Anda di halaman 1dari 14

HIDAYAH ALLAH

SURAH AN-NUR : AYAT 35

HAFAZAN

BACA
MAKSUD AYAT
• Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah
petunjuk Allah, adalah sebagai misykat yang berisi sebuah lampu ,
lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula ( jernih terang )
laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan
dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya iaitu
pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa terbit dan
terbenamnya ( tetapi sentiasa terdedah kepada matahari ) hampir-
hampir minyak itu dengan sendiri memancarkan cahaya bersinar
( kerana jernihnya ) walaupun ia tidak disentuh api. ( Sinar nur
hidayah itu demikian bandingannya adalah sinar yang berganda-
ganda ). Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang
dikehendaki-Nya ( menurut undang-undang dan peraturan-Nya )
kepada nur hidayah-Nya itu. Dan Allah mengemukakan pelbagai
perbandingan untuk manusia dan Allah maha mengetahui akan tiap-
tiap sesuatu.
INTISARI AYAT

• Allah membandingkan nur dan


hidayah-Nya yang menerangi hati
orang mukmin seperti sebuah lampu di
dalam pelita kaca , cahayanya
memancar gemerlapan.
• Orang yang diberi hidayah Allah pasti
menerima undang-undang dan
peraturan Allah yang termaktub dalam
al-Quran untuk menguruskan alam.
GOLONGAN YANG MENDAPAT
HIDAYAH ALLAH

Bertasbih dan bertahmid kepada Allah

Bekerja tanpa lalai dari mengingati Allah

Sentiasa mendirikan solat fardhu

Mengeluarkan zakat

Takut kepada pembalasan hari kiamat


CARA MENDAPATKAN HIDAYAH

• MENUNTUT ILMU
- orang yang berilmu mudah mendapat hidayah kerana
ilmu dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan
• BERAMAL
- amal adalah pelengkap kepada ilmu. Keduanya dapat
membentuk indivdu yang soleh. Allah murka pada orang
yang tidak beramal dengan ilmunya.
• ZIKRULLAH
- hati yang sentiasa mengingati Allah akan jadi lembut
dan mudah menerima kebenaran.
HALANGAN PEROLEHI HIDAYAH

• Terus berada dalam kejahilan


• Tidak berusaha menuntut ilmu
• Tidak beramal dengan ilmunya
• Bersikap sombong
• Tidak mengakui kelemahan diri
• Melakukan maksiat
• Makan makanan haram
AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT

• Gaya bahasa al-Quran


yang sangat indah

• Al-Quran mengandungi
pelbagai jenis ilmu

• Allah mencabar manusia


supaya menciptakan satu
surah seperti al-Quran
ILMU FARDHU AIN
DAN FARDHU KIFAYAH
FARDHU AIN FARDHU
KIFAYAH

ILMU YANG WAJIB ILMU YANG WAJIB


DIPELAJARI UNTUK DIPELAJARI OLEH
SEMPURNAKAN UMAT ISLAM NAMUN
KEHIDUPAN DUNIA DAN KEWAJIPANNYA
AGAMANYA GUGUR BILA ADA
ORANG LAIN YANG
CONTOH : MEMPELAJARINYA

ILMU CARA SOLAT , CONTOH :


PUASA , BACA ILMU PERUBATAN
ALQURAN
PENGAJARAN AYAT
• Hidayah Allah yang menerangi hati orang
mukmin umpama cahaya yang menerangi
alam
• Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan
hidayah Allah
• Menuntut ilmu wajib dan sebagai cara untuk
perolehi hidayah
• Kita wajib menguasai ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah untuk menjadi pakar dalam
kedua-dua bidang.

Anda mungkin juga menyukai