Anda di halaman 1dari 41

FIQH IBADAH :

SOLAT
SOLAT
• Ibadat solat merupakan ibadat pertama yang diperintahkan
Allah kepada manusia dan amalan pertama yang akan dihisab
di padang mahsyar nanti.
• Firman Allah swt:
‫إن اﻟﺻﻼة ﻛﺎﻧت ﻋﻠﻰ اﻟﻣؤﻣﻧﯾن ﻛﺗﺎﺑﺎ ﻣوﻗوﺗﺎ‬
“Sesungguhnya sembahyang itu merupakan kewajiban yang
ditentukan atas kaum mukminin.” (surah an-Nisa:103)
• Sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya yang pertama difardhukan oleh Allah ke atas
manusia dari agamanya adalah solat dan amalan pertama yang akan
dihisab adalah solat dan Allah berfirman: Periksalah solat hamba-Ku
ini, jika solatnya sempurna tuliskan sempurna. Dan jika kurang, Allah
swt berfirman: Adakah hamba-Ku itu melakukan solat sunat, kalau
ada sempurnakanlah solatnya (tampungkanlah kekurangan itu)” –
Hadis riwayat Abu Ya`la.
• Sabda Raasulullah SAW :
“Solat yang lima dapat diumpamakan sebagai sungai jernih yang
mengalir di hadapan rumahmu, kemudian kamu membersihkan
dirimu lima kali sehari di dalam sungai tersebut. Rasulullah saw
bertanya, ‘Pada pendapatmu, apakah masih ada kotoran yang
melekat ditubuh?’ Serentak para sahabat menjawab, ‘tentu sahaja
tidak.’ Rasulullah saw menyambung, ‘Sesungguhnya solat itu
membersihkan dosa-dosamu sebagaimana air sungai yang
membersihkan kotoran ditubuhmu.’ –Hadis riwayat Muslim.
• Syarat Wajib Solat:
1.Islam 2.Baligh 3.Berakal

• Syarat-syarat sah solat:


1.Bersuci (Toharah)
2.Masuknya waktu solat
3.Menutup aurat
4.Menghadap kiblat
BERSUCI

• i. Suci dari hadas kecil dan hadas besar


• Bersuci dari hadas kecil adalah dengan mengambil wuduk. Bersuci
dari hadas besar pula ialah melalui mandi wajib.

• ii. Kesucian pakaian, badan dan tempat solat.


• -Wajib membersihkan badan, pakaian dan tempat solat dari segala
jenis najis sebelum melakukan solat. Solat batal (tidah sah) apabila
solat dengan pakaian atau badan ada najis walaupun sedikit.

• #Mengetahui bahawa telah ada najis pada badan atau pakaian


walaupun sedikit, harus diulang solat tersebut.

• #Setelah solat baru melihat najis ada pada pakaian atau badan tetapi
tidak tahu bahawa najis itu ada ataupun tidak ada ketika dia
melakukan solat, sah solatnya dan tidak perlu diulang.
MASUKNYA WAKTU SOLAT

• Iaitu mengetahui masuknya waktu solat yang telah ditetapkan dengan


yakin dan wajib dilakukan pada waktu-waktu itu. Tidak sah solat jika
dilakukan sebelum masuknya waktu solat. Waktu solat dapat
diketahui dengan 3 cara :
• Ilmu yang yakin
• Ijtihad
• Taqlid

• Waktu yang dilarang untuk melakukan solat:


1.Setelah seseorang melakukan solat Subuh hingga terbitnya matahari.
2.Dari terbitnya matahari hinggalah ianya meninggi. (kerana waktu itu
ialah waktu sembah matahari bagi orang-orang kafir)
3.Setelah seseorang melakukan solat Asar.
.
MENUTUP AURAT

• i.Batas aurat lelaki : anggota badan yang berada di antara


pusat dan lutut.
• ii.Batas aurat wanita : seluruh anggota badan wanita adalah
aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.

• *Pakaian solat wanita : pakaian yang boleh menutupi seluruh


tubuh badan, yang bersih, yang longgar, tidak berlubang-
lubang dan tebal (yang dapat menutupi pandangan orang
terhadap warna kulitnya)
MENGHADAP KIBLAT
• -Menghadapkan dada ke arah kiblat adalah syarat sah
solat.

• *Pemberitahuan arah kiblat boleh diterima dari orang


yang muslim, baligh, berakal sama ada lelaki ataupun
perempuan.

• Boleh tidak menghadap kiblat dalam keadaan berikut:


a.ketika sangat takut, sehingga tidak dapat menetapkan
kedudukannya dari menghadap kiblat.
b.orang yang dalam perjalanan berada diatas kenderaan.
c.apabila kiblat tidak diketahui.
d.sakit dan tidak mampu untuk menghadap kiblat.
RUKUN SOLAT

1.Niat
2.Takbiratul Ihram
3.Berdiri betul bagi orang yang berkuasa.
4.membaca surah al-Fatihah
5.Rukuk serta Tomakninah
6.I`tidal serta Tomakninah.
7.Sujud serta Tomakninah.
8.Duduk di antara dua sujud.
9.Duduk tasyahud akhir
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
12.Memberi salam pertama. (ke kanan)
‫اﻟﺳﻼم ﻋﻠﯾﻛم ورﺣﻣﺔ ﷲ‬
13.Tertib.
PERBUATAN-PERBUATAN SUNNAH KETIKA
SOLAT.

Sunnah ketika mengerjakan solat ada dua:


• 1. Sunnah Ab`adh – Sunnah ini apabila ditinggalkan perlu
diganti dengan sujud Sahwi.

• 2. Sunnah Hai`ah -Sunnah ini jika ditinggalkan tidak mengapa


SUNNAH AB`ADH
• 1.membaca tasyahud awal
• 2.Selawat ke atas Nabi selepas tasyahud awal
• 3.Duduk membaca tasyahud
• 4.Qunut pada solat Subuh dan Witir pada malam 15
Ramadhan hingga akhir bulan tersebut
• 5. Selawat ke atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir.
DOA QUNUT
‫ وﺑﺎرك ﻟﻲ‬. ‫ وﺗوﻟﻧﻲ ﻓﯾﻣن ﺗوﻟﯾت‬. ‫ وﻋﺎﻓﻧﻲ ﻓﯾﻣن ﻋﺎﻓﯾت‬. ‫• اﻟﻠﮭم اھدﻧﻲ ﻓﯾﻣن ھدﯾت‬
‫ وإﻧﮫ ﻻ ﯾذل ﻣن‬. ‫ ﻓﺈﻧك ﺗﻘﺿﻲ وﻻ ﯾﻘﺿﻰ ﻋﻠﯾك‬. ‫ وﻗﻧﻲ ﺷرﻣﺎ ﻗﺿﯾت‬. ‫ﻓﯾﻣﺎ أﻋطﯾت‬
. ‫ ﻓﻠك اﻟﺣﻣد ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻗﺿﯾت‬. ‫ ﺗﺑﺎرﻛت رﺑﻧﺎ وﺗﻌﺎﻟﯾت‬. ‫ وﻻ ﯾﻌز ﻣن ﻋﺎدﯾت‬. ‫واﻟﯾت‬
‫ وﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻰ ﻣﺣﻣد ن اﻟﻧﺑﻲ اﻷﻣﻲ وﻋﻠﻰ آﻟﮫ وﺻﺣﺑﮫ‬. ‫أﺳﺗﻐﻔرك وأﺗوب إﻟﯾك‬
. ‫وﺳﻠم‬
• " Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan
kepadaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan
tidak ada sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan dan Yang Maha
Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sajalah segala macam puji,
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau….
SUNNAH HAI`AH
1.Mengangkat tangan;
i.ketika takbiratul ihram menghadap kiblat sehinga ke telinga dan setinggi
bahu.
ii.ketika akan rukuk dan ketika berdiri dari rukuk.
iii.berdiri setelah bangun dari tasyahud awal.
2.Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan diletakkan
keduanya di bawah dada atau atas pusat.
3.Membaca doa iftitah.
4.Membaca al-Isti`azah
5.Mengucapkan Amin setelah membaca al-Fatihah. ‫آﻣﯾن‬
6.Membaca surah al-Quran pada dua rakaat yang pertama selepas
membaca al-Fatihah.
7.Sunnat bagi makmum mendengar bacaan imamnya.
8.Mengeraskan bacaan pada -solat Subuh, Jumaat, Hari raya, Tarawih,
witir(pada bulan ramadhan), serta pada 2 rakaat pertama solat maghrib
dan Isyak.
9.Memandang ke tempat sujud.
SAMBUNGAN – SUNNAH HAI`AH

10.Bangun dari rukuk, membaca: ‫ﺳﻣﻊ ﷲ ﻟﻣن ﺣﻣده‬


“ Allah akan mendengar orang yang memujiNya.”
• -Semasa iktidal dibaca: ‫رﺑﻧﺎ وﻟك اﻟﺣﻣد‬
“Wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian.”
11.Membaca tasbih ketika rukuk. ‫ﺳﺑﺣﺎن رﺑﻰ اﻟﻌظﯾم وﺑﺣﻣده‬
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya.”
12.Membaca Tasbih ketika sujud. ‫ﺳﺑﺣﺎن رﺑﻰ اﻟﻸﻋﻠﻰ وﺑﺣﻣده‬
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dengan sifat kepujianNya.”
13.Membaca doa ketika duduk di antara dua sujud
‫رب اﻏﻔرﻟﻰ وارﺣﻣﻧﻰ واﺟﺑرﻧﻰ وارﻓﻌﻧﻰ وارزﻗﻧﻰ واھدﻧﻰ‬
‫وﻋﺎﻓﻧﻰ واﻋف ﻋﻧﻰ‬
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku dan
angkatlah darjatku. Berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku
dan maafkanlah aku.”
SAMBUNGAN- SUNNAH HAI`AH

14.Duduk Iftirasy – duduk di atas buku lali kiri ketika tahiyat awal,
duduk di antara dua sujud dan duduk istirahat (duduk semasa
hendak bangun dari sujud)
15.Duduk Tawarruk – duduk Tahiyat akhir. (seperti duduk Iftirasy
tetapi mengeluarkan tapak kaki kiri ke sebelah kanan dengan
menyentuh punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki
kanan dengan jarinya dihadapkan ke kiblat.
16.Duduk Istirahat –duduk setelah sujud kedua sebelum berdiri.
17.Meletakkan jari tangan kiri dalam keadaan terbuka dan
menggengam jari tangan kanan dengan memberi isyarat telunjuk
ketika syahadah.
18.Memberi salam yang kedua.
19.Menoleh ke kanan untuk salam pertama dan ke kiri untuk salam
kedua.
SUNNAT SEBELUM SOLAT
• 1.Azan
Bacaan Selepas Azan:
‫ آت ﻣﺣﻣدا اﻟوﺳﯾﻠﺔ واﻟﻔﺿﯾﻠﺔ واﺑﻌﺛﮫ ﻣﻘﺎﻣﺎ ﻣﺣﻣودا اﻟذي‬. ‫ واﻟﺻﻼة اﻟﻘﺎﺋﻣﺔ‬. ‫اﻟﻠﮭم رب ھذه اﻟدﻋوة اﻟﺗﺎﻣﺔ‬
‫وﻋدﺗﮫ‬
" Ya Allah tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang
akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami
Muhammad dengan kehormatan dan kemuliaan yang tinggi. Dan bangkitlah
untuknya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan."
# Menjawab ‘As-solatu khairun minan naum’ (azan subuh)
‫ﺻدﻗت وﺑررت‬
“Engkau telah berkata benar dan berbakti.”
2.Iqamah. Bacaan Selepas Iqamah: ‫أﻗﺎﻣﮭﺎ ﷲ وأداﻣﮭﺎ‬
“Semoga Allah mendirikannya (sembahyang) dan mengekalkannya.”
3.Meletakkan sesuatu (pemisah) di hadapannya yang memisahkannya dengan
orang-orang yang lalu lalang.
SUNNAT SELEPAS SOLAT

• -Istigfar, zikir dan doa


• Dari Kaab bin Ujrah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :"Zikir-zikir
(tasbih) yang dibaca berulang-ulang kali setiap kali selepas
solat wajib, tidak akan menjadi sia-sia (akan diberi ganjaran
yang besar di sisi Allah Taala ; iaitu bertasbih 33 kali
(Subhanallah), bertahmid 33 kali (Alhamdulillah) dan bertakbir
33 kali (Allahu Akbar). – hadis riwayat Muslim.
PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT

• 1. Memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana ada


keperluan yang penting, seperti memerhatikan musuh.
• 2. Mengangkat pandangan ke langit
• 3. Bermain-main dengan rambut dan menyingsing hujung baju
(lengan) ketika solat
• 4. Solat ketika makanan telah dihidangkan (ketika hatinya
teringin untuk makan)
• 5. Solat dalam keadaan menahan kencing atau air besar
• 6. Solat dalam keadaan terlalu mengantuk
• 7. Solat di tempat-tempat seperti bilik air, jalan, pasar, kawasan
kubur, gereja, tempat sampah, tempat unta duduk dan
sebagainya
PERKARA YG MEMBATALKAN SOLAT
• 1.Berkata-kata dengan sengaja- selain dari ayat al-Quran, zikir atau
doa
• 2.Berhadas, sama ada hadas kecil atau besar. Seperti keluarnya
sesuatu najis daripada kemaluan.
• 3.Adanya najis pada badan atau pakaian. (Jika najis dapat dibuangkan
sebelum solat maka solat tidak batal.)
• 4.Terbuka aurat walaupun tidak disengajakan, tetapi sekiranya dapat
ditutupkan ketika itu maka solatnya tidak batal.
• 5.Mengubah niat ketika solat. Seperti niat solat fardhu ditukar kepada
solat sunat.
• 6.Makan atau minum dengan sengaja ketika solat
• 7.Banyak bergerak ketika solat.
• 8.Melakukan perbuatan yang tidak disuruh melakukannya dalam solat
seperti membelakangkan kiblat, berdehem, ketawa, menangis,
mengerang kesakitan dan sebagainya.
SUJUD SAHWI
• -Sujud yang dilakukan sebanyak 2 kali sebelum salam kerana
terlupa sesuatu dalam solat. Hukumnya adalah sunnah.

Bacaan sujud sahwi: ‫ﺳﺑﺣﺎن ﻣن ﻻ ﯾﻧﺎم وﻻ ﯾﺳﮭو‬


“Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa.”
# Boleh juga membaca sebagaimana bacaan sujud biasa

Bacaan ketika duduk antara dua sujud (sujud sahwi) :


‫رب اﻏﻔر ﻟﻲ وارﺣﻣﻧﻲ وأﻧت ﺧﯾر اﻟراﺣﻣﯾن‬
"wahai tuhanku ampuni dan rahmatilah aku kerana Engkau Maha
Mengasihani."
SEBAB-SEBAB SUJUD SAHWI
1.tertinggal atau terlupa salah satu dari Sunnah Ab`adh. Seperti; tasyahud awal atau
bacaan Qunut. Maka hendaklah sujud sahwi.

2.Tertinggal salah satu rukun sembahyang, maka hendaklah melakukan rukun yang
tertinggal itu terlebih dahulu sebelum sujud sahwi. Contohnya:
tertinggal satu Sujud, maka batallah rakaat yang ditinggalkan sujud itu. Dan rakaat
yang selepas itu dianggap sebagai ganti rakaat yang tertinggal sujud itu. Kemudian
dilakukan sujud sahwi sebelum salam.

3.Terlebih rakaat atau rukuk atau sujud kerana lupa. Maka hendaklah dia sujud sahwi
sebelum salam.

4.Syak ataupun ragu-ragu dengan bilangan rakaat sembahyangnya. 3 atau 4 rakaat,


maka dia hendaklah jadikan bilangan yang diyakini iaitu 3 rakaat dan ditambah 1
rakaat lagi. Kemudian sujud sahwi sebelum salam.

• *Apabila lupa untuk melakukan sujud sahwi sebelum salam maka boleh dilakukan
selepas salam, dengan syarat jarak masa setelah salam itu tidak terlalu lama.
Sujud tilawah

• -Disunatkan sujud tilawah bagi orang yang membaca (ayat al-Quran


yang disunatkan sujud tilawah) sama ada ketika solat atau di luar
solat. Disunatkan juga kepada orang yang mendengar di luar solat.

• Rukun Sujud Tilawah (di luar solat)


1.niat
2.takbiratul ihram
3.sujud
4.memberi salam semasa duduk

• Syarat-syarat Sujud Tilawah


1.Suci daripada hadas kecil / besar
2.Menutup aurat
3.Menghadap kiblat
• Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dan Nabi s.a.w
bersabda : Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia sujud, maka
syaitan akan menjauhkan diri daripadanya dalam keadaan menangis sambil
berkata : Wahai Celaka dan binasalah, anak Adam diperintah supaya sujud,
lalu dia sujud maka baginya syurga dan aku juga diperintah supaya sujud lalu
aku mengingkarinya maka bagiku api neraka.

• -Terdapat 14 sujud dalam al-Quran. Antaranya dalam surah :


Surah al-A`raf : 206 Surah al-Ra`d : 15
Surah al-Nahl : 50 Surah al-Isra` : 109
Surah Maryam : 58 Surah al-Furqan : 60
Surah al-Naml : 26 Surah Fussilat : 34
Surah Sajadah : 15 Surah al-Najm : 62
Surah al-Insyiqaq : 21 Surah al-A`laq : 19
Surah al-Haj : 18 dan 77

• Bacaan sujud tilawah :


‫• ﺳﺟد وﺟﮭﻲ ﻟﻠذي ﺧﻠﻘﮫ و ﺷﻖ ﺳﻣﻌﮫ وﺑﺻره ﺑﺣوﻟﮫ وﻗوﺗﮫ ﻓﺗﺑﺎرك ﷲ أﺣﺳن اﻟﺧﺎﻟﻘﯾن‬
"Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, •
memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatannya.
Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta.
Solat berjemaah

• Sabda Rasulullah saw:


‫ﺻﻼة اﻟﺟﻣﺎﻋﺔ أﻓﺿل ﻣن اﻟﺻﻼة اﻟﻔذ ﺑﺳﺑﻊ وﻋﺷرﯾن درﺟﺔ‬
“Sembahyang berjemaah itu lebih afdal (Bagus) daripada sembahyang
sendirian dengan kadar 27 darjat.” -riwayat Bukhari & Muslim
• Sabda Rasulullah saw:
‫إذا أم أﺣدﻛم اﻟﻧﺎس ﻓﻠﯾﺧﻔف ﻓﺈن ﻓﯾﮭم اﻟﻛﺑﯾر واﻟﺻﻐﯾر وذا اﻟﺣﺎﺟﺔ‬
‫وإذا ﺻﻠﻰ أﺣدﻛم ﻟﻧﻔﺳﮫ ﻓﻠﯾطل ﻣﺎ ﺷﺎء‬
“Apabila salah seorang di antara kamu menjadi imam maka hendaklah
diringkaskan solatnya, kerana manusia itu ada yang tua, kecil, lemah dan
ada yang mempunyai keperluan yang lain. Dan apabila salah seorang di
antara kamu solat berseorangan maka bolehlah memanjangkan solatnya
mengikut kehendaknya.” -riwayat Bukhari & Muslim.

• Hukum sembahyang berjemaah:


Menurut (pendapat yg kuat) : Fardhu Kifayah
SYARAT-SYARAT SAH MENGIKUT IMAM.

1.Makmum hendaklah berniat mengikut imam, tetapi tidak


disyaratkan berniat menjadi imam, hanya disunnatkan sahaja
agar mendapat ganjaran pahala berjemaah.
2.Makmum hendaklah mengikut imam dalam segala
perbuatannya dan tidak boleh mendahului perbuatan imam.
3.Mengetahui gerak geri perbuatan imam.
4.Berhimpun atau berkumpul imam dan makmum pada satu
tempat.
5.Makmum hendaklah ke belakang sedikit daripada imam iaitu
diukur mengikut tumitnya.
6.Tidak sah solat jika perempuan menjadi imam kepada lelaki
SUSUNAN MAKMUM

1.Apabila imam solat bersama seorang makmum, maka makmum


hendaklah berada di sebelah kanan imam.

2.Apabila datang seorang yang lain menjadi makmum, maka hendaklah


dia berdiri sebelah kiri imam.*Sekiranya keadaan tidak mengizinkan,
makmum yang kedua bolehlah berdiri dibelakang imam dan makmum
pertama perlu berundur ke belakang untuk menyamakan saf.

3.Jika jemaah terdiri dari lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki dan


perempuan. Maka dibelakang imam adalah saf lelaki dewasa, kemudian
kanak-kanak lelaki dan belakang sekali saf perempuan.
Masbuq & Muwafiq
• Masbuq ialah makmum yang mengikut imam kemudian, dia tidak
sempat untuk membaca al-Fatihah bersama imam di rakaat pertama.

• -Jika ia berkesempatan mengikut imam sebelum rukuk atau sedang


rukuk, maka ianya dikira sebagai satu rakaat walaupun tidak sempat
membaca al-Fatihah kerana al-Fatihahnya ditanggung oleh imam.

• Muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama


imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.

• -Jika ia (muwafiq) masih belum selesai membaca al-Fatihah


sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan al-
Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun daripada sujud
yang kedua.
Solat jama` & qasar
• Orang musafir yang cukup syarat dikurniakan Allah swt kemudahan
(Rukhsah) mengerjakan solat 5 waktu mengikut salah satu cara-cara
berikut:

• i.Mengqasarkan solat tanpa jama`


• -iaitu menunaikan solat Fardhu 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja.

• ii.Menjama`kan dua solat Fardhu tanpa Qasar.


• -iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. (Zohor dengan
Asar- Maghrib dengan Isyak)

• iii.Menjama`kan dan mengqasarkan dua solat Fardhu sekaligus.


• -iaitu menghimpunkan antara dua solat dengan mengerjakan solat 4
rakaat menjadi 2 rakaat sahaja. (Zohor 2 rakaat dengan Asar 2 rakaat
–Maghrib 3 rakaat dengan Isyak 2 rakaat)
Solat qasar
• Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh
dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat Isyak, Zohor dan Asar.

• Syarat-syarat solat Qasar:


• 1.Perjalanan itu dengan tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
• 2.Perjalanan mestilah sekurang-kurangnya sejauh 2 marhalah (ulama berbeza
pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yang menyatakan 48, 56 dan 60
batu) dari rumahnya ke tempat yang ditujui.
• 3.Seseorang musafir hendaklah berniat di permulaan perjalanannya untuk menuju
ke tempat yang tertentu.
• 4.Mengetahui tentang hukum harusnya sembahyang Qasar.
• 5.Tidak boleh berimamkan kepada imam yang sembahyang genap rakaatnya
walaupun imam itu seorang musafir.
• 6.Memelihara daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat
sembahyang Qasar. Sekiranya ia syak sama ada telah berniat atau tidak, maka dia
tidak boleh mengqasarkan sembahyang.
• 7.Masa musafir masih berkekalan ketika dia mengerjakan solat Qasar.
*Tidak boleh solat Qasar atau Jama` sebelum keluar dari kawasan perkampungan
(mukim).
*Dibenarkan solat Qasar dan Jama` selama tidak lebih dari 3 hari penuh (tidak
termasuk hari tiba dan keluar)
Solat jama` taqdim

i.-menghimpunkan solat Asar bersama Zohor dalam waktu Zohor.


-menghimpunkan Isyak bersama Maghrib dalam waktu Maghrib.
ii.Dikerjakan mengikut tertib.
-Didahulukan solat yang pertama daripada solat yang kedua.
(Dilakukan Solat Zohor dahulu sebelum Asar dan Solat Maghrib
dahulu sebelum Isyak)
• Jama` Taqdim diwajibkan tertib iaitu mendahulukan solat Zohor
daripada Asar dan mendahulukan solat Maghrib daripada Isyak.
Lafaz & niat Jama Taqdim serta Qasar.
• Menghimpunkan solat Asar kepada Zohor dalam waktu Zohor.

• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟظﮭر رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﯾﮫ اﻟﻌﺻر أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Zohor 2 rakaat qasar dijama`kan dengan Asar kerana Allah
Taala)

• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻌﺻر رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﻰ اﻟظﮭر أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar dijama`kan bersama Zohor kerana
Allah Taala)

• Menghimpunkan solat Isyak kepada Maghrib dalam waktu Maghrib.

• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻣﻐرب ﺛﻼث رﻛﻌﺎت ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﯾﮫ اﻟﻌﺷﺎء أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dijama`kan dengan Isyak kerana Allah
Taala)

• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻌﺷﺎء رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﻰ اﻟﻣﻐرب أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Isyak 2 rakaat qasar dijama`kan bersama Maghrib kerana
Allah Taala)
Solat jama` ta`khir

• i.-menghimpunkan solat Zohor bersama Asar dalam waktu


Asar.
-menghimpunkan Maghrib bersama Isyak dalam waktu Isyak.

• ii.Berniat jama` kedua-dua solat ketika waktu solat yang


pertama.

• iii.Masih dalam keadaan musafir sehingga selesai solat yang


kedua.

• Jama` Ta`khir tertib tidak disyaratkan, iaitu boleh


mendahulukan mana-mana solat.
Lafaz & niat Jama Ta`khir serta Qasar.
• Menghimpunkan solat Zohor kepada Asar dalam waktu Asar.

• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻌﺻر رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﯾﮫ اﻟظﮭر أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar dijama`kan dengan Zohor
kerana Allah Taala)
• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟظﮭر رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﻰ اﻟﻌﺻر أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Zohor 2 rakaat qasar dijama`kan ke dalam
Asar kerana Allah Taala)

• Menghimpunkan solat Maghrib kepada Isyak dalam waktu Isyak.


• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻌﺷﺎء رﻛﻌﺗﯾن ﻗﺻرا ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﯾﮫ اﻟﻣﻐرب أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Isyak 2 rakaat qasar dijama`kan dengan
Maghrib kerana Allah Taala)
• ‫أﺻﻠﻰ ﻓرض اﻟﻣﻐرب ﺛﻼث رﻛﻌﺎت ﻣﺟﻣوﻋﺎ إﻟﻰ اﻟﻌﺷﺎء أداء � ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
• (Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dijama`kan kepada Isyak
kerana Allah Taala)
SOLAT JUMAAT

• Solat fardhu (2 rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat


menggantikan solat Zohor. Solat Jumaat dilakukan secara
berjemaah selepas mendengar khutbah. Hukumnya fardhu ain
bagi setiap lelaki.
• Firman Allah SWT :
Wahai org2 yg beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan
solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid
untuk mengingati Allah (dgn mengerjakan solat jumaat) dan
tinggallah berjual beli (pada saat itu); yg demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yg sebenarnya) – surah al-
jumuah : 9
Syarat Solat Jumaat

• Syarat wajib solat jumaat :


-Islam
-Baligh
-Berakal
-merdeka
-lelaki
-sihat
-bermastautin / bermukim

• Syarat sah solat jumaat :


-didirikan dalam waktu Zohor
-tempat mendirikan hendaklah ditetapkan
-berjemaah sekurang-kurangnya 40 org yg menetap
-didahului dgn dua khutbah
Rukun Khutbah Jumaat

• Khutbah dimulai dgn memberi pujian kepada Allah SWT :


“Alhamdulillah…”
• Diikuti dgn Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
• Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kpd para jemaah
agar bertaqwa kpd Allah seperti : “bertaqwalah kamu kpd
Allah”
• Membaca satu ayat al-Quran pada khutbah yg pertama atau
kedua
• Mendoakan setiap muslim pada khutbah yg kedua,
sekurang2nya : “ rahimakumullah..”
Syarat Sah Khutbah Jumaat

• Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki


• Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat
• Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan & tempat
• Berdiri pada kedua-dua khutbah pada yg mampu
• Membaca khutbah setelah masuk waktu Zohor dan sebelum
solat Jumaat
• Membaca rukun khutbah dlm bahasa Arab
• Muwalat (berturut) antara khutbah pertama dgn yg kedua,
antara segala rukunnya dan antara khutbah dgn solat
• Duduk sebentar setelah selesai khutbah yg pertama, sebelum
mulakan khutbah yg kedua
• Khutbah didengar oleh 40 org yg bermukim drpd mula
khutbah sehingga akhir solat
Pengecualian solat jumaat
• Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah
ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka
hanya perlu solat zuhur seperti biasa:
• Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau
bimbang akan memudaratan penyakitnya.
• Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke
masjid.
• Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk
bermusafir.
• Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di
zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan
pada hari Jumaat:

• Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke


Masjid.
• ii. Memotong kuku.
• iii. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung,
misai].
• iv. Bersugi.Memakai wangi-wangian.
• Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
• Bersegera pergi ke masjid.
• Berniat iktikaf.
• Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
• Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas
Nabi.
SOLAT-SOLAT SUNAT YANG MENGIRINGI SOLAT
FARDHU
Sunat yang Muakkad:
• 2 rakaat sebelum Subuh
• 2 rakaat sebelum Zohor
• 2 rakaat selepas Zohor
• 2 rakaat selepas Maghrib
• 2 rakaat selepas Isyak

Sunat yang tidak Muakkad:


• 2 rakaat sebelum Zohor
• 2 rakaat selepas Zohor
• 4 rakaat sebelum Asar
• 2 rakaat sebelum Maghrib
• 2 rakaat sebelum Isyak
Nawafil yang dituntut kerana ada sebab
• 1.Solat Taubat,
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada seorang lelaki yang berdosa dengan
sesuatu dosa, kemudian dia berdiri lalu bersuci dan dia solat 2 rakaat.
Kemudian memohon ampun kepada Allah, melainkan Allah
mengampunkan dosanya itu.”-riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Baihaqi
dari Abu Bakar r.a.
• 2.Solat Hajat,
Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang mempunyai suatu hajat
kepada Allah atau kepada salah seorang manusia, maka hendaklah dia
berwuduk dengan memperbaiki wuduknya. Kemudian hendaklah dia
bersolat 2 rakaat, lalu dia melakukan pujian kepada Allah dan
berselawat atas Nabi s.a.w.
• 3.Sunat Istikharah,
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila ada salah seorang dari kamu ragu
tentang suatu urusan, maka hendaklah dia rukuk 2 kali (solat 2 rakaat)
selain dari solat fardhu.

Anda mungkin juga menyukai