Anda di halaman 1dari 8

“MENSYUKURI NIKMAT MEMBAWA BERKAT”

(12 DISEMBER 2018 / 21 RABI’UL AKHIR 1440)

﴾‫﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita
bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati rahmat
dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar Jumaat
hari ini akan membicarakan khutbah berkenaan “Mensyukuri Nikmat
Membawa Berkat” seiring dengan peringatan Allah melalui surah Fatir,
ayat 3:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
              ﴿

﴾        

1
Maksudnya: “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah
dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu
selain Allah, Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan
melainkan Dia; maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita
semasa hidup di dunia ini. Pengertian nikmat dapat difahami sebagai segala
bentuk kesenangan dan keselesaan bagi memenuhi keperluan hidup yang secara
lazimnya dikehendaki dan disukai oleh setiap manusia. Antara nikmat tersebut
ialah nikmat Iman, Islam, nyawa, sihat fizikal dan mental, makanan, keluarga,
ilmu pengetahuan, kehidupan, kesihatan, kemerdekaan, keamanan,
keharmonian, kemakmuran dan sebagainya. Sesungguhnya kita tidak mampu
untuk menghitung nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

Tujuan Allah mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita adalah


untuk membuktikan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Nikmat itu jugalah yang
memudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian. Menguji keimanan dan
kesabaran serta menguji sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang dimiliki dan
memanfaatkan ke arah jalan yang diredai oleh Allah . Setiap nikmat yang
kita kecapi hari ini akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak sebagai mana
firman Allah melalui surah al-Takathur, ayat 8:

﴾    ﴿


Maksudnya: “Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari
akhirat kelak tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya.”

Dalam hal ini juga, Rasulullah bersabda melalui hadis riwayat Imam al-
Tirmizi daripada Abu Hurairah :

Mafhumnya: “Sesungguhnya yang pertama ditanyakan kepada seorang hamba


pada hari kiamat kelak ialah tentang nikmat-nikmat. Dengan diucapkan

2
kepadanya: “Bukankah Kami telah berikan kesihatan pada tubuhmu dan kami
berikan air minum yang sejuk?”

Oleh itu, kita mesti menghargai dan mensyukuri setiap nikmat yang
diperoleh dengan sentiasa mengingati Allah sebagai pemberi nikmat.
Bersyukur itu boleh kita laksanakan melalui tiga cara, iaitu: Pertama, bersyukur
dengan hati, dengan menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan
kurniaan yang diperoleh merupakan anugerah Allah . Kedua, bersyukur
dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. Ketiga,
bersyukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada Allah dan
menggunakan segala nikmat kurniaan itu untuk tujuan kebaikan.

Selain itu, kita berusaha berkongsi nikmat yang ada bersama-sama dengan
golongan yang memerlukan seperti fakir miskin melalui jamuan keraian,
bantuan, sumbangan dan sedekah sebagai tanda menzahirkan nikmat kurniaan
itu. Ingatlah, bahawa Allah adalah pemberi nikmat yang mutlak dan Dia
amat suka melihat kesan nikmat itu dimanfaatkan dalam kalangan hamba-
hamba-Nya. Lantaran itu, Rasulullah bersabda melalui hadis riwayat Imam
al-Baihaki:

Mafhumnya: “Sesungguhnya apabila Allah mengurniakan sesuatu nikmat


kepada hamba-Nya, maka Allah suka agar nikmat itu tampak kesannya pada
diri hamba itu.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI SEKALIAN,


Kebaikan bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah
ialah kita mendapat berkat dengan sentiasa merasa cukup terhadap nikmat yang
dimiliki. Mendapat kelapangan dada dan ketenangan hati serta sentiasa
menggunakan nikmat tersebut dengan sebaiknya. Inilah tanda-tanda keberkatan
yang diperoleh kerana selalu berterima kasih kepada Allah yang
memberikan nikmat.

3
Namun hakikatnya manusia sering lalai dan alpa dalam mensyukuri
nikmat-nikmat yang dikecapi, bahkan sangat sedikit daripada kalangan hamba
Allah yang bersyukur seperti mana dijelaskan melalui firman-Nya menerusi
surah Saba’ ayat 13:

﴾ ﴿
Maksudnya: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu
yang bersyukur.”

Syeikh Muhammad Mutawali al-Sya’rawi ( ) ketika

menghuraikan ayat ini menyatakan tidak ramai dalam kalangan manusia


membalas nikmat Allah dengan bersyukur. Malah, ada juga sebahagian
manusia yang tergamak menggunakan nikmat ke jalan maksiat dan dosa. Justeru
kita harus ingat, bahawa seseorang itu tidak dikira bersyukur apabila
menggunakan nikmat Allah pada jalan yang dimurkainya-Nya. Tindakan
seumpama ini dianggap kufur nikmat dan balasannya ialah seksaan yang amat
pedih di akhirat kelak. Maka kita hendaklah berwaspada, bahawa antara akibat
tidak bersyukur dengan nikmat Allah ialah merasa tidak pernah cukup
dengan nikmat yang dikurniakan. Nikmat-nikmat yang diperoleh ini boleh
ditarik balik oleh Allah bila-bila masa dan hilang dalam sekelip mata.
Hidup dalam kesempitan, hati selalu berasa keluh kesah, gelisah dan tidak
tenang kerana tidak mendapat keberkatan daripada Allah .

Oleh itu, langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya setiap nikmat


disyukuri agar sentiasa bertambah dan berkat ialah dengan membayar zakat
harta apabila cukup syarat, tidak kedekut untuk menderma kepada pihak yang
memerlukan dan fakir miskin serta sentiasa menggunakan setiap nikmat ke arah
jalan yang diredai Allah . Selain itu, jangan sesekali bersikap bangga diri
dan sombong dengan nikmat yang ada kerana kita bukanlah pemilik mutlak
nikmat tersebut, hakikatnya ia milik Allah dan Dia Maha Berkuasa
menariknya semula.

4
Kita juga perlu membuat penilaian sama ada kita benar-benar menghargai
dan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang
dikurniakan, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertambah
keimanan dan ketakwaan serta mendapat keberkatan. Atau kita termasuk dalam
golongan yang tidak bersyukur, tidak peka atas nikmat yang diberikan dan tidak
menyedari setiap nikmat yang terdapat pada diri kerana fokus fikiran hanya
tertumpu pada apa yang belum dicapai dan tidak pernah merasa cukup dengan
yang ada. Lalu termasuklah dalam golongan yang dicela oleh Allah -

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar mengajak sidang jemaah
sekalian agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan selagi kita
bernyawa. Apabila bersyukur pasti Allah akan melimpahkan pelbagai
nikmat lagi. Bersyukurlah, sama ada untuk nikmat zahir mahupun nikmat batin
ataupun nikmat nampak dan tidak nampak, nescaya kita akan memperoleh
kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. Benar sekali
bahawa syukur nikmat itu membawa berkat, manakala kufur nikmat itu akan
mengundang laknat. Hal ini dapat difahami dengan jelas daripada firman Allah
melalui surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya!


Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat-Ku kepadamu, dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

5
KHUTBAH KEDUA


‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫﴿ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ‬
﴾‫ﭿ‬
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang
yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah
kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

6
‫فادوك بضيندا يغ دفرتوان اضوغ‬ ‫يغ‬

‫يغ‬
‫يغ‬ ‫اضوغ‬ ‫يغ‬

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami memohon agar dengan rahmat dan


perlindungan-Mu, Negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam
keamanan dan kesejahteraan,

Tanamkanlah rasa kasih sayang diantara kami,kekalkanllah perpaduan dalam


kalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur
dan selamat sepanjang zaman.

7
‫﴿ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ﴾‬
‫﴿ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥﯦ﴾‬

‫﴿ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ‬
‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉﮊ ﮋ﴾‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai