Anda di halaman 1dari 9

N = Nama penuh baginda ialah MUHAMMAD BIN ABDULLAH

A = Ayah baginda adalah ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB

B = Bangsa QURAISY dan dari keturunan BANI HASHIM, Qusai bin


Kilab iaitu penjaga kota Makkah

I = Ibunya bernama AMINAH BINTI WAHAB


Isteri baginda bernama KHADIJAH BINTI KHUWAILID

M = MENGEMBALA KAMBING dan BERNIAGA sehingga Syam (pekerjaan baginda)

U = UMUR 6 TAHUN menjadi YATIM PIATU setelah IBU BAGINDA


MENINGGAL DUNIA

H = HALIMATUS SAADIYAH adalah IBU SUSUAN BAGINDA

A = ABDUL MUTTALIB ialah DATUK baginda


= ABU TALIB adalah bapa saudaranya

M = MUHAMMAD bermaksud yang TERPUJI


M = Menyertai rombongan perniagaan ke SYAM
A = AMANAH, kemuliaan budi pekerti dan kebijaksaan dalam
Perniagaan

D = DIPUTERAKAN pada 12 RABIULAWAL tahun gajah, 20 April 570


Masihi di rumah datuknya di Makkah

F -FATANAH /BIJAKSANA ....Menyelesaikan masalah peletakan batu hajar aswad

A-AMANAH /dipercayai... abu bakar mempercayai kata nabi/khadijah memberi modal dalam
perniagaan

S- SIDDIQ bercakap benar.

T-Tabliqh /Pandai menyampaikan......berdakwah dengan tabah dapat menarik ramai memeluk


islam

Contoh keunggulan Nabi Muhammad :

 Berfikiran jauh ( rangka Piagam Madinah / menerima Perjanjian Hudaibiyah )


 Pemaaf ( maafkan tawanan perang Badar / )
 Bijaksana ( peletakan batu Hajar Aswad / strategi pembukaan semula Kota Mekah / strategi
hijrah )
 Amanah ( uruskan perniagaan Khadijah )
 Tidak putus asa ( sabar apabila dipulau/diganggu semasa solat / dihina / islam tidak
diterima )
 Penyayang ( menyayangi kanak2/ isteri / org tua )
 Bercakap benar ( tidak pernah berbohong / digelar al-amin )
Soalan Kbat

Pengamalan sifat keperibadian terpuji Nabi Muhammad SAW akan

membentuk masyarakat Malaysia kelas pertama ke arah

kegemilangan negara. Buktikan kebenaran pendapat di atas.

( 8 markah )

Sifat keperibadian terpuji Nabi Muhammad SAW yang wajar diamalkan

untuk membentuk masyarakat Malaysia kelas pertama ke arah

kegemilangan negara ialah sifat amanah (dipercayai).(F) Ini dapat

melahirkan masyarakat yang bersikap jujur(H)dan menolak amalan

rasuah.(H) Selain itu, masyarakat akan menghargai masa dan

bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanah dapat

diwujudkan.

Sifat siddiq (bercakap benar) pula dapat mengikis perasaan prasangka

dalam masyarakat. Malahan masyarakat yang jujur juga dapat

mewujudkan masyarakat yang saling mempercayai. Pemimpin yang

bercakap benar akan dihormati dan lebih diyakini oleh masyarakat

berbilang kaum.

Masyarakat yang mengamalkan sikap tabligh (menyampaikan) dapat

memastikan perkembangan ilmu berlaku. Dengan itu, lahirlah

masyarakat bijaksana sebagaimana yang diharapkan oleh negara untuk


melahirkan modal insan kelas pertama. Amalan berhikmah dan sabar

dapat mengeratkan hubungan dalam masyarakat yang menyebabkan

wawasan negara cthnya W2030 atau TN 50 untuk menjadi negara maju

dapat dicapai dengan mudah.

Di samping itu, sifat fatanah (bijaksana) dapat melahirkan golongan

rakyat yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara. Masyarakat

yang mementingkan ilmu dapat melahirkan negara yang cemerlang serta

dapat mencipta idea-idea baru dan menyelesaikan masalah dengan cara

yang terbaik misalnya kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam

merangka Perjanjian Hudaibiah/Piagam Madinah yang memberi manfaat

jangka panjang kepada orang Islam Madinah. Mantan Perdana Menteri

iaitu Tun Dr. Mahathir juga bijak menyelesaikan masalah serangan

matawang kea tas Malaysia ketika Krisis matawang di Asia pada tahun

1997 .Inferensnya, negara kita akan disegani dan dihormati oleh

masyarakat dunia seandainya sifat terpuji Nabi dapat kita contohi.


Soalan 1 Penentangan Quraisy

Faktor Quraisy menentang Islam kerana perbezaan kepercayaan antara Islam yang

menyembah Allah dan Quraisy menyembah patung. Islam ditentang kerana

pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf disarankan Islam dan

perbezaan darjat diamalkan orang Quraisy. Konsep persaudaraan diutamakan oleh

Islam tetapi Arab Quraisy mengamalkan semangat assabiah. Amalan keji seperti

mencuri dikeji Islam, tetapi diterima Quraisy. Tindakan yang dilakukan oleh nabi ialah

nabi membenarkan orang Islam mendapatkan perlindungan di Habsyah.

Kemudiannya Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan. Seterusnya Nabi

tidak berputus asa walaupun mendapat tekanan. Nabi tetap bersabar dengan

pemulauan musuh. Akhirnya nabi telah berhijrah ke Madinah setelah menerima

perintah Allah.
Soalan Kbat 2

-Layanan sama- mereka memeluk Islam kerana tertarik dengan ajaran Islam yang
memberikan layanan yang sama kepada semua manusia
-Kemurnian- Islam diterima kerana kemurnian ajarannya

Kebijaksanaan- kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah

Lemah lembut- baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah

Tidak memaksa- baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk

mereka dengan menggunakan akal

Banding- menggunakan pendekatan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat

Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam

al-Quran- membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat

Penerangan- disamping memberi penerangan dan menunjukkan teladan yang baik

Keimanan- Nabi telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya

Kesabaran- harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran

yang tinggi

Pengorbanan- pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam


Tertarik- ini memudahkan orang ramai mudah tertarik dengan Islam

Peribadi Nabi- mereka juga telah mengenali peribadi Nabi yang terkenal dengan

akhlak mulia.

Contoh soalan dan jawapan

Background

1(a) Nabi Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun Gajah 570 M di rumah
datuknya. Bapa nabi,Abdullah meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan. Nabi
menyusu dengan Halimatus Sa’diyah. Pada usia 6 tahun ibu nabi,Aminah Bt Wahab
meninggal dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal lalu
dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Nabi menggembala kambing bapa
saudaranya. Nabi juga berniaga di Syam ketika berusia 12 tahun. Nabi berkahwin
dengan Khadijah.

FAST
1(b) 4 sifat terpuji keperibadian nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan
bijaksana. Nabi digelar al-Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.
Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi. Sifat
bijaksana baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu
Hajar Aswad. Nabi ketua keluarga contoh seperti membantu isteri memasak,
menampal kain koyak, melayan anak. Anak nabi diberi pendidikan agama. Nabi
menjadi menjadi teladan kepada anak-anak. Baginda merendah diri bila bergaul
dengan orang kaya, miskin, tua,kanak-kanak. Sifat pemaaf nabi contohnya
mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula kota Makkah.
1(c) Surah al-Alaq penting kerana surah ini memerintahkan umat Islam membaca.
Ini bermaksud Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Umat Islam dituntut untuk
membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.
Surah al-Muddasir penting kerana surah ini mengisytiharkan nabi sebagai Rasul.
Surah ini mewajibkan nabi menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. Nabi
perlu menyampaikan Islam kepada orang Arab dengan bijak. Selepas surah ini
nabi terus mendapat wahyu dan menyampaikan khasnya kepada masyarakat Arab.
2(a) Nabi menyebarkan Islam di Makkah pada mulanya secara rahsia selama 3 tahun.
Dakwah ditujukan kepada ahli keluarga nabi, sahabat rapat dan kaum kerabat.
Kemudiannya secara terbuka selama 10 tahun. Cara terang-terangan ini selepas nabi
menerima perintah Allah.

2(b) Ahli keluarga dan sahabat nabi menerima secara rahsia tanpa banyak soal.
Mereka menerima sepenuh hati walaupun jumlahnya pula tidak ramai. Hamba
memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam. Hamba memeluk Islam seperti
Bilal b. Rabah dan Keluarga Yassir tetap pendirian walaupun disiksa. Reaksi
kebanyakkan orang Arab Quraisy menentang dengan mengganggu baginda ketika
bersembahyang. Mereka meletakkan benda kotor di tengkuk nabi. Mereka juga
mencemuh nabi. Malah mereka ingin membunuh nabi.

2(c) Faktor Quraisy menentang Islam kerana perbezaan kepercayaan antara Islam
yang menyembah Allah dan Quraisy menyembah patung. Islam ditentang kerana
pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf disarankan Islam dan
perbezaan darjat diamalkan orang Quraisy. Konsep persaudaraan diutamakan oleh
Islam tetapi Arab Quraisy mengamalkan semangat assabiah. Amalan keji seperti
mencuri dikeji Islam, tetapi diterima Quraisy. Tindakan yang dilakukan oleh nabi ialah
nabi membenarkan orang Islam mendapatkan perlindungan di Habsyah.
Kemudiannya Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan. Seterusnya Nabi
tidak berputus asa walaupun mendapat tekanan. Nabi tetap bersabar dengan
pemulauan musuh. Akhirnya nabi telah berhijrah ke Madinah setelah menerima
perintah Allah.
Soalan3

Cara-cara Penentangan Terhadap nabi (konsep 6M)

1. Mencemuh/mengejek / Menghina/ajaran Islam melalui puisi mereka

2. Menggangu ketika Nabi bersolat:meletakkan benda kotor di atas tengguk nabi

3. Memujuk nabi

4. Menawarkan kedudukan,perempuan cantik, harta

5. Memulau-3 tahun xperniagaan x bantuan x perkahwinan

6. Membunuh nabi

Anda mungkin juga menyukai