Anda di halaman 1dari 14

SEMBELIHAN & KORBAN

DEFINISI – JENIS –SYARAT SEMBELIHAN


PELAKSANAAN KORBAN
PELAKSANAAN AQIQAH
ZABIHAH / SEMBELIHAN

 Maksudnya ialah sembelihan binatang yang halal dimakan mengikut


lunas-lunas syarak dan syarat-syarat tertentu.

 Hikmah disyariatkan :
1.Semua syariat dan agama mengharamkan bangkai binatang dan
menghukumkan ia adalah najis. Maka, sembelihan dalam hukum syarak
merupakan pembeza yang mutlak antara yang halal dan yang haram.

2.Sembelihan menjamin kesihatan orang yang memakannya kerana ianya


menyucikan binatang yang disembelih itu daripada darah. Jika binatang
mati dengan cara dicekik atau dilanggar akan menyebabkan darah menjadi
beku di dalam tubuhnya dan orang yang memakan bangkai tersebut
mendapat penyakit.
Jenis-jenis sembelihan
 Al-Zabhu : memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh
ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat
tertentu.

 Al-Nahru : memotong leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan


bagi menyembelih unta.

 Al-Aqru : sembelihan yang dilakukan dengan cara darurah


(terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu pada mana-
mana bahagian badannya dengan kecederaan yang membawa
kepada maut. Ianya juga cara menyembelih binatang yang liar (yang
boleh dimakan).
SYARAT SAH SEMBELIHAN
1. syarat berkaitan dengan penyembelih : hendaklah seorang Islam
dan dia tidak menyembelih kerana selain Allah SWT atau bukan atas
namaNya.
2. syarat berkaitan dengan binatang sembelihan
a. penyembelih dapat menangkap haiwan itu sebelum disembelih dan
haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirah (tidak mengalami sakit atau
cedera yang membawa kepada kematian) – sembelihan janin cukup dengan
sembelihan ibunya sahaja kecuali jika ia masih hidup maka hendaklah
disembelih.
b.putus halkum dan urat merih
c. memotong dengan cepat dan sekaligus
3. syarat berkaitan dengan alat sembelihan
a. alat hendaklah boleh melukakan disebabkan ketajamannya.
b. alat sembelihan bukanlah gigi atau kuku.
-mana-mana bahagian haiwan yang terpotong dalam keadaan ia masih hidup,
hukumnya sama dengan hokum bangkai binatang tersebut.
PERKARA SUNAT DALAM SEMBELIHAN
 1.Disunatkan menyebut Bismillah sewaktu menyembelih

 2. Memotong urat al-Wadajaini (2 urat ditepi batang leher &


mengeliingi halkum) sewaktu menyembelih.

 3. Penyembelih hendaklah menajamkan mata alat sembelihannya.

 4. membaringkan sembelihan atas pinggul kirinya dan membiarkan


kaki kanannya bergerak setelah disembelih supaya dia mendapat
kerehatan dengan pergerakan itu kecuali unta.

 5. mengadap kiblat sewaktu menyembelih


KORBAN
 Korban dari segi bahasa bermaksud hampir. Dari segi istilah
korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada
Hari Raya Aidil adha dan hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13
Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan
diri kepada Allah SWT.

 Dalil pensyariatan :
‫ ﻓﺼﻞ ﻟﺮﺑﻚ واﻧﺤﺮ‬
"maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan
berkorbanlah…" (surah al-Kautsar : 2)
 Hikmah disyariatkan :

1. menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi


Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
2. sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT
3. Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat
Islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang
memerlukan.

 Hukum korban :
Sunat Muakkad dan boleh jadi wajib apabila:
1. apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang yang sesuai untuk
korban yang menjadi miliknya. Seperti dia menyatakan : " ini korbanku"
atau " Aku akan korbankan kambing ini", ketika itu korban menjadi wajib
atasnya.
2. apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada
Allah dengan korban. Seperti dia mengatakan " wajib ke atas ku korban
kerana Allah", ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.
 Siapa yang dituntut untuk berkorban ?
1.Islam
2.Baligh dan berakal
3.berkemampuan

 Binatang yang disyariatkan untuk korban :

 Unta, lembu (kerbau) atau kambing. Bagi unta mestilah berumur masuk tahun
keenam. Bagi lembu dan kambing biasa mestilah masuk umur tahun ketiga.
Bagi kambing biri-biri mestilah umur masuk tahun kedua atau gigi hadapannya
telah gugur. Ketiga-tiga jenis binatang ini hendaklah tidak mempunyai
kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya.

 Waktu Korban

 Bermula selepas terbit matahari hari raya Aidil Adha iaitu sekadar sempat
menunaikan solat 2 rakaat dan 2 khutbah. Kemudian berterusan waktunya
hingga terbenam matahari pada akhir hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Apa yang dibuat dengan korban selepas
disembelih
 Sekiranya korban itu wajib, seperti nazar atau sebagainya, maka
tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan orang yang di
bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut. Sekiranya
salah seorang daripada mereka memakannya sedikit maka
hendaklah diganti dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian
(sekadar daging yang dimakan).

 Sekiranya korban itu sunat, harus baginya makan mengikut kadar


yang dikehendaki dengan syarat dia hendaklah bersedekah sedikit
daripadanya.Yang paling afdal ialah makan sedikit untuk
keberkatan dan bakinya disedekahkan. Harus baginya makan 1/3
dan 1/3 disedekahkan kepada fakir dan 1/3 lagi dihadiahkan
kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran walaupun mereka kaya.
AQIQAH
 Berasal dari perkataan aqqu yang bermaksud potong. Asalnya
ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas kepala
bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia
dicukur dan dipotong. Dari segi syarak bermaksud haiwan
yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya.
Sembelihan ini diberi nama demikian kerana ia disembelih
dan dipotong sewaktu rambut dicukur.

 HUKUM AQIQAH
 Sunat Muakkad, wali yang menjaga bayi itu dituntut
melakukannya.
 Waktu Aqiqah

 Diharuskan menyembelih aqiqah setelah keluar semua tubuh bayi dari


dalam perut ibunya. Waktu sunat berterusan sehingga baligh bayi itu.
Setelah baligh, bapa tidak lagi dituntut melakukannya. Sunat yang
dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi.

 Hikmah Disyariatkan Aqiqah


 1. melambangkan kegembiraan dengan nikmat Allah yang mengurniakan
anak kepada kedua ibu bapanya
 2. mengisytiharkan berita membinkan anak kerana berita ini perlu
diisytihar agar tiada cerita yang tidak diingini.
 3. menyuburkan sifat pemurah dan baik hati di kalangan manusia
 4. mewujudkan kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan di kalangan
masyarakat.
 BinatangYang Disembelih Untuk Aqiqah

 Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa : Rasulullah s.a.w telah


memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor
kambing yang sepadan dan mengaqiqahkan anak perempuan
dengan seekor kambing.- riwayat at-Tirmidzi.

 Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban

 Daging aqiqah disunatkan dimasak dan disedekahkan dalam bentuk


yang telah dimasak. Ia berbeza dengan korban. Daging aqiqah
sunat dimasak dengan benda manis dengan harapan akhlak anak itu
menjadi mulia.Yang afdalnya disedekahkan daging dan kuahnya
kepada orang miskin dengan cara menghantarnya kepada mereka.
Disunatkan juga sebahagiannya dimakan sendiri dan dihadiahkan.
Disunatkan selagi boleh agar tulang tidak dipatahkan. Hanya
potong sendinya sahaja dengan harapan agar anggota anak itu
selamat dan baik.

Anda mungkin juga menyukai