Anda di halaman 1dari 11

SEMBELIHAN

Maksud

Qurban ialah sembelihan binatang iaitu unta, lembu, kamben dan biri-biri. Bertujuan untuk
mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pd Hari Raya Qurban (Haji).

Dalil Pensyariatan

Allah SWT berfirman Surah Al Kautsar : 2

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur)."

Hikmah Pensyariatan :

1. Adalah untuk menghalalkan semata-mata mematuhi perintah Allah.


2. Semua syariat dan agama mengharamkan bangkai binatang atau menghukum nya
sebagai najis. Penyembelihan secara syarak adalah sebagai penentu sana ada
binatang yang mati itu najis ataupun tidak.
3. Syariat Islam menghukum kan darah sebagai najis dan wajib dijauhi kerana banyak
kemudharatannya.

Cara Penyembelihan :

1. Al Zabhu : penyembelihan pada leher binatang disebelah atas halkum mengikut


syarak syarak. Cara ini adalah bagi semua binatang yang dapat dikawal atau dijinak.

2. Al Nahru : penyembelihan pada leher binatang di sebelah bawah halkum.

3. Al Aqru : penyembelihan dalam keadaan darurat, iaitu melukakan binatang pada


bahagian mana mana anggota yang boleh mematikannya.

Syarat Penyembelihan terbahagi kepada 3 :

1) Syarat melakukan penyembelihan.


2) Syarat binatang yang disembelih.
3) Syarat bagi alat sembelihan.

Syarat Melakukan Penyembelihan :

1. Penyembelih hendaklah beragama Islam.


Jika penyembelih itu seorang yang murtad, penyembah berhala , tidak percaya
kepada Allah atau Majusi, hukumnya sembelihan mereka tidak halal.
2. Penyembelih atau seorang daripada asal-usulnya bukan ahli kitab setelah
berlaku penyelewangan atau pemansuhan agamanya.
3. Dia tidak melakukan penyembelihan hanya yang lain selain Allah SWT atau
tidak menyebut nama yang lain selain Allah.

Syarat Binatang yang Disembelih :

1. Penyembelih mendapat bahawa binatang itu sebelum disembelih ia masih


mempunyai hayat mustaqirrah iaitu binatang yang sakit atau luka dan
seumpamanya yang tidak membawa kematiannya dan pergerakannya seperti
pergerakan binatang yang disembelih.

2. Putus halkum dan mari’ : halkum ialah saluran pernafasan dan mari’ saluran
makanan. Sekiranya kedua dua saluran tersebut tidak putus walaupun sedikit,
sembelihan itu tidak halal.

3. Putus kedua dua saluran tersebut dengan segera dan dengan sekali sembelihan.

Syarat bagi Alat Sembelihan :

1. Alat penyembelihan hendaklah tajam yang boleh melukakan.


2. Alat penyembelihan selain daripada gigi atau kuku.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:-


● Janin yang mati disebabkan oleh penyembelihan ibunya dianggap sembelihan
kecuali jika hidup, ia hendaklah disembelih.
● Mana-mana bahagian anggota binatang yang dipotong ketika hidupnya, hukumnya
adalah sama dengan bangkai dari segi halal atau tidak halal dan dari segi bersih
atau najis kecuali bulu yang dapat dimanfaatkan sana ada dijadikan hamparan,
pakaian dan lainnya

Pengecualian

1. Binatang tersebut hendaklah halal.


2. Bulu binatang tersebut dipotong semasa hidupnya atau disembelih mengikut syara’.
3. Bulu tersebut bukanlah anggota yang terpisah daripada badanya yang masih hidup.
4. Bangkai haram dimakan walaupun cara sekalipun kematiannya.

Perbezaan Penyembelihan Al Tazkiah dengan Al Zabhu :

Al Tazkiah : penyembelihan pada halkum atau leher binatang yang dapat dikawal atau
melukakan binatang yg tidak dikawal seperti binatang beburuan, pada mana mana bahagian
anggota yang boleh mematikannya.

Al Zabhu : penyembelihan pada leher binatang yang menyebakan kematian samada


mengikut syarat syarak ataupun tidak.
QURBAN

Pengertian

Qurban ialah sembilahan binatang iaitu unta, lembu, kamben dan biri-biri. Bertujuan untuk
mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pd Hari Raya Qurban (Haji).

Dalil Pensyariatan

Allah SWT berfirman Surah Al Kaustar : 2


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur)."

Hikmah Pensyariatan:

● qurban ialah ibadat.


● Hikmah paling jelas tentang qurban adalah untuk menghayati semangat
pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS, iaitu kerana Allah
menguji Baginda menyembelih anaknya

Hukum Qurban :

- sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab:

1. Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan


qurban sambil berkata:
"Ini qurbanku" atau "Aku akan qurbankan kamben ini." Dengan itu dia wajib
melakukannya.

2. Apabila seseorang berazam hendak melakukan qurban untuk mendampingkan diri


kepada Allah dengan berkata : "Aku mewajibkan diriku berqurban kerana Allah."
Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan qurban itu.

Orang yang Dituntut Berqurban:

1. Islam : tidak dituntut berqurban bagi orang bukan Islam.

2. Baligh dan Berakal : belum baligh dan tidak berakal tidak sunat berqurban kerana
tidak mukallaf.

3. Berkemampuan : seseorang yang mempunyai harta atau wang melebihi


perbelanjaan untuk diri sendiri dan mereka dibawah tanggungannya.
Binatang yang Disyariatkan Berqurban:

yang afdal adalah unta, lembu & kambing. Harus berqurban seekor unta jantan atau betina
atau lembu untuk tujuh orang.

Syarat Binatang Qurban:

● umur unta yang hendak diqurbankan masuk sudah tahun ke enam.


● umur lembu atau kambing masuk tahun ke tiga.
● umur biri-biri masuk tahun kedua.

Nabi SAW bersabda : "4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan
qurban ialah binatang yg jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata , jelas
tempangnya, dan terlalu kurus sehingga menampakan tulangnya."

1. Menqurbankan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau,


kibas, dan unta.
2. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya.
3. Menqurbankan binatang yang sudah cukup umur.
4. Niat berqurban kerana Allah S.W.T.
5. Melakukan sembelihan pada waktunya.
6. Disembelih oleh orang Islam atau ahli kitab.
7. Mengikut syarat-syarat sembelihan.

Waktu Qurban :

● selepas terbit matahari pada Hari Raya Qurban, iaitu sekadar tempoh masa dua
rakaat sunat hari raya dan dua khutbah.
● berterusan hingga terbenam matahari pada hari Tasriq yang akhir, iaitu 11, 12 & 13
Zulhijjah.
● waktu afdal selepas solat hari raya qurban.

Agihan Daging Qurban:

● jika qurban wajib kerana qurban nazar atau binatang telah disyariatkannya, ia tidak
harus digunakan oleh orang yang berqurban dan mereka dibawah tanggungannya.
● jika qurban sunat, harus dia bagi orang yang qurban makan daging qurban yang
dikehendakinya dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. Afdalnya ialah dia
makan sedikit untuk mencapai keberkatan dan selebihnya disedekahkan.
● 1/3 bahagian boleh dimakan, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi
dihadiahkan kepada sahabay handai atau jiran tertangga sekalipun dia kaya.
Sunat dan Adab Berqurban:

● tiba 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan qurban, sunat


baginya supaya dia tidak menghilangkan atau memotong bulunya seperti rambut,
janggut, misai dan kukunya sehinggalah dilakukan penyembelihan.
● sunat jika orang yang berqurban menyembelihnya sendiri.
AQIQAH

Pengertian

Bahasa

ّ
● berasal dari perkataan al-‘Aq (‫)العق‬ yang bermaksud al-Qat’u (‫ )القطع‬iaitu
memotong.
● Aqiqah pada asalnya ialah rambut yang berada di kepala bayi ketika
dilahirkan dan dinamakan kambing yang disembelih untuk bayi sebagai
aqiqah adalah kerana rambut tersebut dicukur ketika sembelihan itu
dilakukan.

● Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis:

‫ وأميطوا عنه األذى‬،‫ فأهريقوا عنه الدم‬:‫الغالم مرتهن بعقيقته‬


“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya , maka tumpahkanlah darah
untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran
darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)

Yang dimaksudkan dengan kotoran (‫ )األذي‬dalam hadis ini ialah rambut yang
dicukur dari anak kecil tersebut.

Syara’

● binatang yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan.[3] Disunatkan


memanggilnya dengan nama nasikah (‫ )نسيكة‬atau zabihah (‫)ذبيحة‬

Dalil pensyariatan

hadis Buraidah r.a. yang menceritakan :

‫أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم عق عن الحسن والحسين‬

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melakukan aqidah untuk Hasan dan Husin”.


(Riwayat Imam an-Nasai)

Hukum Aqiqah

● sunat muakkad
Orang yang dituntut untuk melakukan aqiqah

1) Orang yang disunatkan melakukan aqiqah bagi seorang bayi ialah orang yang
berkewajipan menanggung nafkahnya
● Kerana itu, harga aqiqah dibebankan kepadanya, bukan kepada bayi.
Jika ia melakukan aqiqah dengan mengambil dari harta/wang bayi,
maka wajib diganti.
● Ini kerana aqiqah itu tergolong dalam tabarru’ (derma) dan ditegah
wali/penjaga melakukan tabarru’ (derma) dengan harta anak di bawah
jagaannya

2) Disunatkan mengaqiqahi anak apabila mampu


● Ukuran kemampuan ialah sebelum tamat tempoh nifas yang
terpanjang bagi ibu yang melahirkan bayi tersebut.
● Jadi, jika seorang wali/penjaga yang menanggung nafkah bayi tidak
ada kemampuan untuk melakukan aqiqah semasa anak dilahirkan,
namun jika sebelum tamat tempoh nifas terpanjang itu ia mendapat
kesenangan dan mampu melakukan aqiqah, maka sunat aqiqah itu
masih dituntut ke atasnya.
● Namun jika sepanjang tempoh nifas tersebut ia masih susah (yakni
masih tidak mampu), maka gugurlah tuntutan aqiqah itu darinya.

Binatang yang sunat diaqiqahkan

● Terhasil sunat aqiqah apabila wali menyembelih untuk anaknya seekor


kambing sama ada anak itu lelaki atau perempuan.
● Namun yang afdhal (yakni yang paling baik) bagi anak lelaki ialah dua ekor
kambing.

berdasarkan riwayat Ummu Kurzin yang menceritakan; “Aku telah mendengar


Rasulullah s.a.w. bersabda (berkenaan Aqiqah);

ٌ‫ وعن الجارية شاة‬،‫عن الغالم شاتان مكافئتان‬


“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan
seekor kambing”. (Riwayat Abu Daud)

● aqiqah hendaklah dilakukan mengikut bilangan anak. Bagi seorang anak


seekor kambing. Jika dua orang, maka dua ekor kambing dan begitulah
seterusnya.
Syarat-syarat binatang yang hendak di aqiqahkan

1. Menqurbankan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau,


kibas, dan unta.
2. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya.
3. Menqurbankan binatang yang sudah cukup umur.
4. Niat berqurban kerana Allah S.W.T.
5. Melakukan sembelihan pada waktunya.
6. Disembelih oleh orang Islam atau ahli kitab.
7. Mengikut syarat-syarat sembelihan.

Masa aqiqah

● Bermula masa/waktu melakukan aqiqah ialah apabila bayi telah sempurna


lahir dari perut ibunya.
- Maka jika dilakukan sembelihan sebelum bayi lahir dengan sempurna,
tidak dikira sebagai aqiqah. Ia hanya menjadi sembelihan untuk daging
dan tidak akan mendapat sunat aqiqah.

● Waktu aqiqah itu berterusan hinggalah bayi yang dilahirkan itu sampai umur
baligh
- Apabila ia telah baligh, gugurlah tuntutan aqiqah dari penjaganya
(seperti bapanya atau sebagainya) jika belum melaksanakannya.
- Namun digalakkan orang yang tidak diaqiqahkan sebelum balighnya
melakukan sendiri aqiqahnya.

● Disunatkan ia dilakukan pada hari yang ketujuh kelahirannya bersama


dengan memberi nama dan mencukur kepala yang juga disunatkan pada hari
tersebut.

● menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie : hari lahir adalah
terhitung sebagai hari pertama. Ini bermakna hari ketujuh dikira bermula dari
hari lahir, bukan dari hari selepasnya. Namun jika bayi dilahirkan pada waktu
malam, dihitung hari berikutnya sebagai hari pertama.

Pengagihan daging aqiqah

● pengagihan daging aqiqah sunat merangkumi tiga iaitu :


1. dimakan oleh orang yang melakukan aqiqah dan keluarganya
2. disedekahkan kepada fakir miskin
3. dihadiahkan kepada jiran atau sahabat-handai
● Daging aqiqah sunat dimasak iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam
keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana dalam
korban.
● Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh
harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya.
● Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir
miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah.
● Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari
memanggil/menjemput mereka ke rumah

Azan Di Telinga Bayi Yang Baru Lahir

● sunnah dipercepatkan azan ke atas bayi yang baharu sahaja dilahirkan.


● Memberi azan pada telinga kanan terlebih dahulu
● Memberi iqamah pada telinga kiri
● supaya memberitahunya tentang tauhid adalah perkara pertama yang
mengetuk pendengarannya apabila dia datang ke dunia
● Disunatkan mengumandangkan azan di telinga

Tahnik bayi yang baru lahir


● Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah
dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam
perutnya.
● Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau
perempuan. Jika tidak ada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis.
● Cara-cara bertahnik :
1. Sediakan kurma dan air zamzam
2. Istighfar
3. Mulakan dengan beristighfar
4. Baca al-Fatihah
5. Baca ayat Kursi
6. Baca Selawat Syifa
7. Baca selawat Kamilah
8. Baca 3 Qul
9. Kunyah kurma sehingga lembik.
10. Dengan jari, ambil kurma tersebut dan masukkan ke dalam mulut bayi.
11. Baca ayat 33-37 surah Ali Imran
12. Keluarkan jari dan suapkan sedikit air zam-zam
13. Bacakan doa untuk anak tersebut
Khitan bagi kanak-kanak

Pengertian

● Menurut bahasa : dalam bahasa Arab adalah Khatnun yang artinya


memotong bagian depan.

● Menurut istilah : memotong kulup (kulit bagian depan kelamin laki-laki) yang
kulup tersebut merupakan tutup kepala zakar supaya kelamin laki-laki tidak
mudah terpapar kotoran sisa air seni yang menempel di kelamin dalam itu.

Hukum Khitan
● Menurut mazhab syafie , khitan wajib bagi lelaki dan perempuan

Dalil khitan

● Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "(Sunnah) fitrah itu ada lima,
berkhitan, mencukur rambut sekitar kemaluan, mencukur kumis, memotong
kuku dan mencabut bulu ketiak."

Waktu Khitan
● Khitan diwajibkan dengan sebab baligh. Namun, ia sunat dilakukan pada hari
ke-7 selepas kelahiran (tidak termasuk hari kelahiran berbeza dengan akikah)
sepertimana yang dilakukan oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam terhadap
Hasan dan Husain radhiallahu 'anhuma.
● Sekiranya ingin ditangguhkan, maka ia sunat dibuat pada hari ke-40 selepas
kelahiran.
● Sekiranya ingin ditangguh lagi, maka dianjurkan agar ia dilaksanakan ketika
kanak-kanak berusia 7 tahun (qamariah), iaitu ketika ia mencapai umur
perintah untuk dilatih bersolat.
● Sungguhpun demikian, makruh melakukan khitan terhadap bayi yang berusia
kurang daripada usia 7 hari.

Hikmah Berkhitan
1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama
2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam
3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.

Anda mungkin juga menyukai