Anda di halaman 1dari 22

FARDHU AIN

Ustazah Azziemah
Kelebihan selawat
KELEBIHAN TUNTUT ILMU
1. Naik darjat,dasarkan firman-Nya:
• ٍ ‫ين ُأوتُوا ْال ِع ْل َم َد َر َجا‬
‫ت‬ َ ‫ين آ َمنُوا ِمن ُك ْم َوالَّ ِذ‬
َ ‫يَرْ فَ ِع اللَّـهُ الَّ ِذ‬
• Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu)
dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
2. Dimudahkan jalan ke Syurga
َ ُ‫ط ِر ْيقًا يَ ْبتَ ِغي فِ ْي ِه ِع ْل َما ً َسهَّ َل هللاُ له‬
‫ط ِر ْيقَا ً إلى ال َجنَّة‬ َ ‫ك‬
َ َ‫َمن َسل‬
Barangsiapa menuju salah satu jalan mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke Syurga
(Riwayat Muslim (4867))
3. Jihad fisabilillah – mati syahid
ِ ِ‫ فَهُ َو فِي َسب‬،‫ب ْال ِع ْل ِم‬
‫يل هللاِ َحتَّى يَرْ ِجع‬ َ ‫َم ْن َخ َر َج فِي‬
ِ َ‫طل‬
Barangsiapa keluar menuntut ilmu, baginya sabilillah sehingga pulang (Riwayat Tirmidzi 1385)
ADAB DAN ILMU
PENGENALAN
• MAKSUD ILMU FARDHU AIN : : Ilmu yang wajib dipelajari dan dituntut atas
semua individu muslim yang mukallaf. Jika tidak dipelajari dan dilaksanakan
maka individu itu berdosa
• MAKSUD MUKALLAF : Mempunyai akal waras yang sihat dan telah baligh
• BIDANG ILMU FARDHU AIN :
1. Aqidah – Tauhid –Rukun Islam dan Rukun Iman
2. Feqah – Toharoh- jenis air dan najis, mandi wajib, Ibadat- solat fardhu, puasa
Ramadhan, haji
3. Akhlak (Tasawwuf) – ihsan ( hati-penyakit hati)
RUKUN IMAN DAN
RUKUN ISLAM
Bab 1 (AQIDAH)
RUKUN ISLAM 5
• 1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
• 2. Menunaikan Solat Fardhu 5 kali sehari semalam.
• 3. Mengeluarkan Zakat.
• 4. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
• 5. Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.
Mengucap Dua kalimah Syahadah.

ِ‫ َوَأ ْشهَ ُد َأ َّن ُم َح َّم ًدا َرس ُْو ُل هللا‬، ُ‫َأ ْشهَ ُد َأ ْن اَل ِإلَــــهَ ِإاَّل هللا‬
• Maksudnya : “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah.”
• 2 perkara wajib – lafaz lidah, faham dan iktikad( membenarkan dengan jitu)
dalam hati
• PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH.
• Perkara yang boleh membatalkan Syahadah dan iman terbahagi kepada tiga
kategori:
• 1. Iktikad-perasaan,syak,ragu,percaya, menganggap
• Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara
dengannya.
• Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
• Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-
lain.
• Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
• Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
• Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
• 2. Perbuatan- Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya
tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
• 3. Perkataan
• Menghina al-Quran.
• Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang
menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
• Menafikan perkara yang sudah dimaklumi di dalam perkara agama.
MENUNAIKAN SOLAT FARDHU 5 KALI SEHARI SEMALAM
• Solat ialah suatu ibadah yang terdiri dari niat, ucapan dan perbuatan
• Dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam
• Disertai dengan syarat-syarat tertentu ( syarat sah dan syarat wajib solat) dan rukun (
13 )
• Ia wajib ditunaikan lima kali sehari iaitu
Subuh- 2 rakaat
Zohor- 4 rakaat
Asar- 4 rakaat
Maghrib- 3 rakaat
Isya‘- 4 rakaat
MENGELUARKAN ZAKAT
• Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu,
• diberikan kepada mereka yang tertentu,
• dengan syarat tertentu.
• Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
• Zakat fitrah-setiap tahun
• Zakat harta cukup haul dan nisab)- emas, tanaman, ternakan, perniagaan
PUASA DI BULAN RAMADHAN
• Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang
membatalkan puasa
• dari terbit fajar sodiq ( subuh) hingga terbenam matahari ( maghrib)
• Ia wajib ditunaikan sekali setahun selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
MENGERJAKAN HAJI
• Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah
• sekali seumur hidup
• bagi mereka yang berkemampuan, ( kewangan dan kesihatan, aman)
• dengan syarat dan waktu tertentu.
6 RUKUN IMAN
1. BERIMAN KEPADA ALLAH -
• Dalil Naqli (Al-Quran atau hadis)
• ُ ‫هَّللا ُ َخا ِل‬
‫ق ُك ِّل َش ْي ٍء ۖ َوهُ َو َعلَ ٰى ُك ِّل َش ْي ٍء َو ِكي ٌل‬
• Maksudnya : Allahlah yang mencipta tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta
menguasai segala-galanya. ( Al Zumar 62 )

• Dalil Aqli (Akal fikiran)


Dengan memerhati dan mengkaji:
1. Segala kejadian alam semesta ini.
2. Proses kejadian makhluk seperti manusia dan sebagainya.
3. Segala kejadian bencana alam.
2. BERIMAN KEPADA RASUL –

• 25 rasul wajib diimani-

• 5 orang nabi ulul azmi-


• 1. Nabi Nuh a.s
• 2. Nabi Ibrahim a.s
• 3. Nabi Musa a.s
• 4. Nabi Isa a.s
• 5. Nabi Muhammad S.A.W
3. BERIMAN KEPADA MALAIKAT -makhluk Allah dibuat dari cahaya. Sifat-tiada
nafsu, sentiasa beribadat
• 10 malaikat wajib diketahui dan diimani
• Jibril: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga
menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan sebagainya.
• Mikail: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,
membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
• Israfil: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu dunia
akan hancur. Sekali lagi dia meniup sangkakala ketika sampai masa manusia
dihidupkan semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
• Izrail: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal seseorang.
• Munkar: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
• Nakir: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
• Raqib: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
• Atid: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
• Ridhwan: Penjaga syurga.
• Malik: Penjaga neraka
4. BERIMAN KEPADA KITAB -Membenarkan dengan penuh keyakinan bahawa
Allah s.w.t mempunyai kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dengan
kebenaran yang nyata dan petunjuk yang jelas.
• Terdapat 4 Kitab yang diwahyukan untuk manusia:

• 1. Taurat : Kepada nabi Musa.


• 2. Zabur : Kepada nabi Daud.
• 3. Injil : Kepada nabi Isa.
• 4. Al Quran : Kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
5. BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT –

- mulai dari apa yang terjadi selepas daripada mati, fitnah kubur, nikmat dan azab
kubur
- apa yang terjadi sesudah itu seperti kebangkitan dari kubur, tempat semua
manusia dikumpulkan (mahsyar),
- catatan amal (suhuf), perhitungan (hisab), timbangan (mizan),
- telaga (haudh), titian (sirot), pertolongan (syafaat),
- syurga dan neraka serta segala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t buat penghuni-
penghuninya.
• Maksudnya:
• “Dan Dia lah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian
mengembalikan (menghidupkan)nya semula, dan menghidupkannya semula itu
adalah lebih mudah bagiNya, dan bagiNya sifat yang maha tinggi di langit dan di
bumi, dan dialah Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana.” ( Al Rum 27 )
6. BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR –Qada dan qadar ialah ketetapan Allah
yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi,
disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.

Hikmah Memahami Rukun Iman Dan Rukun Islam


1. Bertambah keimanan kepada Allah s.w.t.
2. Bermotivasi untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dalam
kehidupan.
3. Memperoleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.
Akibat Menafikan Rukun Iman
4. Iman seseorang itu akan terbatal
5. Mudah melakukan kemungkaran dan maksiat kepada Allah.
6. Hilang keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai