Anda di halaman 1dari 2

DOA PERSARAAN DAN PERPISAHAN

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta
pada sahabat baginda.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami menadah tangan pada hari ini Ya Allah, merafakkan kesyukuran dan
pujian terhadapMu, di atas kurniaanMU yang tidak ternilai. Kami memohon
keampunanMu jua,terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.
Ya Allah, di majlis , sempena
persaraan ..
Kami berhimpun di sini pada hari ini, bagi menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami buat insan yang kami raikan, buat azimat dan
kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk
Jabatan .
Allahumma Ya Karim, Ya Aziz
Sesungguhnnya, di tanganMU sahaja kuasa penilai segala amalan, Kau
jadikanlah segla bakti yang disumbangkan sepanjang tempoh
perkhidmatanya,sebagai ibadah yang Engkau redhai Terimalah segala
usaha dan pengorbanannya itu sebagai amal soleh yang Engkau berkati.
Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmatMu,dalam
kehidupan beliau yang berjasa,jua dalam kehidupan kami yang masih di
alam persada ini.
Ya Allah, iringilah bersama detik0detik persaraan beliau dengan keazaman
dan komitmen untuk terus menabur budi dan bakti kepada agama,
bangsa dan negara.
Ya Allahu Ya qhoniyu Ya Hamid
Kurniakanlah kepada kami yang masih berkhidmat ini kekuatan jiwa dan
tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan
semangat beliau miliki,ke dalam hati sanubari kami.

Anda mungkin juga menyukai