada pencerobohan musuh.

6. Nyatakan 2 adab dan etika / larangan ketika dalam peperangan. 4m


* Membunuh orang yang mengucap dua kalimah syahadah
* Membunuh orang tua, wanita dan kanak2
LARANGAN * Memusnahkan harta, tanaman dan binatang ternakan
* Meruntuhkan rumah ibadah
* Membunuh para pekerja dan petani
* Membakar manusia
* Mematuhi semua bentuk perjanjian dan perdamaian
7. Nyatakan hikmah menjaga adab dan etika ketika dalam peperangan. 4m
* Membuktikan Islam tertegak bukan atas mata perang dan sebarang bentuk kekrasan.
* Islam mengutamakan aspek keamanan dan perdamaian dlm peperangan, jika musuh ingin berdamai, peperangan akan dihentikan.
* Peperangan akan berlaku apabila Islam benar2 terancam keselamatan mereka dan hanya tentera yang berlatih sahaja diserang.
* Memastikan harta benda awam dan tempat ibadah terpelihara drpd kemusnahan selepas berlaku peperangan.

8. Nyatakan syarat perdamaian dalam peperangan. 4m


* Mempunyai kewaspadaan yang tinggi
* Perjanjian yang dibuat memberi keuntungan kepada umat Islam
* Mempunyai strategi yang menyeluruh agar dapat mengeelakkan daripada berlaku masalah pengkhianatan.

9. Jelaskan kepentingan menguasai teknologi terkini dalm peperangan. 4m


* Orang2 Islam berhadapan dgn senjata dan ancaman yg canggih spt jet pejuang dan peluru berpandu.
* Hukum menguasai ilmu adalah fardu kifayah
* Pihak luar akan mengeksploitasikan setiap kepakaran ini utk memgancam sesuatu negara. Bagi mengelakkan ancaman ini, kita perlu menguasai kepakarannya.

10. Jelaskan cara yang berkesan untuk membuktikan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. 4m
* Memberi kefahaman kepada pelajar bahawa memelihara agama daripada sebarang ancaman merupakan prinsip utama dalam maqasid syariah.
* Sekolah mengadakan sambutan bulan kebangsaan untuk memupuk semangat cintakan negara di kalangan pelajar.
* Menganjurkan banyak program bina insan seperti Program Latihan Khidmat Negara.
* Mengadakan sambutan hari kebangsaan secara besar2an
* Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah bagi mempelajari dan menjiwai kesan peristiwa bersejarah
Surah Al Hazab (ayat 5)
Angkat
T5 1.4 Nasab Anak
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Wajib menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung
* Anak angkat yang tidak diketahui bapa kandungnya, boleh dipanggil dengan panggilan saudaraku
* Jika menasabkan anak angkat dengan bapa angkat secara tidak sengaja, tidak berdosa tetapi jika disengajakan, dikira berdosa
2. Jelaskan sebab nuzul ayat di atas. 4m
* Ayat ini diturunkan berkaitan dengan kisah Zaid Bin Harisah, bekas hamba Rasulullah SAW.
* Rasulullah telah mengambil Zaid bin Harisah sebagai anak angkat sebelum kerasulan Baginda tetapi orang ramai memanggilnya dgn nama Zaid Bin Muhammad.
* Lalu Allah turunkan ayat ini yang melarang perbuatan tersebut dan memerintahkan untuk menasabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum menasabkan anak angkat.. 4m


* Berdasarkan lafaz
* Lafaz ini merupakan Feel amar ( ‫ ) فعل المر‬yang menunjukkan perintah suruhan
* Setiap perintah suruhan membawa hukum wajib
* Oleh itu, hukum menasabkan anak angkat kepada bapa kandung adalah wajib.
* Ini bermaksud, hukum menasabkan anak angkat kepada bapa angkat adalah haram.
4. Apakah maksud nasab. 2m
* Bahasa > kerabat
* Istilah > Pertalian keluarga melalui keturunan terutama daripada sebelah bapa disebabkan perkahwinan dan kelahiran.

5. Terangkan 2 batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat. 4m


* Menjaga batas pergaulan seperti sentuhan dan bahasa badan antara anak angkat dengan keluarga angkat
* Menjaga batas aurat dalam kalangan ahli keluarga apabila anak angkat telah aqil baligh kerana keluarga angkat bukanlah mahram

6. Terangkan kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat dalam pekara berikut. 6m
i. Pernikahan > Jika diwalikan oleh bapa angkat maka pernikahan tidak sah
ii. Pewarisan harta dan wasiat > Pembahagian harta pusaka kepada anak angkat bererti memberi harta kepada orang bukan haknya
ii. Pergaulan > Anak angkat merupakan bukan mahram. Pergaulan dan batas aurat harus dijaga

7. Berikan 2 cadangan mengambil anak angkat bagi mengatasi mslh perkara yg berkaitan dgn batas pergaulan & aurat anak
angkat dengan keluarga angkat. 4m
* Mengambil anak angkat dalam kalangan ahli keluarga terdekat seperti anak perempuan daripada adik beradik sebelah bapa
* Menjadikan anak susuan sebelum mencapai umur dua tahun

8. Terangkan 2 hikmah larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat. 4m


* Mengiktiraf bapa kandung supaya dapat mengekalkan pertalian nasab
* Memelihara sasilah keluarga supaya tidak bercampir
* Menjaga batas aurat atau pergaulan anak angkat dengan keluarga angkat kerana mereka bkan mahram.
* Jika bapa angkat mewalikan perkahwinan anak angkat perempuan maka perkahwinan tersebut tidak sah.
* Memelihara hak anak angkat kepada bapa kandung seperti harta pusaka
* Anak angkat mengenali keluarga kandung supaya tidak keliru
9. Jelaskan 2 kebaikan mengambil anak angkat dalam masyarakat Islam. 4m
* Membantu keluarga yang kurang mampu supaya menjalani kehidupan swmpurna
* Membahagiakan mereka yang tiada zuriat agar menjalani kehidupan keluarga seperti orang lain.
* Melahirkan perasaan kasih sayang antara anak angkat dengan keluarga angkat.
* Mengeratkan siratulrahim antara keluarga anak angkat dengan keluarga kandung agar masyarakat harmoni.
10. Jelaskan langkah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai cara memohon anak angkat secara sah. 6m
(i) Langkah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai cara memohon anakangkat secara sah ialah menyebarkan maklumat yang sebenar mengenai
prosedur mengambil anak angkat.
(H1) Agar mereka memahami prosedur yersebut dan mengambi; tindakan yang betul dan wajar
(H2) Hal ini dibuktikan di dalam teks bahawa setiap kanak2 yang dilahirkan atau luar negara harus mempunyai pengenalan diri supaya urusan pengambilan anak
angkat menjadi mudah.
(H3) Bukti diatas menjelaskan bahawa setiap urusan pengambilan anak angkat haruslah melalui saluran yang betul dan sah dem kemaslahatan antara anak angkat
dan keluarga angkat.
(R1) Oleh itu umat Islam perlu mengetahui setiap prosedur pengambilan anak angkat
(R2) supaya tidak timbul masalah di kemudian hari yang oleh menjejaskan hubungan antara keluarga angkat dan keluarga kandung.
11. "Wanita cari ibu kandung anak angkat" Apakah kepentingan penyerahan anak angkat secara sah melalui jabatan kebajikan masyarakat. 6m
(i) Memastikan tiada tuntutan berbangkit pada masa akan datang.
(H1) Hal ini disebabkan anak angkat tersebut masih sah milik jagaan penjaga kandungnya kerana tiada bukit bertulis atau permohonan secara undang2.
(D) Perkara ini disokong dengan dalil yang bermaksud, “Taatilah Allah, rasul dan pemimpin di atas kamu.”
(D2) Dalil ini jelas menunjukkan, prosedur yang telah ditetapkan oleh pemerintahan dalam hal ini yang perlu dituruti bagi memastikan pemilikan anak angkat dapat
dibuat secara sah.
(R1) Kesimpulannya, pengambilan anak angkat banyak memberikan kebaikan
(R2) maka penjaga yang berhajat perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pemerintahan.
HADIS HUKUM > FOKUS F5 T4 2.3 Wasiat dah keluar SPM 2021

Ciptaan Allah
Mengubah
T4 2.1
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m
* Mengubah ciptaan Allah seperti membuat tatu dan yang meminta dibuatkan tatu, mencukur alis dan menjarangkan gigi untuk kecantikan adalah perbuatan yang
ditegah dan dilaknati oleh Allah.
* Larangan yang tegas ini menuntut umat Islam kepada hukum pengharaman pengubahsuaian kerana perbuatan ini berpunca daripada hasutan syaitan.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum larangan mengubah ciptaan Allah . 4m

* Berdasarkan lafaz
* Lafaz ini bermaksud ” Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan tersebut”.
* setiap perkara yang dilaknat oleh Allah adalah haram..
* Oleh itu hukum membuat tatu dan yang meminta dibuatkan tatu, mencukur alis dan menjarangkan gigi untuk kecantikan adalah haram

4. Nyatakan 4 perkara yang termasuk dalam mengubah ciptaan Allah selain yang terdapat dalam hadis . 4m
* Menyambung atau mencantumkan rambut
* Mewarnakan rambut
* Mengubah jantina
* Melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan

5. Terangkan 2 hikmah Islam melarang perbuatan2 yang terdapat dalam hadis . 4m


* Menjadi individu muslim yang sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan Allah.
* Sentiasa yakin dan redha dengan kejadian diri serta mengakui Allah sebaik2 pencipta
* Boleh menjejaskan kesihatan serta mendatangkan kerosakkan tubuh badan.

6. Nyatakan 2 keadaan mewarnakan rambut yang diharamkan dalam Islam . 2m


* Menggunakan bahan yang tidak halal atau najis.
* Mewarnakan uban dengan warna hitam bagi lelaki tua.

7. " Pemindahan organ diharuskan dalam Islam". Terangkan 2 hujah anda untuk menyokong keharusan tersebut . 4m
* Pemindahan bertujuan untuk menggantikan anggota badan yang tidak berfungsi seperti pemindahan buah pinggang.
* Pemindahan bertujuan untuk memulihkan kerosakan disebabkan kemalangan seperti mengambil kulit tubuh untuk menampal kerosakan pada muka.
* Pemindahan bertujuan untuk memulihkan kecacatan seperti masalah sumbing pada bibir.

8. Terangkan 2 usaha yang boleh dilakukan untuk menghindari perbuatan mengubah ciptaan Allah . 4m
* Mengadakan kempen untuk memberi penjelasan tentang bahaya pengubahsuaian ciptaan Allah.
* Berusaha mendalami hukum agama supaya mengetahui perkara yang halal dan haram.
Dalam Solat
T4 2.2 Syak
refer spm A+ PSI ms 16

1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m


* Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja telah melakukan dosa besar disisi Allah.
* Menunaikan solat dengan penuh tumpuan anggota dan gabungan hati melahirkan rasa kekhusyukan dan ubudiah kepada Allah.
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum menghilangkan syak dalam solat.. 4m

* Berdasarkan lafaz

* Lafaz ini merupakan Feel mudhari’ yang disertai dengan "lam amar" yang menunjukkan perintah.
* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib
* Oleh itu, hukum menghilangkan syak dalam solat dan membuat keputusan dengan yakin adalah wajib.
4. Apakah maksud khusyuk dalam solat . 4m
* Maksud khusyuk dalam solat ialah melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah SWT yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga
syarat, rukun dan adab solat dengan sempurna.

5 " Terangkan 2 perbezaan antara sujud sahwi dan sujud syukur . 4m


Sujud Sahwi Sujud Syukur
- dua kali sujud - satu kali sujud
- dilakukan ketika di dalam solat sahaja - dilakukan ketika di luar solat sahaja

6. Apakah sujud sahwi. 2m


* Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam
pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat muakkad.

7. Nyatakan bacaan sujud sahwi berserta maksudnya. 2m


*

* Maksudnya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”
8. Nyatakan 2 sebab dan keadaan perlu sujud sahwi . 2m
* Berlaku keraguan pada Bilangan Rakaat dalam solat.
* Meninggalkan mana2 Sunat Ab’adh seperti tasyid awal dan doa qunut

9. "Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kaali kamu ke tempat ibadah atau mengerjakan
sembahyang". Kemukakan 2 hujah anda, bgmkah pakaian yang bersih dapat menjaga kesempurnaan solat ? . 4m
* Pakaian yg bersih dapat menjauhkan kita daripada gangguan syaitan kerana syaitan menyukai perkara yg kotor dan najis. (2m)
* Pakaian yang bersih menjadikan kita lebih selesa untuk beribadah yg boleh menyebabkan kita dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada solat. (2m)
* Berpakaian bersih ialah perkara yang disukai Allah SWT. (2m)
* Oleh itu, dengan melakukannya akan memenuhi syarat kesempurnaan solat. (2m)
10. " Ragu2 & syak ketika solat". Jelaskan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan solat itu sempurna .6m
(I) Mengambil keputusan bahawa belum melakukan rukun-rukun tersebut.
(H1) Kemudian segera mengulangi rukun tersebut

(D1)
(D2) Maksud hadis ini, “Apabila seseorang itu syak dalam solatnya, maka hendaklah dia menghilangkan syaknya dan mengambil keputusan berdasarkan keyakinan.”
(R1) Jika dalam rukun yang sama, tidak perlu sujud sahwi sebelum memberi salam atau sekiranya pada rukun yang lain, disunatkan sujud sahwi sebagai penghinaan
kepada syaitan.
(R2) Kesimpulannya, jika syak dalam solat, kita perlu mengambil tindakan yg sepatutnya sebagaimana yg dikehendaki syarak, supaya solat menjadi sah dan
sempurna.
Salam
T4 2.4 Memberi & Menjawab
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada ayat di atas. 2m
* Islam merupakan agama yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dan saling menghormati serta berkasih sayang, amalan mulia
seperti yang disuarakan oleh Rasullulah saw.
* Memberi dan menjawab salam merupakan manifistasi kearah pengukukuhan persaudaraan dalam kalangan umat Islam.
* Tatacara serta adab memberi dan menjawab salam sepertimana sabda Rasullulah iaitu orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam
kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan
orang muda kepada orang yang tua.

2. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum memberi dan menjawab salam .. 4m

* Berdasarkan lafaz
* Potongan hadis ini menunjukkan bahawa Rasullulah saw menekankan keutamaan orang yang patut memulakan salam.
* Setiap penekanan dan keutamaan ialah sesuatu yang dituntut yang membawa kepada hukum sunat.
* Oleh itu hukum memberi salam ialah sunat muakkad dan hukum menjawab salam adalah wajib.

3. Terangkan pengertian salam. 2m


* Bahasa > selamat, aman, sejahtera dan harmoni
* Istilah > cara atau ucapan selamat dan sejahtera kepada sesama orang Islam menggunakan lafaz yang khusus.

4. Kelebihan memberi dan menjawab salam. 4m


* Membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam.
* Menghilangkan ego dan sombong sesama umat.
* Melahirkan umat islam yang kuat, bersatu padu dan membentuk warga yang penyayang.
* Memupuk sifat mulia dengan mendoakan kesejahteraan orang lain.
5. Berdasarkan hadis diatas, senaraikan keutamaan / adab memberi salam yang dianjurkan dalam kalangan umat Islam. 4m
* Orang yang berkenderaan kepada orang yang berjalan
* Orang yang berjalan kepada orang yang duduk
* Kanak2 kepada orang dewasa
* Kumpulan kecil kepada kumpulan besar
6. Ucapan salam dapat mengeratkan siratulrahim sesama muslim. Cadangkan 2 tindakan anda untuk mengeratkan siratulrahim
/ ukhwah dengan rakan. 4m
* Bersalaman atau berjabat tangan apabila bertemu dan hendak berpisah
* Mengucapkan tahniah apabila mendapat sesuatu yang mengembirakan
* Memberi hadiah contohnya hadiah hari jadi supaya siratulrahim semakin rapat.
* Mengirim salam melalui rakan lain agar persahabatan tetap berjalan.
* Menghantar ucapan melalui kad dan aplikasi midea sosial semperna hari raya agar persahabatan lebih erat.
7. "Amalan memberi & menjawab salam dpt mengukuhkan hubungan siratulrahim dlm kalangan masyakat Islam". Berikan 2
hujah anda untuk menyokong penyataan diatas. 4m
* Dapat menyuburkan perasaan kasih sayang serta merapatkan persaudaraan di antara orang yang memberi dan menjawab salam.
* Melahirkan umat Islam yang kuat, bersatu padu dan membentuk warga yang penyayang serta memupuk sifat mulia dengan mendoakan kesejahteraan orang lain.
8. " "Sebarkan salam". Berdasarkan iklan. Cadangkan 2 langkah untuk membudayakan sunnah Rasulullah dalam kalangan rakan sekolah. 4m
Dua langkah untuk membudayakan sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menyebarkan salam dalam kalangan warga sekolah ialah :
* Mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan menyebarkan salam di antara satu sama lain
* Meletakkan poster atau papan tanda tentang kelebihan salam di persekitaran sekolah
* Guru-guru agama juga harus mengambil inisiatif menunjuk contoh teladan yang baik dengan menyebarkan salam di antara warga sekolah
* Memberi hadiah kepada murid yang sentiasa menguapkan salam kepada warga sekolah.

9. "Jiran Tetangga. Jaga adab, jangan pentingkan diri". Berdasarkan aktikel ini, bagaimakah ucapan salam dapat meyelesaikan perselisihan
berlaku di kalangan jiran tetangga. 4m
(I) Ucapan salam dapt menyelesaikan perselisihan yang berlaku dikalangan jiran tetangga kerana dengan sentiasa memberi salam akan menjadikan jiran saling
menghormati antara mereka.
(H1) Dengan ini mereka akan dapat bermaafan sesama mereka dan melupakan kesilapan lalu
(D1) Di dalam al Quran Allah memerintahkan setiap hambanya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah belah.
(D2) Dalil diatas menjelaskan bahawa dengan ucapan salam ketika bertemu sesama muslim dapat merapatkan hubungan yang terputus dan telah retak.
(R1) Oleh itu, sebagai seseorang muslim kita hendaklah sentiasa memulakan perbuatan dengan ucapan salam.
(R2) Agar hubungan sentiasa baik dan akan mudah memafkan jka ada kesilapan.
Arak
Menjauhi
T5 2.1
Refer spm A+ PSI ms 137-141

1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m


* Arak adalah haram dan golongan yang terlibat dengannya juga adalah haram.
* Antara golongan yang terlibat dengan arak ialah orang yang memerahnya, orang yang memint diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawakan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang yang meminta dijualkan arak untunya, memberi minum arak kepada orang lain dan
orang yang meminta dituangkan untuknya.
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum berkaitan dengan arak. 4m
* Berdasarkan lafaz
* Lafaz ini bermaksud Allah swt melaknat.
* setiap perkara yang dilaknat oleh Allah adalah haram..
* Oleh itu, segala perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram.

4. Apakah maksud / pengertian arak. 2m


* Bahasa > menutupi
* Istilah > setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain2.
5. Terangkan 2 kepentingan menjauhi arak. 4m
* Menjaga akal manusia supaya tetap waras serta boleh berfikir dengan baik dan sempurna.
* Mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan penyakit sosial yang berpunca daripada arak supaya kehidupan aman dan harmoni.
* Mengelakkan penyakit yang boleh memudaratkan agar manusia sentiasa mempunyai tahap kesihatan yang baik.

5. Terangkan 2 cara menyabitkan hukum kesalahan meminum arak. 4m


* Pengakuan peminum arak itu sendiri
* Penyaksian oleh 2 orang lelaki Islam yang adil

*** Hukuman bagi peminum arak : Hukuman hudud 40 kali sebatan bagi seorang muslim yang telah baligh dan berakal.
6. Terangkan 2 langkah untuk menghindari perbuatan yg berkaitan dgn arak. 4m
* Meningkatkan keimanan dengan mempelajari ilmu agama agar dapat menjauhi diri daripadanya.
* Kerajaan hendaklah memperketatkan undang2 yang sedia ada dgn mengenakan denda kepada orang Islam yg terlibat dengan arak khususnya golongan remaja.
* Semua pihak khususnya media massa perlu berganding bahu menyalurkan kempen2 menjauhi arak supaya masyarakat dapat menjauhi arak sekaligus hidup sihat.

7. Terangkan 2 cara mengatasi masalah penyalahangunaan dadah dalam kalangan masyarakat. 4m


* Pihak kerajaan hendakllah mengenakan hukuman yang berat kepada pengedar dadah agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
* Menwujudkan kerjasama antara orang awam dan kerajaan seperti melaporkan kegiatan2 yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.
8. "Ulama bersepakat menyatakan arak adalah haram dan dikenakan hukum hudud sekiranya diminum samada sedikit atau
banyak ". Berikan 2 hujah menyokong penyataan diatas. 4m
* Orang yang beriman dan patuh pada suruhan agama tidak akan merosakkan nikmat akal yang diberikan oleh Allah.
* Larangan minum arak arak dalam Islam adalah untuk menjaga manusia daripada terjerumus dalam kebinasaan dan kerosakan.
9. "Semua yang memabukkan adalah haram" & "Pelajar maut dilanggar Pemandu mabuk" . Berdasarkan 2 maklumat diatas, huraikan
perkaitan antara keduanya. 6m
(I) Maklumat 1 menerangkan tentang semua perkara yang memabukkan adalah haram manakala maklumat 2 menunjukkan kematian seorang pelajar disebabkan
oleh pemandu yang mabuk.
(H1) Kedua2 maklumat ini adalah saling berkaitan kerana semua perkara yang diharamkan pasti membawa mudarat kepada manusia.
(D1) Ini dibuktikan dengan mafhum dari hadis Nabi saw menyatakan bahawa arak adalah kunci kepada segala kejahatan.
(D2) Dalil ini membuktikan perbuatan minum arak akan menghilangkan kewarasan akal sesorang dan pelbagai kesan buruk akan timbul.
(R1) Oleh itu gejala minum arak tidak seharusnya berlaku terutama dalam kalangan umat Islam.
(R2) Ini kerana pengharaman arak mempunyai kaitan dengan aspek penjagaan akal yang terkandung dalam maqasid syariah.
10. "Arak boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan anak2 terinaiaya .". Terangkan 2 hujah anda untuk menyokong penyataan ini.
4m
* Mereka yang terpengaruh dengan arak akan mudah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dalam memberi nafkah dan kasih sayang yang diperlukan
oleh anak2.
* Mereka yang terpengaruh dengan arak akan menyebabkan akal mereka tidak waras sehingga sanggup melakukan perbuatan diluar batas akal seperti tidur
dilongkang dan sebagainya yang akan menjejaskan imej keluarga.
* Mereka yang terlibat dengan arak akan mudah mendapat penyakit yang berbahaya seperti jantung sehingga menyebabkan keluarga terpaksa mengeluarkan kos
yang tinggi untuk merawatnya.
11. "Hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk" dan "Pindaan Rang undang2 akta pengangkutan jalan".
Berdasarkan sumber diatas, huraikan kewajaran rang undang2 perlu dipinda bagi pemandu mabuk. 6m
(I) Rang undang2 bagi pemandu mabuk perlu dipinda.
(H!) Untuk mengelakkan dari berlakunyakesan peningkatan kematian yang disebabkan oleh pemandumabuk.
(H2) Hal yang demikian akan menjadikan negara kita aman dan dipandang mulia oleh negara lain.
(D1) Ini bersesuaian dengan firman Allah "

(R1) Oleh itu setiap umat Islam wajar mentaati dan mengamalkan segala perintah Allah dalam kehidupan.
(R2) Agar hidup kita sentiasa dalam rahmat dan redha Illahi.
T5 2.2 Hukuman
Zina
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m
* Penzina muhshan wajib dikenakan hukuman rejam.
* Pengakuan penzina boleh diambil kira sebagai salah satu cara penyabitan hukum hudud.
* Perlakuan tersebut di syaratkan sebanyak 4 kali bagi membolehkan perintah dijatuhkan hukuman hudud.
2. Jelaskan sebab wurud hadis di atas. 4m
* Ketika Rasulullah berada di dalam masjid, seorang lelaki Muslim telah datang kepada Baginda. Lelaki tersebut telah mengaku bahawa dia telah berzina tetapi
Rasulullah tidak menghiraukannya.
* Kemudian lelaki tersebut mengulang-ulangnya sehingga 4 kali.
* Lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mempunyai penyakit gila. Lelaki tersebut menjawab bahawa dia tidak gila.
* Rasulullah bertanya lagi sama ada dia telah berkahwin. Lalu lelaki tersebut menjawab bahawa dia telah berkahwin. Kemudian Rasulullah memerintahkan agar
lelaki tersebut direjam.
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukuman kepada penzina. 4m
* Berdasarkan lafaz
* Lafaz ini merupakan, Feel amar ( ‫ ) فعل المر‬yang menunjukkan perintah
* Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib
* Oleh itu, wajib bagi penzina yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati.

4. Apakah maksud zina? 2m


* Bahasa > Persetubuhan haram
* Istilah > Perhubungan seks haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

5. Jelaskan cara ulama mensabitkan hukuman kepada penzina berdasarkan hadis. 4m


* Berdasarkan lafaz
* Menunjukkan lelaki muslim itu telah membuat pengakuan sebanyak 4 kali.
* Dengan pengakuan itu beliau telah direjam.
* Oleh itu, ulama telah menistinbatkan cara mensabitkan zina ialah dengan pengakuan.
6. Terangkan 2 cara penyabitan hukum zina. 4m
* Pengakuan daripada penzina sendiri yang mana penzina perlu mengulangi sekurang-kurangnya empat kali.
* Pensabitan perlu kepada empat orang saksi yang adil dan sudah akil baligh.

6b. Terangkan jenis2 hukuman zina. 4m


* Muhshan - Penzina yang telah berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan direjam sehingga mati.

* a'ir muhshan - Penzina yang belum berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan disebat sebanyak 100 kali dan dibuang daerah selama setahun..

7. Jelaskan 2 syarat saksi dalam mensabitkan hukum zina. 4m


* 4 orang saksi lelaki yang akil baligh dan adil.
* Setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas tanpa sebarang kesamaran.

8. Cadangkan 3 langkah yang boleh dilakukan oleh para remaja agar tidak terjebak dengan gejala zina. 6m
* Menjaga dan membatasi pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
* Meningkatkan pendidikan agama dalam diri agar menjadi orang yang bertakwa kepada Allah.
* Banyak berdoa agar diri terpelihara dan dijauhkan oleh Allah daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat.
* Menjaga pandangan mata daripada melihat atau menonton perkara2 yang berkaitan dengan unsur2 seksual kerana boleh menaikkan nafsu.
9. "Penubuhan Rumah Perlindungan Wanita". Brdasarkan maklumat diatas, rumuskan tindakan yg perlu diambil oleh pihak kerajaan samada wajar atau tidak
pembinaan rumah perlindungan bagi mengatasi mslh drpd berterusan. 6m

10. "Hukuman rotan dan rejam yg ditetapkan oleh Islam boleh mengelakkan drpd perbuatan zina." . HuraIkan 2 hujah bagi
menyokong peranyataan ini. 4m / Hikmah hukuman
* Memberi pengajaran kepada orang ramai @ penzina agar mereka tidak lagi terlibat melakukan perbuatan zina tersebut
* Perlaksanaan hukuman tersebut merupakan satu unsur pencegahan untuk menghalang masyarakat mendekati penzinaan
* Pelaksanaan hukuman tersebut menimbulkan kegerunan / ketakutan untuk mengulangi perbuatan yang dimurkai Allah tersebut
membunuh diri
T5 2.3 Menjauhi Jenayah
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m
* Haram membunuh diri dengan menggunakan besi,minum racun, dan terjun diri dari bukiti.
* Orang yang membunuh diri akan melakukan perkara yang sama yang dilakukan untuk membunuh diri di akhirat nanti.
* Mereka yang membunuh diri akan kekal didalam neraka jahanam selama-lamanya.

2. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum membunuh diri. 4m


* Berdasarkan lafaz

* Yang bermaksud ia kekal didalam neraka jahanam selamanya.


* Setiap perkara yang dijanjikan seksaan adalah haram dan berdosa besar.
* Oleh itu, hukum perbuatan membunuh diri adalah haram walau dengan apa cara sekalipun.

3. Apakah pengertian membunuh diri. 2m


* Bahasa > Seseorang yang mengambil nyawa sendiri dengn sengaja.
* Istilah > Perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri sendiri dengan harapan kematian dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. Nyatakan 2 cara membunuh diri yang terdapat dlm hadis diatas. 2m


* Terjun dari tempat tinggi
* Meminum racun
* Menikam perut dengan menggunakm sepotong besi
5. Terangkan 2 faktor yang mendorong seseorang membunuh diri. 4m
* Tekanan emosi yang keterlaluan senhingga menyebabkan hilang kewarasan akal fikiran dan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
* Keimanan yang kurang mantap akan menyebabkan dirinya mudah dikuasai syaitan yang mendorong nya untuk membunuh diri.

6. Terangkan 2 sebab Islam melarang perbuatan membunuh diri. 4m


* Perbuatan membunuh diri dianggap menzalimi diri sendiri kerana nyawa dan diri adalah hak milik Allah yang mutlak dan kita hanya meminjam sahaja daripadanya.
* Perbuatan membunuh diri adalah satu jenayah yang dilarang oleh umat Islam yan akan menerima pembalasan yang pedih di akhirat kelak dan kekal di neraka
jahanam selama-lamanya.

7. Jelaskan 2 langkah untuk mengelakkan perbuatan membunuh diri . 4m


* Mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa berzikir kerana ia boleh menenangkan hati.
* Meminta bantuan daripada pihak terlibat seperti konselor untuk meminta pandangan dan nasihat atau meluahkan kepada rakan baik yang boleh dipercayai.
* Menguatkan keimanan dengan percaya bahawa takdir Allah adalah terbaik dan ada hikmah disebaliknya.

7. Jelaskan perbuatan lain yang membinasakan / menzalimi diri. 4m


* Penyalahan gunaan dadah yang akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya
* Minum arak yang boleh menghilangkan kewarasan akal
* Menghidu gam yang boleh merosakkansaraf otak dan membawa kepada pelbagai penyakit.
* Memakan pil khayal yang membawa kepada hilang pertimbangan diri.

8. Jelaskan 2 kepentingan menjaga kesihatan rohani dan jasmani. 4m


* Melahirkan keimanan yang teguh dalam diri Muslim supaya dapat memandu diri kearah kebenaran.
* Membentuk personaliti muslim yang ungul untuk menjadi contoh tauladan kepada oyang lain.
* Menjadikan tubuh badan manusia sentiasa sihat dan tidak agar berpenyakit agar mampu melaksanakan tangjungjawab.

9. "Kes bunuh diri membimbangkan". Berdasarkan maklumat ini. Huraikan cara penyelesaian kes tersebut dinegara kita. 6m
* Kerajaan perlu mengadakan kempen hargai nyawa
* Sentiasa berdoa ketikasenag dan susah supaya kehidupan sentiasa dipelihara oleh Allah
* Menjauhi perkara2 yang tidak berfaedah yang boleh menjerumus diri gejala membunuh diri
* Menceriakan masalah yang dihadapi kepada keluarga dan rakan taulan yang boleh dipercayai.
ganas dan menjaga maruah diri.
T5 2.4 Menjauhi berkelakuan
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m
* Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan menggangu ketenteraman awam..
* Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat dan berpakaian nipis dan ketat, wanita yang menarik perhatian lelaki dengan bertarabbuj dan
membuat lenggok2 yang menggoda lelaki.
* Kedua2 golongan ini, iaitu yang berkelakuan ganas dan wanita yang tidak menjaga maruah diri tidak akan masuk surga.

2. Jelaskan 2 golongan penghuni neraka berdasarkan hadis di atas. 4m


* Golongan perlakuan ganas
Maksud perlakuan ganas ialah perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kepada kesan negatif terhadap fizikal , harta dan
emosi.
* Golongan yang tidak menjaga maruah diri
Maksud maruah diri ialah nilai2 kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri pada diri seseorang.
3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum berkelakuan ganas dan dan merosakkan maruah diri. 4m
* Berdasarkan lafaz

* Yang bermaksud dua golongan manusia penghuni neraka.


* Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan dosa besar dan hukumnya adalah haram.
* Oleh itu, hukum manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri adalah haram
4. Terangkan 2 kepentingan menjaga maruah diri kepada individu. 4m
* Menjamin kehormatan diri agar tidak dicemari dengan gangguan seksual.
* Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai2 murni dalam kehidupan.

4b. Terangkan 2 kepentingan menjaga ketenteraman awam. 4m


* Melahirkan persekitaran yang selamat adar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
* Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

5. Terangkan 2 langkah yang wajar dilakukan oleh kerajaan untuk menghindari kelakuan ganas yang sering berlaku dalam masyarakat.. 4m
* Menguatkuasakan undang2 terhadap orang yang melakukan perbuatan ganas.
* Memperluaskan kempen2 ahlak mulia dan menjaga maruah diri di media sosial.

6. Berikan 2 contoh perbuatan yang termasuk dalam perlakuan ganas dan merosakkan maruah diri. 4m
Perlakuan ganas
* Penguasa yang zalim
* Merosakkan harta dan kemudahan awam
* Memeras ugut atau menyertai kongsi gelap

Merosakkan maruah diri


* Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
* Memakai pakaian yang menjolok mata
* Bersedudukan atau duduk berdua2 tanpa ikatan yang sah
7. Terangkan faktor yang mendorong perlakuan ganas dan pengabaian menjaga maruah diri.
* Kurang pendidikan agama dan kawalan ibu bapa. Pengaruh luar yang bertentangan dengan budaya Islam yang tidak dibendung oleh pihak berkuasa.
* Pengaruhrakan sebaya yang negatif yang mendorong untuk melakukan keganasan dan pendedahan aurat.
* Pengaruh media massa, media sosial dan media elektronik yang memaparkan sikap ganas dan aksi buruk.
* Terdorong dengan pujukan hawa nafsu dan syaitan.

8. Terangkan keburukan berlakuan ganas dan pengabaian menjaga maruah diri.


* Mengganggu ketenteraman dan keharmonian orang awam
* Menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat
* Meruntukan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara
* Mendatangkan berbagai-bagai penyakit dan berbahaya seperti aids
* Dilaknati Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka
T5 2.5
Waqaf
1. Nyatakan 2 tuntutan hukum daripada hadis di atas. 2m
* Galakan kepada umat Islam supaya mewakafkan hartanya untuk kepentingan umat.
* Harta yang telah diwakafkan tidak boleh dijual, tidak boleh diberikan kepada orang lain (dihibahkan) dan tidak boleh diwarisi.
* Hasil daripada harta wakaf boleh dimanfaatkan untuk orang ramai sebagai satu amal jariah.
* Orang yang menguruskan harta wakaf boleh mengambil sebahagian hasil dengan cara berpatutan.

3. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum waqaf. 4m


* Berdasarkan lafaz
* Yang bermaksud Rasulullah s.a.w mengalakkan Umar untuk mewakafkan tanahnya.
* Galakkan berwakaf bukan ditujukan kepada Umar sahaja tetapi bersifat umum untuk semua umat islam.
* Oleh itu,hukum berwakaf adalah sunat untuk kemaslahatan dan kepentingan umat islam.

4. Nyatakan pengertian waqaf. 2m


* Bahasa > Menahan sesuatu
* Istilah > Wakaf ialah menahan harta yang kekal bentuknya (zatnya) yang boleh diambil manfaatnya untuk kebaikan.

5. Huraikan jenis wakaf. 4m


* Wakaf Am iaitu harta yang diwakafkan untuk kebajikan umum seperti mewakafkan tanah yang tidak ditentukan sesuatu tujuan.
* Wakaf Khas iaitu harta yang diwakafkan untuk kebajikan khusus seperti mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan masjid.

6. Nyatakan jenis harta wakaf. 4m


* Harta tidak alih iaitu Harta yang kekal pada asalnya. Contohnya tanah dan binaan seperti rumah.
* Harta alih iaitu Harta yang boleh dipindah milik. Contohnya wang tunai, kenderaan dan Al Quran.

7. Nyatakan rukun wakaf. 4m


* Orang yang berwakaf

* Orang yang menerima wakaf

* Harta yang diwakafkan

* Ijab dan Qabul


8. Jelaskan 3 syarat harta wakaf. 4m
* Harta yang diwakafkan merupakan harta yang halal.
* Harta yang diwakafkan merupakan harta yang kekal manfaatnya.
* Harta tersebut merupakan milik pewakaf yang sah, boleh dipindah milik dan boleh dimanfaatkan.
* Harta yang ditentukan dan jelad kewujudan seperti sebuah rumah di taman perumahan.
9. Terangkan 2 hikmah wakaf kepada individu. 4m
* Mendekati diri kepada Allah / kerana membelanjakan harta kejalan Allah
* Menanamkan sifat pemirah dan suka berinfak / semata-mata kerana Allah.
10. Jelaskan 2 perbezaan antara wakaf dan wasiat. 4m

11. Jelaskan tiga langkah utk menggalakkan perbuatan yang berkaitan dgn wakaf. 6m
* Majkis Agama Islam menyebar luaskan maklumat terkini tentang kelebihan berwakaf melalui portal rasmi rasmi Majlis Agama Islam atau lain2 medium.
* Mempelbagaikan cara untuk berwakaf seperti berwakaf secara atas talian dan potongan gaji.
* Membuat kempen untuk menarik minat orang ramai berwakaf samada di media sosial atau program bersemuka.
12. "Waqaf memainkan peranan penting dlm membangunkan ekonomi". Huraikan 2 hujah anda utk menyokong penyataan ini. 4m
* Aktiviti2 pembangunan yang dijalankan keatas harta wakaf boleh membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam.
* Aktiviti2 pembangunan yang dijalankan keatas harta wakaf seperti pertanian , perternakan, pelaburan, perniagaan dan lain2 boleh menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi umat Islam.
* Hasil Pendapatan harta wakaf boleh mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam kerana dapat membantu golongan yang memerlukan.
* Pengurusanharta wakaf yang betul dapat meningkatkan dan menggalakkan pemilikan harta umat Islam keranaharta wakaf tidak boleh dipindah milik.

Anda mungkin juga menyukai