Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

Sempena majlis pertukaran ……………………………………………………..


yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya
Allah agar beliau diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan
sihat walafiat yang berkekalan.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal


dan mental untuk meneruskan kerja beliau dalam suasana berbeza serta dapat
menjalankan tugas-tugas beliau dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan
tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan
negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang


dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan
mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari
memperolehi rahmat.

Anda mungkin juga menyukai