Anda di halaman 1dari 5

1

Lafaz Niat Korban

Apa niat dibaca untuk berkorban dalam Hari Raya Haji?

Sunat bagi orang Islam yang berkuasa membuat udhhiyyah (korban) jika ada lebih
belanja, maka ia membuat udhhiyyah dengan menyembelih kambing dan lembu yang
sudah berumur dua tahun, dengan niat udhhiyyah ketika menyembelih itu, atau ketika
ia menentukan sesuatu binatang itu jadi udhhiyyah seperti katanya dengan lidahnya:
"Saya niat membuat udhhiyyah (korban) sunat", atau "Saya niat menunaikan sunat
membuat udhhiyyah". Orang ramai ada berkata ketika ia membeli binatang yang ia
hendak buat udhhiyyah atau ia berkata ketika orang bertanya kepadanya akan darihal
binatang-binatang itu, katanya: "Ini udhhiyyah". Apabila berlaku jawapan daripadanya
seperti katanya: "Ini udhhiyyah", maka udhhiyyah itu sudah jadi wajib, tertegah ia
makan sesuatu dari udhhiyyah itu. Jadinya, dia beli sahaja binatang dengan tiada
bercakap-cakap udhhiyyah, apabila sampai masa berudhhiyyah baharulah ia berkata
dan berniat udhhiyyah, bagaimana lafaz niat yang disebutkan di atas ini, atau ia kata
kepada yang bertanya: "Kita mahu sembelih akannya pada Hari Raya", supaya jadi
udhhiyyah itu udhhiyyah sunat dan harus ia memakan dari daging udhhiyyah itu.
Bahkan sunat ia makan dari daging udhhiyyah itu dengan kadar beberapa suap dari
dagingnya.

Harus ia berwakil kepada seseorang Islam pada berniat udhhiyyah sunat dan berwakil
pada menyembelih udhhiyyah itu.

Seekor kerbau atau lembu memadai bagi tujuh udhhiyyah dan seekor kambing
memadai bagi satu udhhiyyah sahaja.

Jikalau berhimpun tujuh orang atau tujuh rumah dan mereka keluarkan seekor kerbau
atau seekor lembu maka itu memadai membuat udhhiyyah bagi tiap-tiap satu orang
atau satu buah rumah itu 1/7 dari binatang itu.

Tiada memadai pada membuat udhhiyyah dengan binatang yang kurus kerana sakit,
dan binatang yang kudung ekor, atau telinganya telah dipotong sekalipun sedikit
potong itu, tiada memadai dengan binatang dengket, binatang buta, binatang yang
sakit teruk, tiada mengapa dibuat udhhiyyah binatang yang telinganya pecah, atau
telinganya berlubang, dan tiada sah udhhiyyah dengan binatang yang hamil.

Sunat binatang itu warna putih, kemudian warna kuning, kemudian kelabu, kemudian
campur putih hitam, kemudian merah.

Orang yang membuat udhhiyyah yang ia bernazar padanya atau udhhiyyah sudah jadi
wajib dengan katanya: "Ini binatang saya buat udhhiyyah", bagaimana telah lalu
sebutannya di atas ini, maka haram baginya makan daging binatang nazar atau wajib
itu hendaklah ia sedekahkan semuanya kepada fakir dan miskin hingga kulit dan
tanduknya.

Wajib ia bersedekah walaupun kepada seorang fakir dengan sesuatu yang mentah
walaupun sedikit dari udhhiyyah yang sunat itu.
2

Tetapi yang lebih afdhal utama ia bersedekah akan semuanya melainkan beberapa
suap dari daging udhhiyyah sunat kerana mengambil berkat daripadanya.

Dia boleh memberi orang kaya dari bangsa Islam supaya makan daging itu, tiadalah
boleh ia beri kepada orang kaya itu supaya ia jual daging itu

Apabila ia beri orang kaya itu supaya ia makan sama ada daging itu mentah atau
sudah masak, maka orang kaya itu boleh beri atau sedekah kepada orang lain dan
tiada harus orang kaya itu jual daging mentah atau sudah masak itu.

Orang kafir tiadalah boleh diberi akannya sesuatu dari udhhiyyah sunat itu.

Orang laki-Iaki membuat udhhiyyah itu sunat ia menyembelih sendiri udhhiyyah kiranya
ia berdaya, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam telah membuat udhhiyyah 100
ekor unta, dan Nabi sendiri menyembelih 63 ekor, dan Baginda suruh Sayyidina 'Ali
Radhiallahu 'anhu menyembelih baki 37 ekor itu.

Sunat perempuan yang membuat udhhiyyah melihat udhhiyyah disembelih dan dia
berwakil kepada orang laki-laki menyembelih akannya.

Sunat membuat udhhiyyah bagi tiap-tiap orang Islam yang berkuasa tetapi memada
jika seorang dari sebuah rumah membuat udhhiyyah itu.

Tiada suatu amal yang lebih utama dibuat pada Hari Raya Haji seperti menyembelih
udhhiyyah dan udhhiyyah lebih utama dari sedekah biasa, dengan dari mula satu titik
darah tumpah dari udhhiyyah maka Allah Ta'ala mengampunkan segala dosa yang
membuat udhhiyyah itu. Udhhiyyah itu suatu tunggangan orang mukmin di atas titi
shirât Hari Kiamat. Dari itu molekkan udhhiyyah itu. Demikianlah bagaimana disebutkan
dalam hadis-hadis.

Tiada harus dan tiada boleh seseorang itu membuat udhhiyyah bagi orang lain dengan
tiada izin kebenarannya, melainkan seperti suami berudhhiyyah kerana ahli rumahnya,
dan penjaga kanak-kanak berbuat udhhiyyah kerana kanak-kanak yang dijaganya dari
harta penjaga itu sendiri, dan raja dari harta Baitulmal membuat udhhiyyah kerana
orang Islam, sebagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam membuat udhhiyyah
dengan dua kambing kibasy dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫ َو ِمنْ أ ُ َّم ٍة م َُح َّم ٍد‬،ٍ‫آل م َُح َّمد‬


ِ ‫ َو‬،ٍ‫اللَّ ُه َّم َت َق َّب ْل ِمنْ م َُح َّمد‬

(‫)رواه البخاري والمسلم‬

Maksudnya: "Allâhumma ya Allah mohon terima ini udhhiyyah daripada Muhammad,


dan daripada keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang mati jika ada wasiat sebelum ia mati menyuruh membuat udhhiyyah baginya
maka itu harus.

Harus orang yang membuat udhhiyyah itu bersedekah pahala udhhiyyah yang ia buat
3

itu kepada ibu bapa dan saudara maranya yang mati.

Udhhiyyah itu tiada sah dijadikan upah menyembelih udhhiyyah. Dari itu tiada sah
sesuatu dari mana-mana udhhiyyah itu dijadikan upah dan upah mestilah dibayar dari
daging lain dari udhhiyyah atau dibayar dari wang umpamanya.

Adab Menyembelih Udhhiyyah

1. Sebelum menyembelih maka orang yang menyembelihberkata : " ،‫ هللا أكبر‬،‫هللا أكبر‬
‫وهللا أكبر‬،‫"هللا أكبر‬.
2. Ketika menyembelih ia berkata: "‫"بسم هللا الرحمن الرحيم‬.
3. Dan dia baca: "‫وهللا أكبر‬،‫ هللا أكبر‬،‫ هللا أكبر‬،‫" هللا أكبر‬.
4. Dia baca: "‫"اللهم صلي على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم‬.
5. Dia baca: "‫ وإليك فتقبل‬،‫"اللهم هذه منك‬atau ia baca Melayunya:

"Allahumma ya Allah ini udhhiyyah yang sunat, suatu anugerah daripada Tuhan
hamba, kepada hamba, dan hamba berdamping kepada Tuhan hamba dengannya,
maka mohon terimalah damping hamba itu. "

Ringkas Waktu Menyembelih

Dibaca:

َ ‫ اللَّ ُه َّم َه ِذ ِه ِم ْن‬،‫صحْ به َو َسلِّ ْم‬


‫ك‬ َ ‫صلِّي َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُحمَّد َوآلِ ِه َو‬
َ ‫ اللَّ ُه َّم‬،‫من الرَّ حيْم‬
ِ ْ‫ِبسْ ِم هللا الرَّ ح‬

َ ‫ ِوإِ َل ْي‬ 
‫ك َف َت َق َّب ْل‬

Atau baca Melayunya: "Ya Allah ini udhhiyyah yang sunat anugerahMu, dan hambaMu
berdamping dengannya, kepadaMu, mohon terima daripada hambaMu (polan bin
polan) "

Berwakil Pada Menyembelih

Saya berwakil kepada kamu berniat waktu kamu menyembelih binatang itu dengan
kata kamu ini udhhiyyah sunat daripada polan bin polan dan saya berwakil kepada
kamu menyembelih akannya dan lain-lain ibarat seumpamanya, wallahu a 'lam.

Bersedekah Ketika Ada Perkara Yang Membimbangkan

Berkata Sayyidina Muhammad bin Abdullah Al-'Idrus dalam kitab îdhâh Asrar 'Ulûm Al-
Muqarrabîn: "Setengah dari perkara damping yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala, dan
telah dicuba oleh ulama dan orang-orang yang kenalkan Allah (ahl al-ma'rifah) ialah
damping yang manfaatnya melampaui kepada orang lain, seperti membuat baik
dengan menghiburkan hati-hati orang susah dan sedih, dan memberi makan orang
yang lapar, dan memberi suka kepada orang-orang miskin yang kurang mewah, maka
4

perkara-perkara seperti ini memberi kesan sangat kepada hati-hati yang


menerimanya."

Dan setengah dari rahsia yang telah dicuba oleh ahl al-ma'rifah bahawa mereka
membanyakkan bersedekah kepada hamba-hamba Allah yang dha'îf dan lemah, ketika
ditimpa perkara-perkara yang susah, ketika berlaku perkara-perkara yang menakutkan,
ketika kena sakit, dan ketika jatuh ke tangan orang-orang zalim, dan bersedekah itu
mengikut kadar berat dan ringan kesusahan dan perkara yang menakutkan yang
datang menimpa.

Jika seseorang dapat memahamkannya dan berbuat dengannya, maka sesungguhnya


ia telah dikurniakan sedikit dari ilmu ahli khusus bagi Allah Ta' ala.

Doa itu otak ibadat kepada Allah Ta' ala, bagaimana dalam hadis, dan ketika berdoa itu
hendaklah ada khusyû' badan, merendah diri dan hadir hati. Hendaklah ia takut murka
Allah Ta'ala dari berdoa dengan hati yang lalai dan sebaik-baik doa itu sebelum Subuh
atau waktu lepas tengah malam, dan sehampir-hampir doa diterima Allah Ta' ala ialah
ketika hati khusyû' kepada Allah Ta'ala.

Setengah dari syarat berdoa hendaklah makanannya itu halal, dan hendaklah sentiasa
berdoa dengan tiada putus-putus, dan apabila seseorang hendak berdoa dalam
perkara-perkara yang mustahak, hendaklah ia dahulukan doanya suatu sedekah
dengan tujuan mohon redha Tuhan Rabb Al- 'Âlamîn, dan hendaklah ia sukakan hati
orang fakir yang salih, yang tiada mengadukan halnya dan hal ahli rumahnya, dan
hendaklah ia memberi hadiah kepada orang miskin. Dengan cara begitu ia berdamping
kepada Allah dan mudah dikabulkan doanya, dan doa yang tulus ikhlas maka tiadalah
doa itu bergantung kepada lain daripada Allah Ta'ala, hendaklah ia sembunyikan
doanya, hendaklah banyak berdoa itu mengikut kadar darjat hajatnya, dan hendaklah ia
banyak minta tolong daripada Allah Ta'ala.

Doa itu ada mempunyai rahsia yang sulit, iaitu doa itu terangkat kepada Allah Ta'ala
dari hati yang hadir tiada lalai bengis dan dari yang rendah diri lagi pecah hati dengan
qashad tujuan yang betul. Menurut suatu hadis: "Barangsiapa tiada minta daripada
Allah, maka Allah Ta 'ala murka akan dia dan bahawa Allah Ta'ala apabila tiada diminta
daripadaNya, maka Ia murka, dan Allah Ta 'ala malu dan pemurah, malu daripada
hambaNya apabila ia menadah dua tangan kepadaNya dengan menolak keduanya
dengan hampa dengan tiada meletakkan sesuatu kebajikan pada keduanya". Dari itu
banyakkan doa dengan ‫( َيا َحىُّ َيا َقي ُّْو ُم‬hai Tuhan yang hidup sentiasa kekal), ‫َيا َذا ْال َجاَل ِل‬
‫( َواإْل ِ ْك َر ِام‬hai Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran). Hendaklah ia fahamkan
rahsia ini.

Ketahui olehmu bagi sedekah itu ada banyak rahsia baginya. Maka bagi orang-orang
yang mendapat faham daripada Allah Ta'ala, ada suatu jalan yang bagus dalam
perkara sedekah itu dan mereka telah cuba dan mereka dapati memberi guna dan
manfaat. Mereka berkata tiada sesuatu yang lebih membawa damping pada redha
Allah Ta'ala dari memasukkan kesukaan kepada hati-hati orang-orang yang baik dan
hati-hati mereka pecah sedih. Maka barangsiapa ada hajat kepada Allah Ta'ala, maka
hendaklah mengadakan kenduri makanan yang baik-baik seperti ia buat makanan yang
baik bagi dirinya, kemudian dia panggil orang-orang yang pecah hati dan susah itu,
kerana Allah Ta'ala menunggu-menunggu akan orang-orang yang akan berbuat baik
kepada orang-orang yang susah-susah dan sedih hati itu.
5

Maka hendaklah orang-orang itu memuliakan orang-orang yang susah itu dan sukakan
hati-hati mereka, kerana pada berbuat begitu ada kesan yang besar, dan telah dicuba
oleh ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala, dan ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala itu
bermuamalah dan berbuat dengan Allah Ta'ala sebagai suatu perkara tebus diri, maka
mereka menebus diri dengan diri iaitu mereka menyembelih binatang menebus diri
orang sakit mereka, umpama menyembelih kambing dan mereka berkenduri dengan
kambing itu dan memanggil orang fakir miskin yang baik dan salih pada jamuan
kambing itu, atau mereka hadiahkan daging kambing itu kepada mereka dan mohon
doa daripada mereka, kerana pada berbuat cara begitu ada kesan yang besar dan
mujarab.

Dan bagi ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala itu suatu jalan lain yang tinggi darjatnya,
yang dibuat oleh orang-orang yang benar-benar percaya kepada Allah dalam ketika
berlaku perkara-perkara yang susah, dan penyakit-penyakit yang menakutkan, iaitu
seseorang itu mengeluarkan benda yang sangat ia sayang dari harta bendanya,
kepada jalan Allah dengan tulus ikhlas, misalnya bahawa seseorang itu apabila ia sakit,
atau sakit orang yang disayang akannya, maka ia cari mana satu harta yang sangat ia
sayang, dari kudanya, atau hambanya. Maka ia jual akannya dan ia belanjakan
harganya itu kepada orang-orang salih daripada fakir miskin. Maka dengan buat begitu
jarang-jarang akan lepas daripadanya akan apa yang dihajatkannya. Ini suatu perkara
telah dicuba dan dibuat oleh orang-orang yang benar-benar percaya kepada Allah
Ta'ala.

Setengah dari syarat bersedekah itu hendaklah harta itu halal, sembunyikan daripada
orang seberapa dapat, sudah diberi jangan disebut-sebut lagi kepada sesiapa, kerana
berbuat begitu menyakiti hati orang fakir, dan apabila orang fakir berdoa baginya maka
ia balas berdoa baginya, supaya jangan hilang pahala sedekahnya dengan doa fakir
itu, dan jadilah sedekahnya itu tiada berpahala. Dan hendaklah dia bersedekah dengan
sebaik apa yang ada di tangannya. Jika ia bersedekah dengan makanan, maka jangan
ia beri fakir akan makanan yang rendah mutunya, seberapa boleh ia bawa sendiri
sedekah itu kepada fakir dan dia bertawaddhu' kepadanya, dan jangan ia sampaikan
sedekah itu kepada fakir dengan rupa megah dan mulia, kerana dia pada masa itu
berbuat sesuatu dan bermuamalah dengan Allah Ta'ala, kerana Allah Ta'ala melihat
perbuatan hambaNya, jauhkan takabbur dan ia buat baik dan halusi cara pada
melakukan sedekah dengan seberapa daya upaya, berkata ahli ma'rifah kepada Allah
Ta'ala membaiki amal dan caranya itu lebih disukai Allah dari membanyakkan bilangan
amal.

Negara asal : Brunei darussalam


Negeri : brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri,
Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar
Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1979

Nota: 39/1979

Anda mungkin juga menyukai