Anda di halaman 1dari 3

Mukadimmah

 Salam
 Insyaallah bahagian agama dan kaunseling jabatan penjara Malaysia
menyediakan video pembelajaran Smart solat bagi kegunaan pegawai
dan penghuni jabatan penjara Malaysia
 Untuk siri 1 ini kita akan meneliti berkenaan 4 tajuk utama daripada
rukun solat iaitu Niat, Takbiratulihram, Berdiri Betul dan bacaan al-
fatihah

Tiga rukun ini dilakukan serentak

1. Niat

 Niat wajib di awal solat


 Disunatkan melafazkan niat sebelum takbiratulihram seperti
contoh :
(‫)اصلي فرض الظهر اربع ركعات أداء هلل تعالى‬
 Terdapat 3 rukun niat di dalam solat fardhu iaitu pertama qasad
bermaksud membezakan dengan tujuan melakukan perbuatan –
perbuatan lain), kedua ta’yin bermaksud menentukan solat apa
yang hendak didirikan dan ketiga ta’arudh bermaksud qasad
melakukan solat fardhu yang membezakan dari solat sunat
 Niat wajib diadakan dalam hati, iaitu contoh meniatkan “sahaja
aku solat fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala” dari
awal takbir dan terus mengingatinya hingga ke akhir takbir. Takbir
ini dinamakan takbiratulihram.

2. Takbiratulihram

 Ia dinamakan takbiratulihram kerana mengharamkan orang yang


solat daripada melakukan perbuatan dan perkataan yang
membatalkan solat yang sebelumnya boleh dilakukan diluar solat.
 Lafaznya mestilah dalam Bahasa arab iaitu kalimah Allahu akbar.
 Wajib takbiratulihram dalam keadaan berdiri dan mestilah
didengar oleh telinganya

1
 Sifat – sifat jari dan tangan semasa takbiratulihram :
i. Menghadapkan kedua tapak tangan ke arah kiblat
ii. Mencondongkan sedikit hujung jari ke arah kiblat
iii. Menjarakkan jari – jari sederhana jarak
iv. Membuka kedua tapak tangan
v. Kedua tapak tangan hendaklah diangkat bertentangan
dengan dua bahu dengan dua cara :
Menurut An-Nawawi : Hujung jari – jarinya menyamai
bahagian atas telinganya, ibu jarinya menyamai anak telinga
dan bukaan antara tapak tangannya selari dengan bukaan
bahunya.
Menurut al-azraei : mengangkat tapak tangan selari dengan
bahu ialah hujung jari – jarinya menyamai dua bahu.

 Disunatkan melihat ke tempat sujud dan menundukkan sedikit


kepala sebelum takbiratulihram

 Waktu mengangkat dua tangan ketika takbiratulihram:


i. Pendapat pertama : Mengangkat tangan dan lafaz takbir
tamat serentak
ii. Pendapat kedua : Mengangkat tangan sebelum melafazkan
takbir dan bertakbir serentak dengan mula – mula
menurunkan tangan dan tamat takbir sama dengan
meletakkan tangan
iii. Pendapat ketiga : Mengangkat tangan tanpa takbir,
kemudian dia bertakbir ketika tangannya terangkat ke atas.
Apabila sudah tamat takbir, maka dia menurunkan
tangannya.
iv. Pendapat keempat : Mengangkat tangan ketika sudah
melafazkan sebahagian takbir
* tidak boleh mengangkat tangan setelah selesai takbir kerana waktu sunat
mengangkat tangan telah luput.

 Setelah bertakbir, terus meletakkan tangan di bawah dada.

2
3. berdiri betul

 berdiri yang menjadi syarat sah solat adalah berdiri menegakkan


tulang belakangnya kerana nama berdiri tertakluk kepada
meluruskan tulang belakang.
 berdiri tegak adalah wajib ketika takbiratulihram dan wajib untuk
solat fardhu

*keadaan berdiri yang tidak sah :


*membongkok ke depan atau kebelakang atau condong ke kiri
atau ke kanan sekira – kira tidak dinamakan sebagai berdiri

* Jarak bukaan kaki sama dengan luas bahu


* Jarak bukaan kaki adalah sejengkal
* Keadaan bukaan kaki yang salah

Bacaan Al Fatihah
* Imam membaca surau al-fatihah

Anda mungkin juga menyukai