Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

Sempena majlis perpisahan dan pertukaran PTLP Supt Tuan Ismail Bin Mamat yang diraikan pada saat
ini ,kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu yaAllah agar beliau diberkati, dikurniakan rahmat dan
nikmat yang berpanjangan sihat walafiat yang berkekalan.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk
meneruskan tugas di tempat baru dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas yg
diamanahkan dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan
cemerlang dan berkualiti demi menaikkan nama dalam Cawangan Pengangkutan khasnya dan Polis
DiRaja Malaysia

Ya Allah, jadikanlah perjumpaan kami ini sebagai satu perjumpaan yang dirahmati dan perpisahan kami
pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati /. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami
ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari mendapat rahmat.

Anda mungkin juga menyukai