Anda di halaman 1dari 2

DOA PERPISAHAN

Sempena majlis perpisahan guru besar yang diraikan, pada saat ini kami
menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar beliau diberkati,
dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan, sihat walafiat yang
berkekalan.
Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal
dan mental untuk meneruskan kerja dalam suasana berbeza serta dapat
menjalankan tugas-tugas dengan jayanya.
Jadikanlah kami yang masih menjalankan tugas di sini agar dapat
meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi
memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan
dan keredhaan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang
dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan
yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami
ini dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami
daripada memperolehi rahmat-Mu.

Anda mungkin juga menyukai