Anda di halaman 1dari 15

‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

‫يم‬
ِ ‫ح‬ ‫الر مْحَـن ه‬
ِ ‫الر‬
‫ه‬
‫اَّللِ ه‬ ‫ِمْسِب‬
ِ

‫احلمد هلل رب العاملني والصالة والسالم ىلع أرشف األنبياء واملرسلني‬

. ‫وىلع آهل وصحبه أمجعني‬

Sembelihan Menurut Islam

Sembelihan adalah cara mematikan binatang agar ianya halal


dimakan dan menjadi suci. Manakala binatang yang mati tanpa
sembelihan adalah najis dan haram dimakan kecuali belalang dan
binatang yang hidup di air seperti ikan dan udang. Allah
memerintahkan dilakukan penyembelihan sebagai perintah yang
bersifat ta’abbudi yang wajib dipatuhi oleh orang yang beragama
Islam.

Firman Allah SWT :

ُ َ ِّ َ َ ُ ‫َ م ُ م َ َ ُ َ م َ م ُ َ ُ َ م‬ ‫َ َ ُ ه َم ه‬ ‫ُ ِّ َ م َ َ م ُ ُ م َ م َ ُ َ ه ُ َ َ م ُ م‬
‫َت ِدية‬ ‫ْي ٱللـ ِه ب ِ ِهۦ وٱلمنخنِقة وٱلموقوذة وٱلم‬
ِ ‫ِغ‬ ‫ل‬ ‫ِل‬
‫ه‬ ‫أ‬ ‫آ‬‫م‬‫و‬ ‫ير‬
ِ ِ ‫ح ِرمت عليكم ٱلميتة وٱدلم وحلم ٱ‬
‫ِزن‬ ‫ْل‬
ُ ُّ َ َ َ ُ َ َ ‫َ ه َ ُ َ َ َ َ َ ه ُ ُ ه َ َ ه م ُ م‬
‫ب‬
ِ ‫وٱل ِطيحة ومآ أكل ٱلسبع إَِّل ما ذكيتم وما ذبِح ىلع ٱل‬
‫ص‬

Maksudnya :” Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai


(binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir),
dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang
disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan
yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan
yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali
yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya).” (Surah
Al-Maidah : 3)

1
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

Terdapat tiga cara dan kaedah penyembelihan haiwan di dalam


Islam iaitu :

1. Al-Zabhu. Iaitu memutuskan halkum yang berada di bahagian


atas leher. Jenis ini adalah bagi haiwan yang jinak dan yang mudah
disembelih. Antara contoh haiwan yang disembelih menggunakan
cara ini ialah lembu, kambing, ayam dan lain-lain.

2. Al-Nahru. ditikam bahagian bawah leher jika mampu. Kaedah ini


juga memutuskan urat halkum dan mari’. Kaedah ini adalah sunat
digunakan untuk menyembelih unta. Ini kerana unta mempunyai
leher yang sangat panjang. Oleh itu kaedah ini mempercepatkan
kematian unta. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

‫َ َ ِّ ِّ َ م‬
‫فص ِل ل َِرب ِك َوٱْنَ مر‬

Maksudnya :” Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu


semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah
Al-Kauthar : 2)

Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi sembelihan haiwan yang


dapat dikuasai atau yang diistilahkan sebagai al Maqdur `alaih

3. Al-‘Uqru. Iaitu melukakan mana-mana bahagian haiwan yang


secara yang boleh mematikan haiwan tersebut. Kaedah ini hanya
digunakan jika tidak mampu menyembelih secara secara Al-Zabhu
dan Al-Nahru kerana binatang tersebut liar atau berkesukaran untuk
disembelih kerana sesuatu halangan seperti terjatuh ke dalam
telaga dan sebagainya. Binatang tersebut dikategorikan sebagai
Ghair al Maqdur `alaih.

2
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

Ia juga dikenali sebagai penyembelihan di dalam keadaan darurat.

Kaedah ini berdasarkan kepada kisah yang diriwayatkan oleh Rafi’


Bin Khudaij. Kata beliau :

‫ٌُ َ م َ َ َ َ ُ ََ َ ُ ُ ه‬ َ َ ٌ َ ‫ََه‬ ‫ه‬ ُ َ ََ ‫ُه‬


- ِ‫ فقال َرسول اَّلل‬، ‫ْي ف َرماهُ َرجل بِسه ٍم فحبسه‬‫ فند ب ِع‬- ‫ صىل اهلل عليه وسلم‬- ِ‫ول اَّلل‬
ِ ‫كنا مع رس‬
َ َ َ َُ ‫َ َ َه َ َم ُ َ م‬ ‫م م‬ ََ ُ َ ََ َ ‫ه َ م‬
‫ فما ند عليك مم فاصنعوا ب ِ ِه هكذا‬، ‫ إِن ه ِذه ِ اْلَهائ َِم لها أ َوابِد كأ َواب ِ ِد ال َوح ِش‬: - ‫صىل اهلل عليه وسلم‬

Maksudnya :” Kami bersama dengan Rasulullah SAW. Ada seekor


unta yang mengamuk lalu seorang lelaki melepaskan panah dan
mengkapnya. Rasulullah SAW bersabda : Haiwan ini lari seperti
mana larinya binatang liar. Jika dia berlaku liar maka lakukanlah
seperti ini (seperti mana lelaki tersebut lakukan).” Riwayat Al-
Bukhari (2488) & Muslim (5204)

Rukun Sembelihan
Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihan adalah:-
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

1) Orang yang menyembelih


Disyaratkan pada orang yang menyembelih hendaklah ia;-
i- Orang yang halal dikahwini dengannya iaitu hendaklah
beragama Islam atau Ahli Kitab.
Disyaratkan pada sembelihan kafir kitabi;-
a. Dari keturunanan Bani Israel
b. Hanya beragama Yahudi atau Nasrani sahaja

3
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

c. Sembelihan tersebut memenuhi kaedah penyembelihan


Islam.
Haram sembelihan yang dilakukan secara berkongsi diantara orang
Islam dan orang kafir . Firman Allah SWT:
َ ‫بايَتهۦ ُمؤمن‬ ُ ُ َ َ ‫ُ ه‬ ُ ‫َ ُُ م ه‬
‫ني‬ِ ِ ِ ِ َٔ ِ ‫فُكوا مِما ذك َِر ٱسم ٱَّللِ علي ِه إِن كنتم‬

“Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah


ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-
ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

ii- Tidak disyaratkan1 berakal dan tamyiz pada penyembelih.


Maka sah sembelihan ;-
➢ Kanak-kanak yang belum mumayyiz, orang gila dan
orang mabuk. Kerana mereka mempunyai qasad
secara umum namun hukum sembelihan mereka
adalah makruh.
➢ Halal sembelihan orang buta tetapi makruh. Namun
panahan dan perburuannya tidak halal kerana tidak
sah qasadnya.
➢ Sembelihan seorang yang sedang tidur sambil
memegang pisau apabila jatuh binatang seperti
ayam ke atasnya dan disembelihnya tanpa sedar
tiadalah halal pada qawl yang muktamad.

iii- Qasad menyembelih. Penyembelih yang halal


sembelihannya hendaklah;-

1
Inilah pandangan yang dipilih oleh Sheikhul Islam Zakaria al Ansoriy dan Ibn Hajar di dalam Tuhfah
iaitu pandangan yang muktamad di dalam mazhab Shafeiyy.

4
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

• Melakukan pemotongan urat halqum dan mari` dengan niat


menyembelih. Pemotongan urat-urat tersebut tanpa qasad
sembelih atau kerana tujuan lain tidak halal dimakan.
• Tidak melakukan penyembelihan kerana tujuan yang
dilarang syara` seperti menyukutukan Allah, untuk
sembahan selain Allah, pemujaan makhluk halus atau
tokoh tertentu, jamuan makhluk halus, dan seumpamanya.
Jika atas tujuan tersebut haram sembelihan tersebut.
• Bersalahan orang yang meyembelih kerana
menghampirkan diri kepada Allah bagi menolak kejahatan
jin, syaitan atau manusia, maka halal dimakan.
• Tidak menyebut nama selain Allah ketika menyembelihan
dengan niat membesarkan atau menyekutukan.
iv- Tidak di dalam ihram haji, umrah atau ihram mutlak.

Orang yang afdzal menyembelih menurut urutan adalah;-


a- Yang utamanya adalah: orang lelaki muslim yang aqil, baligh,
adil yakni menjaga maruah dan agama, melihat, tidak bisu,
sudah berkhatan dan mengetahui hukum hakam sembelihan.
b- Kemudian perempuan muslimah
c- Kanak-kanak muslim yang mumaiyyiz
d- Kafir ahli Kitab
e- Orang gila dan mabuk
f- Kanak –kanak yang tidak mumaiyyiz

2) Binatang Yang Disembelih


Disyaratkan pada binatang sembelihan;-

5
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

a. Binatang yang halal dimakan selain daripada ikan dan


belalang serta jenis-jenis keduanya. Ikan dan belalang serta
jenis-jenis keduanya halal dimakan tanpa disembelih.
Adalah haram menyembelih binatang yang haram dimakan,
walaupun dengan tujuan merehatkannya dari kesakitan
seperti kaldai yang lama sakit.
b. Bukan binatang perburuan di dalam tanah haram Mekah dan
Madinah. Perburuan di tanah haram adalah haram dimakan
walaupun disembelih.
c. Masih mempunyai Hayat Mustaqirrah semasa permulaan
penyembelihan jika pada dhan sekalipun..
Hayat mustaqirrah maksudnya keberadaan nyawa yang
masih tetap dalam diri haiwan tersebut. Iaitu masih dapat
melihat, mendengar, bersuara atau bergerak dengan ikhtiar.
Lawannya adalah harakah mazbuhah iaitu keadaan tidak
tetap kehidupan dalam diri haiwan dan amat menghampiri
kematian.
Tanda kewujudan hayat mustaqirrah di dalam diri haiwan
sembelihan adalah;- masih:
I. Darahnya memancut dan terpancar @serta,
II. Boleh bergerak dengan kuat selepas disembelih
binatang tersebut
III. Mulut dan hidungnya panas ketika bernafas
IV. Halqumnya mengeluarkan suara.
Memadai wujudnya salah satu tanda dari tanda- tanda ini
sebagai bukti kewujudan hayat mustaqirrah yang teruk.
Bagi binatang yang ditimpa penyakit dan tiada sebab yang
bolih membawa kematian padanya seperti digigit binatang

6
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

lain, luka, dilanggar kenderaan atau termakan racun adalah


halal walaupun disembelih ketika diakhir hayatnya.2
d. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh
penyembelihan. Jika seorang menyembelih dan seorang lagi
mengeluarkan semua isi perutnya tidaklah halal dimakan .

3) Alat Sembelihan
Mestilah alat yang digunakan bagi penyembelihan hendaklah
sesuatu yang ;-
a- tajam yang memotong dengan ketajamannya dan bukan
dengan beratnya.
b- Bolih melukakan seperti pisau yang diperbuat daripada
logam, kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang
ditajamkan.
c- Bukan gigi, tulang dan kuku. Kulit siput bulih digunakan
untuk menyembelih menurut Sheikh Ali Subra Mullasiyy.
Haram binatang yang disembelih dengan :-
i. Pisau yang tumpul
ii. Sesuatu yang berat seperti peluru
iii. Tongkat
iv. Jaring
v. Batang panah secara melintang.

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu


khadij Radhiallahu ‘anhu:

2
Kasyf al Litham Jilid 1 Halaman 147

7
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

ُّ ‫َ َ م َ َ ه َ َ ُ َ م ُ ه َ ُ م َ م َ ِّ ه َ ُّ ُ َ َ َ ُ َ ِّ ُ َ َ ه ِّ ُّ َ َ م ٌ َ َ ه‬
ُ‫الظ ُفر‬ ‫ما أنهر ادلم وذك ِر اسم اَّللِ فك ليس السن والظفر وسأحدثك أما السن فعظم وأما‬
َ َ َ‫م‬ َ َُ
‫احلبش ِة‬ ‫فمدى‬

“Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah


padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali
gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian
itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang
Habsyah.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam:
َ ‫ه ه َ َ َ َ م م َ َ َ َ ُ ِّ َ م َ َ َ َ م ُ َ َ م ُ م م َ َ َ َ َ م ُ َ َ م ُ ه م‬
‫َش ٍء فإِذا قتلت مم فأح ِسنوا ال ِقتلة َوإِذا ذَبت مم فأح ِسنوا اذلبح‬ ‫اْلحسان ىلع ك‬ ِ ‫إِن اَّلل كتب‬
ُ َ َ َ ‫َ مُ ه َ َ ُ ُ م َ م َ َ ُ َ مُ م‬
‫ْيح ذبِيحته‬ِ ‫حد أحدكم شفرته فل‬ ِ ‫وْل‬
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada
sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara
membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah
cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta
selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

4) Cara dan Kaifiyyat Sembelihan.


Sembelihan hendaklah dilakukan dengan qasad menyembelih, iaitu
dengan memotong dua urat haqum dan mari` dileherbinatang
dengan sesuatu yang tajam. Jika jatuh pisau yang tajam ke leher
binatang yang halal dimakan dan memutuskan dua urat tersebut ,
tiada halal dimakan kerana ketiadaan qasad menyembelih.
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas;-
a. binatang yang berkuasa keatasnya al Maqdur `Alaih
b. dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke
atasnya Ghair al Maqdur `Alaih.

8
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa


(menangkap & menyembelih) ke atasnya al Maqdur `alaih.
Syarat-syaratnya adalah ;-
1- Memutuskan dengan sempurna;-
i. urat HALKUM iaitu tempat saluran pernafasan
ii. dan urat MARI` iaitu tempat saluran makan dan minum.
Caranya adalah ;-
➢ diputuskan urat halqum dan mari`
➢ diputuskan dengan sekali sembelih.
➢ dilakukan semasa haiwan tersebut di dalam hayat
mustaqirrah.
➢ Harus memotong urat halqum samada dari sebelah
atas ataupun dari sebelah bawah dengan syarat
masih berbentuk bulat yang berhubung dengan umbi
leher. Jika tidak dalam keadaan bulat dan berlubang
tidak halal sembelihan itu kerana dikira tidak
menyembelih.
➢ Hendaklah diputuskan dengan memotong. Jika di
tarik leher binatang hingga terputus dua urat tersebut
tidak halah dimakan.
➢ Halal jika terpotong halkum dan mari` walaupun kulit
leher tidak putus. Ini seperi memasukkan pisau
melalui telinga dan dipotong kedua-dua urat tersebut
dari dalam. Halal sembelihan tersebut namun adalah
haram.
➢ Jika diputuskan setengah urat yang wajib dan
diceraikan sehingga haiwan tersebut dalam keadaan
harakah mazbuhah kemudian dipotong semula
haramlah sembelihan tersebut.

9
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

➢ Jika dimulakan sembelihan bagi kali kedua atau


ketiga dan seterusnya dalam keadaan masih wujud
hayat mustaqirrah pada permualaan sembelihan
terakhir halallah sembelihan tersebut jika panjang
perceraian antara sembelihan-sembelihan tersebut.
➢ Jika dilakukan ulangan sembelihan dengan segera
seperti :-
• Diangkat pisau dan dikembalikan dengan
segera
• Dicampakkan pisau yang tumpul dan diambil
pisau yang tajam dengan segera
• Tercampak pisau lalu diambil semula dan
disempurnakan penyembelihan dengan segera
• Memalingkan pisau untuk memutuskan
bahagian yang masih terbaki dengan segera

Semua masalah ini halal sembelihannya walaupun tidak


wujud hayat mustaqirrah ketika diulangi sembelihan.
Berulang-ulang menyembelih tanpa perceraian yang lama
dikira sebagai sekali sembelihan sahaja.

Memotong sehingga terputus leher


Halal sembelihan yang terputus leher keseluruhannya. Walaupun
begitu perbuatan tersebut adalah makkruh.
.
2- Tidak yang turut sebab kematian kecuali menyembelih. Maka
tiada halal jika ketika disembelih;-
➢ Serentak dengan orang memukul binatang itu
➢ Ada yang memotong pahanya
10
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

➢ Membelah perutnya

b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke


atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak
dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti
binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan.
Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya
hingga mampu menyebabkan mati dengan niat menyembelih.

Sunat- Sunat Sembelihan


1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat dan menghadapkan sembelihan ke arah
qiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang bagi binatang yang
berleher panjang seperti itik angsa dan unta
6. Memutuskan al wadajain iaitu kedua-dua urat yang terletak di
kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

Perkara –Perkara Makruh Berkaitan Sembelihan


1. Menggunakan alat yang kurang tajam
2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
4. Tidak menyebut nama Allah

11
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat


6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan
disembelih.

Keratan rentas leher binatang sembelihan.


Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-
tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur
yang membawa darah dari jantung ke otak.

12
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

Gambarajah dalaman leher seekor ayam.

13
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

14
‫كتاب أحاكم اذلبائح – روسيل عثمان فلفالن‬

‫‪Gambarajah dalaman leher seekor lembu‬‬

‫‪Keadaan ketika sembelihan dijalankan‬‬

‫واهلل أعلم بالصواب‬

‫كتبه ببنانه العبد احلقري الفقري اىل ربه العيل روسيل بن عثمان فلفالن‬

‫وصىل اهلل ىلع سيدنا حممد وىلع اهل وصحبه وسلم ‪1440\11\29‬ه‬

‫‪15‬‬

Anda mungkin juga menyukai