Anda di halaman 1dari 5

HURAIKAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN SISTEM DEMOKRASI

DI ATHENS
 Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi

1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja (Monarki).


Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot


 Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad.
 Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.

3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat


 memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.

4. Berlakunya rampasan kuasa


kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi
 maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.

5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi


tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -
maka muncullah demokrasi.
Pemerintahan demokrasi yang ditadbir oleh rakyat yang dipilih oleh rakyat
melalui pilihanraya
Hukum Kanun 12 :
 dikenali Papan Dua Belas  Disatukan pada tahun 449 SM

 Kekal selama 400 tahun perundangan Rom yang pertama

 Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat

2. Kod Undang-Undang Rom / Kod Undang-Undang Justinian


- dilahirkan pada tahun 527 M oleh Maharaja Justinian kerana terdapat terlalu banyak

undang-undang dan ada antaranya yang rumit

- terdiri daripada tiga cabang:-

a) Undang-undang Sivil b) Undang-undang Rakyat c) Undang-undang Natural (natural law)

 prinsip-prinsipnya:

i) semua manusia sama di sisi undang2 iv)hukuman berasaskan bukti yang cukup

ii)seseorang tdk bersalah sehingga terbukti bersalah iii)keadilan terhadap setiap individu

J-Justinian

U-undang Rom

S-Sivil / semua sama sisi undang

T-Tiga cabang/tidak bersalah

I-Individu

N-Natural

I-Innocent until guilty

A-Adil/ada bukti

N- Numerous law

3. TAMADUN INDIA
1.Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan
pentadbiran.

2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab
undang-undang Hindu yang tertua.

3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan
kedaulatan undang-undang.

4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana
golongan ini mahir tentang hukum-hakam agama.

5. Zaman Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu
mudah dibaca oleh rakyat.

7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka dan didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.
DHARMA SASTRA

D- Dharma Sastra /Brahmin Dominan/daulat undang2

H- Hukum/ Hindu tertua

A-administration (kerajaan/pentadbiran)

R- Raja tonggak tamadun

M- Maurya (Zaman)

A- Agama

S- Sampaikan titah perintah raja

A-

S –suci undang2

T- Tiang asoka

R-rakyat baca

A-asoka

4. TAMADUN CHINA
1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.

2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.

3. Undang2 ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.

4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.

5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang ajaran Confucius
yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.

6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga
keharmonian manusia dan masyarakat

Berat
Kolektif
Han fei tzu
Falsafah
Tegas
Kawal Tingkah laku
Confucius Vs Legalisme : raja pekerti baik/ harmoni rakyat
Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India.

1. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan


Dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia
Tengah dan Asia Tenggara.
2. Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading
Gajah, emas, berlian dan mutiara.
3. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti,
Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
4. Disetiap Bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai
Stresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
5. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6. Raja mengawasi perjalanan persatuan.
7. Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik menggunakan mata wang sebagai media
jual beli. Contoh, bentuk mata wang emas.
8. Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan
yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
9. Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai perdagangan seperti hasil pertanian dan
hasil buah-buahan.
10. Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
11. Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti
rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi. Dari China pula seperti tekstil, tembikar,
barang kaca dan minyak wangi.

Pusat perdagangan –Anga Karusa Kalinga


Perdagangan luar -Mecedonia, Sri Langka, rantau AsiaTengah dan Asia Tenggara . Alam Melayu
(china –tembikar)
Pusat pelabuhan –Kadura, Kalyan, Cambay
Perusahaan – senjata, gading emas berlian,tekstil,kapas
Perusahaan sutera- berpusat di Bengal dan Benares
Persatuan –Sresthin tukang logam, tukang kasut-----kawal harga, kawal kualiti barang, kawal gaji
pekerja
Kewangan- mata wang emas
Hasil Cukai- pertanian dan buahan
Fungsi Cukai- sara tentera, pentadbir dan raja
Perdagangan maritim dengan Alam Melayu
Rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi dari Alam Melayu
Tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China
Tamadun China:
1. Dalam bidang pertanian, tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.
2. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong
beroda serta penyisir tanah.
3. Sistem penanam secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
4. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
5. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber
air dalam pertanian terkawal.
6. Kawalan terhadap banjir dengan membina terusan. ============ PERTANIAN
7. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar turut berkembang didagangkan ke kawasan
Di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
8. Pada zaman Dinasti Tang, hasil dibawa melalui Jalan Laut iaitu berdasarkan bukti terdapat
Tembikar dan logam China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal.
9. Hasil perusahaan China didagangkan di negeri China.
10. Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas
Petengahan yang besar.
11. Perkembangan ekonomi menyebabkan perkembangan sistem perhubungan, iaitu
Pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda
kereta lembu.

Pertanian
Tenggala---------------Batas tanaman
Kolar kuda --------kereta kuda-----------kereta sorong ------penyisir tanah
Penanaman bergilir-----------------kesuburan tanah
Bukit diteres------------pertanian
Pengairan-----------sumber air
Kawal banjir-------------bina terusan
Perusahaan Logam dan tembikar---------dagang luar
Perdagangan ----------Dinasti Tang ---Jalan sutera Darat (SILK ROAD) China to Rom
Jalan Laut China to India to Rom
Persatuan Perdagangan ---------------lahir kelas pertengahan
Pengangkutan-------------------jalana raya, kereta kuda, lembu

Anda mungkin juga menyukai