Anda di halaman 1dari 23

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.

Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sajak Dia kekasih Allah Malu rasanya mengatakan cinta Kepada dia kekasih Allah Kerana dia insan mulia Sedangkan diriku insan biasa Ku pujuk jua hati dan jiwa Meluahkan rasa cinta membara Di dalam pujian ucapan selawat Tanda penghargaan seorang ummat Selagi upaya kuturuti ajarannya Apa terdaya kuamalkan sunnahnya

Moga di dunia mendapat berkat Di akhirat sana beroleh syafaat Kerana peribadinya aku terpesona Kerana budinya aku jatuh cinta Rinduku padanya tiada terkata Nantikanlah daku di taman syurga Ya Rasul syafaatkan daku Ya Rasul ku rindu padamu

Contoh akhlak Rasulullah s.a.w

Menteladani Akhlak Rasulullah ~ Sifat-sifat Rasullulah

[box title= Menteladani Akhlak Rasulullah]~Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya ~Sangat elok dan sempurna wajahnya ~Baginda memilik perasaan yang halus ~Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena ~Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan ~Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan ~Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang ~Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain ~Baginda memelihara rambutnya dengan kemas ~Baginda memakai serban di atas kopiahnya ~Suka membalas hadiah ~Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk ~Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya ~Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya ~Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa ~Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya. ~Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka. ~Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama ~Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak ~Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

~Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat ~Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas ~Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya ~Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut ~Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara . ~Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan ~Amat kasih terhadap umatnya. ~Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya . ~Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah . ~Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan ~Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka ~Suka menziarahi orang sakit ~Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya ~Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap . ~Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi ~Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
1. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya. Pada suatu malam Rasulullah di dalam kamar bersama Siti Aisyah r.a. Bersentuhan kulit lengan baginda dan Siti A'isyah lalu baginda berkata "Ya Aisyah, apakah kau membenarkan ku beribadat pada ALLAH subhanahuwataala?" Lalu perpaling Siti A'isyah mengadap Rasulullah dan menjawab' " Ya Rasulullah, aku memang ingin rapat dengan mu, tetapi aku tak kuasa menghalang kamu dari beribadat pada ALLAH s.w.t" Lalu Rasulullah bangun untuk mengadap ALLAH Subhanahuwata'la dengan penuh linangan air mata. 2. Wajah Rasululullah Saidina Ali bin Abi Talib berkata, " sesiapa yang baru melihat wajah Rasulullah s.a.w, nescaya dia akan merasa takut kerana kehebatan wajahnya. Tetapi apabila seseorang sudah bergaul lama dengan baginda, dia pasti akan merasa sangat sayang kepadanya." Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda "Aku sangat serupa dengan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim. Tetapi antara keduanya agak jauh perbezaannya." Enam orang nabi yang mempunyai bentuk wajah (iras) yang agak sama dengan Rasulullah ialah Nabi Idris, Nabi Ismail, nabi Ya'kub' Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Harun as". Imam as-Syafei juga adalah dari keturunan Rasulullah dan datuknya as-Saib bin Abu Yazid juga memiliki iras wajah seperti Rasulullah. Sedikit tentang sifat Rasulullah.. apabila berjalan, selalu kanak-kanak datang mengelilingi baginda kerana sifat penyayang. Apabila gembira, baginda senyum dengan seluruh hatinya, ketawanya adalah senyuman dan baginda tidak ketawa secara kuat. Apabila bertemu orang, baginda akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang sempat memberi salam. Baginda

sangat kasih terhadap fakir miskin, anak yatim dan haiwan. Kalau berjalan, pandangan matanya lebih banyak ke bumi berbanding ke hadapan (rupanya, berjalan tunduk tu salah satu sunnah).. Baginda sangat memelihara pakaiannya agar sentiasa rapi dan bersih. Baginda juga sangat suka pakaian yang berwarna putih. Selain itu, wajah baginda sentiasa kelihatan bersih, bersinar dan bercahaya. 3. Menteladani Akhlak Rasullulah]Anak yatim ialah anak yang telah kematian bapanya selagi ia belum mencapai usia baligh. Di dalam Islam, anak yatim mempunyai kedudukan tersendiri daripada anak-anak yang mempunyai bapa. Mereka mendapat perhatian yang khusus dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, tidak lain demi untuk menjaga kepentingan hidupnya supaya ia tidak terlantar hingga menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana itu, banyak hadis-hadis baginda yang menyatakan betapa mulianya orang yang suka memelihara anak yatim atau berbuat baik terhadapnya. Tetapi suruhan Nabi ini tidak mendapat sambutan dari masyarakat Islam yang kini telah jauh dari ajarannya. Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam yang inti ajarannya banyak menganjurkan sikap suka tolong-menolong sesama mereka. Suatu teladan yang harus ditiru yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu: "Pada suatu hari raya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju solat. Di tengah perjalanan, baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Di antara kanakkanak tersebut, terdapat seorang kanak-kanak yang kelihatan sedih menyebabkan baginda bertanya kepadanya: "Hai anak, mengapa kamu bersedih hati, enggan ikut bermain bersama-sama kawan-kawanmu?" Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan dengan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab: "Wahai pakcik, ayah saya telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu. Kini saya tidak mempunyai makanan, minuman, pakaian dan rumah. Oleh kerana itu saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya Mengapa malapetaka menimpa ayah saya sehingga nasib saya menjadi seperti ini, tidak sebagaimana kawan-kawan yang masih mempunyai ayah." Mendengar jawapan si anak kecil, hati baginda menjadi hiba lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil, sukakah jika aku menjadi bapamu, A'isyah menjadi ibumu, Ali menjadi bapa saudaramu, Hasan dan Husin menjadi saudaramu dan Fatimah menjadi saudara perempuanmu?" Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapan tersebut, lalu ia sedar bahawa ia sedang berdepan dengan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Dengan gembira ia pun berkata: "Mengapa tidak suka, ya Rasulullah?" Sejak itu ia menjadi tanggungan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda

mengasuhnya sebagaimana baginda mengasuh keluarga baginda sendiri, memberikannya pakaian, makanan dan semua keperluannya dengan baik. Kanak-kanak tersebut tidak bersedih lagi kerana sentiasa mendapat kasih sayang dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam." Kejadian di atas merupakan suri teladan yang patut ditiru. Betapa besar budi baginda, yang telah memberi contoh kepada umatnya bagaimana seharusnya berbuat baik terhadap anak-anak yatim. Padahal tugas yang dihadapi oleh Nabi bukanlah kecil. Baginda perlu berdakwah setiap saat untuk menyampaikan ajaran-ajaranNya. Baginda seorang ketua negara, panglima tentera yang tidak boleh lepas dari tugastugas ketenteraan. Namun, kesibukannya itu bukan merupakan alasan untuk tidak memikirkan nasib anak yatim. Demikian1ah kebesaran akhlak Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai contoh agar ia diamalkan oleh umatnya kelak di kemudian hari. Oleh kerana itu, banyak hadis-hadis baginda yang menyatakan betapa mulianya orang yang berbuat baik terhadap anak-anak yatim. Dari Sahl bin Sa' ad Radhiallahu 'anhu katanya bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya). " (Riwayat Bukhari) Seorang wanita yang kematian suami dan mempunyai mempunyai anak kecil yang belum baligh, maka berdasarkan hadis di atas ia dijamin masuk syurga sekiranya ia memelihara anaknya itu dengan sebaik baiknya. Sebaliknya, jika ia lalai melaksanakan tugas menjaga dan mendidik anaknya sehingga mengakibatkan kerugian bagi anak tersebut, ia pasti mendapat hukuman yang berat di akhirat kelak. Dalam Tafsir al-Qurthubi yang bersumber dari Abu Sa'id al-Khudri ada diceritakan bahawa ketika Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan mi'raj, baginda melihat segolongan manusia yang mempunyai bibir seperti bibir unta. Setiap orang dari mereka disumbat mulutnya dengan batu besar secara paksa, hingga keluarlah batu itu melalui dubur mereka. Melihat kejadian aneh tersebut, baginda bertanya kepada Jibril Alahissalam: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim. Allah Subhanahu wa Ta ala telah memberikan petunjuk mengenai cara-cara mempergauli anakanak yatim dengan baik, sebagaimana firmanNya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus mereka secara patut adalah lebih baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka,maka mereka adalah saudaramu, dan Allah mengetahui siapakah yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah:220) Demikianlah kewajipan setiap umat Islam di dalam berbuat baik kepada anak-anak yatim. Kita

tidak boleh berpeluk tubuh serta membiarkan anak anak yatim hidup dalam keadaan terlantar. Kita hendaklah mengikuti cara-cara bagaimana Rasulullah Sallallahu alahi wassalam berbuat baik terhadap anak-anak yatim 4. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " Orang yang mengharapkan rahmat dan kasih Allah hendaklah mengikuti jejak Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam, kerana pada diri baginda terdapat suri teladan yang baik. Baginda berlaku baik terhadap jiran tetangga, kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim, para janda dan lain-lain, pakar di bidang kenegaraan, peperangan dan politik, mahir di dalam perniagaan dan pertanian, maka seharusnya umat Islam mengikutinya Baginda sangat benci kepada sifatsifat sombong, angkuh, berdusta, khianat dan semua sifat-sifat yang buruk, maka umat Islam juga hendaklah mengikutinya Pendek kata, segala tingkah laku dan keperibadian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam hendaklah ditiru dan diamalkan di dalam kehidupan ini. Tidak seharusnya umat Islam hanya meniru sebahagian daripadanya yang mudah dan meninggalkan yang dianggapnya sukar. Hendaklah kita mengikuti baginda secara keseluruhan supaya kita menjadi Muslim yang benar benar mengikuti ajaran dan kepercayaan Islam. Sesungguhnya, keimanan kita adalah diukur sejauh manakah ketaatan kita terhadap Allah dan RasulNya. Semoga Allah meredhai kita di dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan melalui ajaran-ajaran Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sehingga Islam benar-benar tegak sebagai agama yang luhur di bumi ini 5. ada suatu hari, isteri Alqamah datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat. Mendengar laporan itu, baginda pun bertanya: "Bagaimanakah keadaannya?" Jawab isteri Alqamah: "Sungguh membimbangkan, ya Rasulullah." Lalu baginda pun mengutus Aromar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu. Setelah mereka sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarnya membaca kalimah tauhid. Berkali-kali Bilal mengajarnya namun lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah kata pun yang dapat keluar dari mulutnya. Bilal hairan melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu. Lalu beliau pun pulang berjumpa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan peristiwa tersebut. Mengetahui keadaan itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam segera datang melihat Alqamah. Setelah diketahui sendiri keadaan sahabatnya, baginda bertanya kepada isteri Alqamah: "Masih hidup lagikah kedua ibu bapanya?" Isteri Alqamah menjawab: "Ya, tetapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua." Rasul bertanya: "Di mana ia sekarang?" Isteri Alqamah berkata: "Dia berada di rumahnya, jauh dari sini. " Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terpaksa pergi ke rumah ibu Alqamah untuk

mengkhabarkan keadaan anaknya yang sedang sakit. Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya. Maka baginda meminta agar ibu itu memaafkan segala kesalahan anaknya. Ibu Alqamah menjawab: "Ya Rasulullah, bagaimana aku harus memaafkan anakku itu jika ia selalu menyakiti hatiku kerana cintanya kepada isterinya?" Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Jika demikian halnya, maka Alqamah akan kami bakar agar ia cepat mati. "Kemudian, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal: "Hai Bilal, kumpulkanlah kayu api!" Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut, lalu ia pun segera menghadap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku. "Mendengar jawapan ibu Alqamah tersebut, baginda kembali menemui Alqamah untuk mengajarnya membaca kalimah tauhid. Kini keadaan Alqamah telah berubah, lidahnya tidak terkunci lagi dan ia dapat mengucapkan kalimah tersebut dengan lancar dan jelas. Peristiwa di atas merupakan iktibar bagi kita semua bahawa ibu bapa wajib dihormati dan dimuliakan. Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu terus melupakan ibu bapanya, apatah lagi sehingga menderhakainya. Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: "Reda Allah ada di dalam reda kedua ibu bapa, dan kemurkaanNya ada di dalam kemurkaan keduanya " (Riwayat Thabarani dan Ibnu Umar) Dari Abu Bakr Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar?" Para sahabat berkata.. "Bahkan, ya Rasulullah "Baginda bersabda: "Mempersekutukan Allah dan menderhakai kedua ibu bapa" (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berjuang menegakkan agama Allah adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam. Tetapi sekiranya ada seseorang yang ingin berjuang, namun niat itu terhalang kerana tugasnya setiap hari menjaga dan memelihara kedua ibu bapanya, maka tugasnya itu dikira sama dengan berjuang di jalan Allah. Pernah berlaku, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Kedatangan lelaki tersebut adalah bertujuan mendaftarkan diri untuk berjihad. Tetapi setelah ia mengemukakan maksudnya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa? "Dia menjawab: "Benar, ya Rasulullah Bahkan keduanya masih hidup. "Nabi bertanya: "Adakah kamu mengharap pahala dari Allah? "Dia menjawab:"Ya "Kemudian baginda bersabda: "Kembalilah kepada kedua ibu bapamu, dan perbaikilah layananmu terhadap keduanya " (Riwayat Bukhari dan Muslim) Di dalam kitab Tanbih al-Ghafilin disebutkan bahawa terdapat sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya, iaitu: 1. Memberinya makan bila diperlukan.

2. Memberi layanan yang baik. 3. Menyahut panggilannya. 4. Mentaati semua perintahnya, kecuali perintah maksiat. 5. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut. 6. Memberi pakaian bila mereka memerlukannya. 7.Berjalan di belakangnya, tidak boleh mendahului. 8.Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang disukai mereka. 9.Menjauhkan sesuatu yang tidak disukai mereka. 10.Mendoakan keduanya agar mendapat keampunan setiap ka1i ia berdoa untuk dirinya. Sebagai anak yang soleh, maka tugas-tugas berbakti kepada ibu bapa merupakan tugas utama sebelum tugas-tugas duniawi lainnya dilaksanakan. Demikianlah tuntutan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana pernah baginda melaksanakan dalam kehidupannya 6. Merujuk kisah diceritakan H Luqman Hakim dalam bukunya berjudul Rangkaian Cerita-Cerita Teladan, "Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW bersama sahabatnya sedang duduk berehat setelah selesai peperangan. Sedang Nabi berbaring tiba-tiba datang seorang Musyrik sambil menghunuskan pedangnya kepada Baginda, lelaki pun berkata: Wahai Muhammad, katakan siapakah yang dapat menolong kau dari aku sekarang? Tanpa berasa gentar dengan cepat dan spontan dijawab Nabi Muhammad SAW. "Allah!" Demi mendengarkan jawapan Nabi, pedang lelaki itu tiba-tiba jatuh lalu cepat direbut oleh Rasulullah dan Baginda pula menghalakan pedang itu ke arah lelaki itu dan bertanya: "Sekarang katakan kepada saya siapa pula yang akan menolong engkau? Dengan penuh ketakutan kerana risau akan dibunuh lantas ia pun berkata: "Tentulah engkau saja yang dapat menolongku." Kemudian Nabi Muhammad SAW melepaskan orang itu supaya kembali kepada kaumnya. Tatkala sampai di kalangan kaumnya, ia pun mengkhabarkan: "Wahai kaumku, aku datang dari seorang lelaki yang baik di antara sekalian manusia." Lelaki itu kemudian memeluk agama Islam selepas mengenangkan sifat kemaafan Baginda yang luar biasa itu. Sewajarnya kita mencontohi sifat pemaaf Baginda SAW supaya tiada lagi perasaan dendam di dalam hati. Mudah-mudahan sifat memaafkan itu mampu menyedarkan pihak lain untuk tidak melakukan perbuatan yang menyakiti hati saudaranya

Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia. Bersempena dengan tarikh ini juga, seperti kebiasaannya akan diadakan sambutan maulidur rasul dan pada kali ini ianya bakal bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Bagi yang berkelapangan, bolehlah turut serta bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini yang bakal diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Maklumat lanjut, boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut http://www.islam.gov.my. Disini turut disediakan aturcara bagi program yang bakal dilangsungkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012M/1433H.

credit gambar kepada : kulanzsalleh.com **** Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan dan menggariskan matlamat pertama perutusan Baginda ke dunia. Baginda telah bersabda yang maksudnya Hanyasanya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Ini bermakna, dengan cara kita mencontohi, mempelajari, dan mendalami cara hidup Baginda s.a.w, kita juga boleh memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi, insya Allah. Baginda kan contoh terbaik umat manusia, dengan mencontohi keperibadian baginda, mudahmudahan kita pun bakal menjadi contoh ikutan dan tauladan orang lain. Dalam catatan pada kali ini, saya ingin kongsikan beberapa potong hadis yang membicarakan tentang persoalan akhlak.

Hadis 1

Daripada Usamah bin Syarik, katanya Kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. Seolah-olah di atas kepala kami ada burung (kami duduk diam). Tiada seorang di kalangan kami bercakap. TIba-tiba Baginda didatangi orang, mereka bertanya: Siapakah hamba Allah yang di kasihi Allah? Jawab Baginda: Mereka yang paling berakhlak mulia. (Riwayat ath-Thobarani)

Hadis 2
Dalam sebuah riwayat: Rasulullah s.a.w. ditanya Apakah perkara baik yang dianugerahkan kepada manusia? Jawab Baginda: Akhlak mulia. (Riwayat at-Tirmizi)

Hadis 3
Nabi Muhammad s.a.w bersabda Sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) Islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Tirmizi)

Hadis 4
Daripada Abdullah bin Umar katanya Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah kamu ingin jika saya beritahu siapa orang yang paling saya kasihi dan yang paling rapat dengan saya dalam majlis ketika hari kiamat? Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Jawab mereka: Ya wahai Rasulullah. Sabda Baginda: Orang yang paling berakhlak mulia di kalangan kamu. (Riwayat Ahmad)

Hadis 5
Sabda Nabi s.a.w Tiada perkara yang paling berat dalam neraca seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang berperangai keji dan celupar. Sesungguhnya akhlak mulia akan menyampaikannya ke martabat orang yang berpuasa dan bersembahyang. (Riwayat Ahmad) ****

Menjaga akhlak merupakan antara perkara yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini kerana akhlak adalah sesuatu yang terpancar atau terpamer dalam diri individu. Contoh dia macam ni, katalah seorang hamba Allah ni dia tak jaga ibadah dia. Bila masuk waktu solat, dia tak solat. Bila tiba bulan Ramadhan, pun dia tak nak berpuasa. Bila cukup haul dan nisab, orang yang sama di jugak tak mahu bayar zakat.. semua ini hanya Allah s.w.t sahaja yang tau selagi mana dia (si hamba Allah) ni tadi tak kepoh dengan orang lain. Berbeza pulak dengan akhlak. Orang yang akhlaknya buruk ini, kita boleh nampak dengan jelas sebab ianya sifat luaran dan terpamer melalui perlakuan. Walaupun kita baru je jumpa si hamba Allah ni buat pertama kali, kalau dia memiliki akhlak yang buruk, time tu jugak kita dah boleh tau. Buruk bebenor budak ni. Memiliki akhlak yang mulia dan keimanan yang sempurna mempunyai perkaitan yang sangat rapat sebenarnya. Pernah satu ketika, Rasulullah s.a.w ditanya Siapa mukmin yang memiliki iman yang paling smpurna? Jawab Baginda: Mukmin yang paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Thobarani) Oleh itu, maka rugilah orang-orang yang menjaga ibadatnya tetapi tidak berjaya menjaga akhlaknya. Begitu jugak sebaliknya. Amatlah rugi apabila seseorang itu hanya menjaga akhlaknya, tetapi gagal pulak menjaga kualiti ibadatnya.

Sejarah Hidup Nabi Muhammad S.A.W


Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini. InsyaALLAH, di sini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita. Saya petik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH. Abdullah dan Aminah
y

Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, Abdullah.

y y y

Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah. Abd al-Muttalib telah mengutus Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam. Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah alJadi. Ketika itu, Abdullah berusia 25 tahun.

Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu alaihi wasallam


y y y

Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim. Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabiul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi. Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan: o 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur o Api sembahan orang Majusi terpadam o Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Kabah lalu berdoa dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu. Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.

Hidup Dalam Keluarga Bani Saad (sehingga umur 4-5 tahun)


y

y y

Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi. Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Saad dan disusukan oleh Halimah al-Sadiyyah. Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu alaihi wasallam oleh Jibril.

Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)


y y

y y y

Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah. Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita). Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan. Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah). Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.

Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)


y y y y

Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya. Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Apabila umur Muhammad sallAllahu alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah. Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.

Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)


y y y

Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin. Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib. Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah: o Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau. o Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam. Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula. o Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin Aylan. o Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam. o Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.

Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Kabah dan Isu Tahkim. o Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia
o

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S.

Berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , Allah Taala berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 158. Memerintahkan Baginda s.a.w. mengisytiharkan dirinya menjadi Rasul yang diutus oleh Allah kepada umat manusia seluruhnya, serta menerangkan bahawa: (1) Allah sahajalah Tuhan yang mempunyai kuasa mengurus dan mentadbirkan kepentingan-kepentingan dan kebaikan sekalian alam yang diciptakan-Nya. (2) Allah sahajalah Tuhan yang berhak disembah dan dipatuhi. (3) Allah jualah yang mengatur cara dan menetapkan masa menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan mematikan yang hidup. (4) Seluruh umat manusia wajib: (a) Beriman kepada Allah Tuhan yang demikian sifat-Nya (Esa pada "Uluhiyah"-Nya dan Esa pada "Rububiyyah"Nya) (b) Beriman kepada Rasulullah s.a.w. nabi yang terkenal dengan sifat Ummi , yang beriman kepada Allah dan kepada semua perintah yang terkandung dalam segala kitab yang diturunkan oleh Allah. (c) Menerima dan menurut hukum hakam dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.
(1)

______________________________
(1) Sifat "Ummi" ialah sifat tidak pandai membaca dan menulis.

Kepada Nabi Muhammad s.a.w. , sifat ini ialah satu di antara sifat-sifat kelebihan yang teristimewa bahkan di antara mukjizat-mukjizat yang membuktikan sahnya dakwaan Baginda s.a.w. menjadi Rasul kerana:

Pertama - Kebolehannya dan kecekapannya membetulkan akidah kepercayaan umatnya yang sesat.

Memperbaiki akhlak mereka yang buruk, dan menyatupadukan puak-puak kaumnya yang bermusuhan, sedang Baginda s.a.w., tidak tahu membaca dan menulis, adalah perkara luar biasa yang tidak pernah dikurniakan Tuhan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya s.a.w.

Kedua - Kebolehan dan kecekapan Baginda s.a.w. menjalankan tugas dan menyampaikan segala yang telah disampaikannya meliputi al-Qur'an dan Hadis, sedang Rasulullah s.a.w. bersifat "Ummi" adalah baka yang nyata yang menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. dapat mencapai semuanya itu dengan jalan wahyu semata-mata - sebagai utusan Tuhan

Dan lagi berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Baginda sendiri menerangkannya dalam hadis yang berikut: Perkara : Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan Agama Islam Yang Dibawanya

-11 ( ).

11- Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya. tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani, yang mendengar akan perihalku (menjadi utusan Allah), kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan (agama Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka". . (Muslim) Hadis yang kesebelas ini menerangkan tentang:

Wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam yang dibawanya.
Huraiannya. Sesiapa jua yang berada pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. atau yang datang kemudian hingga ke hari Qiamat diwajibkan beriman kepada Baginda s.a.w. dan kepada agama Islam yang dibawanya apabila berita kerasulan Baginda s.a.w. sampai kepadanya. Jika tidak maka orang itu dihukumkan kafir dan akan menerima azab seksa neraka disebabkan kekufurannya itu. Hukum ini meliputi seluruh umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kitab Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak harus berdalih untuk tidak menerima agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., dengan sebab mereka ada mempunyai kitab, kerana kitab-kitab mereka kalaulah tidak disebabkan mereka meminda, mengurangi dan menokok-tambahnya, sudah pun mansukh setelah habis masa kegunaannya dengan kedatangan Rasul yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab suci al-Qur'an yang dibawanya.

Perkara : Keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W.

-12 . ) ( . )(

12- Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah (Baginda s.a.w. bersabda): "....sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang kedua belas ini mengandungi: (1) Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan beberapa keistimewaan, (2) Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk, Huraiannya:

(1) Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.


Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. - sebagaimana yang sedia maklum - ialah Rasul yang akhir sekali, tidak ada Nabi apa lagi Rasul sesudahnya. Sesuai dengan keadaannya yang demikian, maka Baginda s.a.w. dikurniakan oleh Allah Taala beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada Rasul-rasul sebelumnya. Agama Allah yang dibawa oleh sekalian Rasul yang diutus silih berganti adalah satu tentang perkara pokoknya, iaitu beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada sekalian Rasul-Nya, tetapi hukum syariatnya yang meliputi cabang-cabang dan rantingnya adalah berlainan sedikit antara satu dengan yang lain, sesuai dengan keadaan zaman masing-masing. Apa yang kita dapati sekarang tentang keadaan yang berlainan antara satu agama dengan yang lain pada masalah pokoknya, maka itu bukanlah dari ajaran Rasul-rasul tetapi disebabkan penyelewengan penganut agama agama itu mengubah asas dan dasarnya dengan tujuan-tujuan yang tertentu.

(2) Nabi Muhammad s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk.


Di antara keistimewaan-keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. ialah Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk, meliputi manusia dan jin, juga malaikat dari mula Baginda s.a.w. diutus hingga ke akhir dunia ini. Ada pun Rasul-rasul yang sebelumnya maka mereka diutus hanya kepada kaum masing-masing. Syariat mereka berjalan kuat kuasanya dalam kalangan kaum mereka semasa hayat mereka; setelah mereka wafat maka syariat mereka dilanjutkan oleh Nabi-nabi yang dibangkitkan dalam kalangan kaumnya untuk memimpin kaum itu. Demikianlah seterusnya hingga Allah Taala mengutuskan seorang Rasul yang lain dengan membawa syariat yang baharu, yang boleh jadi berlainan sedikit dengan syariat Rasul yang telah lalu. Demikianlah halnya antara satu Rasul dengan yang lain hinggalah kepada Rasul yang akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah Baginda s.a.w. wafat, maka syariatnya dilanjutkan dan disebarkan oleh alim ulama Islam yang menjadi waris yang mempusakai ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perkara : Baginda S.A.W. Dan Sahabat-Sahabatnya

-13 ( ).

13- Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda s.a.w., lalu berkata "(Ya Rasulullah) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran - tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?"(mendengar yang demikian) Baginda s.a.w., bersabda "Adakah kamu merasa ragu dan serba salah ( dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam - dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan) dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain daripada menurutku." (Imam Ahmad dan al-Baihaqi) Hadis yang ketiga belas ini menerangkan: (1) Rasulullah s.a.w. tempat rujuk sahabat-sahabat Baginda mengenai perkara-perkara agama. (2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi. (3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba salah dalam soal agama. (4) Penegasan Baginda s.a.w. bahawa agama Islam yang dibawanya adalah agama yang benar, bersih suci dan jelas nyata. (5) Ketinggian agama Islam. Huraiannya:

(1) Baginda s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.


Perasaan kasih kepada Rasulullah s.a.w. tidak cukup setakat kata-kata di bibir sahaja, tetapi mestilah dari hati nurani sampai kepada tingkah laku sehingga Baginda s.a.w., menjadi tempat rujuk sebarang perkara agama untuk dipatuhi dengan sepenuhnya. Demikianlah halnya sahabat-sahabat dengan Baginda s.a.w. pada masa hayatnya sebagaimana yang dilakukan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab yang tersebut kisahnya dalam hadis ini. Setelah Baginda s.a.w., wafat maka pusaka peninggalannya - al-Qur'an dan al-Sunnah - sudah semestinya dijadikan tempat rujuk yang asasi yang wajib diturut dan dipatuhi.

(2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi.


Orang-orang Yahudi sentiasa bekerja keras untuk menarik orang-orang lain kepada agama mereka, dengan menjalankan berbagai-bagai cara terutama dengan menyebarkan berbagai kisah dan cerita yang menarik hati pembaca dan pendengarnya, sehingga Sayidina Umar telah meminta pendapat Rasulullah s.a.w., iaitu bolehkah orang-orang Islam memetik dan menyalin cerita-cerita yang tersebut? Bagi menjawabnya, Baginda s.a.w. telah melarang keras seperti yang terkandung dalam hadis ini.

(3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba salah dalam soal agama yang dibawanya.
Baginda s.a.w. memberi amaran supaya sahabat-sahabat Baginda -juga seluruh umatnya - jangan terpengaruh dengan di'ayah-di'ayah agama lain, sebaliknya hendaklah mereka sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap propaganda pihak lain yang beranika ragam itu. Baginda s.a.w. juga menegaskan supaya jangan mereka berkeadaan bingung atau berperasaan raguragu terhadap soal agama, lalu terburu-buru hendak menerima di'ayah pihak lawan kerana mengikut kecenderungan hati dan terpengaruh kepada kemanisan cerita-cerita itu. Sikap ragu-ragu dan meraba-raba dalam perkara agama, tegas Baginda s.a.w; lagi, adalah sikap kaum Yahudi dan Nasrani dan kerana itulah mereka telah menyeleweng dari ajaran-ajaran kitab-kitab mereka, bahkan mereka telah merosakkan kandungannya dengan meminda dan menokok tambahnya sebagaimana yang dianjurkan oleh ketua-ketua agama mereka untuk kepentingan dirinya.

(4) Penegasan Baginda s.a.w.: Bahawa agama Islam yang dibawanya adalah yang benar, bersih suci dan jelas nyata.
Tiap-tiap seorang Islam tidak harus merasa ragu-ragu terhadap kebenaran agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya. Tidak ada sebab mengapa seseorang Muslim boleh terpengaruh kepada di'ayah kaum Yahudi dan Nasrani atau lain-lain pihak yang bukan Islam. Sebenarnya apa yang sepatutnya dijadikan ukuran benar dan salahnya satu-satu agama ialah tentang keasliannya - tidak berubah dengan pindaan dan tokok tambah, tentang kesucian dan kebersihannya daripada sebarang perkara yang berupa syirik, dan tentang ajarannya yang jelas nyata dari sebarang perkara yang mengeliru dan meragukan. Hakikat keaslian yang demikian tidak ada wujudnya melainkan pada agama Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang terpelihara dengan sebaik-baiknya dalam kitab suci alQur'an al-Karim dan hadis-hadis yang sahih.

(5) Ketinggian agama Islam.


Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya. Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariat Taurat itu masih hidup dalam zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak ada jalan lagi baginya selain daripada mengikut agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil di atas agama yang lain dari agama Islam.

-14 ( ).

14- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul; dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu ia menurutku." (Al-Daarimi) Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. memansukhkan syariat-syariat yang lain.
Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu. Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri. Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengan keadaan umat manusia dalam setiap masa, dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabarancabaran zaman, - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa. Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah, sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:

: ( ).

15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu" (Muslim)

Anda mungkin juga menyukai